Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


December 28, 2005

Kek Marie Batik Sumbangan MamaZieza

Chetam cuba buat kek ni hari Isnin pukul 12 tengah malam. Masa tu Chenul sedang tidur selepas meraung rindukan Buya. Actually sebelum ni Chenul ok jer. Tak ada tanda-tanda kerinduan. Kebetulan hari Isnin tu Buya talipon 2 kali. Sebelah petang dan malam. Sebelah malam tu, Chenul beria-ria bercerita ngan Buya siap menyanyi lagi Twinkle Litte Star. Bila letak jer talipon, terus meraung. Aduh......tak sangka rupernya selama ni anak dara Chetam ni memendam kerinduannya. So selepas Chenul tidur, Chetam pun memulakan operasi.

Buat kek ni senang banget tapi masa nak mengodek biskut marie, Chenul merengek......aduh.....bagi susu, senyap semula. Settlekan kek ni dan lagi sekali Chenul merengek. Kesudahannya sepanjang malam Chenul merengek dan Chetam tak dapat tidur. Kesian anak Ummi.

Kalau nak cuba resepi simple ni.........bahan-bahan di bawah tu, Chetam tampal bulat-bulat dari email MamaZieza di ResepiNet.


Sumber dari Furbycutee

Ambik 1/3 drp butter 250 gram (1/3 drp 1 buku butter)
1/2 cawan serbuk cocoa (vochelle la sedap, tolong la jgn guna milo, x sedap langsung)
1 tin susu pekat (brand apa2 pun tak kisah)
1 paket biskut marie (patah2kan-slalunya guna 3/4 je drp 1 paket tu)
1/2 cawan kacang tanah (yg dah dibakar & diblend kasar)
Bekas utk letak kek batik(loyang ke, bekas plastik ke, kalau casserole nanti calar balar plak time nak potong kek tu)

Cara2:
1. carik periuk yg besar sket, nanti senang nak gaulkan bahan2 dlm tu
2. taburkan separuh drp kacang tanah tu kat dlm bekas.
3. cairkan butter dlm periuk, bila dah betul2 melt masukkan serbuk koko & kacau. (kalau masuk susu dulu baru masuk koko nanti berketul2 plak)
4. pastu maskkan 1 tin susu pekat & kcau sampai nampak likat. bila dia dah start blup blup(menggelegak @ panas giler), tutupkan api. terus masukkan biskut marie. masuk agak2 la...jgn terus masukkan semua skali, nanti biskut byk dr coklat dia plak. kacau bagi semua permukaan biskut marie kena dgn mixture coklat tu.
5. bila dah ok terus masukkan dlm bekas yg dah tabur kacang tadi. carik la sudip yg tahan lasak sket, rata2kan & penyek2kan biskut tadi dlm bekas tu kasi padat. bila dah settle, taburkan balance kacang tanah tadi kat atas dia..
6. sejukkan dlm peti ais, kalau tak sabar leh letak kan freezer.
7. potong & hidang.

p/s kek batik ni tak pyh nak guna telur. Coklat mixture dia mmg melekat abis & bukan jenis yg lembik. Kalau potong, then tak abis mkn & biar pada room temperature pun dia still kukuh lagi.

variety:
kalau taknak guna kacang tanah bleh guna nestum or cornflakes yg dah dihancur2 kan.


Nota Kaki Chetam : Kek yang Chetam buat terlebih biskut marie so coklatnya terasa kureng. Kek ni bila dikeluarkan dari peti sejuk........mak ai..............keras giler. Seksa betul nak memotong. Personally Chetam lebih suka Kek Batik Marie versi Chetam yang pernah Chetam postkan tahun lepas resepinya. Versi Chetam menggunakan telur dan sedikit butter. Next time Chetam nak buat yang versi Chetam untuk dibawa ke rumah mertua di Medan bulan depan tapi Chetam nak tabur kacang atau mungkin nestum ikut versi Furbycutee ni.
Posted by Picasa

December 26, 2005

GARFIELD - Suatu Masa Dulu Kegilaan Chetam

Dedulu Chetam suka sangat ngan Garfield. Banyak juga koleksi yang sempat Chetam beli. Sekarang semenjak kawin dan ada Chenul, malas nak fikir pasal Garfield. Tapi petang semalam, Chetam tengok rancangan "Animal Icon" dalam channel 51, Animal Planet, teringat balik kat kucing yang pemalas ni. Dalam rancangan tu, depa citer pasal Garfield dari semenjak penciptanya masih kecil sehingga lahirnya Garfield sampai sekarang. So kat bawah ni Chetam tempek kartun Garfield. So no resepi today...hehehehe....

December 23, 2005

Black Forest Trifle dari Mas, CARI.com

Lagi satu resepi canggih dari Mas CARI.com.

Ini Trifle yang dibawa ke majlis Gathering di rumah Leen


Ini pulak yang Mas buat semasa Hari Raya dulu




[Quote]
Black Forest Trifle

A/
2 paket chocolate swiss roll
1 tin black cherries

B/Custard Cream
1 tin susu cair
2 1/2 tin air (guna balik tin susu tadi)
2 telur kuning
1 cawan tepung kastad
2 Tb cocoa powder
1 cawan gula
1 tsp vanilla esen

or

100g instant custard
200-300ml milk
1 1/2 Tb cocoa powder/melted chocolate

C/
200-250ml Rich cream

D/
red cherries
chocolate curls/ grated chocolate/melted chocolate

1. potong swiss roll dalam 1 1/2 inci dan susun dalam bekas.
2. guna syrup dari tin black cherries dan sprinkle atas swiss roll, biar basah. then susun atau campakkan black cherries atas swiss roll tu.
3. bahan2 untuk custard cream boleh buat awal dan simpan. campurkan semua bahan, kacau guna hand whisk dan masak, nak selamat double boil, biar api perlahan sampai pekat dan didih. kalau pekat sangat, tambah air dalam 1/2 cawan coz custard ni sepatutnya lembik sikit. biar sejuk sikit.
4. pukul whip cream tadi jangan sampai stiff sangat. ambil dalam 11/2 cawan dan masuk dalam custard tadi, kacau sebati utk dpt creamy effect cam ice cream, then tuang atas black cherries.
5. balance whip cream tu tuang atas custard dan chillkan dalam peti sekurang2nya 6 jam, overnight lagi bagus....ingat cover dgn cling wrap, kalau tak cream tu akan crack.
6. before hidang baru tabur red cherries dgn chocolate kat atas atau drizzle melted choc pun sedap...

Ada a very simple diagram, hopefully forumers faham coz I'm really not good when it comes to explaining.


[UnQuote]

Ini pulak trifle yang dicuba oleh Sifu Diana, ResepiNet.

Hiasan Cup Cakes dari 1mas2ra, CARI.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam suka sangat dengan hiasan cup cakes yang diberikan oleh Mas kepada ResepiNet semalam. Cantik sesangat. Mas sebenarnya dari Forum CARI.com. Chetam tempekkan gambar-gambar cupcakes dan resepi dari Mas. Dan di akhir sekali Chetam tempekkan gambar yang diperolehi dari internet berkenaan hiasan icing Bunga Matahari. Link website tersebut telah diberikan oleh Mas kepada ResepiNet.


Berikut adalah resepi CupCakes yang Mas gunakan :

[Quote]
Butter Cake
6 telur Gred A
500g tpg Optima/sponge mix
250g melted butter
1tsp vanilla essence

Pukul telur, esen dgn tepung/sponge mix dalam 1 minit @ slow dan tukar ke high sampai kembang (~8-10 minit). Masuk melted butter dan gaul dgn sudip sampai combine. Bakar 180C dalam 15-20 minit. Done.

P/S-dapat dalam 50 cupcakes size medium. If nak variety, just tambah 1Tb choc emulco dapatlah choc cup cakes etc..

Buttercream (untuk icing yang bunga-bunga tu)
A/
250g air
600g gula caster

B/750g butter
250g krimwell
2-3 titik ros esen/vanilla esen

Cara
1. Masak A hingga mendidih. Bila dah suam chillkan dalam fridge overnight.
2. Pukul butter and krimwell high speed sampai kembang dan gebu. Kemudian slowly tuang chilled syrup tadi sampai habis. Masukkan juga esen. Pukul dalam 2-3minit sampai well combined dan gebu. (Mixer tak payah stop semasa tuang syrup biar ongoing).

Untuk icing yang berkilat tu
Air suam dgn icing sugar.

Ayak i/sugar dalam mangkuk dan tuang air sudu by sudu. jangan guna cawan coz nanti terbanyak air then banyak pulak guna i/sugar. kacau dan ayak i/sugar tu sampai dapat kepekatan yang kita nak (consistency). kalau angkat dgn sudu dan meleleh tu maknanya still cair jadi tambah lagi icing sugar, kena agak2 sendiri.
[UnQuote]




Yang di bawah ni cupcakes untuk Birthday anak Mas..............cantikkan.........canggih betul idea beliau. Chetam tabik spring pada Mas. Kalau nak lawat thread yang Mas buka di CARI.com boleh klik sini http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=187926&extra=page%3D3


Nak tahu macam mana nak buat icing dan hiasan bunga matahari ni, jangan tanya Chetam...hehehehe. Just lawat http://whatscookingamerica.net/PegW/SunFlower/SunflowerCupcakes.htm


December 20, 2005

Sessi Santai - Teka Teki Bersama Chenul

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Chetam nak tanya teka teki berpandukan gambar Chenul di bawah. Kepada pengunjung baru ke Teratak Chetam, Chenul ni anak dara Chetam. Sila lihat gambar berikut :

Gambar di atas dari handphone Buya. Nampak tak selempang yang Chenul pakai? Soalan teka tekinya : Selempang apakah yang Chenul pakai?

Image hosted by Photobucket.com
Buat pengetahuan anda, selempang tersebut dipakai sendiri oleh Chenul. Lama pulak dia pakai sampai Chetam sendiri yang tanggalkan. Geli hati tengok perangai anak dara Chetam ni. Gambar di bawah pula diambil ngan hp Chetam. Gambar Chetam dan Chenul - nampak riang tapi sebenarnya nak cover kesedihan berjauhan dengan Buya. Buya pada saat ini sedang berada di Madinah mengerjakan Ibadat Haji.

Image hosted by Photobucket.com
Sori....gambar tak berapa clear. Ini gambar kek karot kukus yang Chetam buat menggunakan resepi Kak Liza.

December 14, 2005

Roti Prata Segera - Pelbagai Resepi dan Gaya

Seperti yang Chetam janjikan, berikut adalah pelbagai resepi yang dihasilkan dengan menggunakan Roti Prata Segera. Perhargaan khas istimewa untuk Cranko21 aka Lynn Mohd yang memulakan thread di CARI.com . Pelbagai resepi yang dihasilkan oleh beliau dengan hanya menggunakan roti prata. Juga perhargaan buat Mak Lang aka Azie yang memperkenalkan resepi dari Cranko21 ini di ResepiNet. Kalau tidak, Chetam pun tak perasan ada resepi istimewa ini di CARI.com. Cranko21 telah banyak memberikan tips berguna kepada kedua-dua forum CARI.com dan YG ResepiNet. Kebanyakan resepi, gambar dan tips berkenaan roti prata ini, Chetam kumpul dari CARI.com dan ResepiNet. Ada juga tips berguna yang diberikan oleh Diana ResepiNet. Chetam akan letak kesemua tips di penghujung resepi. Resepi-resepi istimewa ini telah mendapat penghormatan untuk disiarkan dalam akhbar Berita Harian keluaran Singapura.
Image hosted by Photobucket.com

Chetam quote kata-kata permulaan Cranko21 di thread CARI.com

[Quote]
Hi semua...Dalam kita menyambut raya.. pasti ramai kita di kejutkan ngan rakan2 dan sedara mara yg mau datang berkunjung sempena raya nie.. soooo.. ni ada satu cara senang dan mudah tuk rakan2 sekelian...yg ni saya cilok dari KC porem.. thanks to Gina & Sophie.

Bahan asas yg diperlukan.....roti prata or roti canai segera (make sure yg mentah dan bukan yg dah goreng 1/3 masak k....) I selalunya pakai brand Kawan.... bahan lain yg perlu...sebiji telor - pukul sedikit sausage or sardine or sambal tumis belen2 kat petisejuk tu...hehehe.. yg perlu and buat... biarkan kepingan roti prata tadi hingga lembut sedikit agar mudah tuk dulung atau lipat roti prata tadi...

untuk sausage puff :
gulung sausage tadi ngan roti prata dan di kelar2 sedikit...sapukan ngan telor yg telah di pukul tadi dan bakar dlm ketuhar180 deg celcius, 35 minits

untuk sardine puff :
1 tin sardine - buang sos sedikit
1 bawang besar - hiris halus
1 batang lada merah - potong kecil
2 sudu makan mayonese - gaulkan bahan2 ni buat inti.

Cara: letakkan 2 sudu inti sardine tadi dan lekapkan keliling roti prata tadi.... (jadikan semi circle)sapukan telur yg di pukul tadi di atas dan bakar dlm ketuhar 180 deg cel selama 30 minits ( or sehingga mendapat kekuningan yg di sukai)
[Unquote]

Contoh Roti Prata Jenama KAWAN

Instant Puff Sosej

Instant Puff Sardine

Cranko juga menyediakan diagram untuk membuat Puff Sardine di atas.


Apple Strudel dari Cranko21

Inti
3 biji fuji apple - belah 3 dan hiris nipis2
1 senduk gula
1/2 sdm serbuk kayu manis
2 sdm juice lemon (optional)

- gaul semua bahan dan biarkan- ambil pratha instant tadi dan leperkan lagi ngan kayu pengiling hingga benar2 tipis. ****
- aturkan kepingan2 apple yg dah di campur gula, serbuk kayumanis & lemon tadi di atas seluruh permukaan roti prata instant tadi dan lipat.
- sapukan telor di atas dan bakar - bila dah kekuningan... keluarkan dari ketuhar dan taburkan sugar powder yg di campur sedikit kayu manis di atasya dan hidangkan.

Nota Kaki Cranko : **** kalau mahu lipatan strudle tadi lebih byk... sambungkan 2 keping prata tadi dan buat seperti di atas.

Dua keping prata ditindan di bahagian tengah. Gunakan pengelek untuk menipiskan prata ini sehingga menjadi bentuk segi empat tepat (sila rujuk garisan putus-putus di atas).

Tips dari Cranko :



  • kalau u takde oven, then what u can do is cari periuk or kuali yg tebal dan bertutup...panaskan periuk or kuali tu ngan api yg sederhana .. dan masukkan puff tadi dan buatkan periuk or kuali tu sebagai oven u..
  • kalau takde telor tuk sapu atas puff sebelum di bakar, boleh gak guna susu cair atau butter.
  • yg tak tau buat kulit epok2 (karipap) pun bolehlah gunakan instant prata nie..leh isi kentang, sardine, sayuran, crab stick.. dan sbgnya..

Berikut adalah komen dan resepi puff dari Diana. Chetam tempek ajer yer........tak edit apa-apa pun.

[Quote]

Ini Diana nak beri feedback mengenai Instant Puff Sardine yang Cranko (Lynn) dan juga Maklang telah cuba. Inti menggunakan sardine dan boleh dipelbagaikan, memang sesuai jika ada tetamu datang tak beri notis terlebih dahulu. Instant puff ini tak sangka macam puff pastry bila dah dibakar. Amat mudah untuk disediakan. Diana menggunakan roti prata instant jenama Springhome (20 keping - SGD6).

Tips: Prata instant hendaklah dilembutkan terlebih dahulu, tetapi jangan terlalu lembut untuk jenama Springhome kerana nanti dia melekat pada lapik plastik prata tersebut. Sebaiknya half lembut jadi senang untuk dibentuk. Prata bentuk bulat Diana potong dua dah jadi bentuk semicircle dan kemudian letak inti ditengah dan lipat "V" kanan dan kiri. Tepi boleh tekan sikit kasi lekat jadi nanti tak tersengih. Bukan kek aje boleh tersengih, instant puff ini pun boleh. Kemudian boleh letak diloyang pembakar kasi dia relax dan lembut sikit. Bila dah lembut sapu telur yang telah Diana campur sedikit dengan susu segar dalam 1 sudu besar (supaya lawa bila pastri dibakar). Bakar dan siap untuk dihidang. Ada lagi satu jenis prata yang agak tebal dan prata jenis itu tidak sesuai untuk dibuat Instant Puff ini, so take note ya.

Terima kasih Cranko dan Maklang muah muah chup chup kasi basah pipi. Jangan tanya anak Diana makan berapa kalau bawa rumah orang mak dia tutup muka (malu).

INSTANT PUFF SARDINE

Bahan-bahannya
Roti prata instant

Untuk Inti
1 tin sardin
1 biji bawang besar, didadu
7 biji cili padi thai, dihiris
2 sudu besar mayonnaise
garam dan serbuk perasa (jika suka)

Untuk Sapu
1 biji telur
1 sudu besar susu segar

Cara untuk Inti
Tumis cili padi dan bawang dengan sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan sardin dan bahan perasa. Gaul sehingga ia kering dan campurkan mayonnaise. Gaul rata dan siap untuk digunakan.

Cara untuk membuat Instant Puff
Prata bentuk bulat digunting menjadi 2 (semicircle). Isikan inti dan lipat bentuk "V" kanan dan kiri. Atur di loyang pembakar dan sapu atasnya dengan campuran telur dan susu segar. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. [UnQuote]

Diana juga telah menyediakan Sosej Puff dan Apple Puff. Berikut adalah gambar yang Diana sumbangkan di dalam ResepiNet berserta resepi untuk Apple Filling dan lain-lain inti puff.


Apple Puff dari Diana


Sosej Roll dari Diana

Beraneka jenis inti yang sesuai untuk disumpat dalam Instant Puff. dari Diana:

INTI SARDIN
1 tin sardin1 biji bawang besar, didadu7 biji cili padi thai, dihiris2 sudu besar mayonnaisegaram dan serbuk perasa (jika suka)
Tumis cili padi dan bawang dengan sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan sardin dan bahan perasa. Gaul sehingga ia kering dan campurkan mayonnaise. Gaul rata dan siap untuk digunakan.

INTI APPLE PIE
3 biji epal hijau, buang kulit dan potong dadu
4 sudu besar gula perang (brown sugar)
secubit serbuk kayu manis
kismis (jika suka)
walnut yang telah dipanggang (jika suka)

Gaulkan epal, gula perang dan serbuk kayu manis kemudian masak atas periuk. Masak dalam 5 minit menggunakan api sederhana sudah memadai. Kalau lama sangat nanti filling terlalu lembik. Angkat dan sedia untuk digunakan.

INTI KENTANG
300 gram kentang, dicuci bersih, rebus hingga empuk, kupas kulit dan lecek
2 biji telur
50 gram daun sup, dihiris halus
2 biji bawang besar, didadu
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Gaul rata, kentang yang telah dilecek, telur, hirisan daun sup, bawang dadu, serbuk lada putih dan garam. Sedia untuk digunakan.

NOTA: Inti kentang juga boleh dicampurkan dengan tuna dalam tin, mayonnaise dan juga kepingan cheese cheddar. Sedappppp.

INTI DAGING REMPAH
1 biji kentang besar, dikupas dan didadu1 sudu besar mentega1 biji bawang besar, dicincang halus1 cawan sayur campuran
200 gram daging cincang/ isi ayam (didadu)3 sudu besar rempah kari daginggaram dan lada hitam secukup rasa Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dan goreng sehingga naik bau dan masukkan rempah kari daging. Masukkan daging cincang dan gaul rata sehingga masak. Masukkan kentang yang telah didadu bersama garam dan lada hitam secukup rasa. Masak sehingga kentang empuk dan akhir sekali masukkan sayur campur (mixed vegetables). Gaul hingga sebati dan sedia untuk digunakan.

INTI TUNA MAYONNAISE
1 tin Hot Tuna Ayam Brand
3 sudu besar mayonnaise
2 keping cheese cheddar (dibahagi enam setiap keping)

Gaul sebati tuna dan mayonnaise dan campurkann dengan cheese cheddar yang telah dipotong kecil. Sedia untuk digunakan.

INTI AYAM
50 gm butter1 sudu besar tepung gandum
1 biji bawang besar, didadu kecil2 biji ubi kentang, dipotong dadu3 batang carrot, dipotong dadu/ 1 cawan mixed vegetables2/3 ketul dada ayam, dipotong kecil1 cawan cendawan butang, dihiris1 cawan susu segarsedikit daun parsley, dicincang halusgaram dan lada hitam secukup rasa Dalam periuk yg panas masukkan butter dan tepung dengan api kecil. Kacau sampai rata. Masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga ianya pekat. Sedia untuk digunakan.

Berikut adalah tips yang diberi oleh Diana :

  • kalau kita guna blueberry jam, kaya atau apa jenis cecair pun. Kalau kita buat instant puff mesti ia akan cair sebab puff tersebut telah masuk oven selama 30 minit dan automatik jem didalam puff tersebut pun panas. Rasa Diana blueberry jem memang agak tidak sesuai untuk inti puff. Kalau lihat Diana buat inti apple untuk pie pun cara lipatan Diana lain, Diana gulung macam buat popiah jadi tak ada tempat yang inti apple tersebut akan terkeluar. Dan inti apple pula Diana tidak masak sampai ia lembut sangat sebab kalau masuk oven dengan kepanasan itu sudah boleh buat inti apple itu lembut dengan sendirinya. Harap dapat membantu.
  • bila buat instant puff roti prata mesti ada dalam keadaan setengah keras setengah lembut jadi senang kita nak handle.... Lagi satu bila dah gulung atau dah bentukkan. Prata tersebut kena kita kasi relax kat loyang pembakar sehingga doh tu lembut baru masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 35 minit atas sehingga nampak ia gelembung dan ia garing permukaannya....
  • Hot dog tu terlebih dahulu Diana masukkan dalam air mendidih untuk 1 minit, kasi setengah masak. Lepas tu gunting prata memanjang dan lilit kat hotdog. Oh ya jangan lupa sapukan telur yang telah dicampur dengan susu segar atas puff supaya ia kelihatan menarik bila dibakar. Kalau tak cukup sambung dari prata yang you gunting lain pula.
  • Guna kertas kuih ataupun sapu dulang tu dengan sedikit mentega... bila dah masak walaupun guna mentega Diana memang kena guna spatula besi tu sodok satu kali kasi dia tanggal dari loyang. Memang besar kemungkinan ia melekat melainkan alas kertas kuih dan sapu mentega. Mungkin tak melekat sangat. Bila sapu telur guna brush lembut dan jangan sampai telur meleleh tu nanti bakar tak lawa.

Berikut adalah beberapa gambar yang Chetam ambil dari CARI.com yang disumbangkan oleh TUNTEJA. Cantik apple pie yang beliau buat.


Apple Pie dan berikut adalah cara membuat fillingnya.

Inti Apple Pie
caramelkan gula+air skit..sama cm nak wat gula hangus tuk puding caramel..bila gula dah perang masokkan green apple yg potong dadu..layu je skit masokkan fuji apple..masokkan skit cinnamon powder..x pon cinnamon stick..(tp nnt kena kuar kan arr..kl nak guna apple lain pun leh gak)..masokkan air skit..bila agak2 apple dah layu..masukkan skit tepung gandum tuk pekatkan kuah ..

Cara
just tekap ngan bentuk bulat dan letakkan dlm aluminium cup..isi inti, then tekap lagi satu bulatan tuk tutup... (yg tuk base mesti besar sikit dari yg buat tutup tu)
seal... then belen2 tadi buatlah bentuk2 daun ke apa pun.. dan lekapkan di atas, sapu telur dan bakar...


Tuna Puff yang besar. Dipotong bila nak makan. Sosej dan crab filamen stick serta apple pie

December 13, 2005

Mexican Bun - Resepi Sumbangan Detox (Pengunjung Teratak Chetam)

Resepi di bawah ni sumbangan salah seorang pengunjung Teratak Chetam - Detox.

[Quote]
Salam perkenalan dari saya. Pagi tadi saya test buat bun ni alhamdulillah menjadi. So saya nak kongsi la recipe dia, saya dapat dari satu site, sbb bahan2 dia meyakinkan terus pagi tadi cuba. Siap bangkit kol 4.30 pagi lagi sebab keterujaan yang melampau hihihihi....ok take care....
Noorin.@ Detox :)

Mexican Bun

This bun is also known as the Mexican bun. The rotiboy consists of three parts: the filling, topping, and sweet dough. The filling and topping can be prepared beforehand and kept in the refrigerator until ready for use. The ingredients and instructions for preparing each of the three parts are given as follows. Pls don't be put off by all the steps, i have just been very detailed. The aroma that is going to fill your home is WONDERFUL, but it's nothing compared to trying this fresh out of your oven.


Filling
200 g
salted butter, softened
1/2 teaspoon vanilla flavoring
70 g
brown sugar

Topping
200 g
butter, softened
160 g
icing sugar, sifted
3 large
eggs, lightly beaten
1 teaspoon coffee flavoring (available from bakery supplies shop, You can use 2 tablespoons instant coffee powder dissolved in 1)
1 pinch
ground cinnamon, can be added to the coffee flavouring for extra flavour
200 g
all-purpose flour, sifted

Sweet dough
500 g
bread flour, sifted
20 g
powdered milk, sifted
75 g
caster sugar
6 g
salt
8 g
instant yeast
1
egg, lightly beaten
270 g
water or milk (do not use milk powder if using milk)
60 g
butter, softened

17 Buns
1 hour 15 minutes 1 hr prep

For Filling:.
Beat butter in electric mixer on medium speed with the paddle attachment for three minutes.
Blend in vanilla essence and brown sugar.
Spoon mixture into bowl and refrigerated until firm.
Divide mixture into 20 g portion into ball. Keep refrigerated until ready to use.

For Topping:.
Beat butter and icing sugar in electric mixer with the paddle attachment on medium speed for five minute until mixture is light and fluffy.
Gradually beat in eggs.
Mix in coffee flavouring.
Sift flour onto mixture and mix on low speed until combined.
Refrigerate until ready to use.

For Sweet Dough:.
Mix sifted flour, castor sugar and salt in electric mixer with dough hook on low speed for one minute
Mix in yeast.
Add egg and water or milk.
Mix on low speed for another minute.
Mix on medium speed for eight minutes.
Mix in butter.
Mix five minutes more on medium speed until soft, smooth and elastic(but not sticky) dough forms.
Remove dough from mixture and shape into a ball.
Divide the dough into 55 g portions(should get 17 portions).
Roll each portion into a ball. Cover the balls of dough and leave to rest for 10 minute

To shape the buns:.
Flatten a ball of dough with the palm of your hand.
Place a ball of filling in the centre of the dough.
Gather the edge and pinch to seal. (Be sure to seal well or the filling will leak out during baking.)
Pat into shape and place on a greased baking tray.
Repeat with remaining portions of dough.
Place each bun about 7.5 cm apart on the baking trays.
Prove for 45 min in a warm place.
Pipe the topping on the buns in a spiral, starting from the centre.
Bake in preheated oven at 200 deg C for 12 to 15 min or until buns are lightly brown.

[UnQuote]

Nota Kaki Chetam : Chetam tahu yang dalam pc Chetam ada satu lagi resepi Mexican Bun. Cari punya cari.....terjumpa. Yang paling best.....resepi tersebut dikirim oleh Diana ResepiNet dan merupakan terjemahan dari resepi di atas. So tak payah berpeluh buat alih bahasa............hehehehehe. Sila semak resepi di bawah.

[Quote]
Diana telah mencuba resipi Singapore' Rottiboy (Mexican Bun) yang telah dikongsi bersama oleh Suzinor sewaktu di Restoran Pak Amir bulan lepas. Resipi itu telah diperolehi dari laman www.recipezaar.com dalam Bahasa Inggeris dan Diana telah terjemah kepada BM.

Feedback Diana, mesti try punya rating 9 out of 10. First time Diana buat Alhamdullilah menjadi, tak payah penat-penat beratur nak beli Roti Boy lagi. Kelembutan roti ini memang best, dari segi kemanisan memadai. Waktu bakar satu dapur berbau harum. Tapi toppingnya tu kalau ikut adunan asal pakai tak habis banyak lagi tinggal so mungkin kali kedua Diana buat boleh gunakkan topping itu lagi, sebab boleh simpan di peti sejuk.

Untuk Intinya pula 20 gram tu agak terlalu banyak, sebab bila roti dibelah dua banyak butter yang mengalir keluar so baik kurangkan kepada 10 gram so buat setengah adunan sahaja. Untuk resipi asal rotinya dapat menghasilkan 16 roti. Sewaktu menguli tu memang adunan agak lembik, Diana tambahkan dengan tepung roti lagi sedikit demi sedikit sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Masa untuk menguli selama 5 minit tu agak cepat sangat kerana untuk menghasilkan doh yang lembut dan licin, masa mengulinya selama 25 minit menggunakan mesin le, tangan alahaiiii lenguh. Kepada semua mesti try buat sure menjadi. Diana lampirkan gambar roti yang sempat dibuat untuk buat semua tergodaaaaaaaaa.... Selamat mencuba.. dan terima kasih pada Suzinor yang telah berkongsi resipi ini.
Resipi asal yang diterjemah.



ROTI BOY (MEXICAN BUNS)
Untuk 17 biji roti (setiap satu 55 gram)

Bahan untuk Inti
200 gram mentega bergaram, dilembutkan
1/2 sudu teh esen vanilla
70 gram gula perang

Bahan untuk Topping
200 gram mentega, dilembutkan
160 gram gula aising, diayak
3 biji telur besar, dipukul sedikit
1 sudu teh esen kopi (boleh didapati di kedai menjual bahan kuih, jika mahu boleh gunakan 2 sudu besar kopi segera dicampur dengan 1 sudu besar air)
secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
200 gram tepung serbaguna, diayak

Bahan untuk Doh Manis
500 gram tepung roti, diayak
20 gram tepung susu, diayak
75 gram gula kaster
6 gram (1 sudu teh) garam
8 gram (1 1/4 sudu teh) yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
60 gram mentega, dilembutkan

Cara untuk Intinya
Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Topping
Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Doh Manis
Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

Cara untuk membuat Roti Boy
Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditengan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 200 darjah C selama 12 - 15 minit atau sehingga roti kekuningan.

Nota: Untuk Inti dan Topping buat setengah adunan sudah mencukupi. Selamat mencuba.
[UnQuote]

Anda juga boleh cuba lagi satu resepi dari Noor Masri.


MEXICAN BUN
Sumber: NoorMasri

Bahan-bahan doh:
400 g tepung roti (strong white bread flour)
7 g ( 2 sudu kecil ) yis kering
1 sudu kecil garam (paras rata)
50 g mentega }dicairkan
60 g gula
1 biji telur
100 ml susu segar
110 ml air sejuk

Bahan-bahan topping:
100 g mentega
100 g tepung kek/rendah protein – kak Noor guna plain flour biasa jer..ok ga
k80 g gula icing (kalau suka lebih manis bubuh 100g)
2 biji telur
½ sudu kecil serbuk kopi segera bancuh dgn setitis air

Cara membuat topping:
Pukul gula dan mentega sehingga kembang kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur, pukul lagi hingga sebatiMasukkan tepung dan serbuk kopi, kacau hingga sebati.Simpan di dlm peti sejuk sementara nak menggunakannya

Cara membuat doh:
Campurkan tepung, yis, garam, dan gula kedlm mangkuk besar. Buat lubang di tengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur. Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut. Uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat di jari) dan elastic. Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film. Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda. Bahagikan doh kpd bahagian kecil seberat 50 g. Buatkan bulat-bulat kemudian susunkan dlm loyang yg dilapik dgn kertas minyak pastikan jarak antara satu sama lain agak jauh supaya bila doh mengembang ianya tak bercantum antara satu sama lain. Kemudian tutup loyang tersebut dgn cling film selama 40 minit - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula.

Kemudian paipkan topping menggunakan piping bag atas bun tersbt secara membulat bermula dr tengah2. (lihat gambar 1)
Panaskan oven pd suhu 180-200’C (bergantung kpd kuasa oven masing2)
Masukkan dlm oven bakar selama 15 -25 minit atau sehingga keperangan
Enak dimakan sebaik keluar dari oven..nyum nyum..Jika suka boleh letak inti (versi akak buat ni tanpa inti)Bun ni bila dibiarkan semalaman topping dah tak crunchy dan cam melekit sket.

December 12, 2005

Kek Coklat Kukus Zaima, Kek Coklat Kukus Badariah dan Kek Coklat Kukus Ain

Chetam dah buat ketiga-tiga kek coklat kukus. Cuma kek Zaima dan Badariah yang Chetam bubuh topping. Chetam penah postkan resepi kek Zaima tapi tak perlah....Chetam postkan sekali lagi. Kek Badariah, Chetam dah buat 3 kali. Yang pertama siap topping dan hiasan sebab untuk kek hari jadi anak sedara. Gambar dalam kamera Chetam.



Gambar Kek Zaiima di atas ni dari Noor Masri kalau tak silap.

Kek Coklat Kukus Zaiima (very moist)
Sumber: NoorMasri

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara : Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

TOPPING COKLAT dari Noor Masri

Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.

Kek Coklat Kukus Badariah - Sumber Puan Badariah Ibrahim (ResepiNet)

Bahan-bahan:-
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko ( saya selalu pakai Van Houten)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur (Gred A)
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
1 cwn air panas

Cara-cara:
- ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.
- satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )
- masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
- last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
- adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.

Selalunya...Utk topping, saya buat camnie:- (buat double boil tau)
1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat

KEK COKELAT KUKUS Ain - Sumber NUNZAI aka Nooraini (ResepiNet)


2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan koko powder
2 sudu teh bikarbonat soda
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan minyak (mazola)
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 sudu teh garam
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
Gula + Telur (pakai mixer boleh, pakai sudip pon ok) gaul sebati. Then masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko, baking powder & b.soda. Dah sebati, masukkan susu cair, diikuti minyak, biar bersatu dgn adunan tu. Pastu masukkan air panas, garam dan vanilla esen. Masa kukus pun dlm 1 - 1 1/2 jam.

Nota Kasi Chetam : Kek Coklat Kukus Badariah dan Ain seakan-akan sama. Bezanya cuma jumlah telur yang digunakan dan susu. Kek Ain guna susu cair dan gula yang lebih manakala kek Badariah guna susu pekat dan gula dikurangkan. Chetam dah cuba kedua-duanya dan pandangan peribadi Chetam kedua-duanya terasa coklatnya. Mungkin anda nak kurangkan koko sedikit sebab bagi Chetam sedikit pahit. Tapi kek Badariah yang dah dibubuh topping memang mengancam.

TRIFFLES Kak Liza dan Air Saja2 dan Sedap Misleha

Lagi satu hidangan yang Chetam buat untuk kenduri Buya. Chetam buat 2 bancuhan dan dapat 3 bekas. Seronok tengok orang surau dok berulang makan trifles ni sampai sorang makcik - jiran Chetam di tingkat atas bawa balik ke rumah. Esoknya dia pulangkan pinggan sambil bagi tahu anak dia nak resepi. Terus jer Chetam hulur resepi yang Chetam simpan sebelum ini.

Dalam posting tahun lepas, ada satu lagi resepi trifles. Beza antara kedua-dua resepi ialah resepi yang dulu menggunakan susu cair. Gambar di bawah ni dari Kak Liza juga kalau Chetam tak silap.



Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Posted by Picasa

Nota Kaki Chetam : Untuk lapisan bawah, Chetam beli swiss roll dari Mydin. Chetam pilih perasa pandan. Harga memang murah, cuma RM2.95 saja. Untuk lapisan atas, Chetam guna jeli Nona. Harganya RM1.90. Maaf gambar memang Chetam tak ambil. Masa tu tengah sibuk buat persiapan mental sebab nak ditinggalkan lebih sebulan oleh suami......hehehehe....

Berikut adalah resepi air dari Misleha ResepiNet. Chetam tak ikut sepenuhnya tapi hasilnya tidak mengecewakan. Sedap sungguh.

AIR SAJA-SAJA & SEDAP - Sumber dari Misleha

1 bungkus sumi jeli
1 tin Lycee
1 tin susu cair
2-3 packet buah honey dew (potong kecil2)
susu manis secukup rasa
Ais kiub
Air Cream soda (kalau suka - optional)

Mudah saja campurkan semua bahan di atas dalam bowl, hidangkan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah.

Nota Kaki Chetam : Ada ahli ResepiNet yang bagi cadangan supaya sumi jeli diganti dengan nata de coco. So Chetam ikut cadangan tu. Air yang Chetam ubahsuai tu tak menggunakan susu cair, susu manis aka pekat dan juga ais cream soda. Sebaliknya Chetam ganti dengan air gula sirap yang Chetam buat terlebih dahulu. Honey dew, Chetam tak potong tapi Chetam cedok ngan alat yang biasa orang guna untuk gubahan hantaran. So hasilkan jadi bulat. Chetam juga beli jeli segera perasa lime. Bila dah keras, Chetam cincangkan ke dalam air tu. Hasilnya......aduh saliha........memang sedap....

Mac n Cheese Puteri Dee

Resepi Mac n Cheese ni dari Puteri Dee ResepiNet. Ianya telah ditulis kembali oleh Jeni dan yang Chetam paparkan di bawah adalah olahan dari Diana. Gambar pun dari Diana. Mac n Cheese yang Chetam buat tu, Chetam masukkan dalam mangkuk foil yang kecil. Senang budak2 nak makan. Mangkuk foil tu Chetam beli dari kedai Bagus Kajang, RM4.80 untuk 100 mangkuk. Kalu nak tengok gambar yang mangkuk kecil tu, kena tunggu ehsan dari anak sedara Chetam.....hehehehe




Resipi dari Dee dah menambat hati anak2 dirumah. Diana sertakan gambar untuk tatapan semua dan perubahan dari resipi asal. Resipi dibawah adalah yang asli dari Dee, tetapi Diana tidak gunakan tomato puree sebaliknya menggunakan sos spaghetti PREGO, hehe ambik shortcut dan juga tambah sedikit cili padi untuk rasa pedas. Kalau ikut resipi asal topping memang agak pekat dan very rich jadi Diana gunakan 500 ml susu supaya cheesenya tidak terlalu ketara sehingga rasa macaroni tenggelam. Dee jangan marah eh kita ubah suai resipi anda. Kepada semua, cubalah sedap hingga menjilat pinggan. Anak bujang nampak macaroni aje cakap Waaaaaaweeeeeeeeee

Mac n Cheese Dee

Bahan-bahan
250 g spiral pasta brand San Remo (guna brand San Remo sebab spiral dia kecik-kecik comel so bila masak masih maintain comel)
1 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
220 g tomato puree brand Du Chef (tin sedang)
400 g daging cincang cap Ramly
250 g cheddar cheese diparut
100-200 g fresh milk
2-3 helai bay leaves (yang kering punya)
Rempah oregano
Tepung gandum 1 sudu besar

Cara membuatnya.
Sos Merah
1. Rebus spiral pasta ikut arahan kat plastiknya. Bila dah masak, angkat dan toskan sampai kering.
2. Tumiskan kan bawang besar dan bawang putih.
3. Selepas naik bau masukkan daging cincang. Tumis hingga daging jadi putih-putih sikit. Jangan sampai air daging kering.
4. Masukkan tomato puree. Api jangan kuat sangat.
5. Koyak-koyakkan bay leaves masukkan dalam sos. Taburkan rempah oregano. Kacau rata.
6. Perasakan dengan garam dan gula.

Sos merah ni jangan kering-kering sangat sebab kalau kering sangat nanti rasa pasta tu very dry. Boleh juga gunakan sos spaghetti yang segera tu macam cap prego ke dolmio ke kalau tak tahan masam tomato puree.

Sos cheese
1. Masukkan susu ke dalam periuk atas api kecil.
2. Masukkan terus cheese yang dah shred tadi. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum sesudu tu.
4. Kacau sampai semua cheese cair dan sebati.

Campuran ni jangan cair sangat nanti tak cantik bila dituang atas macaroni.Ok .. lepas dua dua siap. Sos merah tadi dicampurkan dengan pasta spiral yang dah siap tu. Gaul sampai sebati. Pastu masukkan dalam bekas. Agak-agak dah tuang separuh adunan, tuangkan campuran cheese jadikan ia satu layer atas pasta tadi. Kendian masukkan lagi balance pasta tadi sampai habis. Tuangkan lagi satu layer cheese diatasnya. Kalau nak lagi mengancam taburkan shredded cheese atas layer atas ni dan bakar sekejap hingga golden. (Yang ni optional ye) Siap !

Nota Kaki Chetam : Chetam beli bahan seperti daun bay kering(nama melayunya ialah daun salam) dan oregano di Kedai Bagus Kajang. Boleh didapati dalam bekas kecil dengan harga yang murah. Keju Cheddar pun Chetam beli di Bagus. Dah siap parut dan harga untuk 250gm ialah RM5.80, kalau di supermarket boleh mencecah RM10.

Bertemu semula di Teratak Chetam....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama juga Chetam tak hantar posting. Suami Chetam buat masa ini berada di Medan dan InsyaAllah, hari rabu ini akan berangkat ke Kota Suci Makkah bagi menunaikan Fardhu Haji.

Chetam dan Chenul tinggal berdua saja. Alhamdullilah Chenul sihat walaupun Buya tak ada di depan mata. Pada mulanya Chetam memang risau sebab semenjak Chenul di dalam pantang, Buya yang menjaga Chenul. Rasanya Chenul faham situasi yang berlaku...walaupun baru 1 tahun 8 bulan, langsung tak bertanya mana Buya tapi kalau Buya talipon....memang melonjak dia. Siap nyanyi lagu Twinkle...Twinkle Little Star.

Sebelum Buya berangkat, Chetam ada buat kenduri sikit dan banyak juga resepi yang Chetam cuba. Chetam masak Nasi Ayam Diana buat kali ke 3 bersama ngan sayur Cin Cai. Kalau resepi yang Diana beri ialah sayur Chap Chai tapi Chetam main hentam je ramuannya. Sebab tu nama Cin Cai. Chetam masak kek Coklat Badariah, Trifle Kak Liza, Ikan masak sambal (pedas giler - resepi hentam sendiri). Chetam juga buat air yang diadaptasi dari resepi Misleha - Air Saja Saja. Diadaptasi kerana Chetam tak ikut bulat2 resepi Misleha........nanti Chetam akan beri resepi Misleha dan juga yang dah Chetam ubahsuai. Tapi air ni memang power.......sedap dan banyak bahan yang Chetam guna.

Sebelum kenduri tu, Chetam buat jamuan sikit untuk kakak, abang dan anak sedara Chetam. Tujuan utama adalah untuk buat eksperimen beberapa resepi. Sekali Chetam masak Nasi Ayam Diana(kali ke 2), Mac n Cheese resepi dari Puteri Dee(ResepiNet), Kek Karot Kukus dari Kak Liza. Gambar ada dalam HP anak sedara, sampai sekarang dia belum emailkan.

Selepas kenduri untuk Buya, Chetam sempat siapkan 4 kek untuk ole-ole keluarga mertua di Medan. Chetam buat Kek Buah Kukus Halimah(dah 3 kali), Kek Coklat Kukus Badariah(dah 3 kali), Kek Kukus Kurma(diadaptasi dari Kek Kukus Prune Leen) dan Kek Karot Kukus Kak Liza tanpa topping.

InsyaAllah, next postings....Chetam akan tampilkan resepi2 di atas yang belum Chetam paparkan dalam Teratak Chetam.

Pengakhir Kata...........harapan Chetam agar pengunjung Teratak Chetam dapat doakan agar perjalanan Haji Buya diberkati Allah semoga beroleh HAJI MABRUR dan Chenul akan sentiasa dilindungi kesihatannya oleh ALLAH SWT.

Chetam

p/s : Selepas memasak untuk kenduri tu, Chetam sakit pinggang, lutut dan kaki. Sebab tu cuti sakit pada isnin dan selasa. Hari rabu tu cuti sebab hantar Buya ke KLIA.