Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 30, 2006

PUDING MANGGA


Sumber : Mamazieza RN
Gambar : Rashidah RN

Bahan-bahannya

10 gm agar-agar
2 sudu susu cair
1 cawan gula
1 biji telor
1 mangkuk mangga (Masak) blend ehhh...
3 cawan air

Cara-caranya

Agar-agar & air di masak. Gula 1 cawan, dan mangga di kacau bersama
hingga sebati. Masukkan susu 2 sudu yang dicampur dengan telor. Digaul
lalu tuang di acuan ikut cita rasa sendiri dan masuk dalam peti ais.

Nota Kak Rashidah: Masa saya buat saya tidak mengunakan mangga masak yg diblender sebaliknya saya mengunakan 5 cawan air mangga - 1000 ml (jus yg dah siap beli aje.

Nota Kaki Chetam: Mangga boleh digantikan dengan lain-lain buah seperti epal, laici dll.
Posted by Picasa

BUN ASAS CHEF ANUAR


Berikut adalah resepi paling asas untuk membuat roti. Terpulang kepada diri kita untuk mempelbagaikannya. Chetam suka sangat tengok gambar bun di atas. Sebijik macam bun di kedai.

BUN ASAS CHEF ANUAR
Sumber - nhuda CARI.com
Gambar - Lynn Sham RN

Bahan:
400 gm Tepung Roti (High Protein Flour)
12 gm Ragi Kering (Brand Mauripan boleh) - kalau guna freash yeast double the quantity
1 gm bread improver (optional)
6 gm garam
50
gm telur (approx. 1 biji gred B)
48 gm gula castor
12 gm tepung susu (susu anak pun boleh)
60 gm marjerin
190 ml air

Cara menyediakannya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air. Gaul sebati
2. Masukkan telur, marjerin dan air. Uli sehingga doh elastik @ tidak lekat di tangan
3. Tutup doh dengan cling film/tuala lembab. Biarkan doh nak hingga double the size
4. Tumbuk doh. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil yang sama saiz. Timbang dlm 50-60gm sebiji. Rehatkan antara 5 - 10 min.
5. Isikan inti dan bentukkan mengikut pilihan.
6. Rehatkan lagi sehingga kembang dua kali ganda.
7. Sapu telur dan bakar sehingga masak dengan suhu 190C selama 15-20 min

Note:
1. Pesan Chef, jangan masukkan kesemua air. Gandum yang digunakan mungkin berbeza dari segi kandungan air.
2. Suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven yang digunakan.
3. Nak suruh doh naik cepat senang jer, masukkan dlm kereta yg tertutup (ni chef ajar)/panaskan oven, tutup, pastu masukkan doh. mmg naik tak hengat/ masukkan dalam kotak

***
INTI KACANG MERAH-Lynn Sham RN

Bahan:
300 gm kacang merah
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam

Cara menyediakannya:
1. Basuh kacang merah hingga bersih dan rendam semalaman.
2. Rebus hingga cukup kembang (lembut dan pecah-pecah)
3. Masukkan gula dan masak hingga pekat.
4. Lecek dengan senduk supaya agak halus.
***
INTI KELAPA-Lynn Sham

Bahan:
1 biji kelapa parut, bahagian putih sahaja
1 buku gula Melaka
1/2 cawan gula pasir

Cara menyediakannya:
1. Masak gula Melaka dan gula pasir dengan sedikit air sehingga cair, tapiskan.
2. Masakkan semua hingga agak pekat dan berbuih.
3. Masukkan kelapa, gaul hingga rata.
4. Masak inti hingga kering.
Posted by Picasa

KEK PISANG LEMBAP - RASHIDAH RN


Ada yang mintak resepi Banana Cake dari Secret Recipe. Chetam minta maaf.....Chetam cuma dapat kasi resepi Kek Pisang yang disumbangkan Oleh Kak Shidah dari RN.

KEK PISANG LEMBAP

Sumber : RASHIDAH RN
Gambar : RASHIDAH RN

Bahan
120g mentega
120g majerin
12g ovallete
225g gula castor (kurangkan ke 200g jika tambah choclate rise)
225g telor Gred B (biarkan bhg kuning lebih)
300g tepong kek
1 tsp baking powder
45g susu UHT
300g pisang berangan
5tsp gliserin
1/2 tsp bicorbonate soda
1 tsp garam

Cara:
1. Pukul majerin, mentega ,ovallate, garam dam gula - 3 minit
2. Perlahankan kelajuan mixer masukkan telor sebiji demi sebiji.
3. Masukan gliserin dan pisang, kacau sebati sahaja.
4. Masukkan tepong, baking powder, soda dan susu.
5. Jika suka masukan esen pisang, saya tak suka baunya dan rasanya.
6. Bakar pada suhu 180 lebih kurang 45minit ikut oven masing - masing.
7. Saya gunakan oven sarawak.

Nota Kaki Chetam :
Gliserin boleh dibeli dari kedai yang jual bahan kek. Warna jernih jer dan selalunya digunakan untuk membuat fondant. Menurut Kak Rashidah, tujuan gliserin dimasukkan ke dalam resepi ini ialah untuk melembabkan kek.
Oven Sarawak ni pulak ialah sejenis oven yang menggunakan gas. Sebenarnya oven ini berasal dari Indonesia. Oven ini selalunya digunakan oleh orang Sarawak untuk membakar kek lapis Sarawak. Ia juga boleh digunakan untuk membakar lain-lain jenis kek, biskut dan roti. Nanti Chetam tempekkan gambar oven ni. Harga bagi oven yang paling kecil ialah RM900. Sebenarnya Puan Rashidah juga merupakan pakar kek lapis Sarawak dan juga mengambil tempahan oven sarawak dan perkakas membuat kek lapis untuk ahli RN. Sebelum anda keliru....Puan Rashidah bukan orang Sarawak.....
Posted by Picasa

JEJARI OATS


Resepi yang sangat simple tapi sedap. Sedang mendapat sambutan hangat di RN.

JEJARI OATS
Sumber : Sifu Suria
Gambar : Mama Ghok (Yang buat biskut ni bukan Mama Ghok)

250g butter
4 oz castor sugar
2 cups roll oats- blend
2 tablespoon coco
2 cups flour

Gelek shape fingers, bake, gelek dgn icing sugar+ susu tepung.

Sedap rupa tak cantik sangat tapi sedap...
Posted by Picasa

FRAMBOZEN KENARI


Ada yang personally hantar email mintak resepi ni. Anak beliau sangat sukakan biskut ni. Chetam tak penah buat. Memang teringin tapi takut pulak nak buat sebab ada pantang larang semasa nak buat topping. Resepi ni pernah hangat di ResepiNet.

FRAMBOZEN KENARI
Sumber: D'MasLily
Gambar Sumbangan: Roziyati Othman RN

Bahan-Bahannya :
500gm butter
700gm tepung gandum
110gm gula caster
Sedikit jem ( gunakan jem blackcurrant lagi sedap )

Bahan Taburan :
Badam hiris

Bahan Topping ( Dipukul Hingga Kembang ) :
120gm putih telur
240gm gula halus
2 sudu teh tepung jagung

Nota : Pantang larang topping; Jangan terkena sebarang minyak atau butter, nanti kuih bantut

Cara Membuatnya :
Gula caster dan tepung digaul rata.
Masukan butter dan uli hingga menjadi satu doh yang lembut.
Canaikan adunan dalam loyang 9 x 12 x 1.
Rata-ratakan dan dilubangkan dengan garpu.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C atau 170'C selama 10 - 12 minit atau hingga kekuningan.
Keluarkan dan sapu dengan jem dan kemudian topping, badam hiris dan bakar lagi selama 10 minit.
Biskut ini dipotong semasa panas.

Posted by Picasa

June 22, 2006

Banana Choc Cake Sumbangan Sifu Suria

Resepi ini merupakan gabungan beberapa resepi yang berasingan. Hasilnya seperti apa yang dijual di Secret Recipe. Harga sebiji kek di Secret Recipe ialah RM62.00



Peraturan Mengikut Gambar di atas (Sumbangan Sifu Suria)
1- Kek lah yang dah di belah atau kat sini saya buat dua biji kek
2- Lapisan pertama butter cream - saya ikut recipe diana bagi dulu + choc emulco aja sekejap dah siap buat cream ni
3- Then pisang, kat secret recepi guna pisang montel, dlm gambar ni pisang berangan sedap gak...montel lebih sedap lah kedai kat rumah tak jual pisang tu.
4- Sapu lagi atas pisang tu dgn butter cream choc
5- Letak blue berry ( yang ni jgn kedekut lagi banyak lagi sedap)
6- Tutup dgn kek lapisan atas
7- Sapu dan hias guna choc pulak. yang saya guna ni choc + susu pekat manis atas sekali memang tak ada hiasan lain boleng choc semata..nanti pi secret recepi intailah.. selamat mencuba.

Komen Sifu Suria : Yes guna recipe kat bawah tu cuma kurangkan gula sikit sebab dah ada susu pekat. I used 1 1/2 gula aja. Kek ni cuba intai kat secret recepi nama dia pun sama banana choc cake. Mestilah ada base. Yang gambar tu i letak dlm tupperware sebab tak ada box dan board yang besar.

KEK COKLAT KUKUS ROHA

Bahan2.
Tepung Gandum 2 cawan
Gula Halus 2 cawan } gunakan gula yg biasa dan kisar halus
Serbuk koko 1 cawan} Boleh kurangkan sikit jika tak suka pahit
Minyak Masak 1 cawan
Air Panas Mendidih 1 cawan
Susu pekat manis 1 tin kecil} Klu pakai cremer 1 tin besar
Telur 5 biji
Baking powder 1 sudu kecil
Bikarbonat 1 sudu kecil

Caranya:
Sediakan pengukus. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat. Masukkan dlm bekas dan buat lubang di tengah2nya. Masukkan telur, gula, susu, minyak dan kacau sebati. Jangan kacau terlalu lama. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata. Kukus selama 1.30 jam. Untuk mengetahui kek sudah masak , cucuk dgn lidi dan kalau lidi ditarik
bersih menandakan kek telah pun masak. Bolehlah dihias dgn toping atau dimakan begitu sahaja.
p/s : semasa mengukus pastikan air kukus ditambah. Dalam masa 1.30jam pengukus hendaklah dibuka hanya sekali sahaja.


BASIC BUTTER CREAM - Krim Mentega Asas sumbangan Diana

Bahan-bahannya
(A)400 gram mentega
100 gram shortening

(B)180 gram gula aising
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
1. Putar mentega dan shortening sehingga tidak berbintil-bintil. Masukkan esen vanilla dan gula aising. Terus memutar sehingga adunan lembut dan gebu. Sedia untuk digunakan.

Nota:
1. Untuk menyediakan krim mentega yang lebih keras, shortening boleh digantikan dengan krim majerin khas. Ia boleh dibeli dari kedai menjual bahan-bahan bakeri.
2. Untuk menyediakan krim mentega coklat, tambah 2 sudu besar pes coklat/ emulco dan pukul hingga sebati.
3. Untuk menyediakan krim mentega kopi, tambah 2 sudu besar pes kopi/ emulco dan pukul hingga sebati.

Nota Chetam : Resepi Buttercream di atas boleh juga digunakan untuk mendeco kek anda.

Aneka Resepi Almond London


Gambar : Fotopage Almond London from Taiping

LONDON ALMOND sumbangan Puan Rozita MTM (Cikgu kelas Cookies Raya)

250 GM BUTTER
125 GM GULA ICING
100 GM TEPUNG JAGUNG
200 GM TEPUNG HONKWEE (PUTIH,KERTAS TULISAN BIRU)
250 GM TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELUR (PUKUL SEDIKIT)

1. PUTAR BUTTER, ICING SUGAR DAN TELUR.
2. MASUKKAN SEMUA JENIS TEPUNG DAN ULI LEMBUT.
3. SUKAT MENGGUNAKAN 1 STEH DAN MASUKKAN BADAM YANG SIAP DIBAKAR DI DALAMNYA.
4. BAKAR
5. DAH MASAK, CELUPKAN KEDALAM COKLAT MASAKAN DAN TABUR DENGAN BADAM NIP (BAKAR)

Komen : Ini merupakan secret resipe Puan Rozita so cuba jangan tak cuba.

London Almond sumbangan Rafidah Junid
Sumber : ResepiNet

Bahan biskut :
150 gm mentega
50 gm gula aising
1 butir telur
170 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
60 gm nestum (saya guna nestum madu sebab lebih wangi, tapi nestum
perisa asli pun ok jugak kot)
50 gm susu tepung
1/5 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam halus
lebih-kurang 100 biji badam (masa saya buat bebaru ni, satu adunan
menghasilkan 110 biskut)

Bahan salut :
coklat masakan (tapi, saya buat guna coklat masakan putih)
serpihan badam/chocolate rice/sprinkles - untuk hiasan

Cara :
1.Panggang badam dalam ketuhar sampai rapuh & merekah sedikit kulitnya
(saya panggang pada suhu 180C, 10 minit). sejukkan ke suhu bilik.
2.Putar mentega & gula aising hingga sebati.
3.Masukkan telur & esen vanilla, gaul hingga sebati.
4.Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung, susu tepung & garam.
masukkan nestum & gaul rata.
5.Masukkan campuran tepung ke dalam campuran mentega. gaul hingga sebati.
6.Ambil 1/2 sudu teh adunan, buatkan bebola (saya guna sudu sukatan,
bukan sudu teh biasa, supaya saiz biskut akan sekata).
7.Leperkan bebola, masukkan sebiji badam & bentuklah mengikut citarasa
(bulat atau bujur).
8.Bakar pada suhu 180C selama 12 minit.
9.Keluarkan dan biarkan sejuk ke suhu bilik sebelum disadur dengan
coklat, dihiasi serpihan badam/chocolate rice/sprinkles & dimasukkan
ke dalam cawan kertas.
10.Biarkan coklat betul-betul kering sebelum disimpan dalam bekas kedap
udara.


Almond London (Amy Beh)
Sumber : Kuali, The Star

Bahan
125g butter
75g gula icing
1 kuning telur

Ayak Bersama:
225g tepung gandum
1/2 tsp tepung beras

300g badam, dipanggang
450g coklat masakan, dicairkan
Badan cincang, dipanggang
Mangkuk kertas

Cara
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur. Pukul lagi. Masukkan bahan kering yang sudah di ayak. Adun sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.

Ambil sedikit doh, saiz sebesar guli, balut badam dan bentukkan menjadi sebiji bola.

Letakkan doh dalam loyang yang bergris. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu175�C selama 20-25 minitatau sehingga masak dan keemasan. Sejukkan apabila sudah masak.

Letakkan cookies ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat yang dicairkan di atasnya. Hiaskan dengan badam yang dicincang.

Almond London Cookies sumbangan Hasnee MTM

Bahan-bahan
260gm Butter/mentega
550gm tepung Top
120gm gula kastor
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
1 sudu Emplex

(Jumlah sukatan badam: agak2 sendiri lerr : 100biji kerr lebih boleh disimpan )
Badam di bakar/sangrai garing ~ di bahagi spt. berikut
3/4 Badam biji ~ inti
1/3 Badam hancur ~ hiasan

100gm coklat masak di campur dengan 1 sudu makan Crisco (lemak sayuran) di masak dengan cara double cook ( coklat diletak di dalam periuk~1 dan dimasak di atas air panas di dalam periuk~2 sambil di kacau perlahan2) gunakan api yang perlahan.

Cara-cara
Pukul telur, gula, butter emplex hingga putih, masukkan tepung top sedikit2 sambil di gaul rata.

Badam biji di salut dengan doh tadi dan dibentuk lonjong (ketebalan tepung ikut suka anda..) kemudian di bakar hingga masak atau dengan suhu 1800C selama 15 minit.

Setelah masak dan di sejukkan..bolehlah di celup kedalam coklat yang telah di cairkan, kemudian letakkan di dalam cawan kertas.

Ketika coklat masih basah taburkan badam hancur sedikit di atas biskut tersebut supaya ianya mudah lekat. Setelah coklat kering barulah boleh disimpan di dalam bekas.

Panduan.
1. Coklat hendaklah di masak setelah biskut tadi siap di bakar.
2. Untuk yg nak simpan lama...Biskut yang telah siap di masak jangan di celupkan dengan coklat. Simpan di dalam bekas yang kering & kedap udara. Agak2 nak makan (sehari dua kerr) barulah di masak coklat dan di celupkan biskut tersebut. Coklat yang agak sedap untuk biskut ini brand Tulip..

London Almond sumbangan Sifu Suria RN

250g butter
1 cup icing sugar
1 cup serbuk almond ( kisar punya)
1 cup tepung jagong
1/2 cup tepung beras
1 sudu kecil emplex
Tepung gandum guna sampai boleh uli doh tu, lebih kurang 2+ cup lah. saya guna measuring cup standard ni kat bake with yen ada jual cup ni.
Almond kena goreng dulu ( sangai ke orang biasa cakap, tanpa minyak tu), saya biasa masuk aja dlm oven dalam 10 min, jgn hangus pulak nanti tak sedap.

Bulat2kan letak almond sebiji(setengah biji tak jadi nya), susun banyak2 dalam loyang bakar dalam oven. Lapik loyang dgn kertas
daripada sapu marjerin, senang nak angkat tak pecah kuih. As usual salut dgn choc. choc murah boleh + coco butter nak cairkan choc, tak pun guna choc mahal, nama dia lebih kurang morangue glance ke, satu bar kat bake with yen tu cost 25+++ tapi hasil cantik, berkilat. Kuih ni kembang sikit so jgn buat besar2, bagi comel2 muat isi satu biji almond tu dahlah. Adunan jgn keras sangat, nanti tak boleh bentukkan bentuk bujur tu.

Almond London sumbangan Nor Faizah Che Din Restoren Pak Amir

Bahan2
250gm mentega
130gm gula aising
450gm tepung protin sederhana
2 kuning telur
1 camt esen vanila
Biji badam dipanggang
Badam cincang dipanggang
Cooking choclate

Cara2
1.Pukul mentega & gula aising sehingga kembang & lembut
2.Masukkan esen vanila & kuning telur & pukul lagi sehingga 2 minit
3.Masukkan tepung & kacau rata
4.Ambil sebiji badam yg tlh dipanggang baluktkan dgn adunan tepung & bentukkan membujur
5.Bakar pada suhu 180 darjah Celcius sehingga kuning. Apabila sudah sejuk, celupkan biskut kedlm coklat cair. Masukkan kedalam mangkuk kerta warna coklat/hitam dan taburkan badam cincang.

* Coklat tu dicairkan dgn kaedah double boiling.

Komen dari sorang ahli Restoren Pak Amir : Ini resepi almond london yg diperolehi dari netters baru2 ni. I dah cuba last weekend. Cumanya bila I nak beli bahan bakery I tanya the bakery girl, dia syorkan I guna satu jenis tepung - namanya red roses flour menggantikan tepung protein sederhana (TPS) tu. I tanya adakah red roses and TPS tu sama. TPS dijual berasingan disitu. Dia kata tak sama (Wallahualam). So I pun gantikan TPS dgn red roses. The result was marvellous...rangup. But I also believe TPS will give good almond london too. Try...

ALMOND LONDON sumbangan Abang Joe Mas RN

Bahan-Bahannya :
125gm mentega
75gm gula ising
1 biji kuning telur
225gm tepung gandum serba guna
333gm badam berkulit dibakar di dalam ketuhar pada suhu 176�C selama 7 minit
300gm coklat masakan dicairkan
Sedikit lemak sayur ( shortening )
Mangkuk kertas
Sedikit hirisan badam untuk hiasan
1 sudu kecil emplex ( bahan untuk membuat biskut rangup )

Cara Membuatnya :
Pukul mentega dan gula sampai halus.
Masukkan telur dan emplex serta tepung gandum serbaguna.
Gaulkan adunan sehingga sebati.
Ambil sebiji badam dan diisi di tengah-tengah adunan.
Bentuk seperti guli dan letak di atas dulang pembakar.
Bakar selama 20 - 25 minit pada suhu 170�C.
Sejukkan dahulu.
Masukkan ke dalam kertas mangkuk dan disudukan sedikit coklat cair
(yang telah dimasukkan sedikit 'shortening' ).
Hiaskan dengan hirisan badam.

BISKUT LONDON ALMOND sumbangan Abang Joe RN
Sumber : Yusniza

Bahan-Bahannya :
230gm tepung red rose
1 biji telur diambil kuningnya
� sudu teh esen vanila
1 kotak cooking chocolate
125gm mentega
60gm gula icing
1 paket badam dipanggang / dibakar
Sedikit badam yang dikisar halus.

Cara Membuatnya :
Mentega dan gula dipukul separa kembang.
Pukul mentega dan gula hingga separa kembang.
Masukkan kuning telur dan esen vanila, kemudian kacau.
Akhir sekali masukkan tepung red rose tadi sehingga boleh diuli.
Salutkan badam tadi dengan adunan sebiji-biji dan bakar pada suhu 180�C
selama 12 minit.
Setelah sejuk, masakkan coklat dan celupkan badam yang disalut tadi.
Kemudian masukkan ke dalam paper cups.
Tabur sedikit badam halus sebagai hiasan.

ALMOND LONDON sumbangan ABang Joe RN

Bahan-Bahannya :
1� buku butter
1 cawan gula perang
1 cawan tepung jagung
2� cawan tepung gandum
1 sudu impleks
1 sudu esen vanila
Badam
Coklat masakan
Minyak shortening

Cara Membuatnya :
Pukul butter dengan gula perang sehingga kembang.
Masukkan esen vanila dan serbuk impleks.
Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, uli sehingga menjadi
doh yang lembut.
Masak biskut selama 10 minit menggunakan api yang perlahan.
Celup biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.
Masukkan ke dalam cup dan tabur dengan badam halus.

COOKIES - BISKUT ALMOND LONDON sumbangan Ana Restoren Pak Amir

Bahan:
1 buku butter (kalau nak lagi sedap guna jenama SCS)
3/4 cawan gula castor
1 biji telur merah
3 cawan tepung SUPERFINE
badam biji - dipanggang rangup
paper cup - warna chocolate

Bahan Salutan:
Cooking coklat secukupnya
sedikit mentega cair

Cara:
1. Pukul butter dan gula ising bagi sebati, then masukkan kuning telur, biar sebati.
2. Masukkan tepung SUPERFINE.
3. Uli sikit sampai doh tak melekat di jari.
4. Jemput doh kecil-kecil dan letakkan badam di dalamnya. Bakar sehingga kuning / masak.
5. Bila biskut dah sejuk baru dicelup kedalam cooking coklat yang telah didouble-boilingkan dan diletakkan ke dalam paper cup.

*Cooking coklat tu ada sesetengahnya tak perlu ditaruh dengan mentega cair semasa double-boiling, ada tu pulak kena taruh, kena tanya taukeh kedai tu la...AWAS, jangan sesekali bagi air masuk kedalam bekas coklat tu, kalau tidak, coklat tak akan beku. TAK PAYAH masuk peti ais selepas coklat disejuk, cukup biarkan ia beku, then simpan dlm. bekas.
Posted by Picasa

PEMBETULAN TARIKH KELAS DI SKUDAI

Assalamualaikum

Sedikit pembetulan. Kelas Cookies Raya Puan Rozita anjuran Puan Faridah di Skudai, Johor adalah pada hari Ahad, 25hb Jun dan bukannya 26hb Jun 2006.

Harap Maklum.

Chetam

June 20, 2006

BUTTERCREAM Kuantan 1

d
Gambar : Lynn Sham RN

Kek di atas dihias menggunakan lagi satu buttercream dari Kuantan.

BUTTERCREAM Kuantan 1
Sumber: Jai, Kuantan

Bahan:
350 gm marvelo/supertact/krimwell
250 gm butter
175 gm gula pasing
110 gm putih telur

Cara menyediakannya:
1. Masak putih telur + gula secara double boiler, kacau selalu.
2. Pukul butter + krimwell hingga putih.
3. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur yang dimasak tadi hingga menjadi meringue. Masukkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter. Pukul lagi pada speed sederhana hingga putih.
Posted by Picasa

Butter cream Kuantan 2


Gambar : Anis RN

Kek di atas dihias menggunakan buttercream sumbangan dari Geng RN di Kuantan.

Butter cream Kuantan 2

250 gm butter/shortening
(komen Anis : kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
125 gm marvello/supertact/krimwell
(komen Anis : benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
125 gm gula aising
(komen Anis : kena ayak dulu supaya tak berketul2)

Pukul butter + marvello hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.

TIPS dari Anis : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.
Posted by Picasa

June 14, 2006

Meh Kita Deco Kek

Terlebih dahulu, jutaan terima kasih kepada Shida yang telah sudi berkongsi gambar-gambar yang diambil semasa kelas Buttercream Chef Hau. Gambar-gambar ini telah dikirimkan ke ResepiNet dan Chetam ambil kesempatan untuk mengompile kesemuanya.



Step1
Sapu buttercream dengan spatula di bahagian atas dahulu. Ratakan dengan memusing kek di atas turntable.

Step2
Sapu buttercream di keliling kek pula. Biarkan lebihan buttercream naik ke atas

Step3
Kemaskan lebihan dengan menyapu lapisan atas dengan spatula

Step4
Ambil Magic Comb dan hampirkan bahagian bergigi halus ke tepi kek. Pusing kek tanpa mengerakkan magic comb. Kemaskan mana-mana bahagian yang terlepas dengan memusingkan kek sekali lagi.

Step5 & 6
Gunakan hujung bahagian magic comb yang bergigi halus untuk membentuk awan. Lorekkan 2 awan di atas sekali, diikuti dengan 3 awan secara bertindan. Buat sehingga penuh permukaan kek. Terdapat lebih dari satu cara untuk menghias pemukaan kek dengan magic comb.

Step7
Dengan menggunakan nozzle bintang, buatlah border di sekeliling bahagian bawah kek. Picit setempat, berhenti memicit dan tarik nozzle. Ulang sehingga habis.

Step8
Beberapa lagi bentuk border yang dihasilkan oleh Chef Hau.

Step9
Hiasan border bahagian atas masih lagi menggunakan nozzle bintang. Picit piping bag dan buat bulatan sebanyak 5 kali dan tarik melengkung panjang sedikit. Jarakkan sedikit baru buat bulatan seterusnya.

Step10 & 11
Masih menggunakan nozzles cone, buatlah hiasan di keliling kek seperti huruf U bersambung.

Step12
Kek yang telah siap dengan hiasan border.

Step13
Dengan menggunakan nozzle bunga ros atau nombor 123, bentukkan beberapa kuntum bunga ros. Ambil wafer cone dan letakkan di atas cone holder. Sebelum itu, calitkan sedikit buttercream di antara cone holder dan wafer cone untuk memastikan cone idak bergerak. Guna nozzle dengan bahagian yang sempit di sebelah atas, picit dan buat bentuk melengkuk ke atas. Letakkan nozzle di bahagian tengah kelopak bunga ros yang pertama tadi dan ulang proses memicit dan membentuk. Ulang sehingga anda dapat bentuk bunga ros yang dikehendaki.

Step14
Gunakan gunting untuk memindahkan kone bunga ros ke permukaan kek. Dengan menggunakan gunting, tekan cone sehingga terbenam ke dalam kek dan hanya menampakkan kelopak bunga ros.

Step15 & 16
Gunakan cone secara terbalik. Paipkan buttercream berlainan warna ke dalam bahagian tengah cone. Gunakan nozzle 103 untuk membentuk kelopak bunga. Picit piping bag dan goyang perlahan-perlahan untuk menghasilkan satu kelopak. Hasilnya, kelopak akan kelihatan kerkedut-kedut. Ulang hingga habis.

Step17
Letakkan kelopak bunga di permukaan kek dan paipkan buttercream berlainan warna di bahagian tengah. Anda boleh juga menggunakan piping jelly yang telah diwarnakan untuk menghasilkan efek berbintik-bintik.

Step18 & 19
2 jenis bunga yang telah siap dibentuk.

Step20
Gunakan nozzle 80 untuk menghasilkan bunga kekwa. Gunakan wafer cone dan cone holder. Letakkan nozzle di bahagian tengah cone. Picit piping bad dan tarik ke atas. Ulang sehingga kelilingnya siap. Letakkan nozzle di bawah sedikit dari lilitan pertama dan ulang proses picit dan tarik ke atas. Nozzle yang sama juga digunakan untuk membuat bunga matahari. Anda hanya perlu memicit buttercream berlainan warna sebagai bahagian tengah. Tidak perlu menggunakan cone, teruskan picitkan di atas permukaan kek.

Nota : Untuk menghasilkan daun-daun tanpa menggunakan nozzle, ambil piping bag. Gunting di hujung supaya berbentuk tajam seperti kita buat serunai dari straw. Picit piping beg dan henjutkan aliran kelaur buttercream tersebut. Daun akan dapat dihasilkan dengan cantik sekali.

First Time Chetam Mendeco Kek

Last friday Chetam ambik cuti kerana nak menghadiri Kelas Buttercream yang dianjurkan oleh Bake With Yen di Puchong. Memang meriah kelas hari tu sebab 5 orang adalah ahli ResepiNet dan 4 orang ahli CARI.com dan chef nya pulak ialah Chef Hau yang memang tak kedekut ilmu.

Yuran cuma RM50 dan Chetam diajar deco kek barbie doll dan kek bulat. Chetam belajar buat bunga ros, kekwa, matahari dan bunga kecik2 serta daun. Chef Hau juga tunjuk cara buat Garfield.

Di bawah ni dua kek yang Chetam deco sendiri berserta resepi Buttercreamnya.



Kek Bunga Mekar Setaman


Kek Barbie Doll

Icing Cream BWY - Sumbangan Zairah ResepiNet

500g krimwell
500g butter
200g golden syrup

Caranya:
Pukul Creamwell selama 20 minit dengan kelajuan sederhana..pukul sampai kembang
Masukkan butter dan golden syrup, pukul lagi 20 minit..

Note: sekiranya nak manis lagi boleh tambahkan golden syrup

Golden Syrup

Bahan A
200g gula
1/4 potong limau nipis
50 gram air

Bahan B
20g air

Caranya:
Masak bahan A sampai perang. Dah masak ,tutup api tambahkan bahan B.

June 08, 2006

PENGEDAR DI PERLUKAN UNTUK BISKUT JUALAN HARI RAYA

SAMPLE COOKIES BOLEH DI DAPATI PADA AWAL BULAN JULAI 2006.

1.ALMOND TOASTED COCONUT
2. SNOW ALMOND
3. RED PEARLS
4. CUSCEDEN
5. TREASURE BAR
6. CHOCOLATE CRUNCY
7. CHOCOLATE OAT
8. PISTACHIOS YUMMIES
9. SWEET MELON
10. SWEET ROSY
11. CRYSTALL BALL
12. MILKY MILK CHOCOLATE

HARGA PENGEDAR ADALAH RM14.00 - RM15.00 BERGANTUNG KEPADA QUANTITY YANG DI PERLUKAN.

SILA HUBUNGI SAYA DI NO. TEL: 0162195009 SELEPASA JAM 6.00PM ATAU SMS ANYTIME... DAN email... rozita64@gmail.com

Alamat:LOT 492A,JALAN YADI,41250 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

Terima kasih.
Puan Rozita

Nota Kaki Chetam: Attachment berbentuk WORD akan Chetam emailkan kepada pengunjung yang berminat sahaja. Kalau tak silap, dokumen tersebut merupakan senarai lengkap cookies. Sila email Chetam untuk dapatkan attachment berkenaan che_tam@yahoo.com

Berita baik untuk anda yang berada di Skudai, Klang dan Ampang

Puan Rozita akan berada di kawasan anda untuk mengadakan beberapa sessi kelas masakan.

SKUDAI, JOHOR
KELAS BISKUT UNTUK JUALAN HARI RAYA AKAN DI ADAKAN PADA 26 JUNE 2006.
ERTEMPAT DI: 220 JALAN IMPIAN EMAS 58, TAMAN IMPIAN EMAS, SKUDAI, JOHOR.

SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI PUAN FARIDAH TEL NO. 019-7383241.


BISKUT JUALAN TERLARIS 2005
MILKY MILK CHOCOLATE COOKIES
GOLDEN OATALMOND TOASTED COCONUT
PARMESAN CHEESE COOKIES
RICOTTA HAZELNUT COOKIE
CHOCOLATE LANZA
SNOW WHITE
ITALIAN CHOCOLATE DELIGHT
SUNFLOWER SEED COOKIESIRISH COOKIES
SWEET MELON COOKIES

LAGI BISKUT JUALAN
1. SANDY KEJU COOKIES
2. CASHEWNUT SUJI
3. PISTACHIOS SHORTBREAD
4. CHOCOLATE SQUARE
5. PRUNE OAT DELIGHT

10 RESEPI BONUS (TIADA DEMO, RESEPI SAHAJA)
5 BISKUT
3 KEK
2 PUDDING

YURAN: RM150.00

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kelas di Ampang
Bertempat di : MAS&ITA'S COOKING, NO. 18, JALAN 2/6, BUKIT INDAH AMPANG, 68000 KUALA LUMPUR.
TEL: 019-2275909 (MASTURA) ANYTIME
016-2195009 (ROZITA) AFTER 6.00pm
TARIKH: 17 JUNE 2006
HARI: SABTU
MASA: 2.00 PETANG
YURAN: RM100.00

KEK LAPIS
KEK LAPIS SOMALINA BUAH-BUAHAN (BAKAR)
KEK LAPIS SANDORA (KUKUS)

BISKUT
PRUNE OAT ROLLED
BISKUT HATI KRISTAL
GREEN CRYSTAL LACED COOKIES
TUTTY FRUITY DELIGHT
CASHEWNUT OAT COOKIES
TWIN CHOC MAMBO COOKIES

RESEPI BONUS:
KEK LAPIS MOSCOVIC
5 JENIS BISKUT

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kelas di Klang
Bertempat : ITA'S DELIGHT & NORULL's Bakery, LOT 492-A, JALAN YADI, 41250 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 016-2195009 (ROZITA) – AFTER 6PM OR SMS ANYTIME

Tarikh : 18 JUNE 2006
JAM : 2.00 PM
YURAN: RM100.00

1. TUTTY FRUITY DELIGHT
2. CACHEWNUT OAT COOKIES
3. TWIN MAMBO COOKIES
4 GREEN EMERAL COOKIES
5. ROMALET SWEET COOKIES
6. CAPPACINO GLORY CRUNCHY
7. SPANISH CHOCOLATE BAR
8. SUJIRA COOKIES
9. CHOC RICE BUBBLE COOKIES
10. SWEET PRETZELS

5 BONUS RESEPI

Tarikh : 2 JULY 2006
JAM : 2.00PM
YURAN: RM60.00

1. TALAM SARI KASTAD JAGUNG
2. TALAM BERAS WARNA WARNI
3. TUTTY FRUITY PUDDING
4. BLUEBERRY LAYER BUTTER CAKE

5 BONUS RESEPI

JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI KAMI 3 HARI SEBELUM KELAS DI MULAKAN

June 06, 2006

Aneka Resepi Roti - Sumbangan Diana


Milk Loaf


Chocolate Milk Loaf
MILK LOAF

Bahan-bahannya
500 gram tepung roti
300 ml susu segar
2 sudu makan shortening
1 1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula caster
2 sudu teh yis

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmachine dan tekan setting BASIC. Diana menggunakan MEDIUM crust, jadi kulit roti tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.
2. Selepas dibakar, sapu dengan mentega dan hidangkan panas2 bersama kopi/ teh. Sapu mentega, jam, peanut butter pun sedap.

NOTA: Boleh juga letak sedkit kismis untuk menghasilkan Fruit Milk Loaf, atau 2 sudu makan serbuk koko untuk mendapat Chocolate Milk Loaf.


HORLICK MILK LOAF
Sumber: Diana

Bahan-bahannya
500 gram tepung roti
300 ml susu segar
2 sudu makan shortening
1 1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula caster
2 sudu teh yis
4 sudu besar horlick

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmachine dan tekan setting BASIC. Diana menggunakan MEDIUM crust, jadi kulit roti tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.
2. Selepas dibakar, sapu dengan mentega dan hidangkan panas2 bersama kopi/ teh. Sapu mentega, jam, peanut butter pun sedap.

NOTA: Boleh juga letak sedkit kismis untuk menghasilkan Fruit Milk Loaf, atau 2 sudu makan serbuk koko untuk mendapat Chocolate Milk Loaf.



Creamy milk loaf, Diana buat gunakan breadmachine.. Rasanya memang Diana buat manis sikit dan tambah brown sugar... Creamy sebab menggunakan susu segar.. kalau nak lagi creamy bancuh 300 ml air dengan susu tepung kasi pekat2, nanti dapatlah roti creamy lemak manis disukai ramai.

CREAMY MILK LOAF

Bahan-bahannya
500 gram tepung roti
300 ml susu segar
2 sudu makan shortening
1 1/2 sudu teh garam
8 sudu besar gula caster
4 sudu besar gula perang

2 sudu teh yis

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmachine dan tekan setting BASIC. Diana menggunakan MEDIUM crust, jadi kulit roti tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.
2. Selepas dibakar, sapu dengan mentega dan hidangkan panas2 bersama kopi/ teh. Sapu mentega, jam, peanut butter pun sedap.

NOTA: Boleh juga letak sedkit kismis untuk menghasilkan Fruit Milk Loaf, atau 2 sudu makan serbuk koko untuk mendapat Chocolate Milk Loaf.

Basic Dough

A

350 tepung roti/high protein flour
150g tepung halus
100g gula
1 camt garam halus
30g susu tepung
1 camt bread improver (optional)
1 camt bread softener (optional)
4 camt yis kering
Gaul bahan di atas sebati

B
Air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat265g

C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam. 5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak.

Untuk topping
240g butter
240g gula halus
240g tepung kek
6 biji telur
coklat emulco
1 camb serbuk koko

1) Pukul gula dan butter hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu sambil pukul.
3) Masukkan tepung dan sebatikan.
4) Ambil satu pertiga dari adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan emulco (untuk adunan coklat)

Inti kacang merah - 50g each
Mix fruit/raisin - 50g each


Mix fruit roll (asalnya raisin bun)
1 - Timbang doh 200g each. Gaulkan dengan mix fruit. Bulatkan dan rehatkan 10 minit.
2 - Canai doh hingga nipis.
3 - Hiris hujung canaian dengan hujung pisau tajam.
4 - Gulung doh pada bahagian yang elok hingga sampai kebahagian yang dihiris.
5 - Rehatkan roll 30 - 40 minit. Sapu kuning telur dan bakar 180 selama 25 minit.


Stollen kacang merah
1 - Doh tu kita timbang 60g each dan bulatkan. Rehatkan 10 minit.
2 - Isikan inti kacang merah dan leperkan doh tu.
3 - Kita hiris doh yang leper tu dengan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Tapi hiris jangan putus hingga bawah. Hanya di permukaan saja.
4 - Terbalikkan doh tu. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.
5 - Susun doh dalam loyang, biarkan 40 minit, sapu kuning telur dan bakar suhu 180 selama 20 minit.


Caterpillar Bun
1 - Doh ditimbang 60g each dan bulatkan.Rehatkan 10 minit.
2 - Canai doh hingga leper dan besar.
3 - Gulung doh memanjang. Rehatkan 30 - 40 minit.
4 - Paipkan topping yang plain dahulu diikuti dengan topping coklat. Bakar suhu 180 selama 25 minit.


FRENCH BAGUTTES/ ROTI PERANCIS
Sumber: Roshayati Johari

Bahan-bahannya
360g tepung roti

90g tepung halus
1 camt garam halus
1 camb gula
1 camt improver
1 camt softener
3 camt yis
Gaul bahan di atas hingga sebati
250g air
10g shortening

Cara-caranya
1) Bahan yang dah digaul diuli dengan air hingga menjadi doh licin.
2) Masukkan shortening dan uli lagi hingga doh betul2 licin dan tak melekat di tangan.
3) Bahagikan doh kepada 3 bahagian 240g each.
4) Bulatkan doh dan biarkan seketika 10 minit.
5) Canai doh kepada segiempat dan gulung doh. Biarkan rehat 45 minit.
6) Beruskan air 2 kali pada permukaan doh. Kelar sedikit doh dipermukaan.
7) Masukkan loyang berisi air pada bahagian bawah dan loyang berisi doh di bahagian atas (steam bake).
8) Bakar roti selama 12 minit pada suhu 190. Keluarkan loyang air. Terus membakar
selama 10 minit lagi.


SARDINE BUNS
Sumber: Roshayati Johari

BASIC BREAD RECIPE (Diana olah dari resipi asal Roshayati)
Bahan A
440 gram tepung roti/ high protein flour
60 gram tepung superfine
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung
1 sudu teh bread improver super tex (rotitex)
4 sudu teh (1 paket) yis kering

Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)

Bahan C
80 gram shortening

Cara-caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak.

Nota: Untuk buat Mixed Vegetable Bread - 70 gram dan untuk Sardine Buns - 50 gram. Diana juga masukkan kesemua bahan dalam breadmachine dan tekan DOUGH untuk menguli adunan roti.

SARDINE
1 tin sardine
1 biji bawang besar, didadu
5 biji cili padi thailand, dicincang
3 sudu besar mayonaisse

Bahan digaul rata dan sedia untuk dibuat sebagai topping. Selepas roti naik letakkan topping dan bakar. Setelah roti masak, pipekan mayonnaise dan bakar lagi selama 1- 2 minit dan sedia untuk dihidang.


Cheese Topping


ROTI KISMIS
Sumber: NoorMasri (Cari.com)

Bahan-bahan:
1 cawan susu segar suam (luke warm)
3 sudu besar mentega dicairkan
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 biji telur } pukul sket
3 cawan tepung roti (strong white bread flour)
1 1/2 sudu kecil yis kering segera
100 g kismis campuran (dried mixed fruits)

Cara membuat:
Masukkan kesemua bahan2 diatas ke dlm bread maker mengikut turutan Pilih butang fruits & nut pd bread maker Bila roti masak, kuarkan dr mesin tutup dgn kain bersih selama 1 jam (supaya crust atas roti tu jd lembut) Peringatan: Roti yg kuar dr mesin jika dipotong panas2 ianya akan jd benyek (sbb terlampau lembut)..kalau nak makan panas2 cubit je dgn tangan tapi kalau nak potong sekeping2 kena tunggu sejuk seketika dlm 40 min - 1 jam

GARLIC BREAD (Bread Machine Style)

Bahan-bahannya
1 cawan air suam
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung susu
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar dried parsley
2 sudu teh garlic powder
3 cawan tepung roti
2 sudu teh yis kering

Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan-bahan dalam bread machine dan tekan butang BASIC.

June 05, 2006

Aksi-Aksi Chenul




Asyik dok post pasal resepi jer, kali ni nak post aksi-aksi Chenul untuk tatapan anda. Gambar tak sharp sebab guna hp berkamera.

ORANGE BUTTER CAKES sumbangan BEBOP, CARI.com

Chetam buat kek ni petang sabtu dan topping dibuat pagi Ahad. Resepi kek oren ni diambil dari Forum CARI.com, sumbangan BEBOP. Simple giler buat kek ni tapi saiznya kecik sikit.

ORANGE BUTTER CAKES sumbangan BEBOP, CARI.com

200 gm tepung gandum
1/4 tsp baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gm butter
5 bj telur
175 gm gula
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau

Pukul tepung, baking powder, susu, butter hingga gebu dan tidak berbintil2. Dimangkuk asing pukul telur dgn gula hingga lembut dan pekat, kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedlm adunan telur dan kacau sebati. selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan adun sebati. Tuang adunan kedalam loyang 9" dan bakar dalam 30 - 40 minit pada suhu 170C. Nak masuk dalam cup cake pun boleh jugak.

Simple Topping sumbangan Chetam

1 cawan non dairy whipping cream (Chetam guna jenama Baker's Mix, kalau tak silap. Beli kat Bagus Kajang. Harga RM9 lebih untuk 1 liter. Memang sedia manis)
Sedikit kordial oren Sunquick

Pukul kedua-dua bahan dengan mixer pada kadar tinggi hingga gebu. Chetam potong dua kek tu dan sapu topping di tengah. Sodap!!!
Posted by Picasa

June 02, 2006

KELAS COOKIES RAYA OLEH PUAN ROZITA

JIKA SESIAPAYANG BERMINAT BERKUMPULAN SILA HUBUNGI SAYA, ROZITA 016-2195009 UNTUK MENGADAKAN KELAS INI ATAU HUBUNGI=PUAN NORLIZA 0169071365.

PUAN NORLIZA SEDANG MENGUMPUL KAN PELAJAR BAGI KELAS YANG AKAN DIADAKAN DI SAUJANA IMPIAN, KAJANG.

ANDA JUGA BOLEH MENGANJURKAN KELAS DI RUMAH ANDA SENDIRI PADA BULAN JUNE INI. KUMPULKAN JIRAN SERTA SAHABAT HANDAI DAN PUAN ROZITA SEDIA DATANG MENGAJAR. TETAPI

BISKUT JUALAN TERLARIS 2005
MILKY MILK CHOCOLATE COOKIES
GOLDEN OAT
ALMOND TOASTED COCONUT
PARMESAN CHEESE COOKIES
RICOTTA HAZELNUT COOKIES
CHOCOLATE LANZA
SNOW WHITE
ITALIAN CHOCOLATE DELIGHT
SUNFLOWER SEED COOKIES
IRISH COOKIES
SWEET MELON COOKIES

LAGI BISKUT JUALAN
1. SANDY KEJU COOKIES
2. CASHEWNUT SUJI
3. PISTACHIOS SHORTBREAD
4. CHOCOLATE SQUARE
5. PRUNE OAT DELIGHT

10 RESEPI BONUS (TIADA DEMO, RESEPI SAHAJA)
5 BISKUT
3 KEK
2 PUDDING

YURAN: RM150.00


Sweet Melon

Snow White


Milky Milk


Italian Choc Delight


Irish Parmesan Choc Lanza


Almond Toasted


Ricota Hzelnut

Cantiknya Gubahan Hantaran ni!



Info hantaran di atas : Ada kuih manggis 10biji, nenas 10biji, jambu 10 biji & strawberi bijan 10biji..
Harga termasuk upah dan gubahan : RM60
Tema hantaran pertunangan : UNGU.
Chetam jumpa di WanitaMelayu.net. Info penjualnya : Kontek Helmi 012-2587412 atau Noraini 012-4527995 / 05-5337131 untuk tempahan. Terhad di area Perak dan Lembah Kelang sahaja.



Cantiknya labu ni.


Ranumnya jambu-jambu ni.


Cantiknya bunga tulip ni.

Amaran keras : Jangan tanya resepi............hehehehe.......Chetam teruja tengok kecantikan kuih ni semua so Chetam kongsi ngan anda. Kalau berminat nak order untuk hantaran, nombor kontek ada di atas.