Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


July 27, 2006

BISKUT MARBLE SHORTBREAD

Sumber: Kalau tak silap, Chetam dapat resepi ni dari website alaf21.

225 g mentega
75 g gula kastor
250 g tepung gandum } diayak
2 camb tepung beras }
1/4 camt garam

Bahan Hiasan
180 g coklat masakan } dicairkan atas 'double-boiler'
1 camb lemak sayuran }
90 g coklat putih (hiris halus, cairkan atas 'double-boiler' air mendidih perlahan atau dlm microwave, medium high setiap 30 saat, perhatikan samada ia cair atau tidak, tambah masa jika belum)

Cara membuatnya:
Lengser tin 7x11 inci (17.5x27.5cm) dengan marejrin cair. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan bahan ayak dan gaul hingga menjadi doh yg lembut. Ratakan ke dalam tin tadi kemudian cucuk atasnya dengan garfu. Bakar pada 160 C selama 40 min atau hingga
masak. Biar sejuk di dalam tin.

Tuangkan coklat masakan kemudian titiskan coklat putih. Lorekkan dengan lidi koktel supaya menjadi corak marmar (marble). Bila coklat keras, bolehlah dipotong biskut tadi bentuk empatsegi dan disimpan di dalam bekas kedap udara. Alaskan dengan kertas kalis minyak supaya coraknya kekal elok tetapi hendaklah diletak di tempat yg tidak panas.

Basic Shorbread (very nice with a cup of coffee or tea)

Sumbangan: Norma Ismail Rnet
Gambar: Wan Noor Baya Rnet

Bahan
4 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula perang
2 cawan mentega

Hiasan:
Terpulang kepada anda, celupkan dalam coklat, tabur gulal warna-warni, nak tambah badam serbuk, hazelnut, perasa oren terpulang kepada kreaviti anda. Serlahkan seni dan bakat memasak anda....

Cara:
Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan tepung yang telah di ayak ke dalam adunan sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Biarkan seketika (15 minit) sebelum diterap atau boleh diterap di dalam acuan cookie cutter. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 - 25 minit atau mengikut oven anda. Jangan
biar terlalu perang tak cantik.

Nota Kaki Norma: Kalau guna butter yang baik seperti president, lurpak atau french butter rasa lebih sedap. Boleh juga untuk butter yang biasa macam anchor, fernleaf dsb. terpulang kepada anda. selamat mencuba dan jangan lupa bagi feedback. saya dah buat dan anak-anak suka.

Nota Kaki Baya:Saya dah cuba buat resepi nie. Senang sangat dan rasanya pun sedap. Anak2 dan hubby kata sedap. Thanks kepada penyumbang resepi. Saya canaikan doh kepada segiempat tepat diatas parchment paper( macam kertas minyak tu yg color cerah). Kemudian sapukan jem dan taburkan kacang dia atasnya, then gulung. Bila letak diatas paper nie lebih mudah untuk mengulung, angkat sahaja dihujung kertas. Mudah, takada masalah pecah, gulungan tak sekata dan sebaginya. Setelah digulung boleh dipotong slice dengan mengunakan benang. Kemudian bakar, tadi saya set oven at 350F bakar selama 17-20 minute. Thanks you so much..

CHOCOLATE HAZELNUT BALL COOKIES

Sumbangan Diana
Sumber: Gadis Aries

Bahan-bahannya :
250 gm mentega
225 gm HongKong flour
100 gm Hazelnut - di kisar
70 gm gula aising
50 gm tepung beras
250 gram whole hazelnut
1 sudu teh vanila
1 bar of Cooking Coklat
Paper cup

Cara membuatnya :
Mentega dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan kedua jenis tepung, hazelnut kisar, garam, vanila dan semuanya digaul rata. Uli hingga menjadi doh lembut dan ambil sedikit tepung lalu balutkan pada sebiji hazelnut dan bakar hingga masak dan sejukkan terlebih dahulu. Angkat dan masukkan ke dalam papercup yang kecil. Taburkan badam cincang.

Nota Kaki Gadis Aries: Dapat 230 biji utk satu adunan ni... ianya semua tergantung dgn mcmana you all bebola kan adunan tu...

CHOCOLATE CUPS

Sumbangan Diana

Resipi ini memang mudah untuk disediakan dan tak perlu dibakar...

Bahan-bahannya
125 gram coklat hitam
1 paket mangkuk kertas timah (foil cupcakes)

Untuk Inti
1 biji kuning telur
1/3 cawan gula aising
60 gram mentega
125 gram coklat hitam
1 sudu teh serbuk kopi
1 sudu teh air panas
1 sudu teh coffee emulco

Cara-caranya
1. Cairkan coklat hitam menggunakan teknik double boil. Letakkan 1 sudu teh coklat cair didalam mangkuk timah dan juga sekeliling mangkuk timah dengan menggunakan sudu. Letakkan diatas loyang dan simpan dalam peti sejuk sehingga coklat mengeras.
2. Masukkan kuning telur dan gula aising dalam mangkuk tahan panas dan kacau menggunakan teknik double boil sehingga ia pekat. Letak mentega di dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga ia lembut, masukkan adunan telur tadi dan pukul hingga sebati.
3. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil dan biarkan ia sejuk kemudian masukkan coklat kedalam adunan mentega tadi, pukul dan masukkan serbuk kopi yang telah dicampur dengan air panas dan juga coffee emulco. Pukul sehingga ia memekat. Sejukkan adunan ini didalam peti sejuk selama 5 minit.
4. Masukkan adunan yang telah sejuk kedalam beg piping acuan bintang dan pipekan bentuk rosette diatas coklat yang telah menggeras didalam mangkuk timah. Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 15 minit dan barulah boleh keluarkannya dari mangkuk timah sewaktu menghidang.

CHOCOLATE CRUNCH

Sumbangan Diana
Sumber: Kak Hanieliza

Bahan
250 g cooking coklat
50 g butter
150 g badam hancur [panggang]
200 g coco crunch
150 g bubble rice
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni

Cara
1. Cairkan cooking coklat secara double boil sehingga coklat cair.
2. Angkat dan masukkan butter. Kacau sehingga coklat dan butter sebati.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
4. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manim warna-warni.
5. Biarkan sejuk dan beku sendiri. Simpan dalam bekas kedap udara.

CHOCOLATE CRACKLES

Sumbangan Diana

Bahan-bahannya
4 cawan rice bubbles
1 cawan kelapa kering (dessicated coconut)
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula aising
1 cawan sultanas
250 gram coklat hitam

Cara-caranya
1. Campurkan rice bubbles, kelapa kering, serbuk koko yang telah diayak, gula aising dan sultana didalam mangkuk.
2. Cairkan coklat hitam menggunakna teknik double boil. Campurkan kedalam adunan kering dan gaul rata.
3. Sendukkan adunan kedalam mangkuk keras dan masukkan kedalam peti ais sehingga biskut set.
4. Sedia untuk dihidang.

CHOCOLATE ALMOND BARS

Sumbangan Diana

Bahan-bahannya

(A)
250 gram mentega
190 gram gula aising
secubit rasa garam

(B)
1 biji telur

(C)
380 gram tepung gandum
90 gram badam kisar

Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut dan tambah (B). Putar sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Campurkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga keras.
4. Canaikan doh di antara kepingan kertas minyak sehingga menjadi 3mm tebal.
5. Potong menjadi 5sm x 2.5 sm dan bubuh atas kertas pembakar.
6. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan.
7. Biarkan ia sejuk. Tangkup 2 kping dengan coklat yang telah dicairkan.
8. Selaputkan dengan coklat cair dan letakkan ke atas kertas minyak. Paipkan sedikit jejalur coklat putih di permukaan.
9. Simpan dalam peti sejuk selama 2 minit. Biar ia keras.

CHOCOLATE ALMOND COOKIES

Sumbangan Diana

Bahan-bahannya

(A)
260 gram mentega
185 gula aising

(B)
1 biji telur
1/2 sudu teh pes kopi

(C)
400 gram tepung
1 sudu besar tepung susu
1/2 sudu teh baking powder
15 gram serbuk koko

(D)
180 gram kepingan badam

Cara-caranya
1. Pukul (A) sehingga kembang. Kemudian tambah (B) dan pukul sehingga sebati.
2. Campurkan (C) yang telah diayak dan kemudian masukkan (D). Gaul hingga rata.
3. Tekan doh kedalam dulang segiempat, berukuran 8 inci yang telah dialas dengan kertas kuih. Simpan dalam peti sejuk semalaman atau sehingga keras.
4. Keluarkan doh daripada peti sejuk dan potong menjadi kepingan 40mm. Potong menjadi kepingan nipis, berukuran 5mm tebal.
5. Susun atas loyang pembakar yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 20 - 25 minit.

Nota: Kepingan badam boleh diganti dengan kacang lain seperti walnut, pecan, hazelnuts. Adunan biskut ini tidak perluk dipukul sehingga ringan cukup sekiranya bahan-bahan sebati dan rata.

July 19, 2006

KELAS BISKUT TERAKHIR TAHUN 2006 - BISKUT CANGGIH

ITA'S DELIGHT – (001375674-P)
Lot 492-A, JALAN YADI, 41250 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 016-2195009 (call after 6pm) (Sms anytime) email:
rozita64@gmail.com

TARIKH: 30 JULY 2006
HARI: AHAD
MASA: 2.00 PETANG
YURAN: RM100.00

BISKUT
1. CRUNCHY CHOCOLATE ALMOND BAR
2. STRAWBERRY MILKY FANCY COOKIES
3. CHOCOLATE SWEET ROSY COOKIES
4. ALMOND CHEESE CRUNCHY
5. DIAMOND CRISP
6. DEEP CROQUANT GINGER COOKIES
7. TART GULUNG CHOCOLATE
8. COCONUT MILK COOKIES
9. HAZELNUT CRISP ROSY COOKIES
10. TART BUNGA

Bonus:
10 JENIS BISKUT

SILA SAHKAH KEHADIRAN 5 HARI SEBELUM KELAS

==========================

MAS&ITA'S COOKING
NO. 18, JALAN 2/6, BUKIT INDAH AMPANG, 68000 KUALA LUMPUR.
TEL: 019-2275909 (MASTURA) 016-2195009 (ROZITA)

TARIKH: 29 JULY 2006
HARI: SABTU
MASA: 2.00 PETANG
YURAN: RM120.00

KEK LAPIS
KEK LAPIS CHEESE (GUNA CHEESE SPREAD)
ROLL LAPIS FIDO-DIDO
ROLL KETUPAT

BISKUT
ALMOND CRUNCY CHOCOLATE BAR
SUNFLOWER CRISPY CHOC BAR
LOVELY ORANGE COOKIES
CASHEWNUT OAT DELIGHT
SWEETY RASBERRY COOKIES
SWEET ROSY CHOCOLATE COOKIES

RESEPI BONUS:
5 JENIS BISKUT
2 JENIS BUTTER CAKE

SILA SAHKAH KEHADIRAN 5 HARI SEBELUM KELAS

Aneka Resepi Kuah Yong Tau Fu

Kuah Yong Taufu (hitam)
Sumbangan : Aida Rnet
Sumber : Alaf Baru

560ml air rebusan ayam/daging
1 camt garam
3/4 camb gula
3/4 camb kicap pekat
3/4 camt serbuk rempah lima + 1 camb air
3 camb sos kacang hitam
2 camb sos tiram
serbuk lada hitam secukupnya
1 camb tepung jagung + 3 camb air
1/2 camt minyak

Cara membuat:
1. Jerang semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dan minyak.
2. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan 2-3 minit.
3. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga pekat. Tambah minyak untukmengilatkan kuah.

Bahan Sos Cili
7 biji cili merah- dibuang biji & dikisar halus
2 camb bijan bakar- ditumbuk halus
100 ml cuka
2 camb sos plam
3 camb gula
Sedikit garam
4 camb kacang tanah goring - ditumbuk/kisar halus

Cara membuat:
Jerang cuka di atas api perlahan hingga hampir mendidih. Masukkan semua bahan lain, kacau rata. Ketepikan dari api dan biar sejuk sebelum dihidangkan.

Kuah Yong Tau Fu
Sumbangan : MyCutGlass dr Dapursiber
Sumber : Puti Mazura

Bahan-bahan (untuk 4-6 orang makan, heavy)
1. setengah cawan sos tomato
2. setengah cawan oyster sauce
3. setengah cawan petis/kuah rojak
4. setengah cawan sos cili
5. 2 cawan stok ikan bilis/ayam/air rebusan bahan yong tau foo
6. 4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
7. 4 sudu makan bijan yang sudah digoreng (jika suka)
8. sedikit minyak
9. setengah cawan gula merah
10. setengah cawan kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan ditubuk kasar (jika suka)

Cara
1. Pijarkan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih
2. Masukkan oyster sauce, sos tomato dan sos cili, gaul rata
3. Masukkan stok, gaul rata
4. Masukkan petis, gaul rata, kalau terlalu pekat tambahkan air atau stok
5. Masak hingga mendidih dengan api perlahan, kacau sentiasa.
6. Last sekali, masukkan gula dan bijan (dan kacang tanah)
7. Adjust lah rasa dan kepekatan kuah, ikut cita rasa.

SOS YONG TAU FU
Sumbangan : Fariza Restoren Pak Amir

Bahan-bahan:
4 sudu petis udang
½ cawan cili sos
3-4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar kicap pekat
½ cawan air panas
1 cawan air bancuhan tepung jagung
1cawan air1 sudu kecil garam
1 sudu kecil MSG
3-4 sudu air tauchu
2 sudu besar cili paste atau cili boh.

Caranya :
Bancuh petis udang dalam air panas hingga larut dan tunggu sejuk.
Masukkan semua bahan ke dalam bekas.
Kacau kemudian jerangkan dengan api perlahan dan kacauhingga pekat
Taburkan bijan dan kacang sangrai yang sudah ditumbuk jika suka.

Kuah Yong Tau Fu
Sumbangan : Farida Restoren Pak Amir

Bahan2 utk kuah A
kiub pati ikan bilis
sos tiram
garam
gula
serbok lada sulah
kicap manis
tepung jagung

Cara
Kesemua bahan dicampur dengan air kedalam periuk kecuali tepung jagung. Masak sehingga mendidih dan imbangkan rasanya mengikut citarasa anda. kemudian masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dengan air terlebih dahulu, tujuannya utk memekatkan kuah tsbt.

Bahan Kuah B
cili kering
bawang putih
bawang besar
garam
air
sedikit minyak masak

Kesemua bahan diblend hingga lumat. Kemudian renehkan atas api secukup masak. kepekatan ikut citarasa sendiri,
Hidangkan bersama bahan2 yong taou foo yg anda suka.

YONG TAU FU


Bagi memenuhi permintaan Nor, Chetam sertakan resepi Yong Tau Fu.

YONG TAUFU sumbangan Diana
Sumber: Hajah Saodah Mohd Salleh

Bahan A
100 gram kacang soya, direndam semalaman
300 gram sengkuang, dihiris memanjang seperti batang mancis
50 gm ikan bilis
2 biji bawang putih
(ikan bilis dan bawang putih kisar halus dengan air dan tapis)
1 sudu teh minyak bijan
garam dan gula secukup rasa

Bahan B
200 gram isi ikan keledek atau ikan tenggiri, dikisar
1 biji lada merah, dibelah 2 buang bijinya dan didadu kecil-kecil
1 biji lada hijau, dibelah 2 buang bijinya dan didadu kecil-kecil
1 dahan daun sup, dirampai
1 dahan daun ketumbar, dirampai
sehiris karot, didadu kecil-kecil
sedikit tepung jagung
sedikit garam

Bahan C
6 keping cendawan kering, direndam sehingga kembang
6 biji lada merah, dibelah 2 jangan putus, buang bijinya
6 biji lada hijau, dibelah 2 jangan putus, buang bijinya
1 batang peria, hiris setebal 1 cm dan buang bijinya
6 batang kacang bendi
2 keping tahu putih, dibelah jangan putus
2 keping tahu kering, dibelah jangan putus
1 ekor sotong kembang, direbus sehingga lembut
beberapa biji telur puyuh
beberapa biji bebola ikan atau sotong

Bahan D
1 sudu makan lada kisar
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh bawang putih kisar
100g gula merah atau gula Melaka
4 sudu makan gula pasir
1 sudu teh petis
1/2 gelas air
jus dari 6 biji limau kasturi

Cara untuk Bahan A
Rebus kacang soya dan sengkuang dengan air ikan bilis. Masukkan secukup air dan rebuslah sehingga kacangnya empuk. Masukkan minyak bijan, garam dan sedikit gula. Setelah mendidih matikan api.

Cara untuk Bahan B dan C
Gaul rata semua Bahan B dengan sedikit garam. Jika adunannya kering renjis sedikit air dan gaul sehingga adunannya lembut. Ambil sedikit adunan ini dan masukkan kedalam bahan-bahan C seperti tahu, cendawan, lada, peria dan kacang bendi. Tangan hendaklah selalu dicelup dengan air semasa menyumbat isi ikan kedalamnya. Sayurnya boleh ditambah jika perlu. Bila hendak dihidangkan, bahan-bahan tersebut hendaklah dicelur sehingga masak. Kemudian dipotong-potong dan dimasukkan kedalam mangkuk. Tuangkan supnya, tabur sedikit bawang goreng, hirisan daun sup/ daun bawang dan hidangkan dengan sambalnya. Enak dimakan panas-panas.

Cara untuk Bahan D - Sambalnya
Masukkan semua bahan D kedalam periuk. Kacau rata diatas api yang sederhana. Apabila sambalnya mendidih dan pekat, matikan api.

Posted by Picasa

July 13, 2006

BISKUT MAMA CARRIE


Chetam terlupa...ada yang penah mintak resepi mama carries ni. So kat sini ada 3 resepi berbeza.

BISKUT MAMA CARRIE (1)
Sumbangan Diana

Bahan-bahannya

(A)
200 gram mentega
110 gram gula aising
secubit rasa garam

(B)
1 biji telur

(C)
300 gram tepung gandum
1 sudu besar tepung susu
1/2 sudu teh serbuk penaik

Untuk Topping
1 biji putih telur
180 gram gula aising
sedikit coklat masakan, dicairkan

Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut. Campurkan (B) dan putar hingga tidak berbintil.
2. Tambahkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 60 minit atau sehingga keras.
4. Canaikan doh di antara 2 kepingan plastik sehingga menjadi 5mm tebal.
5. Potong dengan pisau bulat berukuran 5 sm dan alaskan di atas kertas pembakar.
6. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 20 minit atau sehingga kuning keemasan.
7. Biarkan ia sejuk. Paipkan bahaian topping di permukaan. Gunakan pencungkil gigi untuk membuat garisan ke atas coklat cair yang telah disapu. Biarkan ia keras selama 30 minit.
8. Masukkan dalam ketuhar dn pakar pada suhu 150 darjah C selama 10 minit.

Cara untuk Topping
Campurkan putih telur dan gula aising dan gaul hingga sebati.

Biskut MAMA CARRIES (2)
Sumbangan Nasyita dari OnTheMenus

Bahan A
200gm. tepung gandum
150gm. mentega
60gm. tepung jagung
50gm. gula icing
15gm. susu tepung nespray
1/2 sudu teh serbuk vanili

Bahan B
150gm. gula icing
15gm. tepung jagung
1 buji putih telur
sedikit sebuk vanili
Chocolate Pase - untuk hiasan

Caranya
Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan pukul dengan pemutar
letrik "low speed". Kemudian canai dan terapkan ikut suka (selalunya
bentuk "love"). Kemudian pukul bahan B hingga kembang lalu disapukan
ke atas adunan yang telah diterap. Ambil sedikit chocolate paste
(guna cungkil gigi / lidi sate) dan hisa untuk mendapatkan paten.
Kemudian bakar hingga masak.

Biskut Mama Carries(3)
Sumbangan Atiey In Da House(RN)

Bahan-Bahannya:-

Bahan utk biskut

300 gram mentega
400 gram tepung gandum
100 gram gula aising
120 gram susu tepung penuh krim
100 gram tepung jagung

Cara membuatnya:-

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan tepung jagung perlahan-lahan. Gaul rata dan sebati.
2. Canai doh dan terap mengikut acuan kegemaran
3. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 15 minit

Aising untuk hiasan:-

1 1/2 biji telur putih
150 gram aising
15 gram tepung jagung (diayak)
sedikit coklat emulco

1. Pukul putih telur hingga kental. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit
2. Masukkan tepung jagung
3. Gunakan pam. Hias pada
permukaan biskut dan corakkan dengan coklat emulco mengikut corak kesukaan
4. Biar hingga biskut dan aising kering dan keras. Jika suka bakar sekali lagi.
Posted by Picasa

HAZELNUT COOKIES


Sumbangan Diana

Bahan-bahannya
300 gram mentega
155 gram gula kaster
170 gram campuran kacang, dikisar halus
300 gram tepung berprotin tinggi (bread flour)
secubit ammonium carbonate/ serbuk penaik
kacang hazel, dibakar sebentar dan dibuang kulitnya

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan serbuk kacang, tepung dan ammonium carbonate/ serbuk penaik.
3. Gaul adunan dan simpan didalam peti sejuk hingga dingin.
4. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Bentukkan menjadi silinder sepanjang 20 cm.
5. Bungkus dengan kertas kalis minyak dan simpan didalam peti sejuk hingga keras.
6. Hiris adunan biksut setebal 8mm. Atur diatas tin pembakar. Bila biskut agak lembut, letak sebiji hazel ditengah-tengahnya.
7. Bakar biskut pada suhu 190 darjah C selama 12 - 15 minit atau hingga keemasan.

Nota: Ammonium Carbonate boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kuih. Ia digunakan untuk mendapat texture yang sedap dan supaya biskut tidak keras. Ia juga adalah bahan penaik dan ia berwarna putih serbuk.

Kalau tidak dapat Ammonium Carbonate boleh gantikan dengan serbuk penaik.
Posted by Picasa

HAZELNUT SNACKS


Sumbangan : Diana

Bahan-bahannya

(A)
250 gram mentega
120 gram gula
secubit rasa garam

(B)
1 biji putih telur

(C)
380 gram tepung gandum
1 sudu besar tepung susu

(D)
70 gram kacang hazel, dikisar

Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut. Tambahkan (B) dan putar sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Campurkan (C) yang telah diayak dan kemudian (D). Adun hingga sebati.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga keras.
4. Canaikan doh di antara 2 kepingan kertas minyak untuk menghasilkan 5mm tebal.
5. Potong dengan pisau bulat berukuran 5sm. Atur diatas dulang pembakar yang telah digris.
6. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit atau bertukar menjadi kuning keemasan.
7. Biarkan ia sejuk. Selaputkan dengan glis aising kopi dan bubuh 1 biji kacang hazel ke atasnya. Biarkan sebentar selama 15 minit. Ini adalah untuk bahagian permukaan sahaja.
8. Sapukan krim mentega kopi di kepingan bawah biskut. Tutup kan dengan glis aising kopi di kepingan atas. Sedia dihidang.

Nota: Anda boleh menyelaputkan kepingan atas dengan coklat cair dan tangkupkan coklat cair diantara kedua-dua kepingan biskut. Biskut bertangkup dengan coklat boleh disimpan selama 1 bulan.

AISING KOPI

Bahan-bahannya
120 gram gula aising
1 1/2 sudu besar air
1 sudu teh serbuk kopi segera

Cara-caranya
Campurkan kopi segera dengan air dan kemudian gaul rata dengan gula aising.

Nota: Jika glis adalah terlalu pekat, tambah sedikit cecair untuk melembutkannya. Jika terlalu lembut, tambahkan sedikit gula aising.

MENTEGA KOPI

Bahan-bahannya
150 gram gula aising
40 gram mentega
1 sudu teh serbuk kopi
1 sudu besar aiar

Cara-caranya
Campurkan gula aising dan mentega lembut dan adun sehingga sebati. Kemudian masukkan air yang telah dibancuh dengan kopi segera dan gaul hingga sempurna.
Posted by Picasa

HAZELNUTS ROSETTES


Sumbangan : Diana

Bahan-bahannya
250 gram mentega
1/3 cawan gula kaster
60 gram hazelnut, dikisar
1 2/3 cawan tepung gandum
secukup chocolate chip, untuk hiasan

Cara-caranya
Pukul mentega dan gula kaster sehingga ringan dan gebu. Masukkan kacang hazelnut yang telah dikisar, gaul hingga sebati. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga rata. Isikan adunan kedalam piping bag. Pipekan adunan ke dalam mangkuk kertas yang kecil dan hiaskan atasnya dengan chocolate chip. Bakar dalam oven dengan kepanasan 175 darjah C selama 15 minit atau sehingga biskut kekuningan.
Posted by Picasa

July 12, 2006

Pengedar untuk biskut dan kek raya diperlukan - Area JB

Senarai biskut & kek:-

1.Strawberry almond shortbread
2.Oren almond shortbread
3.Almond tat
4.Famous amous
5.Tat sekundang
6.Noris cookies
7.Hazelnut cookies
8.Green emerald cookies
9.Kek Lapis betawi (1kg)
10.Kek Lapis Asam Manis (1.8Kg)
11.Kek Kukus Buah(1kg)

Berminat sila hubungi:
Pn Nor 012-7654486/0127221424

Nota: Sample akan diberi kepada pengedar yg berminat sahaja.

July 03, 2006

CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE


Sumber : WanitaMelayu.com
Sumbangan : Kak Liza

Bahan Base
150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter [suhu bilik]

Bahan Kerim
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt [perisa buah ]
100 gm gula halus [gula kastor]
100 gm ice-cream vanilla

Larutan agar-agar cair [panaskan]
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk

Hiasan [kacau sebati]
Filling blueberry
1 s/b air suam

Cara
1. Alaskan loyang cheesecake 8 inci dengan kertas kek [kertas A4 pun ok]
2. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
3. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
4. Masukkan yogurt dan ice-cream dan kacau rata
5. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
6. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
7. Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
8. Hidangkan
. Posted by Picasa

KEK KEJU MARBLE


Sumber : WanitaMelayu.com
Sumbangan : Kak Liza

Bahan A
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor

1 s/b tepung jagung ]
1 s/b tepung superfine ] ayakkan

1 s/k coklat emulco

Oven setting 150'C
Masa Bakar 1 jam secara steam-bake

Cara:
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi.
4. Masukkan putih telur dn gula dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu.
5. Campurkan putih telur yg telah dipukul kedalam bahan A. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Bahagikan adunan pada 2 mangkuk.
8. 1 bahagian dibiarkan warna asal dan 1 bahgian dicampurkan coklat emulco.
9. Kacau adunan yg coklat supaya sama rata warnanya.
10. Lapikkan loyang dengan 2 lapis kertas minyak.
11. Masukkan adunan dalam acuan berselang seli warna asal dan coklat.
12. Masukkan acuan ini dalam acauan yg lebih besar dan masukkan air.
13. Bakar sehingga masak.
14. Bila nak potong gunakan pisau pelastik yg telah dicelupkan dalam air panas.
15. Sejukkan betul2 sebelum dipotong dan hidangkan.
Posted by Picasa

KEK KEJU BLUEBERRY


Sumber : WanitaMelayu.com
Sumbangan : Kak Liza

Bahan A -Base Biskut
120 gm biskut chipsmore
2 s/b butter

Cara
1. Mesinkan halus biskut.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.

Bahan B - Filling
250 gm krim keju Philidephia
70 gm butter
120 gm fresh cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]
2 s/b blueberry filling

Topping:
Filling blueberry..
[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek
atau dalam tin dari supermarket. ]

Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyakatau air.]
3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul algi sehinggga rata.
5.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit
11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.
Posted by Picasa

TAT KEJU BLUEBERRY


Sumber : WanitaMelayu.com
Sumbangan : Kak Liza

Bahan
125 gm butter
125 gm majerin
100 gm gula halus
1 biji telur B
500 gm tepung gandum

Filling
250 gm blueberry filling

Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat]


Cara
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Pamkan adunan dalam acuan tat dan bakar dalam oven pasa suhu 170 selama 12 - 15 minit.
5. Kelaurkan tat dan masukkan blueberri filling dan keju kerim.
6. Bakar semula selama 5 minit lagi.
7. Angkat tat dan sejukkan.
8. Hidangkan.
Posted by Picasa

Blueberry Cheese Tart.


Sumber : Buku Aneka Pastri Menawan oleh Alex Goh
Gambar : Roz Rnet

Chetam tempekkan sekali ngan komen dari Roz sebagai panduan kita semua.

[Quote]
Semalam buat projek Blueberry Cheese Tart. Resipi ni dulu Jeni yang bagi feedback dan tolong tempekkan resipi dari buku Irresistible Pastry (Aneka Pastri Menawan) oleh Alex Goh. Hasilnya....voilla....delicious....kalau makan tak leh nak berenti....tapi sendiri jugak mau ingat....itu cream cheese banyak fattening.....

Cream cheese dengan blueberry filling tu Roz pipekan ngan plastik biasa je.... gunting sikit bucu plastik tu dah boleh pipe kan dah, tak yah pakai nozel...blueberry tu Roz swirlkan ngan lidi so tak lah nampak bertompok kat atas cream cheese tu, tapi wa punya topping takdelah design2 cun... :)

Roz sertakan gambar dia sekali.....untuk tatapan semua....

SWEET PASTRY
*Berat pastri yang terhasil lebih kurang 780 g.

Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.
Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

BLUEBERRY CHEESE TARTS

Bahan-bahan
300 g Sweet Pastry

Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula
25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
25 g whipping kream

Bahan D
20 g tepung

Blueberry filling

Cara-cara
Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.

Inti :
Pukul (A) sehingga licin dan gebu.
Masukkan (B) dan pukul hingga sebati.
Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna.
Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.

Nota:
Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.
Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)
Tapis blueberry filling tersebut supaya filling tersebut dapat keluar dengan lancar sekiranya menggunakan piping bag ketika menghias.
[UnQuote]
Posted by Picasa

IKLAN : PEMBORONG DAN PENGEDAR BISKUT RAYA DIPERLUKAN

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Bagi memenuhi permintaan seorang pengunjung Teratak Chetam, Chetam pancarkan (hehehehehe) iklan ini untuk anda semua. InsyaAllah, Chetam akan adakan ruangan Classified di Teratak Chetam tapi Chetam akan tapis iklan-iklan ini. Chetam faham yang inilah masanya kita nak menambahkan pendapatan memandangkan kita dah semakin menghampiri bulan Puasa.

IKLAN
AROSHI COOKIES PENGELUAR DAN PENGEDAR BISKUT PERAYAAN MEMERLUKAN PEMBORONG DAN PENGEDAR UNTUK MENJUAL BISKUT AROSHI COOKIES YANG MEMPUNYAI 25 JENIS BISKUT YANG BERBAGAI RASA.

BERMINAT SILA HUBUNGI :-
PUAN ROHAYA ABDUL RAHIM
TEL NO: 0192260 208

PEMBERITAHUAN
Bagi iklan terdahulu untuk menjadi pengedar cookies Puan Rozita Abdul Kader, sila hubungi beliau terus. Kepada yang mengirim email untuk mendapatkan senarai harga, Chetam minta maaf sebab terlalu sibuk. Lagipun file yang Puan Rozita berikan bukanlah senarai penuh harga tetapi cuma gambar. So untuk maklumat lanjut, kontek Puan Rozita di rozita64@gmail.com atau talipon 016-2195009 SELEPAS JAM 6.00PM/SMS ANYTIME