Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 29, 2006

Kuih Jongkong

Dulu ada pengunjung Teratak Chetam yang meminta resepi kuih jongkong.

Chetam ada dua resepi di sini. Satu adalah sumbangan dari pengunjung Teratak Chetam juga. Chetam minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk postkan resepi Kuih Jongkong ini.

Kuih Jongkong
Sumbangan : Hamiesda
Sumber : Ibu Beliau

Bahan2: -
2 cwn tepung beras
6 cawan santan
Gula (ikut suka; nak manis/kurang manis)
Garam (terpulang, nak taruh boleh, tak nak taruh pun blh)

Cara:-
1) Tepung beras campurkan dengan 4 cawan santan (kacau sebati)
2) Masakkan bahan no. 1 dlm kuali dengan api yang perlahan (macam masak kanji som-som)
3) Bila sudah beku dan masak, masukkan lebih kurang 2 sudu makan tepung yang sudah msak ke dalam cawan.
4) Masukkan gula & santan kedalam cawan tersebut tp jgn sampai hapus/tutup kanji tepung tadi.
5) Kukus sampai santan masak (santan jadi mcm santan kuih limas/kuih sampan) - lebih kurang 1/2jam.

*** Kalau nak masukkan garam, masukkan garam ke dalam santan.
*** Santan jangan cair sgt...tp bukan gunakan pati santan tau...
*** Proses buat kuih jongkong nih pkai cawan, tp insyaALLAH nanti as akan antakan pic cara2 buat dia punya sarung...

Ini pula resepi sumbangan Diana.



Jongkong Kelapa Muda
Sumbangan Diana

JONGKONG KELAPA MUDA

Bahan-bahannya
100 gram tepung beras
50 gram tepung sagu
¼ sudu teh garam
600 ml air
50 ml air daun pandan
2 helai daun pandan, dipotong-potong 5cm
250 gram gula melaka, dihiris halus-halus
2 biji isi kelapa muda
500 ml santan dari 1 biji kelapa
daun pisang untuk membungkus

Cara-caranya
1. Campur tepung beras, tepung sagu dan garam sehingga rata. Bancuh dengan sebahagian air dan ketepikan.
2. Didihkan air selebihnya, masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Tambah air daun pandan dan kacau adunan sehingga pekat dan masak. Angkat dari api.
3. Letak sepotong daun pandan di atas 2 lehai daun pisang yang ditindih. Tambah 1 sudu besar gula melaka, 2 sudu besar adunan tepung, 3 sudu besar isi kelapa muda dan 4 sudu besar santan. Bungkus dan semat. Kukus selama 60 minit sehingga masak.

August 28, 2006

Sambal Tumis Udang dan Petai Bonda Chetam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini resepi dari Arwah Bonda Chetam. Dah lama tak masak sambal tumis petai ni. Tak ada sukatan tertentu sebab main campak jer. Chetam masak malam tadi.....huiyo.....bertambah makan nasi.


Sambal Tumis Udang dan Petai Bonda Chetam

Petai
Cili Kering
Garam
Asam Jawa - optional
Santan
Udang
Belacan
Bawang Merah
Bawang Besar
Minyak Masak

Cara
Petai yang dikikis kulitnya. Belah dua memanjang. (petai dimakan dengan kulitnya sekali tetapi permukaan kulit hendaklah dikikis dengan pisau terlebih dahulu).
Rendam cili kering ngan air panas. Kemudian kisar dengan bawang merah dan belacan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar. Masak sehingga naik minyak.
Masukkan petai dan udang. Gaul rata.
Masukkan santan. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Gaul lagi. Akhir sekali masukkan garam.
Gaul rata. Boleh diangkat dan dihidangkan.

Nota Kaki Chetam : Chetam tak masukkan asam jawa sebab suami tak suka.

Ais Kerim Jagung dan Kek Coklat Zaiima

Sabtu lepas Chetam cuba resepi Ais Kerim Jagung Mak Lang. Memang menjadi dan sedap.


Chetam juga buat Kek Coklat Zaiima versi bakar. Kurang best sebab teksturnya kering. Mungkin sebab Chetam terlebih bubuh tepung. Chetam hiasan dengan topping Badariah dan juga hiasan warna warni. Sebahagian lagi kek di tabur dengan kepingan badam yang dipanggang.



Chilli Crab Sumbangan Diana

Resepi ni Chetam ambil dari blog kenalan di Internet. Selalu Chetam post resepi beliau di sini dan kali ini beliau dah ada blog sendiri. Chetam cuba resepi Sabtu lepas. Memang sedap tapi kurang pedas. Di bawah ni gambar masakan yang Chetam buat.



CHILLI CRAB
Sumber : Diana

Bahan-bahannya
5 ekor ketam, dibersihkan dan dibelah 2
6 sudu makan sos tomato
1 biji telur, dipukul dengan 1/3 cawan air
1/2 cawan air
gula secukup rasa
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk Dikisar
15 tangkai cili kering, direndam air panas
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Bila rempah telah garing masukkan air, sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
2. Masak rempah sehingga ia mendidih kemudian masukkan ketam. Dibalik-balikkan sehingga ketam masak. Rasakan kuahnya, jika ada yang kurang tambah gula dan garamnya.
3. Telur yang telah dipukul bersama sedikit air dituang dan gaul rata. Angkat dan boleh hidangkan.

Nota: Telur dicampur air supaya ia tidak bergentel bila digaulkan dalam rempah dan ia juga dapat memekatkan kuahnya.

Nota Kaki Chetam : Kalau nak lawat blog Diana, sila la ke Koleksi Resipi Pilihan Diana. Lepas ni berkurangan lah pengunjung Teratak Chetam..hehehehe...

August 25, 2006

Gambar Chenul!!!

Dah lama tak post gambar Chenul.






Chenul teruja naik gajah di fun fair Kajang Prima.


Chenul mandi di KLCC. Cantik gambar ni, Buya yang ambil.

Meh Tengok Hasil Kerja Tangan Chetam

Dulu Chetam penah habaq yang Digital Camera dah dilarikan bekas ofis mate. Chetam baru beli another kamera, jenama KODAK dan lebih murah tapi hasilnya memang sedap mata memandang.

Ini beberapa gambar resepi yang Chetam dah cuba bulan lepas. Baru dapat upload dalam komputer hari ini.

Ini cupcakes yang pertama Chetam deko. Chetam guna resepi African Marble Cake untuk yang kecil dan Kek Orange Mamazieza untuk yang medium size. Resepinya dah penah post dulu.







Yang ini pulak roti asas Chef Anuar. Sedikit hitam permukaannya tapi lembut giler roti ni......cicah ngan air pun sodap. Resepi dah penah post jugak.







Yang ini pulak Kek Coklat Badariah siap ngan topping. Sedap giler kek ni. Chetam lebih suka kek ni dari Kek Zaiima. Nak buat pun senang banget. Resepi dah banyak kali masuk sini.







InsyaAllah, since dapat pandai upload kamera ni, Chetam akan lebih rajin ambil gambar resepi yang telah dicuba.

Assalamualaikum dan Babai
Chetam

August 23, 2006

CHETAM MOGOK???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama jugak Chetam mogok.....hehehehe.....sibuk la ngan keje. Chetam bukan full time mengadap blog Teratak Chetam. Chetam keje ngan company IT dan InsyaAllah, musim sibuk akan menjelang tak berapa lama lagi. Masa tu mungkin langsung tak sempat nak update Teratak Chetam.

Terima kasih kepada Mamazieza yang talipon Chetam. Chetam sihat....hehehehe....rupernya ada yang perasan tone jawapan Chetam di msjbox. Chetam minta maaf kalau ada yang terasa....hehehehe....okay....Chetam nak kasi resepi Sushi....ada yang minta kan.....resepi ni dari Diana melalui email yang Chetam terima pada 28 July 2005.

[Quote]

Resipi ini telah Diana ubah suai untuk selera orang kita, kerana sushi original kadang-kadang menggunakan rice wine so kita guna cuka biasa dan campurkan dengan gula sodapppp. Dah lama tak buat sushi ni.

Beras sushi ni tidak sama macam beras yang kita selalu gunakan dirumah ya. Berasnya pendek-pendek dan putih bila dimasak ia tidak melekat antara satu sama lain sebutir-sebutir gitu. Kepingan rumpai laut boleh dibeli di pasaraya dan juga tikar untuk menggulung sushi-maki.

Soya sauce dan wasabi (dalam tin bentuk serbuk) kalau tidak silap brand S&W alahai lupa den tapi tin bewarna hijau kecil comel je. Wasabi ni boleh kita bancuh dengan sedikit air untuk menghasilkan pes wasabi. Selalu Diana suka beli jenis serbuk sebab rasanya lagi power menusuk hidung. Ada juga yang dijual dalam bentuk pes sudah siap macam ubat gigi tapi kecil la sikit, tapi kadang-kadang rasanya tidak sepower yang serbuk.

Dah terangkan haaa jom kita buat sushi sendiri.

SUSHI

Bahan-bahannya
3 1/3 cawan beras untuk membuat sushi, ada dijual dipasaraya (berasnya pendek dan putih)
4 cawan air
5 sudu besar + 1 sudu besar cuka beras atau cuka biasa pun boleh
5 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 paket rumpai laut nori
soya sauce dan wasabi secukupnya
tikar untuk menggulung sushi-maki
dulang plastic besar
senduk nasi plastik

* jangan menggunakan peralatan logam seperti senduk, atau periuk kerana ini akan menjejas rasa nasi sushi itu bila digaul dengan cuka


Inti untuk Sushi
1 batang timun, dikupas kulitnya, dibuat hatinya dan dipotong panjang (strips)
dan rendam dalam air bersama secubit garam, angkat dan toskan bila tiba masa untuk menggunakan
2 sudu besar halia jeruk merah (ada jual di pasaraya dalam botol yang telah dijerukkan)
1 paket kecil jeruk lobak putih (ada jual di pasaraya juga)
2 biji telur dipukul dengan sedikit gula dan didadar, kemudian potong panjang (strips)
crab filaments (alah isi ketam yang ciplak tu)
avocado
mayonnaise
tuna


Cara-caranya
Gunakan periuk nasi, cuci bersih beras dan kemudian isikan bersama sukatan air. Dan masak macam masak nasi biasa. Sambil nasi sushi masak, campurkan gula, garam dan cuka dalam periuk dan panaskan menggunakan api kecil. Kemudian masukkan periuk itu kedalam mangkuk yang berisi air batu dan air sejuk, supaya ia campuran cuka cepat sejuk. Cara ini kawan Diana ajar tapi lupa nak tanya kenapa dibuat begitu katanya supaya rasa sushi sedap. Jadi selalu dah buat macam ni.

Bila nasi sushi dah masak, angkat dan kemudian spread (melayu cakap apa ek ahalai lupa) atas dulang plastik menggunakan senduk plastik ataupun kayu, jangan guna senduk logam nanti rasa dia tak sedap (chemical reaction dari cuka). Cara yang paling sedap jika anda ada kukusan buluh dirumah haaa gunakan kukusan buluh tersebut spread nasi yang telah masak tu diatas buluh. Kemudian renjiskan air cuka sedikit dan kemudian digaul dan kemudian spread lagi. Air cuka jangan dituang semua agak-agak sebab kalau letak semua takut nasi nanti lembik tak sedap so kena agak-agak ya. Pada masa yang sama kipas kena pasang kat sebelah nasi tu jadi dia cepat sejuk. Untuk mengelakkan nasi sushi kering letakkan didalam bekas dan tutup dengan tuala lembab. Nasi sushi mesti digunakan dan dimakan pada hari itu juga. Tak boleh simpan ya.

Timun yang telah ditoskan digaul dengan sedikit garam dan kemudian diketepikan. Letak tikar penggulung sushi diatas meja. Panggang kepingan rumpai laut, bahagian berkilat diatas api untuk beberapa saat, macam kita layukan daun pisang. Letakkan kepingan rumpai laut diatas tikar penggulung dan letakkan 2-3 sudu besar nasi. Ditengah nasi boleh kita isikan inti ikut citarasa, jeruk lobak putih, telur dadar dll. Angkat hujung tikar dan gulung sehingga habis. Gulungan sushi harus cantik dan ketat dan inti berada ditengah. Menggunakan pisau potong sushi lebar 1 1/2 inci dan atur atas pinggang. Hidangkan bersama soya sauce dan wasabi.

Untuk membuat California Sushi Roll, gunakan avocado, crab filament, timun dan mayonnaise sebagai inti. Dan roll sushi ini macam cone ice cream. Inti sushi boleh diubah suai mengikut citarasa anda dan keluarga. Selamat mencuba.

Nasi sushi juga boleh digunakan untuk membuat Nigiri Sushi. Dimana kita kepal bulat dan lonjongkan sikit dengan tangan kemudian letak sedikit pes wasabi dan kita letak isi ikan tuna yang dihiris setebal 1 sm dan sebagainya.

P/S: Diana berikan sample gambar bagaimana hendak menggulung sushi untuk membuat sushi-maki.



[UnQuote]

Nota Kaki Chetam: Chetam bukan peminat sushi dan mungkin tak akan cuba resepi ni...hehehe....gambar di atas tu, 6 gambar kecil adalah sumbangan Diana sementara gambar besar di bawah adalah sumbangan Puan ROziyati Rnet.

August 10, 2006

Aneka Kek Buah Kukus

Chetam terima permintaan untuk resepi ni. Dulu dah penah postkan dalam Teratak Chetam tapi kali ini resepi yang berbeza pula.

Oh Ya....Chetam dah banyak penuhi permintaan pengunjung Teratak Chetam tapi lepas dapat resepi, kebanyakan yang meminta tu senyap ajer. Jangan lupa, kalau dah cuba kasilah feedback untuk dikongsi dengan rakan yang lain pula. Pada yang telah kasi feedback melalui email atau msj, ribuan terima kasih Chetam ucapkan.


KEK BUAH KUKUS
Sumber: Kak Liza

Bahan:
200 gm butter
200 gm gula halus
300 gm tepung gandum ]
2 s/teh baking powder ] ayak
1 s/teh soda bikarbonat ]
3 biji telur
1 s/teh esen vanila
100 gm gula....cairkan kekuningan
250 gm buah campur

Cara:
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.
3. Masukkan bahan yg diayak dan buah campur.
4. Masukkan gula yg dicairkan dan kacau rata.
5. Panaskan kukusan sehingga mendideh.
6. Kukuskan adunan kek selama 2 jam. Jangan biarkan air menitik dalam adunan kek.
7. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan

Kek Buah kukus
Sumbangan: tinjaulihat dr OnTheMenus

Bahan-bahan
1. 1 kati tepung gandum
2. 8 oz gula halus
3. 5 biji telur
4. 16 oz mentega
5. 16 oz kismis hitam
6. 4oz halwa limau
7. 2 sudu the esen limau
8. 4 sudu the cream of tartar
9. 2 sudu the bicarbonate of soda
10. ½ biji buah pala diparut
11. 2 cawan gula pasir hangus

Cara membuatnya : )
1. Pukul mentega bersama gula halus sampai kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
3. Kemudian masukkan tepung yang sudah dicampur cream of tartar, bicarbonate of soda, buah pala yang sudah diparut, kismis hitam, kulit limau dan dikacau rata-rata.Lepas itu masukkan esen limau.
4. Gula pasir dihanguskan tetapi jangan terlalu hitam, lalu dituangkan ke dalam ramuan tadi sambil dikacau dengan pantasnya.
5. Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan yang sudah disapu mentega.
6. Kukus selama 4 jam, baru diangkat.

KEK KUKUS RASHIDAH
Sumbangan: Sifu Rashidah Rnet

Bahan - Bahan
600g tepung gandum
300g buah - buahan campuran
2 buku butter
5 biji telor
600g gula powder
(ambil 1/2 cwn + 1/2 cawan gula pasir buat gula hangus)
1 ct. cream of tartar
2 ct. bicarbonat soda
2 ct. baking powder
1 ct. serbuk pala

Cara:
Pukul gula dengan telor. (gunakan tangan)
Pukul mentega rata dan campurkan dengan adunan telor tadi.
Masukkan tepong sedikit demi sedikit.
Masukkan buah - buahan dan gula hangus.
Biarkan 15 minit dan kukus selama 4 jam.
Acuan 7" x 9" alas kertas dan tutup dengan aluminium foil.

p/s : ct. tu camca teh, makna sudu kecil



Kek Buah Kukus Norazie
Sumbangan: Norazie Rnet
Gambar: Hasnee Rnet

Bahan
600g Tepung gandum [ambil segenggam asingkan]
2 tin butter golden churn atau yg sama berat = 680g
600g gula pasir [bahagi 2 - 300g utk gula hangus
800g-1kg mix fruit je
1 st serbuk buah pala
2 st bikarbonat of soda
2 st cream of tartar
esen limau setengah botol
Telur A - 5 biji [kalau B- 8 biji]

* kertas minyak utk alas loyang
* aluminium foil utk tutup loyang

Cara :
Panaskan kukus - air hampir penuh.
Masukkan butter, gula 300g, esen limau , pukul hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu. Pukul agak2 dah rata, cukup.
Ayak tepung gandum + bikarbonat + cream of tartar + serbuk buah pala.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dlm adunan telur tadi. putar hingga sebati, tutup mesin dulu.
Panaskan gula 300g kalau dpt dlm bekas yg non stick..kalau tak, apa2 pun boleh..janji boleh pegang utk tuang nanti.
Masak hingga warna coklat gelap..dan berbuih2 halus...hidupkan balik mixer jalan perlahan dlm 1.5 kelajuan....tutup api gula hangus...tuangkan perlahan2 ke dlm adunan [mixer jalan yea]...bila dah habis tuang..naikan kelajuan...hingga sebati....stop.
Pastikan air dlm kukusan dah didih. bila air dah didih, gaul segenggam tepung tadi dgn mix fruit...jgn gaul kuat2...cukup utk sadur luaran mix frt tu.
Masukkan mix fruit dlm adunan tepung, gaul dgn senduk, agak2 rata saja cukup, jgn terover..
2 Loyang 8x8 alas dgn kertas minyak, tuang adunan ke dlm loyang..sebelum tuang tuh..gaul kasi rata buah2 tu..supaya dpt bahagi sama byk setiap loyang..nanti satu togel...
Cover dgn aluminium foil..kemas dan klipkan ke tepi2 loyang supaya tak masuk air...Masuk dl kukusan 2 tingkat ....selepas 2 jam..atau 1 1/2 jam....boleh tambah air panas...kukus min 4 jam..atau 5 jam kalo larat tunggu....

p/s: st tu sudu teh

Berikut pula adalah Kek Buah Kukus sumbangan Diana. Ada 2 versi. Gambar2 pun dari Diana. Chetam tempek jer penerangan Diana di sini.

[Quote]
Hari ini Diana tunjukkan cara membuat Kek Kukus Buah Basah. Boleh perhatikan gambar dan juga cara adunan disediakan. Hasilnya kek ini memang sedap, lembut dan gebu. Buah-buahan pun serata tidak mendap. Rasanya marbelousssss... Diana mengukus menggunakan api besar selama 2 jam kemudian api perlahankan kepada sederhana untuk 1 1/2 jam lagi.

Diana mencuba setengah adunan dan dalam menghasilkan kek buah berukuran 7 x 7 x 2 1/2 inci. Jika anda tidak berapa suka kek buah yang terlalu moist (basah) boleh mencuba resipi Kek Kukus Buah-Buahan Lembab yang juga Diana berikan dibawah. Kepada semua Selamat Mencuba.

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN BASAH
Sumbangan: Makcik Diana

Bahan-bahannya
600 gram tepung gandum
300 gram gula halus
5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji)
2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS
1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)

2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
kertas kuih
aluminium foil

Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.


KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB

Sumbangan: Makcik Diana

Bahan-bahannya
1 tin (16oz) mentega Golden Churn
600 gram tepung gandum
400 gram campuran buah-buahan
2 cawan gula halus
6 biji telur
2 sudu teh bicarbonate of soda
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
kertas kuih
aluminium foil

Untuk Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.


Mentega dan Gula


Esen vanila dan pewarna


Masuk telur


Selepas telur digaul sebati


Masuk tepung


Selepas tepung digaul sebati


Selepas masuk gula hangus, mixed fruit


Tutup dengan aluminium dan kukus


Selepas dikukus


Dah siap dipotong

[UnQuote]

August 09, 2006

Cantiknya!!!!







Teruja dengan cupcakes di atas?

Kalau nak tengok lebih banyak koleksi cupcakes yang cun dan mengancam, sila lawati .::cupcakes galore::. created by Nani the Queen of Minicupcakes.

Laman webnya ialah
http://www.flickr.com/photos/minicupcakes/sets/72057594054275509/

August 08, 2006

Meh Kita Buat Ais Kerim Sendiri!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Anda suka makan Ais Kerim? Favourite Chenul sekarang ialah makan Ais Kerim. Buka mata jer minta ais kerim. Tadi Buya talipon, Chenul mintak ais kerim. Buya suruh tunggu depan TV sementara Buya sendukkan ke dalam cawan. Bila Chenul nampak je ais kerim tu, terus dia berlari ke dapur.

Semasa berlari tu, Chenul terjatuh dan muka tersembam ke lantai. Berdarah bibir, sekarang dok bengkak. Kesiannya buah hati Chetam. Tadi cakap ngan dia....dah OK. So sekarang Chetam nak kasi resepi Ais Kerim pulak...

Masa birthday Chenul in April, Chetam ada buat ais kerim sendiri tapi resepinya tak berapa ingat sebab resepi di ambil dari website ResepiNet. Sekarang website tu tengah KONG! Tak leh search resepi. Ais kerim yang Chetam buat tu guna coffee mate, fresh milk, gelatin halal, gula...yang lain tak ingat. Tapi memang menjadi dan sedap macam ais kerim yang dijual dalam bekas plastik tu. Chetam buat perasa keladi dan coklat.

Anyway.....bawah ni ada beberapa resepi Ais Kerim.

ICE CREAM COKLAT
Sumber: Kak Liza Cari.com

Bahan
1 cawan fresh cream sejuk
1 cawan air sejuk [dari peti sejuk]
3 s/b gula halus/kastor
3 s/b susu tepung
1 s/b serbuk koko
2 s/b coklat rice

Bahan hiasan [terpulang pada cita rasa]
manik warna warni
kismis
hirisan pisang

Caranya
1. Pukulkan fresh cream, gula dan air sejuk sehingga gebu.
2. Masukkan susu tepung dan koko perlahan sambil memukul sehingga gebu lagi.
3. Masukkan coklat rice dan gaulkan rata.
4. Masukkan adunan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk [freezer]semalaman.
5. Sudukan ice-cream yg telah beku kedalam mangkuk dan hiaskan mengikut citarasa sendiri.
Aiskrim Mocha Kopi
Sumber: Maisya Cari.com

1 cawan susu cair - didinginkan
1/2 cawan susu pekat - didinginkan
1 camca besar koko }
1 camca sedang kopi instant } 3 bahan ni dibancuh sebati dan didinginkan
1/4 cawan air }
1 camca teh esen vanilla

1.Putar susu cair seketika, masukkan susu pekat, adunan koko-kopi dan esen vanilla. Putar sehingga sebati.
2.Tuangkan ke dalam dulang yg sudah didinginkan dan bekukan sehingga separuh beku (about 1 jam )
3.Pindahkan adunan separuh beku ke dalam mangkuk yg sudah didinginkan dan pukul sehingga licin
4.Masukkan balik kedalam dulang tadi dan dinginkan hingga beku.



Corn Ice Cream
Sumbangan: Mak Lang Cari.com
Sumber : murni (RN)

2 1/2 cwn coffeemate
2 cwn susu segar (maklang guna susu tepung+air skit)
1/2 cwn gula
1/2 tin jagung krim
*maklang letak skit pewarna kuning

Cara
- masukkan semua bhn coffeemate+susu+gula = kacau hingga larut
- masukkan jagung krim dan kacau rata
- masukkan ke dlm bekas dan bekukan sedikit
- bila separuh beku, keluarkan dan pukul lagi hingga double in volume
- masukkan ke dlm bekas dan bekukan

p/s - better kurangkan gula sbb jagung krim tu dah manis..

ICE CREAM CHOCOLATE
Sumbangan: Mak Lang
Sumber: Rest.Pak amir)

4 oz gula
10 oz tepung susu (carnation creamer)
2 kotak susu chocolate
2 sudu besar chocolate emulco
2 sudu besar cocoa
Peraturan :
• Tepung susu, gula dan susu kotak dikacau hingga rata.
• Setelah rata masukkan chocolate emulco & cocoa.
• Masukkan adunan dalam satu bekas lalu disejukkan dalam peti sejuk sehingga keras (satu hari atau satu malam).
• Setelah cukup kerasnya, pukul adunan itu dengan mesin pemukul telur hingga kembang (kira-kira 5 minit). Setelah itu masukkan semula dalam peti sejuk hingga keras. Boleh dihidangkan beserta chocolate cair atau kekacang.
Jika ingin membuat ice-cream strawberry, substitute susu chocolate dengan susu strawberry dan gunakan 1½ sudu teh strawberry emulco.
* Cuma perlu guna susu kotak size kecil lebih kurang 150 ml

August 03, 2006

Lagi Resepi Biskut Raya!!!


BISCOTTI
Sumbangan Diana

Bahan-bahannya

Doh (I)
(A)
100 gram tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh serbuk soda
65 gram gula
1/8 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk koko
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis

(B)
2 sudu teh minyak masak
1 biji telur

(C)
70 gram kacang badam
20 gram halwa halia, dicincang

Doh (II)
(A)
120 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
65 gram gula
1/8 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis

(B)
2 sudu teh minyak masak
1 biji telur

(C)
70 gram kacang badam
20 gram halwa halia dicincang

Doh (I) dan (II)
1. Adun (A) sehingga sebati.
2. Campurkan (B) dan adun hingga sempurna.
3. Tambah (C) dan gaul rata-rata. Ulangi langkah (1), (2) dan (3) untuk Doh II.
4. Adunkan doh biasa dengan doh coklat bersama. Bentukkan menjadi bentuk balak.
5. Bakar pada suhu 190 darjah C selama 20- 25 minit.
6. Keluarkan daripada ketuhar dan potong secara serong menjadi kepingan nipis setebal 1 sm.
7. Bakarlah lagi di ketuhar pada suhu 120 darjah C selama 20 minit.

Nota: Minyak boleh diganti dengan mentega atau majerin lembut. Kacang badam boleh diganti dengan kekacang yang lain.


BISKUT ARAB aka CRISTALL BALL
Sumber: Hanieliza

Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
4. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
5. Masukan adunan dalam paper-cup kecil.
6. Bakar pada suh 180'c selama 25 - 20 minit.


BISKUT COFFEE BEAN
Sumbangan: Diana
Sumber: Juriah Abdullah

Bahan A
270 gram mentega, dilembutkan
60 gram crisco putih
1 biji telur yang kecil
160 gram gula serbuk
1/2 sudu teh emplex
1 sudu teh butter oil
300 gram tepung Hong Kong, diayak
180 gram tepung gandum, diayak
30 gram tepung jagung
60 gram cornflakes, dikisar halus
90 gram chocolate rice
secukup chocolate coffee bean untuk hiasan

Bahan B
1 biji putih telur
1 1/2 sudu makan jus limau kasturi
310 gram icing sugar atau secukupnya

Cara untuk Bahan A
Mentega, crisco, telur, gula, emplex dan butter oil dipukul dengan "K" beater sehinga rata dan sebati. Masukkan semua tepung, cornflakes dan chocolate rice dan pukul lagi sehingga rata. Perapkan selama 10 minit. Panaskan ketuhar pada 150 darjah C. Ambil sedikit adunan, canai rata dan terap dengan menggunakan acuan bintang lebar 3cm dan satu lagi diterap dengan acuan bintang kecil, lebarnya 1 cm. Atur dalam dulang biskut dan bakar selama 25 - 30 minit atua sehingga garing dan masak. Hiaslah setelah sejuk.

Cara untuk Bahan B
Putih telur dan jus limau dipukul dengan menggunakan "K" beater sehingga rata. Masukkan icing sugar dan pukul lagi sehingga sebati. Semasa hendak digunakan isikan dalam piping bag dan picit.

Cara menghias Biskut
Picitkan sedikit bahan B diatas bintang 3 cm. Kemudian aturkan bintang kecil diatasnya. Picitkan lagi icing diatas bintang kecil dan letakkan sebiji chocolate coffee bean.

PISTACHIO DELICACY
Sumber: Aini Salim

Bahan-bahannya
100 gram mentega
100 gram top flour, diayak
50 gram gula kaster
40 gram quaker oat, dikisar
20 gram tepung beras
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh emplex
1/2 sudu teh serbuk vanilla
secukup coklat putih dicairkan
secukup pistachio, bikar dan dikisar kasar

Cara-caranya
Mentega, garam, emplex, vanilla dan gula dikacau rata. Masukkan bahan-bahan yang lain dan uli sehingga rata. Canai dan terap dengan acuan air mata, bakar selama 12 - 15 minit dengan kepanasan 160 darjah C. Angkat dan sejukkan. Sapukan coklat putih cair diatas biskut dan taburkan pistachio. Biarkan sebentar baru boleh disimpan.


BISKUT SALJU BADAM
Sumbangan: Diana
Sumber: Juriah Abdullah

Bahan A
110 gram mentega lembut
1 biji telur yang kecil
70 gram gula powder
1/4 sudu teh rata bicarbonate soda
1 sudu teh egg vanilla
1/2 sudu teh emplex
40 gram badam, dikisar
60 gram tepung jagung
210 gram tepung Hong Kong, diayak
300 gram badam, dihiris halu, untuk hiasan

Bahan B
100 ml putih telur
180 gram gula powder
60 gram tepung jagung

Cara untuk Bahan A
Dengan menggunakan "K" beater, pukul mentega, telur, gula, bicarbonate soda, egg vanilla, emplex dan badam kisar sehingga rata dan sebati. Masukkan tepung Hong Kong dan tepung jagung dan pukul lagi sehingga rata. Perap selama 10 minit. Ambil sedikit adunan, canai rata dan potong memanjang. Sapu diatasnya dengan Bahan B, taburkan sedikit badam hiris, atur dalam dulang biskut dan bakar dengan kepanasan 150 darjah C selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.

Cara untuk Bahan B
Putih telur dan gula dipukul hingga kembang dan pekat. Masukkan tepung jagung dan pukul lagi sehingga rata. Sedia untuk digunakan.


BISKUT RANGUP WARNA WARNI
Sumbangan: Diana
Sumber: NoorMasri

Bahan-bahan:

3 1/2 cawan tepung jagung } diayak
1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit sugar strands } hiasan

Cara membuat:

Kacau mentega dan gula halus hingga sebati.
Masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau rata
Masukkan tepung jagung dan diuli
Canaikan adunan dan terapkan bentuk yg anda suka
Sapukan kuning telur di atasnya
Kemudian hiaskan di atasnya dgn gula urai warna warni
Bakar di dalam ketuhar hingga masak kemudian sejukkan atas rak


BISKUT SARANG SEMUT
Sumbangan: Diana
Sumber: NoorMasri

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung kastad.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara...
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan isudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 150 'C sampai masak.
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara.

Meh Kita Buat Biskut Raya Ngan Almond!


ALMOND BISCUITS 1
Sumbangan Diana

Bahan-bahannya
30 gram badam cincang
¾ cawan tepung gandum
¼ cawan badam kisar
¼ cawan gula
60 gram mentega
1 biji telur

Bahan untuk Icing
½ cawan gula aising
2 sudu teh air panas

Cara-caranya
Bakar hirisan badam didalam oven pada kepanasan sederhana selama 7 minit dan sejukkan. Ayak tepung kedalam bekas, campurkan dengan badam cincang dan gula. Masukkan mentega dan gaul rata sehingga menjadi macam serbuk roti. Masukkan telur dan adun sehingga menjadi doh. Canai doh setebal 3mm (1/8 inci) dan terap bulat. Atur biskut yang telah diterap keatas loyang pembakar dan bakar pada kepanasan sederhana selama 10 minit atau sehingga kekuningan. Sejukkan biskut, sapukan dengan icing dan taburkan dengan badam cincang.

Cara membuat Icing
Ayak gula aising dan campurkan dengan air sehingga menjadi cecair yang licin. Air boleh ditambah jika icing terlalu pekat.

Untuk 25 keping biskut.


ALMOND BISCUITS 2
Sumbangan Diana

Bahan-bahannya
1 biji putih telur
1/2 sudu teh madu
1 - 2 titik esen badam (almond essence)
250 gram badam, dikisar
3/4 cawan gul kaster
1 biji putih telur (extra)
1 cawan gula aising
60 gram hirisan badam

Cara-caranya
1. Pukul 1 biji putih telur sehingga gebu dan memekat, masukkan madu dan esen badam.
2. Masukkan pula badam kisar dan gula yang telah disatukan dan masukkan kedalam adunan putih telur tadi. Gaul hingga sebati.
3. Tutup dengan plastik cling wrap dan biarkan ia selama 12 jam atau semalaman.
4. Pukul 1 biji putih telur (extra) sehingga gebu dan memekat. Masukkan setengah adunan putih telur ini kedalam adunan putih telur yang telah diperap selama 12 jam.
5. Gaul rata adunan itu lagi dan kemudian ambil doh bentukkan bulat dan golekkan pada gula aising dan atur di loyang pembakar. Ambil gelas dan tekan doh bulat dengan dasar gelas.
6. Sapukan atas doh biskut dengan lebihan putih telur yang diketepikan tadi dan hiaskan dengan beberapa hirisan badam.
7. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.


ALMOND COFFEE MACAROONS
Sumbangan Diana

Bahan-bahannya

(A)
85 gram badam kisar
125 gram gula
1 sudu besar tepung beras

(B)
1 biji putih telur

(C)
1 sudu teh kopi segera
2 sudu teh air

Bahan untuk Krim Mentega Kopi
150 gram gula aising
40 gram mentega
1 sudu teh serbuk kopi segera
1 sudu besar air

Cara untuk Krim Mentega Kopi
Campurkan gula aising dan mentega lembut dan adun sehingga sebati. Kemudian masukkan kopi yang telah dicampur dengan air dan gaul sehingga sempurna.

Cara membuat Biskut
1. Adun (A) sehingga sebati. Masukkan (B) dan gaul sehingga rata. Akhir sekali, campurkan (C) dan adun hingga sempurna.
2. Isikan dalam beg piping yang dipasang dengan muncung biasa. Paipkan adunan keatas dulang yang telah dialas dengan kertas kuih.
3. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan.
4. Bila sejuk, tangkuplah kedua-dua kepingan dengan krim mentega kopi. Sedia dihidang.

Boleh dapat 24 keping biskut.


ALMOND CORNFLAKES CRUNCH
Sumbangan Diana

Bahan-bahannya

(A)
130 gram mentega
145 gram gula
secubit garam
1/2 sudu teh glucose

(B)
1 biji telur

(C)
200 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung susu
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis

(D)
50 gram cornflakes
70 gram badam, hiris

Untuk Hiasan
sedikit badam, dicincang
sedikit ceri hijau

Cara-caranya
1. Pukul (A) sehingga lembut. Masukkan (B). Pukul sehingga licin.
2. Tambahkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati.
3. Akhirnya, campurkan (D) dan gaul rata.
4. Sendukkan 1 sudu teh adunan tadi dan bentukkan menjadi bebela. Selaputkan dengan badam cincang. Letakkan diatas dulang yang telah digris. Hias atasnya dengan ceri hijau dan tekan sedikit.
5. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 12 - 15 minit atau hingga kuning keemasan.

Nota: Biskut ini boleh juga diselaputi dengan oats yang telah dikisar untuk menggantikan badam cincang.


ALMOND PETITS FOUR
Sumbangan Diana

Bahan-bahannya
185 gram mentega
1/2 cawan gula
60 gram pes badam
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh vanilla
1 3/4 cawan tepung gandum
gula icing
jam ikut citarasa

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Campurkan pes badam dan kuning telur didalam cawan menggunakan garfu dan masukkan vanilla, campur rata.
2. Tuangkan kuning telur itu kedalam adunan dan pukul sehingga ia sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul rata.
4. Masukkan adunan kedalam piping bag dan pipe kan diatas loyang pembakar jika suka boleh letak di dalam cawan kertas.
5. Bakar menggunakan suhu yang sederhana selama 10 minit sehingga kekuningan. Sejukkan diatas redai dan isikan dengan jam dan ayak gula aising diatasnya.


ALMOND RASPBERRY FINGERS
Sumbangan Diana

Bahan-bahannya
125 gram butter
½ cawan gula aising
1 cawan tepung gandum
secubit garam
½ sudu teh jus lemon
1 sudu teh parutan kulit lemon
1/3 cawan jem raspberry atau jem ikut citarasa

Untuk Topping
250 gram badam, dikisar
2 sudu besar gular
2 biji telur

Cara-caranya
Pukul mentega dan gula hingga kembang dan ringan. Masukkan tepung dan garam yang telah diayak dan kacau rata. Masukkan jus dan parutan kulit lemon dan gaul sehingga doh menjadi sebati. Canai doh 9” persegi diantara plastic dan letakkan di loyang pembakar. Cucuk doh dengan garfu dan bakar pada kepanasan sederhana selama 10 – 12 minit sehingga kekuningan. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan jem. Letakkan topping dalam piping bag dengan nozzle tube dan pipe topping diatas jam jarak ½ inci. Bakar kembali dalam oven selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan potong menjadi kepingan sewaktu pastry masih suam panas.

Cara membuat Topping
Campurkan badam, gula dan telur dan kacau hingga sebati.

30 keping biskut


TIPS MEMBAKAR BISKUT
Sumbangan Diana

1) Sebelum mula membakar, baca dan fahamkan resipi dan sediakan semua perkakas dan bahan yang diperlukan.
2) Bahan-bahan kering seperti, tepung, oats, garam, soda bikarbonate hendaklah digaul supaya dimasuki udara (aeration). Bahan-bahan kering harus disukat mengunakan cara "dip and level". Masukkan sukatan cawan atau sudu dan ratakan dengan belakang pisau.
3) Gunakan sukatan kaca untuk bahan cecair seperti susu, air, minyak dll. Dan sukat pada aras mata (eye level).
4) Acuan pembancuh haruslah dibersihkan tepinya ketika mengadun, supaya mendapat adunan yang rata.
5) Jarakkan adunan biskut di loyang pembakar supaya biskut dapat dibakar dengan seimbang.
6) Sapukan shortening (mentega putih) ke loyang pembakar dan bukan butter atau majerin. Butter dan majerin mudah hangus dan berbekas di loyang pembakar. Kemudian taburkan sedikit tepung dan ratakan ke atas loyang pembakar dan buang lebihan tepung.
7) Bakar satu dulang adunan biskut pada satu masa supaya udara panas dapat membakar biskut dengan seimbang. Letakkan dulang pembakar di tengah-tengah ketuhar supaya udara panas mudah mengalir. Ada ketuhar yang mempunyai "hot spots". Jika biskut cepat masak pada satu "hot spot", putarkan loyang pembakar apabila telah hampir setengah masa waktu membakar.
8) Panaskan ketuhar sebelum membakar biskut. Selalunya mengambil masa 15 minit, masa berbanding kepada ketuhar yang anda gunakan.
9) Dalam setiap resipi, ia akan menyatakan masa yang perlu untuk membakar biskut. Faktor lain seperti suhu kepanasan, paras laut dan lain-lain juga menentukan kepanasan sesebuah ketuhar. Gunakan "timer" dan set kepada waktu minima mengikut resipi dan kemudian cuba test sama ada biskut sudah pun masak.
10) Sebelum menyimpan biskut yang baru dibakar, pastikan yang ia betul-betul sejuk untuk mengelakkan mendapat biskut yang tidak ranggup.
11) Simpan biskut di berlainan bekas supaya baunya tidak bercampur bersama biskut-biskut yang lain. Untuk biskut yang ranggup, simpan didalam bekas ketap udara.
12) Kebanyakkan biskut boleh dibekukan paling lama untuk sebulan. Bungkus dengan aluminium foil atau plastik cling wrap, labelkan dengan haribulan sebelum dibekukan.

Panduan: Biskut yang munggunakan butter adalah lebih lemak dan sedap berbanding mengunakan majerin.


ALMOND RINGS
Sumber: Chef Wan
(gambar Almond Ring - atas)

Bahan-bahannya
3/4 cawan mentega, dilembutkan pada suhu bilik
1 biji kuning telur
1/4 cawan gula serbuk
1/2 sudu teh esen badam
2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan badam, dikisar
1/4 sudu teh garam

1 biji putih telur, dipukul
badam yang telah diramas, untuk hiasan

Cara-caranya
1. Campurkan mentega, kuning telur, gula dan esen badam dalam bekas dan gaul rata menggunakan senduk kayu. Masukkan tepung, badam yang telah dikisar dan garam. Gaul rata sehingga sebati.
2. Sejukkan doh selama 1 jam dalam peti seju. Bahagikan doh macam rupa biji walnut dan roll tebal. Bentukkan doh menjadi cincin dan celupkan kedalam putih telur yang telah dipukul.
3. Taburkan badam yang telah diramas dan letakkan keatas dulang pembakar. Bakar untuk 10 minit pada suhu 175 darjah C sehingga warna keemasan.

ALMOND DROPS
Sumber: Chef Wan
(gambar Almond Drops - bawah kiri)

Bahan-bahannya
250 gram putih telur
45 gram tepung jagung
150 gram gula kaster
150 gram badam, dikisar
1 sudu besar esen vanilla

badam yang dihiris panjang untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul putih telur sehingga kembang dan putih. Masukkan tepung jagung, gula, badam dan esen vanilla dan gaul rata dengan spatula.
2. Masukkan adunan kedalam piping bag dan picitkan adunan keatas loyang pembakar. Hias atas biskut dengan hirisan badam.
3. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 10 minit sehingga kekuningan

ALMOND CRUNCH COOKIES
Sumber: Chef Wan
(gambar Almond Crunch Cookies - bawah kanan)

Bahan-bahannya
170 gram unsalted butter
200 gram gula kaster
4 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh esen badam
285 gram tepung gandum serbaguna
170 gram tepung jagung
140 gramd badam, dikisar

Cara-caranya
1. Pukul butter bersama gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan badam dan pukul sehingga sebati.
2. Masukkan kedua-dua tepung dan badam kisar. Gaul adunan sehingga sebati dan kemudian disejukkan dalam peti ais selama sejam sebelum dicanai.
3. Canai dan potong adunan atau boleh gunakan acuan biskut dan terap. Hiaskan dengan hirisan badam dan sapukan atasnya dengan kuning telur.
4. Bakar selama 12 - 15 minit pada suhu 175 darjah C sehingga kekuningan.


ALMOND CRESCENTS
Sumbangan Diana

Bahan-bahannya

(A)
135 gram mentega
75 gram gula aising

(B)
2 biji kuning telur
1 biji parutan kulit lemon

(C)
270 gram tepung gandum
80 gram badam kisar

Cara-caranya
1. Adun (A) sehingga sebati. Tambah (B) dan pukul sehingga ringan.
2. Campurkan (C) dan gula hingga sebati.
3. Titiskan 1 sudu teh doh yang sudu teh doh dan bentukkan menjadi bentuk bulan sabit. Letak di atas dulang pembakar.
4. Bakar pada suhu 160 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan.
5. Keluarkan daripada ketuhar. Taburkan sedikit gula aising atau selaputkan dengan gula halus.

August 02, 2006

Aneka Resepi Kaya

Ada yang tanya pasal resepi kaya......so di sini ada beberapa resepi kaya biasa dan perasa pandan. Chetam totally lupa nama penyumbang gambar kaya di bawah ni. Sori sesangat.

Seri Kaya Hijau(sedap dimakan dgn kuih cakoi)
Sumbangan Liza Khalid Rnet

Bahan-Bahan
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati
1 ½ cawan santan
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air

Cara
1. Masukkan adunan telur yg dipukul dgn gula ke dalam periuk. Masukkan santan dan tepung jagung. Kacau sentiasa, guna api sederhana.
2. Kalau nak wangi, bubuh 2 helai daun pandan... disimpulkan.
3. Masukkan gula hangus, kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)
4. Akhir sekali masukkan sedikit pewarna hijau, masak lagi lebih kurang 5 minit.

SERI KAYA

Sumbangan Mak Lang Cari.com

Bahan-Bahan
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
1 ½ cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)

Cara
1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)

• Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing. (maklang letak pewarna kuning skit)..ngancam kaya den..
• Kalau tidak biarkan warna asli saja.
• Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya.
* nak letakkan perisa pandan pun boleh jugak
* bila ngah dah cuba...agak manis...boleh kurangkan gula kalau tak suka manis...
* boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...
* nak wangi,boleh letak daun pandan

Ini pulak resepi seri kaya berserta kaya ball. Ada yang penah tanya Chetam resepi Kaya Ball. Chetam tempekkan terus di sini.


[Quote]
Sumbangan Chekray Rnet

Membuat 'Kuih Kaya Ball' memerlukan acuan yg khas tetapi anda boleh cuba menggunakan acuan 'Kuih Cara'. Utk menjimatkan masa, boleh gunakan serikaya yg dijual di dalam tin. Serikaya yg dibuat sendiri kadangkala tidak begitu licin seperti serikaya yg dibeli kerana cara membuatnya di rumah memerlukan anda mengacaunya di atas api perlahan tanpa henti hingga ia pekat dan berkilat.

SERIKAYA
10 biji kuning telur
1 camb tepung gandum
1 liter santan pekat (dari 2 biji kelapa)
250 g gula pasir
2 helai daun pandan

Pukul telur, tepung gandum hingga sebati kemudian tapiskan. Masak santan dan gula atas api perlahan sehingga mendidih. Masukkan campuran telur dan daun pandan, kacau perlahan-lahan atas api perlahan sehingga pekat. Sejukkan sebelum digunakan.

Nota : Bagi yg gemar serikaya gula merah, masak 150 g gula merah + 100 g gula pasir + 100 ml air hingga gula hancur. Anda mesti kurangkan santan menjadi 900 ml saja. Prosedur lain seperti di atas.

BATTER
250 g tepung gandum
1 camt serbuk penaik
secubit garam
125 g mentega
75 g gula kastor
4 biji telur
200 ml susu segar
1/2 camt vanila

Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Putar mentega, gula dan telur hingga kembang. Masukkan 1/4 susu, putar sebati kemudian masukkan 1/4 campuran tepung. Ulangi proses secara berselangseli. Akhir sekali, masukkan vanila. Panaskan acuan, lengser dengan sedikit minyak kemudian isikan separuh dengan adunan. Letak sedikit serikaya dan tutup dengan adunan hingga penuh. Tutup acuan dan masak hingga keperangan.