Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


April 28, 2006

Strawberry and Hazelnut Tiramisu



Sumber : Kraft Kitchen

250g block PHILADELPHIA* Cream Cheese, softened
1 1/2 cups cream
1/2 cup caster sugar
50g hazelnuts, toasted, roughly chopped
1 teaspoon vanilla essence
250g sponge finger biscuits
1 cup strong black coffee
250g strawberries, hulled and thinly sliced
Cocoa or drinking chocolate for dusting

1. BEAT together the Philly*, cream and sugar until smooth. Fold in the hazelnuts and vanilla. Set aside. Dip the biscuits quickly in the coffee on each side. And place a layer into the base of a baking paper lined 21 x 10 cm bar tin.

2. TOP biscuits with 1/2 of the strawberries and 1/2 of the Philly* mixture. Repeat the layering process twice again finishing with a layer of biscuits. Cover and refrigerate for 1-2 hours, or overnight.

3. Turn out onto a plate and dust with cocoa. Serve slices with extra strawberries
. Posted by Picasa

April 26, 2006

MEE KUNING MENGANDUNGI ASID BORIK? Meh kita buat mee kuning sendiri.

Sumbangan Diana ResepiNet
Sumber Resepi : Ngah
Sumber Gambar : Diana







Homemade Mee Kuning
1 kilo HOVIS bread flour (kalau kat M'sia tpg gandum cap sauh je)
pewarna kuning- serbuk lagi cantik colour mee tu nanti
soda utk wat mee ( kat sini tak tau le ada ke tidak tapi kat Giant M'sia ada)
air masak sejuk- lbh kurang 300ml
minyak & garam secukupnya

*Cara*
1- Rendam soda dlm air masak yg tlh dicampur pewarna & garam lbh kurang 5 minit. Kemudian rasa dgn jari, rasa mcm licin bersabun & kemudian rasa samada air tu rasa payau/pahit...kalau tak rasa payau/pahit kira ok le...kalau rasa payau/pahit...tambah air...angkat soda dr bekas air. Soda dikeringkan & simpan....boleh digunakan berkali2 sampai habis...

2- Campurkan air soda sedikit demi sedikit ke dlm tepung tadi sehingga menjadi doh yg keras. Keras sikit ngah rasa dr doh karipap tu...

3- Kemudian boleh mesin menjadi kepingan2, kena mesin 4/5 kali hingga jadi kepingan yg cantik...sambil tu panaskan air biasa did lm periuk utk celur mee- Kalau guna tepung cap sauh 1,2 kali mesin dah cantik dah...

4- Kemudian mesin le guna bentuk mee.

5- Habis je mesin mee, celur mee di dlm air yg dimasak tadi (tak perlu mendidih sgt...air start mendidih sikit tu boleh le masukkan mee)

6- Kacau dgn cermat guna gapu...celur dlm 1 minit shj.(lagi cepat pun ok)

7- Toskan, basuh dgn aliran air paip- kalau guna tepung cap sauh jgn basuh pasal nanti cepat basi.

8- Toskan lagi & gaul dgn 1-2 sudu besar minyak masak dgn cermat.

9- Ok, siap le....nak goreng ke, sup ke, kari ke ....apa2 mee la...

Nota
1) utk tepung hovis, air utk celur mee boleh celur utk 2 kali shj- kalau lbh, mee cepat basi. Kalau tepung cap sauh boleh 4 kali
2) tepung sauh- tak perlu basuh mee slps dicelur pasal tepung hovis sgt berkanji.
3) Mak ngah cakap dia belajar taruk telur 2 biji- try le nanti apa bezanya.
4) Mak Ngah juga cakap masa celur mee, air campur jugak dgn sedikit minyak...idak le ngah tahu kenapa...
5) Mee yg ngah buat ni guna pewarna cair pasal pewarna serbuk kakak tu tak dapat dikesan...he..he...
6) Nama soda tu ...batu soda tapi dlm English g tulis soda powder lak... tgk le gambo yg K.Noor hantor...
7) Mak ngah cakap kalau guna air abu, 1 sudu utk 600 g tepung...
8) Boleh tahan gak buat mee ni...jenuh memesin...akak tu cakap kalau guna tepung sauh tak teruk sgt memesin & tepung tak le berderai sgt...

FUNGSI TEPUNG DI SEBALIK SERBUKNYA YANG PUTIH

Okay......ada yang bertanya tentang tepung serbaguna dalam tagboard. Sori Chetam lambat balas sebab dok mencari artikel ni. Teringat pernah nampak tapi terlupa majalah RASA bulan berapa. Di bawah ini adalah artikel yang Chetam ambil dari Majalah Rasa Mac 2005. Sama-sama kita kongsi yer.

TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

TEPUNG NAIK SENDIRI
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG ROS
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum.

TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.

Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).

Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.


* Chetam nak pesan sikit, sekiranya anda berminat untuk menerima posting resepi dan artikel ini dalam bentuk email, jangan lupa untuk join SUBSRICPTION LIST. Cuma klik saja dan masukkan email anda.

April 25, 2006

MELAYAN SELERA SEMASA HAMIL Sumber : Majalah RASA April 2004

Resepi-resepi khas buat wanita yang sedang mengandung.

Udang Masam Manis (Chetam mintak mahap, gambarnya Chetam lupa nak scan kut. Rasanya udah tapi tak jumpa cari dalam Photobucket)

500gm udang kertas
1 biji bawang besar – dipotong
1 biji cili benggala merah – dihiris
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
5 ulas bawang putih – diketuk
½ sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1. Tumis bawang putih, cili benggala, sos cili/tomato dan cuka hingga naik bau.
2. Masuukan udang dan bawang besar.
3. Akhir sekali masukkan garan dan gula secukup rasa. Hidangkan dengan nasi putih.

Info : Cuka tidak hanya memiliki rasa yang enak bila dicampur dengan salad atau pelengkap rasa pada makanan, tetapi juga mempunyai vitamin mineral, asam amino, enzim dan memiliki khasiat perubatan. Cuka dalam masakan dipercayai dapat melindungi penyakit jantung dan kanser bahkan membantu menjauhi risiko penyakit factor usia.



Kailan Sos Tiram

500 gm kailan
1 sudu makan stok ayam
4 sudu makan sos tiram
2 ulas bawang putih – diketuk
1 sudu makan tepung jagung – dicampur bersama air
Sedikit minyak masak

Cara
1. Kailan dicelur dan diatur di atas pinggan
2. Tumis bawang putih hingga wangi
3. Setelah wangi, masukkan bahan-bahan lain. Gaul sekejap kemudian tuang atas sayur.

Info : Selain daripada produk tenusu, sayur kailan sangat kaya dengan kalsium. Pengambilan kalisum yang mencukupi menolong memastikan pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga boleh didapati daripada pelbagai sumber makanan termasuk ikan dengan tulang yang boleh dimakan misalnya sardin dan ikan bilis, kekacang, produk kekacang misalnya tauhu, fucuk dan tempe, buah-buahan kering misalnya kismis, kurma, apricot dan prun. Ia sangat baik untuk ibu dan kandungan.


Sotong Masak Pedas

100 gm sotong
1 batang daun bawang
½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 biji cili merah
10 biji cili padi
1 sudu teh gula
1 sudu makan sos cili
1 sudu kakan kicap cair

1. Tumis bawang putih sehingga wangi
2. Masukkan sotong dan bawang besar
3. Akhir sekali masukkan bahan-bahan lain dan tabur daun bawang.


Ayam Masak Cili Kering

300 gm isi ayam
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan kicap cair
Sedikit kicap pekat
Minyak untuk menggoreng

Cara
1. Ayam digaul dengan tepung jagung. Goreng dan angkat.
2. Tumis bawabg putih dan cili kering hingga wangi
3. Masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Boleh dihidangkan.


Siakap Kukus Serai

1 ekor ikan siakap
2 batang serai
10 biji cili padi
½ biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji asam boi
1 sudu teh gula
½ sudu teh garam
Sedikit minyak

Cara
1. Ikan dibersihkan dan asingkan ke atas bekas pengukus.
2. Tumis bawang putih dan serau hingga wangi
3. Masukkan bahan-bahan lain dan sedikit air
4. Setelah siap, tuangkan ke atas ikan dan kukus hingga ikan masak.


Daging Daun Kemangi

200 gm daging – dicincang
100 gm daun kemangi
1 batang daun bawang
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
3 sudu teh kicap
2 sudu teh gula
Sedikit kicap pekat

Cara
1. Tumis bawang putih dan goreng daging sehingga separuh masak.
2. Masukkan kicap, gula, cili padi, daun kemangi dan daun bawang. Goreng lagi hingga masak. Angkat dan hidang.

Info : Kemangi termasuk sayuran yang kaya dengan provitamin A. Setiap 100 gm daun kemangi terkandung 5000 SI vitaminA. Kelebihan lainnya, ia banyak mengandungi mineral kalsium dan fosfor iaitu sebanyak 45 dan 75 mg per 100gm daun kemangi.

MEMBUKA SELERA MERAWAT LUKA Sumbangan Puan Rusiah Othman. Sumber : Majalah RASA – April 2004

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini Chetam paparkan beberapa resepi yang menggunakan ikan Haruan. Sebagaimana yang kita tahu, ikan Haruan selalunya dimakan sebagai makanan kesihatan terutama bagi mereka yang telah menjalani pembedahan. So resepi-resepi ini amat sesuai untuk ibu-ibu yang telah melahirkan anak melalui pembedahan.

Ikan Haruan Masak Lada Hitam

1 ekor ikan haruan
1 cawan santan
1 biji bawang besar – dihiris
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 ½ sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan hiris halus
4 ulas bawang putih
1 ½ cm kunyit hidup
1 ½ cm halia

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. Masukkan santan dan lada hitam.
2. Setelah mengelegak, masukkan ikan haruan, lada hitam, hirisan bawang besar dan garam secukup rasa.
3. Masak sehingga pekat. Hidangkan.


Masak Pindang Ikan Haruan

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
1 biji bawang besar dihiris
2 biji cili merah
5 keping asam keping2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
5 ulas bawang putih
1 ½ cm kunyit hidup
1 sudu makan lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik wangi.
2. Masukkan air dan tunggu mendidih. Sambil itu masukkan ikan.
3. Setelah ikan hampir masak, masukkan asam keping dan cili merah dan bawang besar yang dihiris. Masakan ini boleh dihidangkan dengan nasi panas.


Ikan Haruan Kukus Air Asam

1 ekor ikan haruan – dibersihkan dan digaul dengan garam dan lada hitam
1 cawan air asam
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan gula
1 sudu makan serbuk lada hitam (digaul bersama ikan)
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan – dihiris halus
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh garam

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ½ cm kunyit hidup
1 ½ lengkuas
1 batang serai – dihiris nipis
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk

Cara
1. Sapukan minyak masak di atas gris pinggan hidang kalis panas. Bubuh ikan di atasnya. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik wangi. Tambahkan air asam. Masukkan garam, gula dan kicap cair. Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung.
3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau rata-rata dan tuang atas ikan.
4. Sementara memasak kuahnya, kukus ikan haruan di atas air mengelegak selama 15 ke 20 minit (bergantung kepada ketebalan ikan).


Bubur Lambuk Ikan Haruan

1 ekor ikan haruan – diambil isinya
1 cawan beras
1 cawan santan
5 ulas bawang putih – dihiris halus
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 ½ cm halia – dihiris halus
Garam secukupnya
Air secukupnya

Bahan Hiasan
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Bawang goring


Cara
1. Rebuskan beras dengan bahan yang dihiris sehingga kembang.
2. Masukkan isi ikan haruan
3. Setelah mendidih, masukkan santan, lada hitam dan garam secukup rasa
4. Setelah masak bolehlah dihias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.


Sup Ikan Haruan

1 ekor ikan haruan – diambil isinya
3 ulas bawang merah – ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
1 ½ cm halia – dihiris halus
2 cawan air
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
5 keping asam keping
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang

Cara
1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan yang ditumbuk lumat serta halia yang dihiris sehingga naik wangi. Kemudian masukkan air.
2. Setelah air mendidih, masukkan isi ikan, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata sehingga isi ikan masak.
3. Selepas itu bolehlah dihias dengan hirisan daun bawang dan daun sup.


Ikan Haruan Bakar

1 ekor ikan haruan
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 batang serai – dikisar
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
Sedikit helaian daun pisang – balut pada ikan

Bahan Air Asam
1 genggam asam jawa – diperah
1 cawan air
5 tangkai cili padi – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris
Garam secukup rasa

Cara
1. Perapkan ikan dengan bahan yang dikisar, lada hitam dan garam. Tunggu sehingga 1 jam. Selepas itu bolehlah dibakar ikan sehingga ikan masak.
2. Sementara itu ambil perahan air asam dan masukkan bawang, cili padi dan garam secukup rasa.
3. Setelah itu bolehlah ikan dihidangkan panas bersama sambal air asam.

April 24, 2006

CAKOI - Atas Permintaan CT Yang Berada di Iran

CAKOI - Sumber Chef Norzailina Alaf21

Adunan Yis
200g tepung gandum
300ml air suam
1 camb yis segera (instant yeast)

DOH
1 camt tawas, ditumbuk (alum)
400ml air
2 camt soda bikarbonat
1-2 camt garam
2 camb minyak
600g tepung berprotin tinggi (bread flour)
1 camb minyak, untuk sapu
2-3 camb tepung, untuk tabur
minyak untuk menggoreng

Untuk adunan yis:
Gaul semua bahan hingga sebati, tutup dengan kain lembab dan biar 1-2 jam. Larutkan tawas dengan separuh air, campur dengan adunan yis. Tambah baki air, soda bikarbonat, garam dan minyak. Bubuh tepung dan gaul menjadi doh yg lembut. Uli hingga adunan licin dan tutup dengan tuala lembab selama 30 min. Uli doh selama 10 min kemudian sapu permukaan dengan minyak dan tutup sekali lagi dengan tuala lembab. Biar 2 jam. Tabur tepung atas papan pencanai, ambil doh setebal 1 cm, lebar 10 cm dan panjang 30 cm. Potong menjadi 20 keping. Basahkan air di tengah satu potongan (gunakan lidi) kemudian lekatkan satu potongan lain di atasnya. Buat hingga habis. Angkat potongan yg bercantum, tarik sedikit kemudian terus masukkan ke dalam minyak panas. Goreng hingga keemasan.

Cakoi Sumbangan Nor Faizah of Restoren Pak Amir)
Sumber Cari.com

Bahan2nya
600gm tepung gandum
1 bungkus ibu roti(dicairkan)
1 biji telur
1 gelas air
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara2nya
1.Gaulkan tepung dgn telur, ibu roti & uli hingga lembut. Biar selama 5 jam.
2.Canai & taburkan sedikit tepung kemudian dilipat dua.
3.Potong sepanjang 8cm & tekankan atasnya dgn belakang pisau.
4.Goreng sampai kuning.

Cakoi dari Restoren Pak Amir
Sumber : Cari.com

Bahan-bahan :
1kg tepung gandum
1 paket yeast segera - Mauripan
1/2 cawan gula halus
1 camcateh garam
2 sudu besar minyak jagung
2 gelas air suam atau secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-Gaulkan tepung dengan yeast, garam dan gula. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung dan tuangkan minyak jagung dan air suam. Uli hingga sebati dan tidak melekat pada tangan. Doh akan menjadi kenyal bila telah cukup diuli. Tutup doh dengan tuala lembap dan peram di dalam suhu bilik hingga doh mengembang dua kali ganda. Kemudian uli sekali lagi selama 10 atau 15 minit. Biarkan doh mengembang sekali lagi selama 20 minit. Panaskan minyak penuh dalam kuali. Taburkan tepung atas papan pencanai dah canaikan doh setebal 1 inci dan lebarnya 5 inci (lebih kurang). Celupkan pisau pemotong doh ke dalam tepung dan potong doh mengikut saiz yang dikehendaki. Turiskan sedikit ditengahnya tetapi jangan sampai putus. Terus masukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng menggunakan api kecil hingga kuning. Hidangkan panas-panas dengan sos kastad atau lain-lain sos yang digemari

KUEH CAKOI sumbangan Kak Liza
Sumber : Cari.com

Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
1 paket yeast segera - Mauripan
1 s/b gula halus
1/2 s/t garam
1 s/b majerin
1/2 cawan minyak jagung
2 cawan air suam ]
1 ulas bawang putih ] dimesinkan dan tapis
tepung untuk tabur dipapan canai
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-
1. Gaulkan tepung dengan yeast, garam dan gula.
2. Campurkan majerin dan gaulkan saperti buat tat..rubbing method.
3. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung dan tuangkan minyak jagung dan air suam.
4. Uli hingga sebati dan tidak melekat pada tangan. Doh akan menjadi kenyal bila telah cukup diuli.
5. Tutup doh dengan tuala lembap dan peram di dalam suhu bilik hingga doh mengembang dua kali ganda.
6. Kemudian uli sekali lagi selama 10 atau 15 minit.
7. Biarkan doh mengembang sekali lagi selama 20 minit.
8. Panaskan minyak penuh dalam kuali.
9. Taburkan tepung atas papan pencanai dah canaikan doh setebal 1 inci dan lebarnya 5 inci (lebih kurang).
10. Celupkan pisau pemotong doh ke dalam tepung dan potong doh mengikut saiz yang dikehendaki.
11.Tekankan sedikit ditengahnya tetapi jangan sampai putus.

12.Terus masukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng menggunakan api kecil hingga kuning.
13. Hidangkan panas-panas

April 22, 2006

Percik Jangan Tak Percik - Majalah Rasa November 2002


Ketam Percik

500 gm ketam sederhana besar
15 ulas bawang merah - dikisar
1.5 cm halia- dikisar
1.5 cm kunyit hidup - dikisar
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit
1 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1. Bersihkan ketam. Gaulkan ketam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Panggang di atas api yang sederhana sehingga 3/4 masak. Angkat.
2. Panaskan periuk, masukkan santan pekat serta bahan yang dikisar tadi. Kacau dalam api yang perlahan.
3. Campurkan daun kunyit, serai, garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih, pekat dan berminyak. Padamkan api.
4. Ambil kuah sedikit dan curahkan ke atas ketam dan panggang sekali lagi di atas api yang perlahan. Setelah masak, hidangkan.

Info : Tahukah anda khasiat kunyit hidup? Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit seperti senggugut. Lebih baik lagi jika dimakan mentah atau dijadikan ulam ketika makan nasi. ]


Ayam Percik

1/2 ekor ayam - dipotong 2 bahagian
1 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
6 biji cili kering - dikisar
2 cm halia - dikisar
1.5 cm lengkuas - dikisar
2 batang serai - diketuk
1 1/2 biji kelapa - diambil santan pekat
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu teh halba
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1. Bersihkan potongan ayam dan kelar sedikit. Panggang ayam sehingga 3/4 masak.
2. Panaskan periuk, masukkan santan serta bahan-bahan kisar.
3. Campurkan daun kunyit, halba, serai, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih hingga pekat dan naik minyak.
4. Ambil kuah dan curahkan atas ayam dan panggang atas api hingga masak. Angkat dan dihidang.

Tips : Untuk menyediakan kuah percik yang lebih sedap, rempah basah harus ditumis dalam jangka masa yang agak lama sehingga naik minyak dan kuah kelihatan pekat.


Daging Panggang Percik

1 kg daging - diambil bahagian batang pinang
1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 helai daun kunyit
1/2 sudu halba
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan untuk dikisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putuih
1.5 cm halia
4 tangkai cili kering
1.5 cm lengkuas
10 biji buah keras

2 batang serai - diketuk

Cara
1. Daging dibersihkan, dipotong dan digaulkan dengan serbuk kunyit, garan dan sedikit serbuk cili. Panggang hingga 3/4 masak. Angkat.
2. Panaskan periuk, masukkan santan serta bahan-bahan kisar.
3. Campurkan daun kunyit, halba, serai,serbuk kunyit, serai, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih hingga pekat dan naik minyak.

4. Ambil kuah sedikit dan sapukan ke atas daging dan panggang hingga daging masak. Setelah masak. tunagkan lagi kuah ke atas daging dan boleh dihidangkan.

Tip : Untuk lembutkab daging dengan cepat tanpa menunggu cara perapan, rebuskan daging bersama satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.


Sotong Percik

500 gm sotong putih
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
10 biji cili merah - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 helai daun kunyit
1.5 cm kunyit - dikisar
2 batangs erai - diketuk
1 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1. Bersihkan sotong. Panggang atas api yang sederhana hingga 3/5 masak.
2. Panaskan periuk, masukkan santan serta bahan-bahan kisar. Campurkan daun kunyit, serai, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih hingga pekat dan naik minyak.
3. Padamkan api. Ambil sedikit kuah tadi dan tuangkan atas sotong dan panggang sekali lagi dengan menggunakan api perlahan. Hidangkan.

Tip : Untuk menyediakan sotong yang elok supaya menjadi lekang, senang dicuci atau menghilangkan baunya, anda boleh masukkan sotong tersebut dalam air beras dan biarkan 10 minit.


Ikan kembung Percik

3 ekor ikan kembung
6 biji ciki kering - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
1.5 cm kunyit - dikisar
1 cm halia - dikisar
1 batang serai - diketuk
2 helai daun kutniy
2 cawan santan
Sedikit belacan
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1. Bersihkan ikan dan kelar dua bahangian. Sapukan garam dan kunyit. kemudian panggang sehingga separuh masak.
2. Untuk kuah, bawang merah, cili kering dan halia yang dikisar tadi serta sedikit belacan dimasukkan ke dalam periuk bersama santan.
3. Masukkan serai yang telah diketuk, air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga kuah kelihatan pekat.
4. Setelah kuahnya siap, angkat dan tuang kuah sedikit pada ikan yang dipanggang tadi. Bila sudah masak, hidangkan.

Tip : Inginkan ikan bakar yang lebih sedap? Selepas mencuci ikan. hanya perapkan ikan tersebut dengan sedikit air asam jawa. Biarkan beberapa minit sebelum dibakar atau panggang.

April 07, 2006

Lagi Resepi Untuk Ibu-Ibu yang Sedang Dalam Pantang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun lepas, Chetam dah kongsikan beberapa resepi dari Pak Amir untuk ibu-ibu yang sedang berpantang. Awal minggu ni, Chetam dapat tahu yang seorang pengunjung Teratak Chetam sedang hamil anak kedua selepas menunggu 6 tahun. Beliau berada jauh di perantauan iaitu di Australia.

Merin.....Chetam post lagi resepi untuk Ibu Dalam Pantang.

Resepi-resepi ni Chetam ambil dari Majalah RASA bulan Ogos 2004 yang merupakan tribute untuk IBU. Chetam baru jer beli majalah ni di Book Fair last Sunday.


Rendang Peria (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan
2 biji peria katak (bersaiz besar, dibuang bijinya dan dipotong)
1 cawan santan
1 sudu makan ikan bilis – dikisar
50 gm pucuk pegaga
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 sudu teh lada hitam – dikisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara
1. Masak bersama kesemua baham kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar mendidih.
2. Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka. Hidangkan bersama nasi putih.

Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka, melawaskan dan sebagainya.

Petua Orang Tua : Masakan yang mengandungi lada hitam sangat baik diambil oleh ibu ketika berpantang kerana ia dapat melancarkan proses mencuci darah.



Ayam Kukus Cuka (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan A (diperap sebelum dikukus)
8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara
1. Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak.
2. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.


Ikan Panggang Halia Muda (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara
1. Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak.
2. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.



Sup Tulang (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan A
1 kg tulang lembu – dicuci dan ditoskan
2 sm halia – diketuk
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 sudu teh garam kasar
1 sudu makan gula
Air secukupnya

Bahan B (ditumbuk)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam

Bahan C (ditumis)
2 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
5 biji cengkih
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga

Bahan D
2 bunjut rempah sup tulang
3 bji kentang – dibelah dua
8 biji cili api
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
1 biji jus limau nipis
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur

Cara
1. Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk. Tambah air jika perlu.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning. Masukkan kesemua bahan C dan kacau.
3. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing.
4. Setelah garing, masukkan rempah sup. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap.
5. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan. Tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goring.
6. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan saun sup. Tuang jus limau dan kacau rata. Ketika menghidang, taburkan bawang goring, daun sup dan daun bawang.

Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran rempah ratus. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah.


Sup Sayur Campur (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi.
2. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.


Rendang Hati Lembu (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 200

Bahan
½ kg hati lembu – dipotong
2 cawan pati santan
½ cawan kerisik
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan (dikisar)
10 ulas bawang merah
200 gm cili merah
2 sudu makan ketumbar
3 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji buah keras

Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.
3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa.

Beberapa resepi kek dari buku Aneka Hidangan Kek


Kek Keju
Sumber : Aneka Hidangan Kek

Bahan
500 gm krim keju
200 ml susu cair
100gm gula aising
50 gm tepung berserbuk penaik
20 ml susu segar
3 biji telur kuning
3 biji telur putih }jadikan
10 gm guka kastor }merique
Kek Span

Cara
1. Putar krim keju dengan gula aising hingga gebu
2. Putar kuning telur, tepung gandum dan susu segar selama 2 minit. Masukkan krim keju(1). Kacau hingga adunan sebati.
3. Masukkan merique dan putar lagi hingga rata
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilapis dengan kek span.Bakar dalam ketuhar selama 1 jam. Sejukkan sebelum dihias.


Kek Cappucino
Sumber : Aneka Hidangan Kek

Bahan
150 gm krim putar
150 gm gula kastor
50 gm serbuk kopi }dibancuh
Sedikit air suam }
20 gm gelatin halal – dicairkan
5 biji putih telur
5 biji kuning telur

Cara
1. Putar putih telur dan 50 gm gula hingga pekat. Ketepikan.
2. Kuning telur diputar dengan baki gula hingga kembang.
3. Campurkan adunan ini dengan krim putar serta bancuhan serbuk kopi.
4. Masukkan gelatin ke dalam adunan putih telur. Kacau hingga rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek. Simpan dalam peti sejuk hingga beku.



Kek Pandan Lapis
Sumber : Aneka Hidangan Kek

Bahan kek:
110 gm gula kastor
110 gm tepung berserbuk penaik
110 ml santan
100 gm tepung gandum
50 ml air daun pandan
4 biji telur – dipukul
4 biji kuning telur
2 sudu besar marjerin
½ sudu kecil krim tartar
½ sudu kecil baking powder

Bahan kaya pandan:
125 gm gula kastor
50 ml santan
50 ml air daun pandan
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar agar-agar
½ sudu kecil pewarna hijau
(Satukan semua bahan dan masak hingga pekat.

Cara
Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah selsius. Lenserkan acuan kek dengan marjerin.
1. Pukul gula kastor dan kuning telur hingga kembang.
2. Masukkan tepung jagung, tepung berserbuk penaik, krim tartar dan baking powder.
3. Gaulkan hingga adunan rata.
4. Tuangkan santan, air daun pandan dan putih telur. Adun hingga sebati.
5. Masukkan marjerin, pewarna hijau dan gaul rata.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit. Sejukkan kek ini.
7. Potong kek kepada 3 lapisan. Sapukan setiap bahagian dengan kaya pandan dan lapiskannya.
8. Sapukan lebihan kaya pamdam di permukaan kek. Simpan dalam peti sejuk.


Kek Lobak Merah
Sumber : Aneka Hidangan Kek

Bahan
300 gm lobak merah – dikisar
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 cawan minyak sayuran
1 cawan keju Ricotta
3 biji telur
2 cawan tepung berserbuk penaik
2 sudu besar baking powder
2 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk badam
½ cawan kismis

Cara
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius. Lenserkan acuan kek dengan marjerin.
1. Putar gula perang, gula kastor, susu dan keju hingga sebati.
2. Masukkan telur dan putar hingga larut.
3. Masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
4. Masukkan kismis.Tuangkan adunan dalam acuan. Bakar hingga masak.

April 04, 2006

Sedikit Updates dari Chetam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama Chetam tak post updates di sini.

InsyaAllah, Chetam akan kembali aktif memasukkan resepi-resepi ke Blog Teratam Chetam. Minggu lepas Chetam dah mula mengirimkan resepi-resepi melalui emails kepada pengunjung Teratak Chetam yang telah berdaftar sebagai ahli. Emails yang Chetam hantar adalah merupakan resepi-resepi yang pernah dipostkan di Teratak Chetam.

Sekiranya anda berdaftar tetapi tidak menerima sebarang emails, mungkin akaun email anda tidak sah atau sudah melebihi kuota. Atau mungkin Chetam terlupa nak masukkan email anda ke dalam senarai Chetam. Sila beritahu Chetam sekiranya ahli berdaftar tetapi tidak menerima sebarang emails minggu lepas. Juga beritahu Chetam sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang emails.

Ahad lepas, Chetam dah pegi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Chetam pegi pada hari terakhir di saat-saat akhir so tak sempat nak jelajah seluruh gerai. Chetam beli majalah RASA yang lepas-lepas serta beberapa buku Koleksi keluaran KARANGKRAF. InsyaAllah, bila ada masa terluang, Chetam akan kongsi resepi-resepi dari majalah yang Chetam beli dengan anda semua.

Chetam nak kongsi gambar-gambar Chenul dengan anda. Chenul dah semakin lasak. Jenuh Buya mengejar Chenul semasa di Pesta Buku dan Pameran Smartkids.

Chenul di KLCC. Chenul ni peminat Sesame Street terutamanya ELMO.

Chenul mencuba baju kurung sepupu. Melondeh jer.

Chenul suka pakai kopiah Buya.

Chenul tengah lena dalam kereta semasa perjalanan dari kampung semasa cuti Raya Haji. Lagi satu kegemaran Chenul ialah BARNEY.

Ini pulak gambar-gambar resepi yang pernah Chetam cuba dulu.


Ini Kek 7UP yang Chetam buat style Marble. Meriah warnanya.


Ini pulak Cheese Cake yang tak perlu dibakar. Resepinya dah disiarkan sebelum ini.

Ini pulak gambar Macaroni and Cheese yang Chetam buat di kampung dulu. Chetam guna makaroni yang bentuk spiral.

Ada banyak lagi gambar-gambar resepi yang Chetam pernah buat tetapi tak dapat disiarkan di sini kerana kamera digital Chetam tidak dipulangkan oleh rakan satu ofis setelah dia berhenti kerja. Chetam rasa geram sangat sebab rakan tu dah tahu yang dia nak berhenti kerja tapi tak nak pulangkan kamera Chetam. Dengan erti kata lain, memang beliau dah ada niat nak ambil kamera tersebut. Allah akan membalas perbuatan beliau.

Sekiranya anda hendak berkongsi resepi istimewa anda dengan semua pengunjung Teratak Chetam, anda boleh emailkan resepinya ke
che_tam@yahoo.com

Sehingga kita berjumpa di dalam next posting.

Salam Manis dari Chetam.