Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Mei 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan Mei 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Confirmed : 12 Mei utk kelas personal dengan Puan Farah - Kelas Tartlet dan Kelas Asas Deco Cupcakes - DONE

Confirmed : 8 Jun kelas personal utk Homemade Chocolates dengan Amira

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

Module yang anda boleh gabung dalam satu hari untuk kelas personal. Anda sendiri yang tetapkan tarikh yang sesuai.

Module 1
Kelas Kek Coklat Moist Versi Bakar(siap ganache dan hiasan) dan Kukus(dengan topping mudah) serta Brownies mudah - Yuran RM200


Module 2

Kelas Aneka Tartlets - Cheese Tart, Fruit Tart, Walnut Tart, Egg Tart - Yuran RM160

Module 3
Aneka Chaox Pastry - Cream Puff, Enclairs, Snowy Swan, Fruit/Tuna Basket
- Yuran RM160

Module 4
Kelas Puding dalam Loyang
- Yuran RM160

Module 5
Kelas Puding dalam Bekas Mini - Yuran RM160

Module 6
Kelas Bakul Pastri dan Tart Buah - Yuran RM250


Module 7
Kelas Asas Aneka Coklat - Yuran RM230

Module 8
Kelas Kek Red Velvet - Belajar 2 resepi berbeza - kek dan cuppies
Yuran - RM200

Module 9
Kelas Kuih Talam
Hands On 4 Resepi - Yuran RM160
Hands On 5 Resepi - Yuran RM180

Module 10
Kelas Aneka Kek Komersial - Kek Sponge, Kek Butter, Kek Coklat, Kek Lapis
Pandan , Kek Chiffon. Yuran - RM300

Module 11
Kelas Aneka Kek Keju Mudah - Kek Snowy Cheese, Kek Keju Bost(yg lain akan update)


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.

September 26, 2006

SALAM RAMADHAN DARI BUYA, CHETAM DAN CHENUL



Assalamualaikum
Maaf bebanyak sebab tak dapat nak mengemas Teratak Chetam. Chetam sibuk sesangat sampai pertengahan bulan depan.

Terima kasih pada yang sudi memberi ucapan menyambut Ramadhan kepada Chetam.

InsyaAllah, bila dah lapang nanti, Chetam akan kemaskan Teratak Chetam ni sebelum Raya menjelang. InsyaAllah, dengan izin Allah, tahun ni Chetam sekeluarga akan beraya di Kota Medan. 1st time raya Aidil Fitri di rumah mertua. So Chetam akan cuti panjang nanti.

Bila Bulan Ramadhan menjelma, rasa sayu sangat terkenangkan Arwah Bonda yang tiada. Lagi sayu mengenangkan Bapak yang tidak berteman di bulan Mulia ini. Alhamdullilah, kakak dan abang ipar serta anak-anak sentiasa setia menemankan Bapak.

Bila teringat kakak Chetam yang sorang ni.....meleleh air liur pulak jadinya.......Laksa Kak Tih memang sedap. Malangnya.....sampai sekarang belum dapat resepi sebab dia asyik sibuk dengan menjahit. Nampak gayanya, raya tahun ni Chetam akan kempunan Laksa Kak Tih. Tapi dengar cerita, tahun ni bapak pesan jangan buat ketupat daun palas sebab yang pandai balut ketupat ni hanya Arwah Bonda dan juga Chetam. Raya tahun ni, Kak Tih nak buat Nasi Ayam Keluarga Diana.

Jika anda belum mencuba Nasi Ayam Keluarga Diana.....cari lah resepinya di bulan terdahulu kerana amat senang membuatnya dan rasa memang sedap. Ada yang cakap, lagi sedap dari Nasi Ayam Linda Onn.....hehehe....bukan Chetam cakap tau......

Ok lah.....stop sini sebab nak kembali ke ofis client yang tak leh masuk internet.....

Salam Ramadhan
CHETAM

September 08, 2006



Bake Hazelnut Coffee Cheese Cake
Sumber: MamaZieza Rnet
Gambar: Arlina Rnet

Untuk base

150 gm butter
30 gm gula perang
1 sudu besar nescafe/instant coffee dicampur dgn 1/2 sudu besar air.. (jadikan pes)
200 gm digestive biscuits (Mc Vities) - hancurkan dan lumatkan....
50 gm kacang hazelnut.. halus
60 gm cooking cekelat dicairkan

Gaul biskut, kacang, gula, nescafe dgn butter tu tadi. Tekankan ke dalam acuan springform berukuran 8 x 8 inci.

Ratakan cokelat yang telah dicairkan... Simpan dalam esbox sat.

Fillings

500 gm Philadelphia Cream Cheese
130 gm gula kastor
2 1/2 sudu besar instant cofee
20 gm tepung jagung
50 gm kacang hazel (halus)
4 biji telur (dipecahkan terlebih dahulu dan kacau-kacau sikit)
300 ml whipping cream


Cream Cheese di keluarkan dari peti es lebih kurang 1 - 2 jam sebelum digunakan supaya dalam keadaan suhu bilik dan tidak akan berketul bila kita memutarnya.

Putar Krim Cheese dgn gula sampai kembang. Masukkan kacang dan tepung. Masukkan nescafe yang dibancuh dgn 2 sudu besar air panas. Masukkan tepung dan masukkan telur. last masukkan whip cream tadi dan kacau hingga sebati... Tuang ke atas base tadi. Buatlah design atas cake tu kalau nak.. tak nak tak perrr...

Bakar secara bain marie....lebih kurang 45 minit ke 1 jam. pastu tutup api oven dan biarkan kek tu di dalam oven... sekurang-kurangnya 1 jam atau pun seelok-eloknya semalaman.. hehehehe...dah sejuk baru kuarkan dari acuan... kalau tak jadi kek gunung berapi meletup.

Nota Kaki Mamazieza: Acuan Spring Form tadi hendaklah di balut dgn aluminium foil sebelum letak ke dalam bekas yang berisi air. Kang basah plak kek tu...

September 07, 2006

KEK OREN MAMA ZIEZA

Ada yang tanya resepi kek oren yang Chetam guna untuk buat cupcakes hari tu. Di bawah ni ialah resepinya. Kek ini mendapat top ratings dalam Rnet.



KEK OREN MAMA ZIEZA
Sumber: Mama Zieza
Gambar: Diana

Bahan-bahannya
300 gram butter
300 gram gula
5 biji telur (guna 4 biji putih dan 5 biji kuning telur)
320 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar fresh orange juice
2 sudu besar sunquick (optional)
1 sudu teh orange paste
setitik warna oren atau pun kuning telur

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang dengan kelajuan tinggi.
3. Masukkan jus oren, orange paste dan juga pewarna kuning/ oren. Gaul rata.
4. Masukkan tepung dan kaup dan balikkan pusing satu arah dengan spatula sehingga sebati.
5. Lenser loyang dengan mentega dan salutkan dengan tepung.
6. Tuang adunan tepung kedalam loyang.
8. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak.