Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


February 28, 2006

Lagi Resepi Sumbangan dari Kak Dee yang berada di Brunai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam sibuk sesangat dengan projek baru. Chetam akan mula conduct training sessions pada bulan Mac depan. Sekarang tengah buat preparation untuk test scripts dan training manuals.

Chetam dapat email dari Kak Dee. Ada resepi dari negara Brunai Darul Salam. Chetam tampal jer yer antara kandungan email yang Chetam terima.

Resepi 1
[Quote]
Resepi ni kak warisi daripada ibu kak. Kak banyak belajar resepi tradisi dari ibu. Walaupun tidak semua resepi tradisi yang kak pelajari tetapi rasanya lebih beruntung dapat mempelajarinya dan membuatnya sendiri. Resepi tradisi turun-temurun dari nenek moyang memang sayang sekali kalau kita tidak mempelajarinya dan menurunkan pula pada anak-anak kita agar tak hilang ditelan zaman.

Kuih Kelupis ni biasanya dihidangkan di majlis-majlis keramaian. Untuk dimakan pada bila-bila masa pun boleh juga. Kalau buat kelupis kosong (takde inti) lebih sedap dimakan dengan kari daging atau rendang. Waktu hari raya kita selalu hidangkan kelupis ni bersama daging rendang, sebagai ganti ketupat.

KELUPIS (PULUT BUNGKUS)

Bahan-bahannya:
300gram beras pulut - dibersihkan dan ditoskan
300 gram santan - tidak pekat dan tidak cair
2 helai daun pandan
sedikit garam
daun nyirik secukupnya (kak tak tau lak kat msia apa nama daun nyirik tu)

Cara membuatnya:
Masukkan santan dan daun pandan dalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan mula naik minyak. Bila nampak minyak mula timbul dipermukaan santan, baru masukkan beras pulut dan garam. Kacau hingga separuh masak dan santan pun kering. Angkat. Masukkan dalam daun nyirik anggaran 2 sudu makan. Kemaskan, bungkus elok-elok. Buatlah hingga habis. Kukuslah hingga kelupis masak kira-kira 1/2 jam.

Nota kaki: Kelupis ni pun boleh ditaruh inti udang/daging/ayam/kelapa. Terpulanglah pada kehendak masing-masing. Sekarang ni, kelupis ni telah divariasikan cara membungkusnya. Kita boleh gunakan daun palas (orang brunei kata 'daun silat') atau daun pandan wangi yang dilipat empat segi bujur selain dari daun nyirik. Tapi istimewanya, daun nyirik ni akan menimbulkan bau wangi apabila kelupis sudah masak.

Ada satu lagi variasi kelupis ni. Kalau malas nak bungkus dengan daun. Kita masukkan je dalam acuan yang dialas kertas minyak terlebih dulu. Ratakan, taruh inti diatasnya, dan tutupkan lagi dengan adunan kelupis tu. Jadi macam sandwich lah. Ambil 2 biji telur, pukul sekejap. Tuangkan diatas adunan tadi. Bakar hingga masak. Pasti...........ada umphhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!

Satu lagi..........kak minta maaf sebab takde gambar heheehhe!!!! selamat mencuba....
[UnQuote]

Resepi 2 dan 3
[Quote]
Dibawah ni ada 2 resepi masakan yang biasa Kak Dee masak dirumah. Bahan-bahan yang ringkas tapi sedap. Resepi ni Kak dah postkan ke laman 'mealtimemenus'...Maaf kak takde gambarnye...

AYAM BARBEQUE

1 kg kepak ayam
2 sudu makan jintan manis
3 sudu makan kicap pekat manis
1/2 botol madu
1/2 botol sos barbeque (terdapat banyak jenis dikedai, tapi rasa yang paling sedap ialah 'hickory smoke')
garam, perasa..
1 inci halia, 3 batang serai - kedua-duanya dikisar halus

Caranya:
Gaulkan kesemua sekali bahan-bahan di atas kecuali ayam. Bila dah bergaul rata, masukkan ayam. Perap ayam semalaman. Panggang diatas api sederhana, jgn terlalu kuat apinya nanti hangus diluar, isi tak masak lagi. Semasa memanggang tu sentiasa sapukan ayam dengan campuran madu dan minyak supaya nampak berkilat dan menyelerakan. (minyak boleh digantikan dgn minyak sapi).
Note: Lebih lama kita perap ayam ni, rasanya lebih sedap sebab segala campuran bahan tu tadi meresap kedalam daging ayam.

Sambal Sotong Permata

Bahan-bahannya:
1 tin besar sotong dalam tin (toskan, buang airnya, potong kecil-kecil)
3 sudu makan lada kisar - boleh ditambah
1 labu bawang bombay
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit air asam jawa
garam, perasa, gula melaka
sayur campur
sedikit hirisan kapsikum (merah, kuning, hijau) - potong dadu
sedikit minyak untuk menumis
bawang goreng dan daun bawang untuk tabur

Cara memasaknya:
Bawang bombay dipotong bulat. Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar halus. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Bila panas, tumiskan bahan kisar tadi, masukkan lada kisar. Tumislah hingga naik bau dan agak kering, baru masukkan garam, perasa dan gula melaka. Tumis lagi hingga naik minyak..Masukkan sayur campur, sotong, dan kapsikum serta bawang bombay dan sedikit air asam jawa tadi. Gaul lah hingga semua bahan bercampur rata. Tutup api dan hidangkan. Tabur bawang goreng dan daun bawang diatasnya sebagai penambat rasa.

p/s: bagi yang suka menggunakan sotong basah, rebus sotong terlebih dahulu. Rebus sekejap saja, jangan terlalu lama. Toskan dan campurkan dalam masakan. Sotong kering pulak, rendam sotong , toskan dan hiris kecil-kecil..Selamat mencuba...
[UnQuote]

February 23, 2006

Antara resepi menarik dari Kak Liza



TIRAMISU

Bahan-bahan
1 biji kek span coklat [saiz kecil]
250 gm keju krim [Philapeldephia]
250 fresh cream atau whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air
nescafee serbuk
koko

Cara
1.Kek span coklat dipotong nipis 3 lapisan.
2. Letakan kek dalam bekas kaca.
3. Tuangkan 1/3 bahagian air nescafee atas kek.
4. Pukulkan keju, fresh /whipping crean dan gula sehingga gebu.
5. Tuangkan adunan keju serata kek.
6. Ulangkan buat sehingga semua adunan habis.
7. Untuk lapisan keju yang akhir ayakkan serbuk koko diatasnya.
8. Sejukkan sejam atau lebih sebelum dihidangkan.


KEK KEJU CHEDDAR

Bahan

250 gm butter
180 gm gula kastor
5 biji telur
1 s/t esen vanilla
80 gm keju cheddar [parutkan]
100 ml susu segar
280 gm tepung gandum ] ayakkan
1 s/t baking powder ]

Cara.
1. Panaskan oven 170'C selama 10 minit. Lapikkan loyang 8 x 8 inci dengan kertas minyak.
2. Pukul butter dan gula sehinggan kembang dan gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan masukkan esen vanila. Kacau rata lagi.
4. Masukkan keju yg diparutkan 3/4 bahagian dari yg disediakan.
5. Masukkan susu berselang seli dengan tepung yg telah diayakkan dengan baking powder. Kacau sehingga rata.
6. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan dengan kertas minyak dan taburkan sebahagian lagi keju cheddar yg diparutkan tu.
7. Bakar dalam oven selama 50 minit.
8. Sejukkan dan potong. Hidangkan.



KEK COKLAT KUKUS liZA

Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul sebati dengan garfu Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

Cream Coklat

Bahan
300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream

Cara.
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

Ucapan Terima Kasih Tidak Terhingga Kepada Yang Mengucapkan Takziah dan Membaca Al Fatihah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam minta maaf kerana lama mendiamkan diri dan tidak mengemaskini Teratak Chetam. Mood Chetam belum sampai.

Terima kasih tidak terhingga kepada yang telah menghantar email dan yang menulis di MSJ Box serta TagBoard. InsyaAllah Chetam akan mula update Teratak Chetam minggu depan.

Pada sesiapa yang masih berhajat nak dapatkan buku resepi Kak Liza, Chetam minta maaf sebab stok Kak Liza dah habis. Kak Liza tinggal di Terengganu dan stok terpaksa diorder dari Kuala Lumpur. So kena tunggu lama baru Kak Liza terima stok baru. Bagi yang tinggal di KL, buku Kak Liza dah pun berada di kedai buku. Chetam dah jumpa di Popular Book Store yang kat area Petaling Street tu. Chetam tak pasti kedai-kedai lain. Kalau rajin, jengok-jengoklah kedai buku yang berhampiran.

Salam Manis
Chetam

February 15, 2006

AL FATIHAH BUAT BONDA TERSAYANG, HAJAH HAMIAH

Image hosting by Photobucket

Pada pagi Jumaat, 10 Februari 2006 semasa dalam bas untuk ke ofis, Chetam menerima panggilan daripada Abang Cik (abang ke 2). Panggilan yang amat menyedihkan. Bonda Chetam iaitu Hajah Hamiah telah meninggalkan kami semua untuk pulang ke Hadrat ALLAH SWT. Bonda meninggalkan kami sekitar pukul 8 lebih di sebelah pagi.

Chetam terpaksa patah balik ke Kajang dengan menaiki Komuter untuk bersiap pulang ke kampung dengan kak ti. Abang Cik telahpun bertolak pulang dengan keluarga dari Kajang. Semasa perjalanan, kami telah diberitahu yang Jenazah Bonda telah siap dimandi dan dikapankan dan akan dibawa dengan Van Jenazah ke Masjid Simpang. Dalam pukul 1.30 petang, kami sampai di jalan besar depan rumah tapi kakak yang lain kasi isyarat yang Jenazah Bonda telah pun dibawa pergi. Sedih dan hiba kerana tak dapat menatap wajah Bonda.

Kami terus ke Masjid Simpang dan waktu itu Khutbah Jumaat sedang di baca. Selepas Solat Jumaat, terus Jenazah Bonda disolatkan dan kemudiannya di bawa ke Tanah Perkuburan berhampiran. Sebelum Jenazah Bonda diturunkan ke dalam liang lahad, Chetam, Kak Ti dan suami masing-masing diberi peluang untuk melihat dan mengucup Bonda buat kali terakhir. Sedih tidak terkata. Masa tu cuaca seakan-akan turut berkabung kerana hujan turun rintik-rintik setelah sekian lama hujan tak turun di kampung Chetam.

Bapak Chetam kelihatan amat sedih. Suara pun dah serak. Hajat di hati Bapak nak buat sempadan di kubur Bonda dengan tulisan emas tidak kesampaian kerana Masjid Simpang tidak memberi keizinan atas sebab tanah yang terhad.

Semoga ALLAH SWT MENCUCURI RAHMATNYA KEPADA ALLAHYARHAMAH BONDA HAJAH HAMIAH. SEMOGA ALLAHYARHAMAH BONDA HAJAH HAMIAH DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG BERIMAN. SEMOGA ALLAH SWT MELAPANGKAN KUBUR ALLAHYARHAMAH BONDA HAJAH HAMIAH.

KIRANYA SUDI, SEDEKAHKANLAH BACAAN AL FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH BONDA CHETAM.

Image hosting by Photobucket

February 09, 2006

Kek Kukus 7UP Sumbangan Zurinina ResepiNet


Bahan-bahan

5 biji telur
210 atau 220 gram gula
150 g Tepung Cake (Bluekey)
150 g Tepung Gandum ( Mcm cap sauh ke..)
1/2 sudu besar ovalette
180g - 7- up/Sprite/Cream Soda. (takla..rase tapi sekadar menghaluskan texture dan lembutkan kek saja)
2 sudu besar susu pekat

COLORING
Ikut perisa apa yg disukai. (Strawberry/Coklat/Orange/Pandan) ???

CARANYA
1. Pukul telur dgn gula sampai kembang selepas itu masukkan ovalette dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung diselang selikan dgn air 7 - up tadi.
3. Bahagikan adunan utk dibubuh color.
4. Stim dulu adunan warna asal dalam 5 , 7 minit. Selepas itu mulakan dengan warna pertama kukus lagi dan buatlah utk warna warna yg seterusnya . Lapisan terakhir dikukus selama 10 minit atau lebih.

Nota Kaki Chetam : Paling senang buat kek ni. Tak payah minyak atau majerin. Kalau betul pukulnya, kek ini akan naik gebu. Pertama kali Chetam cuba semasa nak ke Medan menjemput suami pulang dari Mekah. Tidak berapa gebu dan tak manis. Chetam malas buat selapis-selapis so Chetam buat style marble. Ibu mertua amat sukakan kek ni sebab baunya wangi. Kali kedua Chetam buat memang gebu giler. Sampai nak potong pun berderai. Chetam lebihkan gula so rasanya memang sedap. Ramai yang dah minta resepi kek ni. Gambar di atas adalah dari Mas ResepiNet. Chetam suka sangat yang pilihan warna yang Mas gunakan. Gambar Chetam tak terang so malas nak upkan di sini.
Posted by Picasa

Blueberry Cheesecake Sumbangan Roz ResepiNet.


Sumber buku The Joy of Baking (dari Yen)

Base
120 gram biskut Marie hancur (Roz guna digestive biscuits)
120 gram mentega cair

Inti (Filling)
a)
2 biji kuning telur
150 gram gula
160 gram susu
Masak gunakan cara double boiler
b)
2 1/2 sudu besar gelating dilarutkan dalam 6 sudu besar air didih
c)
250 gram krim keju
250 gram double krim - pukul sedikit (Roz guna Anchor whipping cream)
d)
1/2 sude besar jus lemon

Cara membuatnya
Campurkan serbuk biskut hancur dengan mentega cair dan bentukkan di dalam acuan bulan 9" (loose base) - sejukkan
Pukul krim keju sehingga licin, masukkan a, b, d dan double krim.
Tuangkan ke dalam biskut hancur yang sudah dibentuk dan sejukkan selama 2- 3 jam
Letak blueberri filling di atas cheesecake
Hiaskan bahagian tepi dengan icing

Untuk variasi (menggantikan blueberri)
Kek Keju Coklat - sapukan bahagian atas kek dengan coklat ganache (larutkan 250 g coklat + 100 g double cream yg baru dipanaskan)
Kek Keju Oreo - untuk base, guna 120 gram biskut oreo (buang krim) dan 60 gram mentega cair. Gunakan 2 keping biskut yang dipecah2kan(sekali ngan kim) untuk dicampurkan ke dalam adunan kek keju. Kurangkan 30 gram gula, jika terlalu manis.

Nota Kaki Chetam 1: Versi Desperado sebab ada bahan yang tak ada tapi Chetam ganti dengan bahan lain. Contohnya, susu segar diganti dengan susu cair, lemon juice digantikan dengan lime juice. Blueberry tak ada sebab dah bawa balik kampung dengan niat nak buat di sana tapi tak jadi sebab krim tak dijual di kedai kat Simpang tu. Blueberry tak dibenarkan dibawa balik ke rumah Chetam sebab Kak Tih tak kasi..............dia nak ratah blueberry tu.......sabar ajela......Kat atas, Chetam paipkan coklat yang dalam tiub plastik. Chetam beli 5 tiub RM1. Ingat nak buat marble tapi tak leh sebab coklat tu pekat. Tapi Alhamdullilah........sedap cheese cake ni.......Chetam bawa ke ofis........kawan2 kata PASS............siap pesan bawa lagi. Manyak cantik.........hehehehe...........esok nak buat lagi tapi nak ubah sikit. Nak tambah peach cincang dalam krim, dan atur peach di atas, lepas tu nak tutup ngan jelly crystal.......nak bawa ke Medan. Oh Ya.........Buya (suami Chetam) akan balik dari Mekah hari Isnin ni tapi mendarat di Medan. Selasa baru balik ke Malaysia...........tak sabar Buya nak tengok Chenul yang bulan ni dah 3 kali pegi klinik sebab tak sihat. balik citer pasal Cheese Cake ni.............rasa sedap............macam ais kerim.....sorry gambar tak terang....


Nota Kaki Chetam 2: Chetam dah cuba ubahsuai kek keju ni. Chetam buat 2 versi. Satu versi, dasarnya guna Digestive Biscuits dan adunan keju ditambah dengan hirisan buah peach. Hirisan buah peach juga diatur di lapisan atas sekali. Hajat nak letak jelly sebagai lapisan atas menutupi buah peach tapi tak jadi sebab jelly tertumpah ke dalam sinki. Versi kedua, Chetam guna biskut Oreo sebagai dasar dan kepingan biskut Oreo dicampur ke dalam adunan keju. SODAP!Posted by Picasa