Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


March 31, 2006

Lagi resepi dari EasyDIY

Assalamualaikum

Chetam postkan resepi-resepi yang diambil dari buku EasyDIY (Do It Yourself). Buku ini keluaran RHYTM dan dah lama Chetam beli. Dekat 10 tahun kut. Tak tau sama ada buku-buku ini masih ada di pasaran atau tidak.

Gambar-gambarnya belum Chetam scan lagi. Bila dah scan, Chetam akan updatekan kemudian.

Sup Bayam dengan Ikan Bilis

Bahan
300gm bayam
50gm ikan bilis
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu besar minyak zaitun
½ sudu teh garam
2 mangkuk besar air

Cara
1. Rendamkan ikan bilis selama lebioh kurang 5 minit, toskan. Bayam dipotong dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk, tumiskan bawang putih. Masukkan bayam, ikan bilis dan garam, masak selama 2 minit.
3. Masukkan air, masak sehingga mendidih. Masak selama 15 minit dengan api yang perlahan tanpa ditutup.

Lin Chi Kang

Bahan
100gm isi mata kucing kering
300gm biji teratai (lin chi)
50gm telinga kera putih
10 biji kurma cina
4 mangkuk air
Gula batu (ikut rasa)

1. Bersih dan rendamkan semua bahan kecuali gula batu.
2. Kurma cina dibuang bijinya dan telinga kera putih dibuang bahagian kuning tuanya. Biji teratai dibelah dua dan dibuang tangkai bahagian dalamnya.
3. Panaskan air, masukkan biji teratai, telinga kera putih dan kurma cina, masak selama 30 minit dengan api yang sederhana.
4. Masukkan isi mata kucing kering dan gula batu dan biarkan elama 5 minit. Padam api dan hidangkan.

Ketam Masak Halia

Bahan
2 ekor ketam
1 ketul halia (5mm, ditumbuk halus)
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
¼ sudu teh minyak bijan
½ cawan air

Cara
1. Bersih dan sediakan semua bahan, kemudian potongkan ketam.
2. Panaskan minyak, tumiskan halia.
3. Masukkan ketam, masak selama 2 minit. Masukkan sos tiram, kicap cair dan air. Tutup selama 5 minit.
4. Masukkan minyak bijan, gaul rata, angkat dan hidangkan.

Udang Goreng Minyak Bijan

Bahan
200gm udang dikupas kulit
1 tangkai daun ketumbar kasar }
2 biji cili merah } dihiris
1 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai salad Cameron Highlands
Beberapa titik minyak bijan

Bahan perasa
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu besar serbuk lada

Cara
1. Bersih dan sediakan semua bahan-bahan. Goreng udang dengan minyak masak selama 2 minit dan toskan.
2. Tumiskan cili merah, bawang putih, salad Cameron Highlands dan daun ketumbar.
3. Kemudian masukkan udang yang ditoskan tadi dengan bahan perasa dan kacau.
4. Akhir sekali masukkan beberapa titik minyak bijan sebelum menghidangkannya.

Kek Jagung

Bahan
4 biji telur (diasingkan telur putih dan telur kuning)
180gm majerin
100gm gula halus (dipukul dengan marjerin)
50gm gula halus (dipukul dengan gula putih)
250gm tepung gandum }
¼ sudu teh serbuk penaik } diayak
½ tin jagung berkerim
½ tin bijirin jagung direbus
¼ sudu teh esen vanilla

Cara
1. Pukul marjerin bersama gula halus (100gm). Kemudian masukkan kuning telur sebiji-biji dan pukul sehingga adunan menjadi putih.
2. Masukkan jagung berkerim, tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak. Kemudian gaul hingga sebati.
3. Pukul putih telur dengan gula hangus (50gm) sehingga ringan, kemudian masukkan ke dalam adunan yang telah disediakan tadi. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam tin pembakar dan taburkan bijiran jagung di permukaan adunan. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 129 darjah selsius selama 1 jam.

Kek Gulung

Bahan
120gm gula halus
30gm marjerin
90gm tepung gandum }
2 sudu besar tepung jagung } diayak bersama
3 biji telur
1 sudu besar jem strawberi

Cara
1. Pukul telur dan gula halus hingga kembang
2. Masukkan tepung ke dalam adunan tadi dan kacau rata
3. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau perlahan-lahan
4. Sapukan minyak pada tin pembakar ukuran 23 x 32 cm dan alaskan permukaan tin dengan kertas minyak. Sapukan kertas itu dengan marjerin.
5. Tuangkan adunan ke dalam tin dan ratakan permukaannya
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200 darjah selsius selama 10-15 minit sehingga kek itu memantul apabila ditekan dengan jari.
7. Letakkan kek di atas kertas minyak yang besar. Sapukan jem pada permukaan bawah kek dan gulung dengan padat semasa kek masih panas.

Kerapu Masak Kicap (Ketuhar Gelombang Mikro)


Sumber : EnakDIY

Bahan
1 ekor ikan kerapu
2 sudu besar daun bawang (dicincang)
1 sudu besar halia dan bawang putih (dicincang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tau cheow pedas
1 sudu besar cili merah (dicincang)

Cara
1. Bersihkan ikan kerapu. Kelarkan selari di 3 tempat di bahagian ats dan bawah.
2. Masukkan 3 sudu besar minyak, daun bawang, halia dan bawang putih ke dalam pinggan yang tahan panas. Goreng dengan suhu yang tinggi selama 3 minit sehingga mengeluarkan bau yang sedap. Keluarkan dari oven. Gaul ikan dengan sos tiram, tau cheow dan gula. Bungkuskan dengan pembalut plastik microwave dan masak dengan suhu yang tinggi selama 5 minit.
Alihkan ikan tersebut dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan dengan cili merah yang telah dicincang.
Posted by Picasa

Daging Masak Tau Cheow



Sumber : EnakDIY

Bahan
600gm daging
1/2 mangkuk air
2 tangkai daun bawang (dipotong beberapa kerat)
3 hiris halia
2 biji bunga cengkih
1 sudu makan tau cheow pedas
3 sudu besar minyak masak

Bahan untuk sos
4 sudu besar kicap cair
2 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh sos tiram
sedikit perasa

Cara membuat
1. Bersih dan sediakan semua bahan. Daging dipotong kiub dan dicelur di dalam air panas kemudian toskan.
2. Panaskan minyak, tumiskan daun bawang dan halia. Masukkan tau cheow pedas, kacau sehingga berbau harum.
3. Masukkan daging dan kacau untuk seketika. Masukkan pula bunga cengkih dan bahan untuk sos.
4. Akhir sekali masukkan air. Didihkan perlahan-lahan sehingga daging betul-betul lembut.
Posted by Picasa

Daging Goreng Bertelur


Sumber : EnakDIY

Bahan
200gm daging (dipotong nipis)
4 biji telur
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh minyak bijan
1/3 sudu teh garam
1 tangkai daun bawang (dipotong halus)
6 sudu besar minyak masak

Cara membuat
1. Bersih dan sediakan semua bahan, perap daging dengan kicap cair, tepung jagung dan minyak bijan selama 10 minit.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak, goring daging sehingga 70% masak, toskan.
3. Bancuh telur dan daging bersama garam.
4. Panaskan 3 sudu besar minyak dengan api yang sederhana, masukkan bancuhan telur dan goring semasa menghidang.
Posted by Picasa

March 30, 2006

Aneka Resepi Roti Sumbangan Diana ResepiNet pada 29 April 2005

Since ada permintaan, berikut adalah koleksi resepi-resepi roti dari Diana ResepiNet. Maaf kerana tak ada gambar. InsyaAllah, Chetam akan postkan lebih banyak resepi roti untuk anda.

ROTI MANIS

Bahan-bahannya
15gm ragi
130ml susu segar suam panas
680gm tepung roti
110gm mentega
15gm garam
6 biji telur
1 biji telur + 1/4 cawan susu segar (bancuh rata untuk disapu diatas roti)
1 camca gula

Cara Cara
1. Panaskan ragi, gula dan susu. Biarkan selama 10 minit.
2. Masukkan tepung, garam, telur dan mentega, uli selama 10 minit.
3. Biarkan naik 2 kali ganda, setelah itu tumbuk dan uli 10 minit lagi.
4. Bentuk bulat-bulat dan biarkan naik selama lebih kurang 30 minit.
5. Sapukan bancuhan susu segar dan telur di atasnya.
6. Bakar pada suhu 180darjah C/ 360darjah F, selama 20 minit.


ROTI JAGUNG BERKEJU CHEDDAR

Bahan-bahannya
1 sudu besar yis kering aktif
1/2 cawan air suam
1 cawan jagung kisar
2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh soda penaik
2 biji telur
1 cawan yogurt
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan jagung berkrim dalam tin
5 cawan tepung gandum serbaguna
1 1/2 cawan keju cheddar, diparut
2 biji cili dicincang halus-halus
1 biji bawang besar, didadu dan digoreng sehingga keperang-perangan

Cara Cara
1. Larutkan yis ke dalam air suam dan biarkan larut selama 5 minit sehingga berbuih. Masukkan jagung kisar, garam, gula dan soda penaik.
2. Tambah telur, yogurt, minyak, jagung berkrim, tepung, keju, cili, bawang besar dan sedikit lagi tepung. Uli sehigga menjadi doh. Biarkan doh selama 10 minit, kemudian uli lagi. Bubuh doh di dalam mangkuk yang sudah bersapu minyak. Tutup dan biarkan ia naik selama sejam.
3. Tumbuk doh, bahagi dua dan bubuh setiap bahagian di dalam tin pembakar. Biarkan doh naik. Bakar pada 170 darjah C/ 340darjah F, selama sejam.


ROTI APEL BELANDA

Bahan-bahannya
1/4 cawan mentega
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan gula halus
7gm yis kering aktif
1/4 cawan air suam
3 1/2 cawan tepung gandum serbaguna
2 biji telur
1 biji apel hijau, dikupas dan didadu
1/2 sudu teh serbuk kayu manis

Cara Cara
1. Panaskan mentega, susu dan air hingga suam-suam panas.
2. Larutkan yis dengan air suam. Tuang ke dalam campuran susu dan gula.
3. Adun campuran tadi dengan telur dan apel hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul selama 15 minit.
4. Alih doh ke dalam mangkuk, tutup dan biarkan selama sejam supaya naik sekali ganda.
5. Tumbuk doh dan canai menjadi segi empat bujur 22cm x 25cm. Taburkan serbuk kayu manis dan gulung seperti menggulung kek gulung dan bubuh ke dalam acuan roti bantal yang telah disapu dengan minyak. Biarkan naik selama 15minit.
6. Bakar pada 175darjahC/350darjahF, selama 40minit.


ROTI LABU LEMAK BERKISMIS

Bahan-bahannya
1 1/2 sudu besar yis kering aktif
1/4 cawan air dipanaskan 40darjah C/ suam-kuku
1 cawan labu lemak, direbus dan dilecek
1 cawan susu dipanaskan suam-kuku
3/4 cawan gula halus
2 1/2 sudu besar minyak sayuran
2 1/4 sudu teh garam
1/2 cawan kismis
4 1/2 cawan tepung gandum serbaguna/ tepung roti
4 sudu besar mentega tanpa garam, dicairkan untuk menglis

Cara Cara
1. Larutkan ragi dengan air suam-panas.
2. Masukkan labu lemak, minyak, kismis, gula, garam dan susu ke dalam yis yang sudah dilarutkan. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati selama 10 minit.
4. Alihkan doh ke mangkuk yang berminyak, tutup dengan kain, dan biarkan selama 1 jam supaya doh naik sekali ganda.
5. Tumbuk doh dan uli di atas papan canai yang ditaburi tepung.
6. Bentukkan bulat-bulat kecil. Biarkan selama 45 minit untuk naik sekali ganda.
7. Bakar pada 180°C/ 360°F, selama lebih kurang 20 -30 minit.

Nota Chef: Labu lemak lebih baik dibakar daripada direbus kerana membakar memberikan aroma yang lebih baik.


ROTI TOCANG SWITZERLAND

Bahan-bahannya
680 gm tepung roti
15 gm yis kering
430 gm susu suam
1 sudu teh gula halus
2 sudu teh garam
30 gm mentega
1 biji telur, dipukul sedikit
2 sudu besar bijan untuk menghias
minyak jagung + 1 biji telur untuk hiasan

Cara Cara
1. Larutkan yis, susu dan gula . Masukkan 170gm tepung roti, dan kacau bersama yis sehingga naik 3 kali ganda. Masukkan tepung selebihnya, garam dan mentega, gaul sehingga rata.
2. Alih doh ke papan canai dan uli. Bubuh dalam mangkuk yang disapu minyak,tutup dan biarkan 1 ½ jam untuk naik sekali ganda.
3. Tumbuk doh, uli sekejap dan bahagi 3 bahagian. Gulung memanjang setiap satu 40cm. Apitkan ketiga-tiganya di atas dulang pembakar bergris dan tocangkan. Kemaskan tepi-tepinya. Jangan ditocang terlalu ketat.
4. Tutup doh dengan kain selama ½ jam untuk naik sekali ganda.
5. Sapu doh dengan telur, tabur bijan dan bakar selama antara 15 hingga 45 minit, pada suhu 180 darjah C/ 360 darjah F, sehingga kuning keemasan.


ROTI BADAM

Bahan-bahannya
1 1/2 sudu teh yis kering aktif
1/4 cawan air suam
3/4 cawan mentega (dilembutkan)
1/3 cawan susu segar
1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula
4 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen badam
1 cawan kismis kuning
4 3/4 atau 5 cawan tepung gandum serbaguna

Bahan Hias Atas
1/3 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
1/2 cawan badam kisar
1/2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar mentega, dicairkan
1 biji putih telur, dipukul dengan sedikit air untuk mengglis
1/2 cawan badam hiris untuk menghias sedikit gula serbuk

Cara Cara
1. Larutkan yis bersama air suam. Bancuh yis yang sudah larut bersama mentega, gula, susu, garam, kuning telur, esen badam dan kismis.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan uli sehingga menjadi doh. Bubuh doh di dalam mangkuk dan tutup dengan kain dan biarkan satu jam agar doh naik sekali ganda.
3. Tumbuk doh dan bahagia dua. Uli di atas papan canai yang bertepung. Leperkan sebulat 20cm dan letakkan di atas dulang bulat. Biarkan naik sekali ganda.

Cara membuat Hias Atas
1. Pukul gula, esen vanila dan telur. Masukan badam kisar, tepung jagung dan mentega cair.
2. Sapu putih telur ke atas doh yang sudah naik dan ratakan bahan hias atas. Tabur badam hiris dan bakar pada 180darjah C/ 360darjah F, selama 30minit sehingga kuning keemasan.
3. Ayak gula serbuk ke atas roti yang sudah sejuk. Potong sebelum dihidangkan.


ROTI JAGUNG MANIS

Bahan-bahannya
3/4 cawan tepung gandum serbaguna
3/4 cawan tepung rye
1/2 cawan jagung kisar
3 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan mentega dicairkan
1 cawan susu sejat
1/2 cawan jagung berkrim

Cara Cara
1. Campur lima bahan pertama di dalam mangkuk.
2. Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula. Tambah mentega.
3. Masukkan bahan-bahan kering, kaup dan balikkan berselang-seli dengan susu dan adun rata. Campur jagung berkrim.
4. Tuang adunan ke dalam bekas pembakar segi empat tepat 22cm. Bakar pada 205darjah C/ 400darjah F, selama 20 minit.


GEGELANG BUAH-BUAHAN DENMARK

Bahan-bahannya
15 gm yis kering
3 sudu besar air suam
2 sudu gula + 1/3 cawan gula halus
3 1/2 cawan tepung gandum serbaguna
1 1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
170 gm mentega, didadu
4 biji telur, dipukul
1/3 cawan susu segar

Bahan Inti
1 cawan walnut, atau sebarang campuran kekacang, dicincang halus-halus
3/4 cawan gula perang
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 cawan kismis hitam
1/2 cawan kismis kuning
1/2 cawan buah zaitun
1/2 cawan apricot /kering
1 sudu besar tepung gandum serbaguna
1 sudu besar sirap jagung
sedikit garam dan gula serbuk

Cara Cara
1. Larutkan yis dengan air suam dan 2 sudu besar gula. Ketepikan sehingga berbuih. Masukkan gula selebihnya.
2. Ayak bersama tepung, garam dan kulit kayu manis. Masukkan ke dalam campuran yis bersama-sama mentega. Campur telur dan susu dan adun sehingga menjadi doh. Uli selama 10 minit. Bubuh doh di dalam mangkuk, tutup dan biarkan naik sekali ganda.
3. Tumbuk doh, lipat tiga dan biarkan naik semalaman di dalam peti sejuk.
4. Campur semua bahan ini rata-rata. Canai separuh doh menjadi segi empat tepat setebal 6mm. Gunting hujung-hujungnya untuk membuat hiasan.
5. Ratakan inti di atas doh, gulung, cantumkan dan lekatkan air kedua-dua hujungnya supaya membentuk gelang. Bubuh di atas dulang pembakar. Tutup dengan kain dan biarkan naik sekali ganda.
6. Gunting-guntingkan sekeliling gelang dan bakar pada 180darjahC/ 360darjah F selama 45 minit. Ayak gula serbuk ke atasnya.


OLD FASHIONED CAKE DOUGHNUTS

Bahan-bahannya
1 cawan gula
4 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk buah pala
2 biji telur
1/4 cawan mentega, dicairkan
1 cawan susu suam panas
4 - 4 1/2 cawan tepung kek
minyak untuk menggoreng
gula halus untuk kulit luar donut

Cara Cara
1. Ayak baking powder, gula, garam dan serbuk buah pala di dalam sebuah mangkuk yang besar.
2. Masukkan telur, mentega dan susu, putar hingga rata.
3. Masukkan 3 cawan tepung, putar hingga sebati. Doh seharusnya lembut, melekit dan agak mampat untuk dipegang. Jika perlu, masukkan baki tepung perlahan-lahan.
4. Tutup dengan plastik atau kain dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman.
5. Panaskan minyak sekurang-kurangnya setinggi 2 inci.
6. Keluarkan doh dari peti sejuk, kepal kecil-kecil dan goreng sehingga keperang-perangan.
7. Golekkan dalam gula halus, dan bolehlah dihidangkan.


ROTI BUAH-BUAHAN KERING

Bahan-bahannya
2 biji telur
1/4 camca teh serbuk pala
1 cawan gula perang
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar

Bahan-Bahan Disatukan dan Diperap Sejam
1 cawan kismis kuning
1/2 cawan kismis hitam
1 biji kulit limau (oren)
1/4 cawan jus oren

Bahan-Bahan Diayak bersama
2 1/2 camca tepung serbaguna
1/2 camca teh garam
1 camca teh serbuk penaik
1 camca teh soda penaik

Cara Cara
1. Pukul telur bersama serbuk pala dan gula perang hingga kembang. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan.
2. Masukkann sedikit susu segar ke dalam bancuhan hingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan yang diperap, sambil mengacau adunan
4. Masukkan sedikit susu segar ke dalam bancuhan hingga sebati.
5. Apabila adunan rata barulah dimasukkan bahan-bahan yang diayak bersama, berselang-seli dengan baki susu segar.
6. Tuang adunan ke dalam acuan roti yang disapu sedikit mentega. Bakar adunan selama sejam pada suhu 170darjah C/ 370darjah F.


GULUNG KULIT KAYU MANIS BERKILAT/ CINNAMON ROLL

Bahan-bahannya
1 camca teh ragi kering
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan air suam
4 cawan tepung serbaguna
1 camca teh gula pasir
1 camca teh garam
250gm mentega, disejukkan dan didadu kecil
3 biji kuning telur
1 cawan gula
segar
2 camca besar mentega cair

Bahan Isian
1/4 cawan mentega, dicairkan
6 cawan gula halus
1 camca teh serbuk kulit kayu manis
1 cawan kismis kuning

Bahan Kilat
1 cawan gula aising, diayak
2 camca besar mentega, biar pada suhu bilik
2 camca besar air (tambah, jika perlu)

Cara Cara
1. Larutkan ragi bersama gula di dalam air suam dan sedikit gula.
2. Satukan tepung, gula dan garam di dalam bekas dan gaul bersama mentega yang didadu hingga rata.
3. Lubangkan di tengah-tengah tepung, masukkan ragi, kuning telur dan susu. Gaul hingga sebati.
4. Tutup adunan dengan kain dan simpan di dalam peti sejuk selama 6 jam. Kemudian canai doh dan kemaskan hingga menjadi segi empat bujur berukuran 25cm x 30cm.
5. Satukan mentega, gula dan serbuk kulit kayu manis dan kacau hingga sebati.
6. Canai sebahagian doh dan ratakan mentega cair pada permukaan doh.
7. Renjis-renjiskan mentega berserbuk kulit kayu manis hingga rata.
8. Taburkan kismis kuning pada permukaan doh yang disapu mentega dan gulung kemas-kemas.
9. Potong gulungan 12 ketul dan atur di dalam dulang mafin bersapu sedikit mentega. Perap selama 1 jam, kemudian barulah dibakar selama 20-25minit pada suhu 200darjah C. Setelah gulungan masak, angkat dan sapu bahan kilat pada seluruh gulungan ketika ia masih panas.

Cara Mengilat
Pukul gula bersama mentega dan bubuh sedikit air hingga ia kelihatan licin dan kilat.

March 22, 2006

Apam ENO


Sumbangan : Roziyati ResepiNet
Gambar : Roziyati ResepiNet

Bahan
1 pkt tepung beras (cap gajah)
300 gm gula halus
2 sendok ibu apam (resepinya di bawah)
2-21/2 cawan air

Campur air ngan tpg dan ibu apam sampai tak bergentel. Masukkan gula. Kacau hingga gula dissolve. Tapis dan biarkan semalaman.

Bila nak mengukus, ambil satu mangkuk adunan, masukkan pewarna dan ENO dalam 1 camca teh membumbung. Kacau dan adunan akan naik 2 kali ganda. Tuang dalam acuan kecil dan kukus. ENO hanya dicampur apabila time nak kukus aja. Tu yg apam akan mekar.

=================================

Ibu Apam
2 cawan nasi
1 biji ragi
(Ragi diparut dalam nasi dan gaul hingga sebati. Biarkan dalam bekas selama 3 hari, akan jadi seakan tapai. Blend + air sikit sekadar blender bleh pusing. Boleh disimpan dalam fridge kalau berlebihan)
Posted by Picasa

BEEHOON HONGKONG


Sumbangan : Diana ResepiNet
Gambar : Diana ResepiNet

Bahan-bahannya
1 bungkus mee hoon, dicelur dengan air panas dan toskan
150 gram udang, dibersihkan
150 gram sotong, dibersihkan, dibuang hitamnya dan potong bulat
150 gram daging, dihiris nipis
1 ikat sayur sawi, dipotong lebar 3 inci
1 cawan air
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
10 biji bawang putih
1 sudu teh serbuk lada putih

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan betul2 masak. Masukkan sos tiram dan gaul rata bersama garam dan juga serbuk perasa.
2. Masukkan pula daging dan sotong dan juga 1 cawan air. Biarkan daging dan sotong masak.
3. Kemudian masukkan udang pula, biarkan udang masak sebentar. Masukkan pula sayur sawi. Gaul rata.
4. Masukkan mee hoon yang telah dicelur dan gaul kesemuanya hingga sebati. Angkat dan hidangkan dengan cili jeruk.

Nota: Kalau suka mee hong kong yang agak basah boleh lebihkan air dan sos tiram, dan gaul mee tersebut basah2 gitu dan hidangkan. Sedap.

CILI JERUK - Hiris 6 batang lada hijau kasar, masukkan dalam periuk. Tuang cuka agak2 cili dah tenggelam dan masak atas api sehingga cili bertukar warna. Kemudian tutup api dan sedia pun cili jeruk tu.

Posted by Picasa

ICE CREAM CHOCOLATE



Sumbangan : Suzana ResepiNet

Bahan
4 oz gula
10 oz tepung susu (carnation creamer)
2 kotak susu chocolate
2 sudu besar chocolate emulco
2 sudu besar cocoa

Peraturan :
1. Tepung susu, gula dan susu kotak dikacau hingga rata.
2. Setelah rata masukkan chocolate emulco & cocoa.
3. Masukkan adunan dalam satu bekas lalu disejukkan dalam peti sejuk
sehingga keras (satu hari atau satu malam).
4. Setelah cukup kerasnya, pukul adunan itu dengan mesin pemukul telur
hingga kembang (kira-kira 5 minit). Setelah itu masukkan semula dalam peti sejuk hingga keras. Boleh dihidangkan beserta chocolate cair atau
kekacang.

Nota:
Jika ingin membuat ice-cream strawberry, substitute susu chocolate dengan susu strawberry dan gunakan 1� sudu teh strawberry emulco.

* Cuma perlu guna susu kotak size kecil lebih kurang 150 ml

AISKIRM VANILLA (diubahsuai dari resepi asal di atas)
Sumbangan : Anis ResepiNet
Gambar : Anis Resepinet

Bahan2 :-

2 auns gula kaster
5 auns susu tepung (saya hentam je guna susu tepung biasa)
150 ml susu UHT penuh krim
3/4 sudu teh esen vanilla

Cara2 :-
Kacau gula, susu tepung & susu UHT hingga rata & gulanya hancur
masukkan ke dalam satu bekas & biarkan semalaman di dalam bahagian dinginbeku (freezer) peti ais sehingga keras. Bila dah cukup keras, keluarkan dan pukul guna mixer (pakai pemukul macam enjut telur @ whisk) pada kelajuan tinggi sehingga kembang sekali ganda. (rupa dia akan jadi macamkan adunan apam ataupun whip cream yang dah dipukul hingga kental). Masukkan semula ke dalam freezer hingga keras (semalaman lagi)
Posted by Picasa

APAM PISANG KUKUS



Sumber: Diana Arshad ResepiNet
Gambar Sumbangan: Rashidah ResepiNet

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
secubit garam

Cara-caranya
Tepung gandum diayak dengan baking soda. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit.

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan juga dibalut dengan kain tutup kukusan supaya wap tidak jatuh kedalam kuih.
Posted by Picasa