Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


May 31, 2006

Kek Coklat DeeDee Sumbangan DeeDee ResepiNet


Kek Coklat DeeDee

Bahan2nya :
230gm Superfine floor
300gm gula castor
225gm mentega
225ml air sejuk
35gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh Nescafe
1/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji telur

Cara2nya :
Ayak tepung, serbuk koko baking powder, bicarbonate of soda, garam dan Nescafe. Pukul mentega, gula dan esen vanilla hingga putih. Masukkan kuning telur. Masukkan tepung berselang-seli dengan air. Pukul putih telur di dalam bekas yang berasingan hingga putih kembang dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris. Bakar pada suhu 180' selama 30 minit atau sehingga masak.

Bahan2 untuk topping :
35gm serbuk koko
200gm gula caster
1 sudu teh esen vanilla
50gm tepung jagung
225ml susu
175ml air
1/2 sudu teh garam
2 biji kuning telur
100gm mentega
1 sudu teh nescafe

Cara2nya :
Campurkan semua bahan kecuali mentega. Masak dengan double boil dan kemudian barulah dimasukkan mentega. Tuangkan dan penuhkan keseluruhannya ke atas kek.

Nota DeeDee :Actually utk topping, DeeDee tak ikut resipi asal...DeeDee ikut selera sendiri...DeeDee gunakan wipping cream + coklat masakan + butter...Masak wipping cream sampai mendidih kemudian baru masuk coklat masak diikuti butter...

Tau Fu Fah - Nak Buat Sendiri?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Atas permintaan ramai, berikut ada beberapa resepi Tau Fu Fah berserta tips.

TAUFU FA sumbangan Lynn ResepiNet

Bahan-bahannya
300 gram kacang soya
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh sekko/ GDL
2 cawan air kacang soya
3 helai daun pandan

Cara-caranya
1. Rendam kacang soya selama 4 - 5 jam.
2. Kisar kacang soya dengan 5 cawan air. Perah menggunakan kain muslin.
3. Kemudian kisar kali kedua hampas kacang soya dengan 7 cawan air. Ketepikan 2 cawan air kacang soya.
4. Didihkan air kacang soya dengan daun pandan.
5. 2 cawan air kacang soya dicampurkan dengan tepung jagung dan sekko/ GDL dikacau rata.
6. Tuang campuran air kacang soya bersama tepung jagung dan sekko kedalam bekas nasi ataupun tupperware.
7. Air kacang soya yang telah mendidih tu dituang kedalam bekas yang mengandungi air kacang soya yang telah dicampur sekko dan tepung jagung tu dengan cara teknik teh tarik iaitu dari bawah naik keatas jadi air kacang soya yang panas itu sebati dengan air soya yang dicampur sekko dan tepung jagung.
8. Jika permukaan ada buih dibuang buihnya TAPI JANGAN DIKACAU. Kemudian tutup, lepas 30 minit - 1 jam, kemudian boleh dihidangkan dengan sirap gula.

Taufu Fa sumbangan Fiza ResepiNet

Bahan-bahannya
300 gm soy beans - cuci, kosek sampai air clear...rendam semalaman dalam bekas bertutup
2 liter air
1 tsp sekko powder (boleh dibeli di Chinese medical hall)
2 sd besar tepung jagung
1/2 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul carik

AIR GULA
1 cawan gula
2 cawan air
simpulan daun pandan
sehiris halia (optional)

Cara membuat Taufu Fa
Kisar kacang soya bersama air (3 kali kisar) Perah ambil pati yang pertama sahaja. Tapis dengan kain supaya tak berkeladak...Boil bersama daun pandan dan kacau supaya tak meruap. sementara itu campurkan tepung jagung, sekko dan air kacau rata...Tuang soya bean yang sedang mendidih dalam satu bekas seeloknya periuk nasi...tuang dari atas dgn pantas campuran tepung jagung rata2 - tak perlu kacau dan tutup-alas penutup periuk dgn kain jika perlu. Biarkan beku..(boleh lihat air akan terapung diatasnya macam agar2 setelah tauhu set). Buang lebihan air sewaktu hendak skup (gunakan sudip atau senduk nipis).

Cara membuat Air Gula
Boil till thick

Ini pulak tips dari Diana :
[Quote]

Ini ada sedikit tips yang mungkin boleh dapat menghasilkan Taufu Fa yang perfect.
1) Dahulukan dengan Bismillah

2) Air kacang soya yang telah diperah tu. Ketepikan 2 gelas air kacang soya. Lebihan dimasak dengan daun pandan.
3) Air kacang soya hendaklah betul-betul masak ya kira dia didih sedikit-sedikit gitu jangan hanya wapkan.
4) Bila nampak air kacang soya hampir mendidih, bancuh sekko/ gdl dan tepung jagung kedalam air kacang soya yang 2 gelas itu. Kacau rata. Kemudian tuang dalam bekas nasi.
5) Tepung jagung boleh lebihkan sedikit (1 sudu besar), ini Diana buat pada kali 4 yang menjadi sebab tengok agak cair bancuhan air tu.
6) Sebelum tuang air kacang soya yang mendidih kedalam bekas tu, pusing2kan bekas nasi yang ada 2 gelas air kacang soya yang telah dibancuh bersama sekko/gdl dan tepung jagung. Supaya tepung jagung tidak mendap.
7) Baca bismillah lagi. Air kacang soya yang telah mendidih tu tuang kedalam bekas dari tepi bekas naikkan macam teh tarik cepat2 tinggi2. Ini yang akan membuat air kacang soya bercampur rata dengan adunan sekko/gdl dan tepung jagung.
8) Kemudian buang buih yang ada diatas untuk mendapatkan taufu fa yang licin diatasnya.
9) Ini Diana buat sendiri kalau nak ikut pun boleh sebab kali 4 buat menjadi. Bekas nasi Diana pusing2kan sikit. Kira ngerengkan sikit dan pusingkan 3 - 5 kali alah macam penyanyi dangdut pusing pinggang dia tu. macam tu la.
10) Tutup bekas nasi tu.
11) Taufu Fa yang cukup syarat akan menjadi cepat 45 minit dah beku dan ready untuk dihidangkan.

Antara faktor Taufu Fa tidak menjadi yang dapat Diana perhatikan dari process Diana mencuba.
1) Sekko kena cek dengan kedai yang kita beli sama ada sudah bakar atau belum. Sekko yang belum dibakar akan bewarna transparent, bila sudah bakar pada suhu 150 darjah c selama 2 jam ia akan bertukar seperti putih susu. Lebih baik beli GDL kat Bake with Yen. Ia juga dikenali dengan nama Lactone di Siingapura, my makcik beritahu sebab mereka iya2 sangat nak mencuba. So far feedback yang Diana dapat dari yang mencuba dengan GDL dan Lactone, first time je terus menjadi.
2) Air kacang soya hendaklah dimasak dengan betul. Jangan hanya wapkan sebaik-baiknya didihkan sedikit.
3) Tepung Jagung yang digunakan pun memainkan peranan. Diana menggunakan tepung jagung yang paketnya ada dua butir jagung diluar. Paket ini berhasil yang lain hampeh.
4) Kacang direndam dalam jangka 4 - 5 jam jangan berlebihan. Kerana jika lebih besar kemungkinan air banyak meresap.
5) Beli kacang soya dari supermarket Giant, Jaya Jusco dll jangan di kedai runcit. Norazie pernah mencuba katanya berlainan warna.
Ini sahaja tips yang boleh Diana berikan. Dan bila Taufu Fa itu menjadi bila kita ngerengkan bekas nasi tu taufu fa bersatu dan licin ditepi bermakna dah ready untuk dihidang. Alhamdullilah ia menjadi.

Idea untuk deco kek anda - Kek Sesame Street


Geramnya tengok kek Sesame Street ni. Chenul mesti suka kalau dapat sebiji. Gambar kek ini disumbangkan oleh Nina. Posted by Picasa

May 25, 2006

Tips untuk membuat roti yang sedap Sumbangan Diana - 9 May 2005

Chetam dok belek email lama dan inilah yang Chetam dapat.

[Quote]

Assalamualakum dan salam sejahtera semua

Tips untuk membuat roti yang sedap
=========================
Salah satu cara yang Diana pelajari ialah selalu gunakan cecair yang suam panas bila hendak mengguli roti, dan biarkan adunan roti naik sebaik-baiknya di tempat yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

Adunan roti yang memakan masa untuk naik mempunyai rasa yang sedap dan doh tidak dipenuhi dengan rongga-rongga udara"air bubbles". Doh yang memakan masa untuk naik juga lebih tahan lama berbanding doh yang naik dengan cepat. Doh boleh diletakkan dibekas besar sebaik-baiknya bekas kaca. Sapukan sedikit mentega pada bekas kaca dan biarkan doh naik pada suhu bilik. Tutup bekas doh dengan tuala atau plastik supaya doh tidak kering. Bila doh sudah naik terbalikkan supaya boleh disapu dengan mentega.

Selalunya adunan doh roti memakan masa 1 -2 jam untuk naik dua kali ganda dari rupa asalnya. Adunan doh menggunakan tepung wheat dan wholegrain memakan masa lebih lama untuk naik berbanding dengan doh yang menggunakan tepung biasa. Dough yang mengandungi buah-buahan dan kandugan lemak juga memakan masa lebih lama untuk naik. Selalunya saya lebih suka memerapkan doh saya semalaman dalam peti sejuk ini untuk perlahankan doh supaya naik terlalu cepat. Doh roti yang naik terlalu cepat selalunya rasanya kurang enak dan kadang kala masam.

Yeast
Membakar roti menggunakan yeast harus disukat dengan betul. Yeast memerlukan gula untuk aktif, tetapi terlalu banyak gula boleh perlahankan bahan aktif atau terus terhenti. Doh yeast selalu mengandungi gula, yang memberi warna dan rasa kepada roti tersebut. Garam juga selalu digunakan untuk tujuan yang sama tapi mempunyai fungsi memperlahankan doh bila diperap untuk naik supaya doh tidak terlalu kasar dan mempunyai banyak rongga-rongga udara.

Roti yang pucat dan tidak berwarna kekuningan mungkin dibakar pada suhu yang rendah atapun tidak mengandungi garam sewaktu mengadun doh.Yeast akan musnah pada suhu 46 darjah C dan akan mati pada suhu 63 darjah C.

Teknik Mengguli
Gunakan tangan anda untuk mengguli roti. Gunakan ruang yang luas, uli doh dengan melipat doh yang jauh kepada anda. Tolak doh menggunakan hujung telapak tangan anda. Pusing doh 1/4 dan uli sehingga betul-betul halus dan licin. Selalunya mengguli boleh memakan masa 10 minit. Kalau doh roti kaku bermakna anda letak terlalu banyak tepung. Inilah kesalahan yang selalu kita buat.

Bila membakar roti, pastikan luar roti masak dan kekuning-kuningan dan dalam roti lembab dan lembut.

Kepada ahli-ahli yang mempunya "Bread Machine", resipi disini khas untuk anda. Diana selalu mendoakan semoga resipi yang dicuba akan menjadi.... Selamat mencuba!!!

BANANA BREAD
===========

Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar minyak
2 biji telur
2 biji pisang, buang kulitnya dan belah setengah memanjang

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam mesin roti.
2. Gunakan setting dough dan mulakan. Biar mesin gaul bahan-bahan rata untuk 3-5 minit sampai pisang telah hancur. Gunakan spatula plastic untuk menolak doh yg melekat pada tepi bekas mesin roti. Stop mesin roti dan ratakan atas roti dengan spatula plastik.
3. Gunakan setting Bakar dan mulakan. Masa membakar selalunya lebih kurang 50 minit, terpulang pada mesin roti anda. Untuk cek jika roti sudah masak, cucuk pertengahan roti dengan lidi. Roti sudah masak jika lidi keluar bersih. Jika masih ada lebihan doh di lidi bakar untuk 10 - 15 minit lagi. Bila sudah masak keluarkan roti dari mesin dan biarkan sejuk di dalam acuan selama 10 minit barulah dikeluarkan dari acuan.

REVIEW DIANA:
Mula-mula try ada problem sebab time tu baru pakai mesin roti... ishhh frust juga... tapi sebab banana bread ni fav diana cuba lagi kali ini kawan dia kat UK kasi nasihat la sikit suruh letak serbuk kayu manis kalau nak sedap, so ada la rasa dan bau sikit...kalau tidak macam plain je... dia juga suruh letak kacang walnut dan diana lenyek pisang sampai lumat senang supaya mesin roti tak payah kerja keras...Diana cuba lagi sekali menjadi suka tak terhingga sampai lompat-lompat!! sedap dimakan untuk minum petang... rating kasi 7 out of 10... sebab first time buat tak jadi tapi rasa kasi 9 out of 10 sebab rasanya SEDAPPP!!!!

BEST BREAD USING BREAD MACHINE
========================

Bahan-bahannya
1 cawan air suam
2 sudu besar gula pasir
1 (.25 oz) yeast roti
1/4 cawan minyak jagung
3 cawan tepung roti
1 sudu teh garam

Cara-caranya
1. Masukkan air, gula dan yeast ke dalam acuan mesin roti. Biarkan yeast berbuih selama 10 minit, kemudian masukkan minyak, tepung, dan garam. Tekan butang "Basic" ataupun "White Bread Setting" dan mulakan.

REVIEW DIANA:
Sedap dan lembut. Diana juga campurkan dengan sengenggam kismis dan satu sudu teh serbuk kayu manis. Resipi ini sure menjadi tak akan gagal.

PORTUGUESE SWEET BREAD
==================

Bahan-bahannya
1 cawan susu segar
1 biji telur
2 sudu besar majerin
1/3 cawan gula pasir
3/4 sudu teh garam
3 cawan tepung roti
2 1/2 sudu teh yeast kering aktif

Cara-caranya
1. Masukkan kesemua bahan dan gunakan setting "Sweet Bread" dan mulakan mesin roti.

REVIEW DIANA :
Roti yang simple dan sedap juga lembut. Kena try punya!

WHOLE WHEAT BREAD
===============

Bahan-bahannya
1 1/2 sudu teh yeast kering aktif
3 cawan tepung whole wheat
1 1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar tepung susu
1 1/2 sudu besar majerin
1 1/4 air suam

Cara-caranya
1. Masukkan kesemua bahan-bahan kedalam mesin roti.2. Tekan butang "Whole Wheat" atau " Basic Bread" setting dan mulakan.

HONEY OF AN OATMEAL BREAD
=====================

Bahan-bahannya
1 cawan air
1 sudu besar minyak
1/4 cawan madu
1 sudu teh garam
1/2 cawan rolled oats
2 1/3 cawan tepung roti
1 sudu teh yeast kering aktif

Cara-caranya
1. Masukkan kesemua bahan dalam mesin roti dan gunakkan setting "Light Crust" atau "Basic".

[UnQuote]

May 24, 2006

KUIH KASWI sumbangan Diana



Ada yang cuba resepi tapi kuih kasuinya tak menjadi. Chetam postkan satu resepi dari Diana.

KUIH KASWI sumbangan Diana

Bahan-bahan
500 gm tepung gandum
400 gm gula melaka
200 gm gula pasir
125 gm tepung sagu
1 sudu teh kapur diambil airnya sahaja
1000 ml air

Cara Menyediakan
Masak gula pasir dan gula Melaka dengan sedikit air dari jumlah air yang diberikan. Masukkan sehelai dua daun pandan. Masak hingga gulanya pekat. Tapis dan sejukkan. C ampurkan tepung sagu, tepung gandum, kapur dan air hingga rata. Masukkan air gula yang telah disejukkan dan kacau lagi.

Tuangkan kedalam acuan-acuan kecil yang telah disapu minyak dan kukus hingga masak. Sebaik-baiknya kukusan hendaklah dibungkus dengan kain putih, supaya wapnya tidak menitis diatas kuih. Angkat dan sedia dihidangkan dengan kelapa kukus yang digaul sedikit garam
Posted by Picasa

May 23, 2006

BASIC BREAD RECIPE sumbangan Diana



BASIC BREAD RECIPE sumbangan Diana
Sumber: Roshayati Johari
Gambar: Diana

A
500g tepung roti/high protein flour
100g gula
1 camt garam halus
30g susu tepung
1 camt bread improver (optional)
1 camt bread softener (optional)
4 camt yis kering
Gaul bahan di atas sebati

B
250 ml air
1 biji telur kecil (pukul sikit)

C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak.


MIXED VEGETABLE BREAD

INTI SAYUR CAMPURAN
sayur campur
crabstick, disiat-siat
mayonnaise

Bahan diatas digaul rata. Roti yang telah dibentukkan disapu dengan 1 biji telur yang telah dipukul dan dicampur dengan 1 sudu besar susu segar. Kemudian bakar setengah masak. Keluarkan dan letakkan mixed vegetables filling diatas roti dan juga sapu sedikit lagi bancuhan telur ditepi roti. Sambung bakar sehingga warna serata. Bila roti telah masak, keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega. Ini supaya roti lembut. Kemudian pipekan sos cili dan juga mayonnaise. Masukkan kedalam oven selama 1 minit dan keluarkan. Sedia untuk dihidang.
Posted by Picasa

KEK COKLAT KUKUS BEBOP Sumbangan Kak Liza



KEK COKLAT KUKUS BEBOP Sumbangan Kak Liza
Sumber : Bebop Cari.com
Gambar : Kak Liza

Bahan
375 gm BUTTER
2 CAWAN GULA HALUS
1 TIN SUSU CAIR
1 SUDU TEH ESEN VANILLA

4 BIJI TELOR

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN KOKO
1 SUDU TEH BAKING POWDER
1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT

CARA
1. CAIRKAN BUTTER DLM PERIUK, KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR, ESEN VANILLA DAN GULA, KACAU PERLAHAN HINGGA SEMUA HANCUR DAN SEBATI.
2. KEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN ADUNAN SUAM.
3. SELEPAS ITU MASUK TELUR YG TELAH DIPUKUL DAHULU KEDALAM ADUNAN.
4. SATUKAN DAN AYAK TEPUNG, KOKO, BAKING POWDER DAN SODA BIKARBONAT,
5. KEMUDIAN CAMPURKAN SEMUA BAHAN KERING KEDALAM ADUNAN TADI.
6. KACAU SEBATI HINGGA RATA KEMUDIAN KUKUS SELAMA 1 1/2 JAM.

(ACUAN HENDAKLAH DI SAPU MINYAK KEMUDIAN DI LAPIK DENGAN KERTAS MINYAK SUPAYA SENANG UNTUK DIKELUARKAN KEK DARI ACUAN NANTI. DAN JUGA TUTUP PERMUKAAN ACUAN KEK DENGAN FOIL PAPER SUPAYA AIR KUKUSAN TIDAK JATUH KE ATAS KEK.)
Posted by Picasa

Kek African Marble



Bulan lepas Chetam buat 4 kek birthday. 2 untuk anak sedara dan lagi 2 untuk Chenul. Untuk anak sedara Chetam buat Kek Coklat Kukus Zaiima siap ngan Topping dari resepi yang diberikan oleh Puan Misleha ResepiNet. Gambarnya akan Chetam postkan kemudian. Lagi sebiji kek Chetam gunakan resepi di bawah iaitu Kek African Marble. Untuk Chenul pulak, Chetam buat Kek Coklat Bebop versi bakar dan sekali lagi Kek African Marble. Kedua-dua Kek African Marble dan Kek Coklat Bebop memang klass.........sedap. Nanti Chetam kasi resepi Kek Coklat Bebop.

Di bawah ni adalah hasil kerjatangan Chetam sendiri yang kejung. First time decorate cake tapi Chetam guna gambar spiderman yang dibeli dari kedai kek. Kek ini merupakan kek anak sedara Chetam.

Kek African Marble
Sumber : Roshayati Johari ResepiNet

Bahan2nya
250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit
1 camb ovellate
1 camt baking pawder
2 camb susu pekat
50 g air
175 g butter - cairkan
coklat/strawberry/kopi/pandan emulco - pilih satu yang
digemari

Cara2nya
Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco.
Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak. Bakar. ( Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ni akan naik double ). Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak. Setelah masak, biarkan 5 mini dalam loyang lepas tu
keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.
Posted by Picasa

Chocolate Sour Cream Cake



Lagi resepi kek coklat dengan toppping serbuk koko.

Chocolate Sour Cream Cake
Sumber : Puan Halimah Anang ResepiNet

Bahan-bahannya:
1 3/4 cawan all purpose flour
1 3/4 cawan gula castor
3/4 cawan Hershey's cocoa powder
1 1/2 teaspoon baking soda
1 sudu tea baking powder
1 teaspoon garam
2/3 cawan butter,
16 ozs dairy sour cream
2 biji telor
1 teaspoon vanilla essence
Fudge frosting untuk hiasan (resipi dibawah)

Peraturannya:
Panaskan oven, sediakan loyang 13 x 9 x 2 inch.
Ayak tepung, dan satukan dengan coco powder, baking soda, baking powder dan garam.
Pukul butter dan gula hingga putih dan kembang masukkan telur dan pukul lagi, kemudian masukkan sour cream dan esen vanilla kacau hingga sebati dan gaul dengan bahan-bahan kering. Tuang adunan di loyang dan bakar hingga masak selama 40 min - 1 jam. Biarkan kek sejuk dahulu baru dihiaskan kek dengan fudge frosting.

Fudge Frosting:
3 sudu makan butter
1/3 cawan Hershey Coco powder
1 1/3 cawan gula powder
2 - 3 sudu makan susu
1/2 sudu teh vanilla

Cairkan butter di atas api yang perlahan, masukkan coco dan kacau terus hingga mendidih dan angkat. Tuangkan adunan ke dalam mangkok dan biarkan sejuk. Setelah sejuk masukkan gula powder berselang seli dengan susu dan pukul hingga lembut dan masukkan vanilla. Menghasilkan satu cawan frosting.
Posted by Picasa

May 22, 2006

CHICKEN CHOP



Okay....ada permintaan resepi Chicken Chop. Kat bawah ni adalah resepi dari kak Liza. InsyaAllah, Chetam akan cari lagi dari dalam hard disk.

CHICKEN CHOP
Sumber: Kak Hanieliza

bahan
2 keping dada ayam [buangkan tulang dan hiriskan besar tapi nipis]
1 s/k sos MAGGI Seasoning
1 biji putih telur
2 s/b tepung jagung
3 s/b minyak

bahan tumbuk halus
2 cm halia
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Cara
1. Perapkan ayam dengan bahan yang ditumbuk halus bersama sos MAGGI Seasoning selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dalam non-stik pan.
3. Cucukkan ayam dengan garfu dan celupkan dalam putih telur yg telah dipukul.
4. Golekkan ayam dalam tepung jagung.
5. Gorengkan dengan api sederhana sehingga warna keemasan.
6. Angkat ayam dan letakkan dalam pinggan bersana kentang goreng dan salad dan juga sosnya.

Sos Lada Hitam

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.
Posted by Picasa

Koleksi Resepi-Resepi Mami Asmah Laili - Sumbangan Diana

Since ada yang bertanya pasal buku Masakan Mami Asmah Laili, Chetam belek balik email lama-lama yang pernah dihantar oleh Diana. Ada banyak resepi dan kebanyakannya diambil dari rancangan memasak beliau yang disiarkan oleh TV Suria, Singapura.

Chetam tempelkan beberapa resepi di sini tetapi maaf sebab tiada gambar yang diberikan oleh Diana.

MEE HOON KLASIK
Sumber: Mami Asmah Laili (Dapur Mami)

Bahan A
1 bungkus mee huun , cuci bersih, toskan sehingga kering. Goreng dengan sedikit minyak, balek-balekan dan tuangkan kicap manis ½ cawan. Kirai-kiraikan semasa mengoreng supaya kicapnya rata dan meenya garing. Bila hendak mengunakan ambil sebahgian dan simpan lebihanya didalam peti sejuk.

Bahan B
1 keping fish kek (goreng dan hiris)
1 sudu makan bawang putih kisar/dadu
6 ekor udang hidup
Sedikit daging
Sedikit sotong
1 sudu makan lada putih kisar
1 sudu makan kicap cair
Setetes kicap hitam
½ kilo sawi
1 tin cendawan butang
Sedikit sos tiram
Stok (rebusan tulang-tulang daging) atau air
Bawang goreng
Hirisan daun bawang
Lada jeruk

Cara Cara
1. Panaskan sedikit minyak didalam kuali. Tumis bawang putih sehingga garing . Masukkan daging dan sotong. Bila lembut msukkan udang. Tuang sedikit stok/air dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan lada putih, kicap cair, kicap hitan dan sos tiram.
Tambah lagi air dan biarkan mendidih lagi.

2. Masukkan ½ bahgian mee yang digoreng kicap. Gaul rata. Jika stoknya kurang tambah lagi. Semasa meenya ¾ masak, masukkan sawi dan cendawan. Balek-balekkan dan matikan api.

3. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, hirisan daun bawang, hias dengan fish kek dan lada jeruk. Enak di makan panas-panas.

MEE SIAM PONTIANAK
Sumber: Mami Asmah Laili (Dapur Mami)

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT SAMBAL
500 gram udang yang sedang besarnya. Kupas kulit dan pisahkan kepala dari badanya.
Kepala udang hendak digunakan untuk perencah sambal. Gunting muncung udang
yang tajam-tajam dan ketepikan.
Kisar kepala dan kulit udang dengan air dan tapis - ketepikan

KISAR HALUS BAHAN-BAHAN BERIKUT INI
DENGAN AIR KEPALA UDANG

30 batang cili kering - buang biji, cuci bersih dan rendam dengan air panas hingga
lembut (boleh ditambah atau dikurangkan)
20 ulas bawang kecil
8 ulas bawang putih
1 sudu teh tauco (cuci bersih)
1 sudu makan rata belacan

BAHAN-BAHAN LAIN YANG DIPERLUKAN IALAH
3 keping tauhu dipotong dadu kecil
1 mata asam
3 sudu makan minyak
½ kotak santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK KUAH MEE
6 biji bawang putih - dikisar halus
2 atau 3 sudu makan rempah sambal yang diketepikan tadi
180 gram tauco - cuci sebentar sehingga hilang masinya
1 sudu makan asam Jawa - diramas dengan 3 cawan air, kemudian ditapis
2 sudu makan gula

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT MEENYA
1 kilo mee laksa
½ kilo tauge - dibersihkan, cuci dan toskan
50 sen kucai - cuci bersih dan potong 3 cm panjang
10 biji limau kasturi - belah dua
Garam dan gula secukup rasa.

PERATURAN MEMBUAT SAMBAL

1. Tumis minyak dan santan sehingga kekuning-kuningan (jadi tahi minyak). Masukkan
bahan kisar dan tumis sehingga naik aromanya. Masukkan udang hidup dan
tauhu. Masukkan sedikit gula dan garam. Lebihan rempah dalam pengisar dicampur
dengan sedikit air dan ramas dengan asam, dan tuangkan kedalam kuali sambal.
Kacau rata sambal dan masak lagi sehingga ia mendidih dan pekat sedikit.

2. Ambil 2 hingga 3 sudu makan sambal itu dan ketepikan. Ini untuk dimasukkan
kedalam kuah mee. Lebihan sambal didalam kuali dibahagi dua. Satu bahgian
dijadikan sambal, dan yang satu bahgian lagi, hendak digoreng dengan mee.

PERATURAN UNTUK KUAH MEE
Gaul rata semua bahan untuk membuat kuah mee dan mendidihkan dua tiga kali.
Rasanya haruslah masam, manis dan masin.


PERATURAN UNTUK MEE
1. Panaskan kuali. Masukkan ½ bahgian sambal yang diketepikan tadi dan panaskan.
Masukkan ½ bahgian tauge dan kucai, gaul rata. Masukkan mee dan gaul lagi
Sehingga rata. Masukkan baki tauge dan kucai. Balek-balekkan dan biarkan ia
masak sebentar. Rasa. Jika ada yang kurang tambah.

2. CARA MENGHIDANG - Mee dihidang dalam pinggan yang mungkum sedikit.
Letakkan sedikit sambal diatasnya, curahkan kuahnya, dan perahkan jus dari ½
limau kasturi.

APPLE TEA
Sumber: Mami Asmah Laili (Dapur Mami)

Bahan-Bahan
2 biji apple merah, di belah dua, buang biji dan hiris
2 biji apple hijau, dibelah dua, buang biji dan hiris
2 uncang teh hijau Jepun/Cina atau BREAKFAST TEA BAGS
1 jari kayu manis
1 helai daun pandan
Sedikit madu atau gula perang atau Equal
Air panas mendidih

Cara Cara
Mendidihkan air secerek. Masukkan uncang the, pandan dan kayu manis. Biarkan mendidih lagi sebentar.
Masukkan hirisan apple. Biarkan mendidih seminit. Matikan api. Jika hendak disajikan dengan gula perang, boleh segera dituang kedalam cawan panas dan kacau dengan secukup gula perang. Terus Sajikan.

Jika hendak diminum dengan madu, tunggu sehingga ia sejuk sedikit, baru boleh di masukkan sedikit madu, kacau rata dan boleh diminum.

Enak disajikan selepas makan atau pun untuk hidangan minum teh petang.

Lebih enak jika disajikan tanpa sebarang gula dan panas-panas.

TEH BUAH-BUAHAN
Sumber: Asmah Laili (Dapur Mami)

Bahan-Bahan
1 cerek air
1 helai daun pandan
2 biji pelaga
½ jari kayu manis
3 uncang the peach tea
1 biji apple, dihiris
1 biji mangga, masak mengkal, buang kulit dan hiris
1 hiris nenas masak mengkal, dihiris
Gula, atau madu

Cara Cara
Didihkan air dengan daun pandan, pelaga dan kayu manis. Masukkan uncang the dan hirisan buah-buahan. Biarkan mendidih dua tiga, sehingga terhidu aroma buah-buahan.
Sajikan panas-panas dengan atau tanpa gula. Jika ingin mengunakan madu, biarkan the nya sejuk sedikit, baru masukkan madu dan kacau.

Jika ingin diminum dingin, tunggu sehingga tehnya sejuk. Kemudian tuang kedalam botol dan masukkan kedalam peti sejuk.

NASI BERIANI SINDHI
Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
1 kilo ayam atau daging kambing - dipotong ikut suka hati
1 kilo beras basmati, cuci bersih dan rendam selama 15 minit
1 cawan tairu
4 biji tomato, dihiris
4 biji kentang, kupas kulit dan hiris
3 - 4 biji bawang besar, dihiris halus
½ cawan pes halia dan pes bawang putih
10 biji lada hijau. dihiris
1 cawan daun ketumbar, dihiris
1 cawan daun pudina, dihiris
1 ½ cawan minyak sapi atau minyak kanola, atau pun 250 gram mentega
100 gram rempah beriani Sindhi (Sindhi Beriani Masala)
1 cawan kacang gajus, digoreng
2 sudu makan garam masala

Cara Cara
Panaskan didalam periuk, minyak kanola/minyak sapi atau pun mentega, dengan api yang sederhana besarnya. Tumis hirisan bawang sehingga ke-kuning-kuningan. Masukkan pes halia/pes bawang putih dan lada hijau, dan tumis selama 5 minit. Masukkan rempah beriani bersama tairu. Masak lagi selama 5 minit. Barulah dimasukkan kepingan daging, kentang dan garam dan biarkan selama 5 minit lagi. Tuang 1 cawan air kedalamnya. Tutup periuk, perlahankan api dan masak lagi sehingga ayam atau dagingnya lembut.

Setelah itu hendak dituangkan semua lauk ini kedalam periuk yang lebih besar. Ratakan. Tabur diatasnya hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina serta kacang gajus.

Sementara itu, masaklah nasi dengan sedikit garam, sehingga ½ masak. Setelah ½ masak, buang airnya. Masukkan kedalam nasi tersebut, 2 sudu makan garam masala dan gaul rata. Tuangkan nasi ini kedalam periuk berisi lauk. Ratakan, tetapi jangan dikacau. Tutup periuk serapat-rapatnya. Masak selama 20 minit. Sajikan panas-panas.

SHAHI MURGH - AYAM MASAK TAIRU
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
1 ekor ayam, potong 8 atau 10 keping
1 sudu makan pes bawang putih
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan serbuk lada hitam
½ cawan susu segar yang suam
½ sudu teh koma-koma
500 ml tairu
½ cawan daun ketumbar
Secukup minyak zaitun
1 sudu makan rempah korma
1 sudu makan lada serbuk
3 biji bawang besar, dicincang
2 biji lada hijau, dipotong kasar-kasar
2 biji lada merah, dipotong kasar-kasar
2 biji tomato, setiap satu dibelah 4
2 helai daun salam
4 biji buah pelaga
4 kuntum cengkih
1 batang kayu manis
¼ cawang badam hiris memanjang
¼ cawan kismis kuning
Garam secukup rasa

Cara Cara
Gaul kepingan ayam dengan bawang putih, halia dan serbuk lada hitam. Perap selama 15-20 minit. Kemudian ayam digoreng ½ garing. Rendam koma-koma didalam susu. Tairu pula dipukul sehingga halus dan lembut. Campurkan daun ketumbar dengan tairu. Kacau rata. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun didalam periuk. Masukkan rempah ratus, korma, daun salam, dan lada serbuk. Tumis sehingga bangkit baunya. Kemudian masukkan bawang cincang dan goreng lagi sehingga kekuning-kuningan.

Setelah itu masukkan pula badam hiris dan kismis, lalu masukkan ayam, dan gaul sehingga rata dan sebati. Masukkan tairu, susu segar, lada merah dan hijau, dan taburkan garam secukup rasa. Kacau lagi supaya rata. Setelah itu kecilkan api, tutup periuk, dan masak lagi selama 20 minit. Sekali sekala bukan periuknya dan kacau rata, supaya dasarnya tidak hangus. Masaklah sehingga pekat. Akhir sekali masukkan buah tomato.

RAITA MENTIMUN
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
500 gram tairu
1 biji mentimun, dibuang hatinya dan dipotong dadu
1 biji tomato, dibuat hatinya dan dipotong dadu
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 biji lada hijau, dihiris kasar
1 batang laada merah, dihiris kasar
1 pokok daun ketumbar, dihiris jangan terlalu halus
1 genggam daun pudina, dihiris jangan terlalu halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh lada serbuk
½ sudu teh garam masala
Garam secukup rasa
Sedikit lada serbuk dan sedikit daun pudina untuk taburan dan hiasan

Cara Cara
Tairu dipukul didalam mangkuk sehingga halus dan lembut. Masukkan semua bahan rempah dan taburkan garam. Kacau rata. Kemudian barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain (kecuali bahan taburan dan hiasan) dan gaul sehingga rata.
Raita atau salada mentimun ini, lebih enak, jika disimpan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 20 hingga 30 minit sebelum disajikan. Apabila hendak disaji, tabur lada serbuk dan beberapa helai daun pudina.

NASI TURKI
Sumber: Mami Asmah Laili

BAHAN "A"
1 kg beras Basmati
2 ekor ayam, dipotong kecil-kecil
Air ikut paras beras (1 beras == 1.5 air)
200 g tomato puree
1 cawan Yougart/Tairu rendah lemak perisa mangga
3 batang karot, didadu
1 tin kacang peas, buang airnya
½ cawan daun ketumbar
½ cawan daun pudina
1 cawan minyak canola

BAHAN "B" TUMIS
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 cm kayu manis

BAHAN "C" KISAR
2 biji bawang besar
6 biji bawang putih
3 biji tomato segar

BAHAN "D" REMPAH (Gaul rata dan bancuh sedikit air)
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada putih
HIASAN
1 cawan bawang goreng
100 g gajus, belah dua dan goreng
100 g kismis, goreng sebentar (jika mahu)
100 g daun ketumbar

Cara Cara
Tumis "B" sehingga naik aromanya. Masukkan "C" dan gaul rata. Masak sehingga pekat Masukkan pula daging, bahan "D," tairu, tomato puree dan masaklah sehingga dagingnya empuk. Tuangkan air (mengikut paras beras) dan masak lagi sehingga mendidih.
Sementara itu, masukkan beras dan karot kedalam periuk letrik. Kemudian tuangkan kuah daging yang baru mendidih serta garam secukup rasa. Sukatan kuahnya haruslah sama dengan jumlah berasnya. Lebih selamat jika dilebihkan sedikit kuahnya, untuk menentukan nasinya tidak keras. ONkan swis periuk nasi. Apabila nasi hampir kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, kacang peas serta satengah bahgian kismis dan gajus. Biarkan sehingga nasinya masak. Semasa menghidang, taburkan kismis, gajus, bawang goreng dan hirisan daun ketumbar. Jangan lupa letakkan beberapa ketul daging diatas nasi. Enak dimakan dengan salada tairu timun.

SAYUR LODEH
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
1 tin susu cair tanpa lemak DAN 1 cawan santan dari ½ biji kelapa parut putih
1 biji sengkuang, dihiris seperti batang mancis
1 batang lobak merah, dihiris seperti batang mancis
½ kobis, dihiris
10 batang jagung muda, dihiris bulat-bulat
6 batang kacang panjang, di potong-potong ½ jari panjang
250 gram udang hidup yang sederhana besarnya, dikupas kulit
2 keping tauhu, di potong 4 dan goreng
3 keping tempe ( di hiris)
1 batang serai, dititik
Sedikit minyak kanola untuk menumis
Garam dan Gula secukup rasa

DIKISAR HALUS
½ cawan ikan bilis kering
½ cawan udang kering
10 batang lada kering
3 ulas bawang putih
2 bawang besar
2 batang serai
1 jari lengkuas
½ jari kunyit hidup

DIRAMPAI
1 helai daun kunyit yang muda
3 batang serai, bahgian putihnya sahaja
10 biji bawang merah

Cara Cara
Cuci bersih semua sayur yang telah di potong dan toskan. Asingkan sengkuang, yang lain campurkan jadi satu. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis serai, serta bahan kisar, tumis sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan susu dan santan dan masukkan semua bahan rampai. Tuang 2 tin air. Biarkan ia mendidih sehingga semua perencahnya lembut dan sebati. Masukkan pula sengkuang, masak sehingga ia lembut sedikit, kemudian baru di masukkan pula udang, serta semua sayur mayur, garam dan gula secukup rasa. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah air. Masukkan juga tempe dan tauhu. Bila sayurnya lembut matikan api. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.

CATATAN
Anda boleh pileh sayur mayur kesukaan anda, seperti kacang boncis, terong, bunga kobis dll. Ikan bilis dan udang kering boleh juga dilebihkan jika suka.

CARA MENGHIDANG
Ambil dua atau tiga keping lontong, letakkan dalam pinggan mungkum, tuangkan kuah dan sayur lodeh, hias dengan sesudu sambal tumis, sedikit serunding, sepotong telur, serta sedikit sambal goreng.

DAGING MASAM MANIS
Sumber: Mami Asmah Laili

BAHAN "A"
1 kg daging, cuci bersih dan potong ikut suka hati, toskan
100 g gula Melaka, dihiris
50 g asam Jawa, diramas dengan semangkuk air dan tapis
1 cawan minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

BAHAN "B"
20-25 biji lada kering, digunting dan direndam
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
½ ibu jari kunyit
5 biji bawang putih
2 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar

Cara Cara
Kisar halus semua bahan "B." Gaul rata rempah kisar dengan semua bahan "A" kecuali minyak. Perap selama 15 hingga 30 minit. Panaskan minyak. Masukkan daging yang telah diperap berserta rempahnya. Masak sehingga dagingnya lembut dan kuahnya pekat.


AYAM KICAP PAK SAID
Sumber: Mami Asmah Laili

BAHAN "A"
1 ekor ayam, beratnya 1.5 kg, cuci bersih potong 10 dan toskan
200 ml kicap manis
2 sudu makan cuka
2-3 cawan air
Minyak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN "B"
3 biji bawang besar, dihiris bulat
5 biji bawang putih, dihiris
2 jari halia, dihiris panjang-panjang seperti batang mancis

BAHAN "C"
1 biji buah pala
1 sudu makan lada hitam biji
1 jari kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga

Cara Cara
Lumur ayam dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng ayam, tetapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan. Tumbuk halus semua bahan "C."
Dengan mengunakan sedikit minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan "B" sehingga bawangnya layu. Masukkan pula bahan "C" (rempah tumbuk) dan tumis lagi sehingga naik aromanya. Tuang kicap, air dan cuka. Gaul rata. Setelah mendidih, barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Balik-balikkan dan masak sehingga pekat sedikit dan rempahnya meresap.

POPIAH SAYUR-SAYURAN
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
1 paket kecil su'un, direndam dan ditoskan
1 cawan kacang tanah, digoreng, buang kulit dan ditumbuk halus
15 ekor udang hidup, direbus - kemudian dibuang kulit dan kepalanya

DIHIRIS
20 helai daun pudina
20 helai daun kesum
20 helai daun selasih
½ cawan daun ketumbar
20 helai daun kucai
25 helai daun salad Cina
DIHIRIS & DIPARUT
1 batang karot
1 biji sengkuang

25 helai kulit popiah (rice paper)

Cara Cara
Rendam kulit popiah sehingga lembut. Bentang diatas tuala lembab. Atur diatasnya daun salad Cina, kucai dan udang. Hempap diatasnya dedaun dan sayur-sayuran lain dan tabur rata satu sudu teh kacang tanah. Gulung perlahan-lahan popiah. Popiah ini boleh digoreng atau disajikan tanpa digoreng dan dimakan dengan sosnya.
BAHAN UNTUK SOS POPIAH (DIKISAR HALUS)
2 biji lada merah, dihiris
3 biji bawang putih, dihiris
½ jari halia, dihiris
2 sudu makan gula
1 sudu makan plum sos
2 sudu makan perahan air limau kasturi
1 sudu teh sos ikan
100 ml air panas
2 sudu makan kacang tanah

Alihkan bahan kisar kedalam mangkuk. Masukkan kacang tanah dan gaul rata. Rasa, dan tambah apa yang kurang. Sos ini boleh dituang diatas popiah semasa menghidang.

LAKSA SEAFOOD GORENG
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
500 gram mee laksa, cuci bersih dan toskan
2 biji telur, goreng dan pecah-pecahkan, ketepikan
1 sudu makan lada kisar (jika ingin lebih pedas)
3 biji bawang putih, dicincang
100 g tauge
200 g udang hidup, kupas kulit, goreng dan ketepikan, simpan minyaknya
1-2 ekor sotong, disiang bersih dan dihiris
1 sudu makan OYSTER SAUCE
1 sudu makan ABALONE SAUCE
1 sudu makan LIGHT SOY SAUCE
1 sudu teh minyak bijan atau SESAME OIL

BAHAN DIHIRIS
2 biji bawang besar
3 biji lada merah
200 g kobis panjang
25 g karot
25 g daun bawang

Cara Cara
Panaskan sedikit minyak didalam kuali.. Tumis lada kisar sehingga garing. Masukkan bawang putih cincang, tumis sebentar, masukkan sotong, hirisan bawang besar dan lada merah. Balik-balikkan kemudian masukkan hirisan sayur dan gaul sampai rata. Masukkan OYSTER SAUCE, LIGHT SOY SAUCE, ABALONE SAUCE, PURE SESAME OIL dan lada putih. Kacau sebentar. Barulah dimasukkan mee laksa dan udang. Seandainya meenya kelihatan kering, tuang sedikit bekas minyak menggoreng udang, dan gaul lagi supaya meenya basah sedikit. Akhir sekali masukkan tauge. Segera matikan api. Kacau sehingga semuanya rata. Semasa menghidang taburkan bawang goreng. Enak disajikan dengan lada jeruk.


BURGER DAGING
Sumber: Mami Asmah Laili

BAHAN "A"
Beberapa bantal roti bun, samaada yang bulat mahu pun yang lonjong
Beberapa helai daun salad Cina
1 biji timun, dibuang kulit dan dihiris halus
2 biji tomato, dihirs tipis, bulat-bulat
Sedikit minyak zaitun atau minyak kanola

BAHAN "B"
500 gram daging kisar yang tidak berlemak
1 biji bawang besar, dipotong dadu kecil
2 biji lada hijau, belah dua, buang biji dan dirampai
2 biji lada merah, belah dua, buang biji dan dirampai
2 pelepah daun ketumbar, dirampai
4 sudu makan rata tepung oat
1 sudu teh lada putih, ditumbuk kasar
1 sudu teh rata serbuk pala
Garam secukup rasa

Cara Cara
Gaul rata semua bahan "B". Bahagikan kepada 12 bahagian atau mengikut suka hati. Bentukkan setiap satu seperti bebola. Bebolanya hendaklah ketat. Kemudian leperkan. Bebola yang leper ini dinamakan berger.
Panaskan kuali leper, dengan api yang sederhana besar. Tuang sedikit sahaja minyak dan goreng berger. Tekan-tekan semasa menggoreng. Apabila kelihatan garing sedikit, terbalikkan. Goreng lagi sehingga kedua-dua belahnya masak. Buat yang sama kepada berger yang lain.

Semasa hendak disaji, ambil satu biji roti bun, belah dua jangan putus. Selitkan sehelai daun salad, serta sepotong timun dan tomato. Kemudian barulah dimasukkan berger goreng. Tangkup dan sajikan. Enak juga jika dimakan dnegan sos tomato dan sos cili.

RAWON
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
1 kilo daging, dihiris 1 cm tebal dan 4 cm panjang. Cuci bersih dan rebus dengan 3 liter air dan sedikit garam sehingga ¾ empuk. Kemudian diketepikan bersama stoknya.

BAHAN KISAR
2 paket buah keluak (kira-kira 200 gram)
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
6 biji buah keras
10 biji lada kering
2 batang serai, bahagian putihnya sahaja
Sedikit lengkuas
6 biji bawang putih
1 jari halia
½ jari kunyit hidup
12 biji bawang merah
2 keping asam gelugur
2 helai daun limau purut
4 helai daun salam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Cara
Panaskan minyak didalam periuk. Tumis rempah kisar dan perlu dibalik-balikkan dan dikacau rata. Tumis sehingga garing dan naik minyak. Masukkan daun limau purut dan daun salam. Gaul lagi. Barulah dimasukkan daging bersama air rebusannya sekali. Masukkan asam keping dan sedikit garam. Biarkan sehingga mendidih atau sehingga dagingnya empuk. Setelah mendidih, rasa kuahnya. Jika ada yang kurang, tambah.
Enak disajikan dengan nasi putih beserta lauk pauk lain seperti, bergedil, sambal belacan, paru goreng, tempeh goreng serta sambal goreng tempe tauhu.

PERHATIAN
Jika rasa masam kuahnya sudah mencukupi berdasarkan selera anda, anda bolehlah keluarkan sahaja asam kepingnya. Ini kerana, jika asam kepingnya ditinggalkan lama, mungkin rasa rawon anda, akan terlalu masam.

IKAN BAWAL BERLADO
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
1 kilo ikan bawal hitam, siang dan cuci bersih. Jika besar, potong 2, jika kecil jangan dipotong. Cuci bersih, lumurkan dengan sedikit kunyit serbuk dan garam, lalu digoreng sehingga masak, tetapi jangan terlalu garing.

20 hingga 30 biji lada merah
15 biji bawang merah
5 biji bawang putih
3 biji limau kasturi
2 helai daun limau purut, dirampai
1 batang serai, dititik
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Cara
Lada merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk atau dikisar kasar..
Panaskan sedikit minyak didalam kuali. Tumis serai sehingga wangi. Masukkan rempah kisar dan tumis lagi sehingga garing dan naik minyak. Masukkan daun limau purut dan balik-balikkan. Masukkan kepingan ikan goreng. Perlahan-lahan balik-balikkan, supaya kepingan ikan bergaul cantik dan rata dengan rempahnya. Setelah rata, barulah dialihkan kedalam pinggan.

Semasa menghidang, perah limau kasturi, menurut selerea masing-masing. Enak dimakan dengan nasi putih atau roti.

BERGEDIL AYAM MINI
Sumber: Mami Asmah Laili

BAHAN
1 kilo ubi kentang jenis yang kecil, kupas kulit, cuci bersih, belah dua dan goreng ¾ masak, dan ditapis.
½ kilo peha ayam yang tidak bertulang, atau daging lembu yang tidak berminyak, buan semua kulit dan lemak dan dikisar halus..

BAHAN A
1 biji bawang besar, dididadu halus
2 biji lada merah, dirampai
2 biji lada hijau, dirampai
2 pokok daun sup, dirampai
2 pokok daun sup, dirampai
1 sudu teh serbuk pala
1 sudu teh lada putih, ditumbuk kasar
½ cawan bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
6 keping biskut Cream Crackers (High Fibre) dan rendah kandungan garam, ditumbuk halus dan diisi didalam pinggan leper
4 biji putih telur, dipukul dengan sedikit garam dan lada putih

Cara Cara
Sangai peha ayam atau daging yang telah dikisar, dengan sedikit garam dan lada putih yang ditumbuk kasar, sehingga masak dan kering. Angkat dan ketepikan.
Goreng ubi kentang sehingga ¾ masak, angkat, tapis dan tumbuk, tetapi jangan terlalu halus. Masukkan ubi kentang, ayam/daging sangai, kedalam besen dan gaul rata dengan semua Bahan"A"sehingga sebati.Tabur sedikit garam.Rasa, jika ada yang kurang, tambah lagi. Setelah puas dengan rasanya, barulah diambil sedidkit adunan,dan bentukkan seperti bebola kecil. Bebola ini hendaklah padat. Buat sehingga habis.

Panaskan minyak didalam kuali.Semasa hendak menggoreng, ambil sebiji bebola bergedil, celup didalam putih telur, kemudian golekkan diatas serbuk biskut, supaya bebola bersalut dengan biskut, dan segera goreng sehingga garing dan kekuning-kuningan. Pastikan apinya tidak terlalu besar, sebab ini akan merosakkan bergedilnya. Setelah masak, angat dan toskan.

Enak diratah begitu sahaja atau dilawankan dengan soto, dan nasi.

SATE
Sumber: Mami Asmah Laili

BAHAN "A"
1 kg daging kambing/peha ayam/lembu
250 g gula pasir
Garam secukup rasa
Lidi sate

DIKISAR HALUS
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
Sejari halia
Sejari kunyit hidup
2 batang serai
4 biji bawang putih
BAHAN "B"

DIBANCUH
1 biji buah keras, di tumbuk
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air
1 sudu makan minyak makan

BAHAN "C" - KUAH SATE
600 g kacang tanah, digoreng dengan sedikit minyak
60 g asam Jawa
240 g gula pasir
2 batang serai, dititik
Sejari lengkuas, dititik
Minyak untuk menumis

DIKISAR HALUS
30 batang lada kering
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
8 biji buah keras
Sejari kunyit hidup
40 g belacan

Cara Cara
CARA untuk "A"
Daging dicuci bersih dan ditoskan. Hiris daging mengikut cita rasa masing-masing, tetapi satelah dihiris jangan dicuci lagi. Gaul hirisan daging ini dengan rempah kisar, gula dan garam sehingga rata. Perap selama 2 hingga 3 jam supaya rempahnya meresap. Barulah dicucuk dengan lidi. Bakar diatas tempat pembakar sate dengan mengunakan bara arang. Renjis dengan "B" dan bakarlah sehingga garing dan masak. Hidangkan dengan kuah sate, ketupat, hirisan timun dan bawang.
CARA untuk "C" - KUAH SATE
Kacang tanah dikisar jangan terlalu halus. Asam Jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis. Panaskan minyak. Tumis rempah kisar sehingga garing dan enak baunya. Masukkan serai dan lengkuas titik. Tuangkan air asam. Kacau rata. Masukkan pula gula pasir dan garam. Akhir sekali masukkan kacang tanah dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana. Kuah sate ini perlu dikacau selalu, supaya dasarnya tidak hangus. Masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan. Kuah sate enak dimakan satelah disimpan semalaman.

ROTI JOHN
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
200 gram daging cincang
3 biji roti Perancis yang kecil
6 biji telur
2 biji bawang besar, didadu
1 biji lada merah, dirampai
2 biji lada hijau dirampai
1 pelepah daun ketumbar dirampai
Sedikit lada hitam dan garam

BAHAN SOS
15 tangkai lada kering, dikisar
4 atau 5 sudu makan sos tomato
Sedikit cuka (boleh digantikan dengan perahan air limau kasturi atau lemon), dan sedikit gula dan garam
Gaul rata semua bahan dan masak sehingga mendidih.

CARA MEMBUAT ROTI
Sangai daging cincang dengan sedikit garam dan lada putih. Ketepikan. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam, masukkan daging, daun ketumbar, bawang besar, hirisan lada merah dan hijau. Gaul rata. Roti dibelah dua. Letak adunan telur dan daging diatas roti dan goreng dengan sedikit minyak zaitun diatas kuali leper sehingga masak. Sajikan panas-panas dengan sosnya.

PANDUAN
Jika anda inginkan Roti John yang berbeza sedikit, gaulkan adunan telur dan daging dengan sedikit parutan keju mozzarella, dan isikan diatas roti, lalu terus digoreng.

AGAR-AGAR BERWARNA WARNI
Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Masakan Dapur Mami)

Bahan-Bahan
2 paket agar-agar setiap stat mengandungi 13 gram
400 gram gula pasir
Air
Warna merah, hijau dan kuning
2 helai daun pandan
1 acuan agar-agar
3 loyang agar-agar 4 persegi yang kecil

Cara Cara
Masak 1 paket agar-agar dengan sehelai daun pandan, 200 gram gula dan 800 ml air sehingga larut dan mendidih dua tiga kali. Matikan api dan bahagi kepada 3 bahagian. Warnakan satu bahagian merah, satu lagi hijau, dan yang terakhir kuning. Curahkan setiap satu kedalam loyang yang disediakan. Biarkan sejuk. Kemudian terap dengan penerap kegemaran. Masukkan ½ bahagian agar-agar yang diterap ini kedalam acuan agar-agar. Yang lain ketepikan.

Masak pula, paket agar-agar yang kedua, dengan daun pandan, lebihan gula dan 800 ml air. Biarkan mendidih dua tiga kali, kemudian matikan api. Jangan diwarnakan, biarkan dengan warna asalnya. Biarkan ia sejuk sedikit. Kemudian tuangkan kedalam acuan agar-agar yang berisi dengan agar-agar berwarna warni ½ penuh. Masukkan pula lebihan agar-agar berwarna warni, dan tuang diatasnya lebihan agar-agar yang baru dimasak, sehinggalah acuannya penuh. Biarkan sehingga sejuk, baru boleh dipotong mengikut suka hati.

APPLE PIE
Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
250 g mentega
500 g tepung gandum, diayak
¾ sudu teh garam
1 biji telur. dikocak dengan
5 sudu makan air wap (sejuk)

BAHAN INTI PIE
6 biji buah epal hijau, dipotong-potong
6 sudu teh raisin
1 sudu teh serbuk kayu manis
150 g gula pasir
30 g mentega

Cara Cara
Gaulkan mentega dengan tepung dengan mengunakan jejari sehingga menjadi abuk roti. Masukkan campuran air dan telur, sedikit-sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut. Tutup dengan kain lembab dan ketepikan selama 10-20 minit.

Canai doh sehingga tipis dan dipotong-potong empat persegi. Isikan inti epal diatas setiap kepingan doh. Lipat dua dan lekatkan dengan sedikit air sekelilingnya. Tekankan dengan garfu sehingga bercantum rapat. Sapukan kuning telur diatasnya dan atur dalam tin pembakar. Bakar dengan kepanasan 200 darjah selama 20-25 minit, atau sehingga kekuning-kuningan.

Cara buat inti
Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga epalnya lembut dan sejukkan.

MUFFIN COKLAT WALNUT
Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
60 gm mentega cair
100 gm madu
125 gm susu cair
1 biji telur dikocok
130 gm tepung gandum )
1 sudu makan serbuk koko ) diayak
1 sudu teh baicabonet of soda )
1 sudu teh vanilla
50 gm chocolate chips
50 gm cocoa chips putih
50 gm walnut dibakar sebentar dan dicincang
50 gm raisins
Secukup acuan muffin dan mangkok kertas

Cara Cara
1) Panaskan ketuhar 180 C. Alaskan acuan muffin dengan mangkok kertas.Atau sapukan acuan muffin dengan mentega.
2) Campurkan mentega cair,madu,susu cair ,vanilla dan telur.Kacau sehingga rata dan sebati.
3) Masukkan campuran tepung yang telah diayak dan dikacau rata.
4) Masukkan chocolate chip,walnut dan raisins kacau sehingga rata.
5) Sendukkan adunan muffin kedalam acuan muffin atau mangkok kertas.Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
6) Jika menggunakan mangkok kertas yang kecil kecil,bakar adunan selama12-15 minit atau sehingga masak.

SANDWICH ANAK-ANAK
Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
2 bantal roti sandwich high fibre, yang telah pun dihiris
4 butir telur
Sedikit mayonnaise rendah lemak
Beberapa keping keju cheddar untuk sandwich
Sedikit mentega rendah lemak
Sedikit garam dan serbuk lada putih

Cara Cara
Telur direbus dan dipecah-pecahkan dengan garfu. Gaulkan dengan 1 sudu makan mayonnaise dan sedikit lada putih. Taburkan sedikit garam dan gaul lagi. Rasa, jika ada yang kurang tambah.
Ambil dua keping roti, hiris dan buang kulitnya. Sapukan satu keping dengan satu sudu makan inti telur.Tutupkan dengan kepingan roti kedua. Kemudian potong panjang anggaran dua jari lebar. Susun cantik didalam pinggan. Seterusnya buatlah yang sama kepada kepingan roti yang lain sehingga habis.

Untuk sandwich keju - a ambil 2 keping roti. Sapukan sedikit mentega disetiap permukaannya, kemudian letakkan sekeping keju. Tutup dengan kepingan roti kedua dan tekan-tekan perlahan, supaya mampat. Kemudian potong kira-kira 2 jari tebal dan susunlah diatas pinggan.

Anak-anak memang gemar dengan dua jenis sandwich ini. Intinya boleh diganti dengan inti kegemaran yang lain, seperti sardine, mentega kacang, daging dan lain sebagainya.

NASI JAGUNG
Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
2 ½ kilo beras basmati
Air mengikut paras beras
300 gram minyak jagung
½ tin susu cair
½ kilo jagung (whole kernel corn)
4 helai daun pandan
150 gram gajus (goreng dan kisar)
100 ml air mawar
Jus dari 1 biji limau nipis
Garam secukup rasa

TIGA BAHAN INI DIKISAR HALUS
200 gram halia
250 gram bawang besar
70 fram bawang putih

Cara Cara
Beras dicuci bersih dan rendam 5-10 minit, kemudian ditoskan.

Panaskan minyak. Tumis rempah kisar dan daun pandan dengan api yang sederhana.
Bila naik aromanya , curah air mengikut paras beras (sebelum dicuci), susu, jus lemon, air mawar, jagung dan gajus kisar. Taburkan garam dan biarkan mendidih.

Apabila sudah mendidih baru dimasukkan beras. Kacau rata. Tutup periuk rapat-rapat dan masak sehingga nasinya kering dan masak.

Semasa menghidang taburkan bawang goreng beserta hirisan daun ketumbar/pudina, dan lauk pauknya.

SALADA TOMATO TIMUN
Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
2 biji tomato yang masak mengkal, jenis yang besar, cuci bersih
1 biji bawang besar, jenis yng berkulit perang. Kupas kulit dan cuci bersih
2 biji lada hijau dirampai bulat-bulat
1 pelepah daun ketumbar, dirampai
Sedikit cuka
Sedikit gula dan garam

Cara Cara
Tomato di belah 2 dan dihiris tipis-tipis. Begitu juga dengan bawang besar, dihiris tipis.
Gaulkan semua bahan dengan mengunakan sudu kayu. Gaul sehingga rata. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.

AYAM FIKA
Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
2 ekor ayam (buang kulit dan lemak, potong 10) - (boleh juga di
gantikan dengan 1½ kilo daging lembu atau kambing - dihiris ikut
suka hati)
1 cawan bawang besar kisar
1 sudu makan halia kisar
½ sudu makan bawang putih kisar

Tiga bahan berikut ini hendaklah disangai wangi dan kisar kering:-
3 sudu makan rata ketumbar biji
2 sudu makan jintan kasar
2 sudu makan jintan halus

15 batang lada merah
1 sudu teh garam masala
4 biji tomato (potong 4)
1 cawan daun pudina
1 cawan daun ketumbar
2 helai daun pandan (disimpul)
1 cawan tairu
10 biji badam (di kisar)
5 biji buah pelaga (di pecah-pecahkan)
5 kuntum bunga cengkih
1 jari kayu manis
1 tin kecil tomato puree
2 batang lada merah (belah jangan putus)
2 batang lada hijau (belah jangan putus)
4 cawan air
½ cawan minyak sayur
Sedikit garam

Cara Cara
1. Goreng lada merah dengan sedikit minyak selama 5 minit, kemudian kisar hingga halus. Satelah itu campurkan dengan rempah yang di kisar kering, serta garam masala.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis daun pandan hingga wangi. Masukkan buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih. Apabila naik aromanya, masukkan bawang kisar dan biarkan sehingga layu dan kekuningan .
3. Masukkan pula halia dan bawang putih kisar, masak lagi hingga wangi. Masukkan pula rempah cili, dan tumis selama 10 minit.
4. Biarkan sehingga rempahnya gareng, baru masukkan tomato, daun pudina, daun ketumbar, dan garam. Masak lagi sehingga naik aromanya.
5. Masukkan ayam dan gaul rata, supaya ayam dan rempah betul-betul sebati. Tuangkan secawan air dan masak lagi selama 5 minit Gaul rata, jika terlalu pekat tambah lagi airnya. Masukkan badam kisar, tairu dan tomato puree. Biarkan sehingga ayamnya empuk dan kuahnya pekat. Masukkan lada hijau dan lada merah.
6. Setelah ayamnya empuk, kecilkan api dan biarkan minyak nya naik. Matikan api. Perlahan-lahan senduk minyaknya dan buang.
7. Semasa menghidang taburkan sedikit hirisan daun ketumbar. Enak di makan dengan sebarang jenis roti atau nasi.

NASI JUDAH
Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)


Bahan-Bahan
1 kg beras basmati, cuci bersih dan rendam selama 5 - 10 minit dan toskan
Air mengikut paras beras
½ tin susu cair
½ kg bawang merah, dijadikan bawang goreng, diramas

½ jari halia
5 biji bawang putih dikisar halus
1 biji bawang besar

5 kuntum bunga cengkih
½ jari kayu manis
5 biji buah pelaga
Sedikit hirisan daun pudina dan daun ketumbar
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

½ kg ikan kerisi, dipotong ikut suka hati, dilumur dengan kunyit dan garam dan digoreng
½ kg udang yang besar, dikukus sebentar
4 biji telur rebus digoreng sebentar

Cara Cara
Panaskan minyak didalam periuk. Tumis cengkih, pelaga dan kayu manis sehingga wangi. Masukkan rempah kisar, dan tumis lgi sampai garing. Masukkan air dan susu. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan bawang goreng ramas. Taburkan garam dan kacau rata. Barulah dimasukkan beras dan kacau lagi. Tutup periuk dan masak sehingga ia hampir tanak. Kemudian buka "tutup periuk" dan kuakkan nasinya ketepi, supaya dibahgian tengahnya berlobang dan dimasukkan ikan goreng, udang dan telur. Timbuskan dengan nasi. Ratakan. Taburkan daun ketumbar dan daun pudina. Tutup periuk dan masak lagi sehingga nasinya tanak.
Enak disajikan dengan lauk ayam masak merah, dalca, acar buah-buahan dan salada.

SUP MEDAN
Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
1 kg ekor lembu, dipotong 5-6 cm panjang, cuci bersih buang semua lemak dan toskan
Secukup air untuk merebus
2 batang celery, dipotong 5-6 cm panjang
Sedikit lada putih atau hitam
½ kg tomato, dikisar halus
½ kg karot, dikisar halus
5 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
1 jari kayu manis
1 biji bawang besar, dihiris

½ jari halia }
5 biji bawang putih } dikisar halus, kemudian digaulkan dengan
1 biji bawang besar} 2-3 sudu makan rempah kari daging
Sedikit minyak untuk menumis
Hirisan daun sup/daun bawang berserta bawang goreng untuk tabur
Garam dan gula secukup rasa

Cara Cara
Rebus ekor lembu sehingga lembut dengan sedikit garam dan lada putih atau lada hitam. Masukkan celery, dan matikan api.

Panaskan minyak didalam periuk besar yang lain. Tumis hirisan bawang besar sehingga layu. Masukkan cengkih, pelaga dan kayu manis. Tumis sebentar. Masukkan rempah kisar, tumis lagi sampai garing. Masukkan pula tomato dan karot yang telah dikisar, kacau sehingga rata. Biarkan sehingga mendidih. Barulah dimasukkan ekor lembu bersama kuah dan sayur nya sekali. Jika kuahnya kurang, tambah lagi airnya. Taburkan sedikit garam dan gula, jika perlu. Masak sehingga mendidih dan rasa kuahnya enak. Jika ada yang kurang, seperti garam atau lada putih, tambah lagi. Matikan api. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Sup ini enak disajikan dengan sambal kicap cili padi dan dimakan dengan nasi atau roti..

BAHAN/CARA UNTUK BUAT SAMBAL KICAP CILI PADI
½ cawan kicap manis
Segenggam cili padi, cuci bersih, dan rebus sebentar kemudian toskan
2 biji bawang putih
1 biji limau nipis, sedikit gula
5 biji bawang merah, kupas kulit dan hiris bulat-bulat

CARA - Kisar halus bawang putih dan cili padi rebus. Gaulkan dengan kicap, gula, air limau nipis dan hirisan bawang merah.

AYAM LADA HITAM
Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12 } Gaul rata dan perap
2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar} selama ½ jam
Garam secukup rasa}

4 sudu makan kerisik putih
1 sudu makan lada serbuk
1½ sudu teh serbuk jintan halus
1½ sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh kunyit serbuk
3 biji bawang besar, dihiris halus
3 biji tomato, didadu
1 jari kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 pelepah daun ketumbar, dirampai
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 cawan minyak kanola
Lagi 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar

Cara Cara
Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan. Masukkan pula minyak yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sehingga naik aromanya. Masukkan pes halia/bawang putih dan tomato. Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit dan garam. Tuang ½ cawan air. Masukkan kepingan ayam goreng dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan gula, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit. Enak disajikan dengan sebarang nasi mahu pun roti.

Rich Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum dan Salah Sejahtera

Bagi memenuhi permintaan, di bawah ni ada resepi kek yang dihantar oleh Diana kepada ResepiNet pada 16 September 2005. Kek ni lembab dan juga menggunakan topping serbuk koko.

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE Sumbangan Diana
Sumber: Jonah

6 oz butter (170.1gm)
14 oz gula castor (396.9 gm)
3 biji telur ayam

BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:
1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate EMULCO


BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:
8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm)
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais


CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
5. Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit.

UNTUK LEBIH MOIST - SILA KUKUS SAHAJA DAN TUTUP LOYANG DENGAN FOIL

BAHAN2 ICING:
1 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

CARA MEMBUAT ICING:
1. Campurkan susu, koko dan minyak.
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat.
3. Masukkan garam dan vanila.
4. Tuangkan ke atas kek rata2

May 17, 2006

Terima ksih Chetam...daripada Chue

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Maaf lama tak post resepi. Penyakit M datang menyerang.............hehehehe......tapi semalam Chetam ada postkan beberapa gambar hiasan kek buat santapan mata anda. InsyaAllah, perancangan akan datang akan Chetam kongsi beberapa resepi ising dan tips serta petua yang Chetam kumpul dari ResepiNet serta beberapa sumber lain.

Kalau tengok Msj kat sebelah tu, banyak soalan yang dikemukakan kepada Chetam. Kebanyakannya minta penerangan tentang beberapa perkara. Terus terang Chetam nak bagitahu yang Chetam bukanlah pakar dalam bidang makanan ni. Chetam sekadar berkongsi hobi iaitu menumpul resepi dengan anda semua. Ada resepi yang Chetam dah cuba dan ada yang tak pernah Chetam cuba.

Sebenarnya tujuan asal Chetam mulakan blog Teratak Chetam adalah semata-mata untuk berkongsi resepi yang pernah Chetam cuba. Tapi disebabkan Chetam jarang dapat peluang mencuba resepi sebab tak ada yang nak makan dan juga atas permintaan ramai maka Chetam masukkan resepi-resepi lain ke dalam Teratak Chetam.

Sebagai tuan punya Teratak Chetam ini, tiadalah Chetam mengharapkan sebarang penghargaan atau pembalasan sebab tujuan utama adalah sekadar KONGSI RESEPI. Namun kedatangan email di bawah membuatkan Chetam amat teruja. Chetam ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada Chue yang sudi melayangkan email kepada Chetam. Bangga teramat sangat dengan pencapaian Chue hasil kerajinan mencuba resepi dari Teratak Chetam.

Berikut adalah email dari Chue :

[Quote]
As'kum Chetam
terima kasih sbb bagi jawapan untuk saya yg kurang pengetahuan mengenai bidang masakan nie...tentang soalan mengenai tepung gandum serbeguna tue?selama mana saya gi cari laman apa pun,rasanya inilah laman yg lengkap dgn resepi yg best2 belaka.saya juga sempat mencuba pelbagai resepi..dgn yakin alhamdulillah..menjadi jugak..dan dapat pujian dari kawan2 dan adik beradik serta mak saya...semuanya kerana laman chetam nie dan kerja sama semua yg menyumbang...daripada yg tak tahu apa2..saya sudah perolehi sedikit pengetahuan mengenai bidang masakan nie..terima kasih pada chetam
saya juga berazam nak bukak kelas membuat kek dan biskut bila dah pandai sikit nanti...dan juga ingin mempelajari semua jenis kek dan pastri sehingga pandaii.saya ucap kan terima kasih kat chetam dan pada semua yg menyumbang resepi yg best best nie,sbb sejak2 nie rasanya mcm dah pandai jer buat kek walaupun masih mcm merangkak.....kekkekkeke....tapi apapun saya nak ucapkan terima kasih pada chetam...tanpa laman nie takde lah pengethuan..dan rasa nak cuba cuba buat kek...saya harap laman niee kekal dgn pelbagai info yg berguna...dan resepi2 resepi yg best..sekali..dan terangkat...kekal sampai bila bila...sayaaannnggggg chetammmm muuaahhhh...dan saya memohom maaf kerana tak dapat nak menyumbang apa pun resepi...kerana baru belajar...laman nie dah jadi laman terpenting untuk saya..terima kasih chetamm....assalamulaikum"
[UnQuote]

Pesan Chetam pada Chue, jangan gusar kerana tak dapat sumbangkan sebarang resepi pada Chetam. Feedback selepas mencuba resepi sudah memadai bagi Chetam.

Sori......posting kali ni sedikit panjang dan penuh ayat....hehehehe.

Salam Manis buat Semua
Chetam

May 16, 2006


Lagi satu hiasan kek oleh Nina ResepiNet. Aduh.....cukup setakat ini. Chetam dah lotih. Selamat Menjamu Mata. Sekira berminat nak order kek dari Nina, nanti email Chetam di che_tam@yahoo.com untuk mendapatkan nombor beliau. Oh Ya......Nina orang KL jer sementara Sifu Anis berada nun jauh di UTARA. Posted by Picasa

Hasil tangan Nina ResepiNet..... Posted by Picasa

Lagi hasil tangan Nina - Simply amazing. Harap sangat Chetam pun berseni macam Nina Posted by Picasa

Kek Kahwin yang dibuat oleh Sifu Anis. Posted by Picasa

Hiasan kek oleh Sifu Anis - beliau melukis bunga ros tu menggunakan berus. Kreatif sungguh. Posted by Picasa

Hiasan bunga-bungaan kembang mekar oleh Sifu Anis ResepiNet. Posted by Picasa

Ini pula hiasan oleh Sifu Anis juga dari ResepiNet. Posted by Picasa

Lagi satu hiasan kek dari Nina ResepiNet. Posted by Picasa

Lagi hiasan kek dari Nina ResepiNet. Posted by Picasa

Khas untuk menjamu mata anda. Hiasan Kek oleh Nina. Posted by Picasa