Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


January 30, 2006

Berita Terkini tentang buku Resepi Kak Liza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maaf sebab terlalu lama tak update Teratak Chetam. Sibuk ngan keje pejabat. Bulan ni banyak ambik cuti sebab Hari Raya Haji dan juga pegi ke Medan menjemput Buya pulang dari Mekah.

Khabar terbaru dari Kak Liza berkenaan dengan buku resepi beliau. Akan berada di pasaran selepas Hari Raya Cina ni. Harga senaskah ialah RM5.50 untuk 44 buah resepi berserta gambar.

Chetam dah beritakan nama mereka yang telah menghantar email untuk order buku resepi ni pada Kak Liza. Mereka ialah Sabariah, Hayati dan Kak Dee(6 buah buku) dari Brunai. Pada yang pernah order melalui TagBoard, harap dapat email Chetam dan berikan alamat penghantaran. Kak Lia Karman from Singapore, please email Chetam yer. Chetam akan berikan nombor akaun Kak Liza untuk tujuan pembayaran. Harga untuk sebuah buku adalah RM6.00 termasuk stem 50 sen untuk penghantaran melalui pos biasa.

Since Msgbox Junaidi ditutup buat sementara, Chetam kembalikan TagBoard yang lama untuk kita bersembang semula. Ada banyak resepi yang Chetam nak kongsi bersama dengan anda.

Malam besok(30/1/2006), Chetam akan berangkat pulang ke kampung dengan keretapi. So tak dapat nak updatekan resepi dengan segera. Harap bersabar.

Chetam

January 03, 2006

CHEESE MARIE TRIFLE, Resepi sumbangan Kak Dee (salah seorang pengunjung tetap Teratak Chetam)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Tahun Baru 2006. Apa azam anda? Azam Chetam nak Kayoo........hehehehe...sebenarnya azam Chetam nak mencuba seberapa banyak resepi yang termampu.

Sempena Tahun Baru 2006 ini, Chetam paparkan satu resepi yang disumbangkan oleh Kak Dee dari Negara Brunai. Kak Dee telah menghantar resepi ini kepada Chetam dan resepi ini merupakan resepi ciptaan beliau sendiri. Chetam dah bagitahu Kak Dee yang Chetam akan post resepi ini setelah mencubanya kerana kebetulan bahan-bahan memang ada di rumah. Di bawah ini Chetam paparkan resepi dari Kak Dee mengikut apa yang beliau email kepada Chetam berserta nota kaki Chetam di bawah sekali.

Maaf kerana gambar amat blur kerana diambil menggunakan hp di waktu malam. Gambar proses membuatnya ada dalam kamera digital Chetam. Akan Chetam updatekan once dah boleh upload masuk komputer. Trifle ini Chetam buat hari Jumaat lepas sebaik sahaja sampai ke rumah lepas balik keje. Sanggup Chetam tangguhkan ambil Chenul di rumah Ibu yang mengasuh sebab kalau Chenul ada, alamatnya Trifle tak kan menjadi. Chenul rajin mengodek bahan-bahan resepi tu.


CHEESE MARIE TRIFLE

Bahan-bahannya:
1 kotak roti marie (kira-kira 400gram) - dipatah-patahkan
1 kotak cream cheese ( apa saja jenis cream cheese - tak leh sebut brand dia, iklan free lak nanti hehehehe.....)
1 tin susu cair
2 cawan air
3 sudu makan tepung kastad segera
2 sudu makan tepung jagung
150gram gula
1 tin buah cocktail - tapiskan airnya jangan dibuang
1 cawan kacang tanah tumbuk (digoreng terlebih dahulu)
Sedikit kismis
Beberapa hiris buah-buahan segar (ikut suka)
300gram serbuk roti (apa saja jenis biskut, ditumbuk jangan terlalu halus)

Cara membuatnya:
1. Masukkan susu cair, air, gula dan tepung kastad segera dalam periuk. Masak dengan api perlahan. Kacau selalu. Bila naik wap, masukkan cream cheese yang telah dipotong halus terlebih dahulu. Kacau lagi hingga cheese hancur dan adunan agak pekat. Ketepikan sebentar.
2. Susunkan patahan roti marie dalam acuan (boleh pakai mangkuk pyrex persegi), tuangkan sedikit adunan cheese tadi, taburkan cocktail, kismis, kacang tanah, serbuk roti, buah-buahan segar.
3. Buatlah berselang-seli sehingga habis semuanya. Tutup acuan dgn plastic cling wrap. Masukkan dalam peti sejuk.
Nota Kaki Kak Dee : Bagi sesiapa yang tak suka creamy sgt, boleh lah kurangkan cheese tu kepada 1/2 kotak light cheese je (kira-kira 150g light cream cheese)

Nota Kaki Chetam : Ada sedikit perubahan yang Chetam buat kerana nak sesuaikan dengan bahan yang Chetam ada. Buah koktail Chetam gantikan dengan buah peach dalam tin. Chetam potong dalam slices. Buah segar Chetam tak gunakan sebab epal yang chetam parut bentuk slices jadi lebam. So Chetam abaikan. Tepung jagung Chetam tak masukkan sebab Chetam terkeliru sedikit dan dapat penjelasan Kak Dee selepas selesai mencubanya. Masih ok custandnya cuma lambat pekat. Tapi rasa masih OK. Kismis pun tak masukkan sebab malas nak cari dalam gobok...hehehehe..............Rasa memang sedap cuma komen kakak Chetam.......terlalu berkrim...........sebab tu Kak Dee bagi komen, boleh guna setengah kotak light keju. Jangan risau pasal biskut marie sebab bila makan, terasa biskut tu lembut. Oh Ya............Chetam basahkan biskut marie dengan air peach. Cuba jangan tak cuba......
Posted by Picasa