Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


November 24, 2005

Update tentang Buku Resepi Kak Liza

Terutama untuk Kak Lia Karman dari Singapura.

Chetam dah dapatkan update terkini dari Kak Liza petang semalam. Dukacita dimaklumkan telah berlaku sedikit kelewatan di bahagian percetakan dan buku tersebut belum lagi berada di pasaran. So jangan pegi cari kat kedai buku macam Chetam buat hari Selasa lepas.

Tetapi masih ada berita baik dari Kak Liza. Kepada sesiapa yang ingin memiliki buku tersebut sebaik sahaja ianya berada di pasaran, Kak Liza boleh menolong mendapatkannya. Cuma perlu bayar harga buku dan setem. Penghantaran adalah melalui pos biasa so setem dalam 50 sen saja.

So sesiapa yang berminat, boleh hantar email kepada Chetam dan Chetam akan kumpul dan beri pada Kak Liza. Jangan bayar Chetam tau....Oh Ya.........harga buku dalam RM5.50.

So Kak Lia......nak masukkan nama dalam senarai ker?

Chetam

Nota kaki Chetam : PC di rumah dah meletup, so tak leh nak browse internet dari rumah.....sedihnya....

November 22, 2005

Email dari NADAM

Bangganya bila baca email dari Nadam. Feedback yang positif dari pengunjung TERATAK CHETAM. Chetam postkan email beliau di bawah ni.....Oh Ya Nadam......resepi dari TERATAK CHETAM ni bukanlah sepenuhnya resepi Chetam tetapi resepi-resepi yang dikongsi dari beberapa Forum, Yahoo Groups, kenalan Chetam, keluarga Chetam dan juga lain-lain sumber. Bagi Chetam, lebih mudah kalau nak dirujuk sekiranya dimasukkan ke dalam TERATAK CHETAM.

Berikut adalah email dari Nadam. Thanks for the email.

Assalamualaikum chetam.
Selamat Hari Raya.
Tak buat open house ke?
Hari Sabtu 19/11, saya buat open house. Nasi ayam keluarga diana, bingka daging, tapi nadam tukar pada ayam ngan kek coklat kukus zaima antara menu yang dihidangkan. Fuh! memang terangkat.Selain tu nadam buat nasi impit ngan sambal kacang, rendang ayam kampung dan masak lodeh. Laksa pun buat jugak.
Memang hapenning. Tapi yang nasi ayam tu, sampai tak cukup. Itu pun masa perap tu, tak ikut resepi bulat2 chetam.Main agak je.
Kek kukus tu pulak siap bos order utk birthday dia bulan Februari tahun depan. Yang bingka tu, kebanyakkannya geng cina yg suka makan.

Apa-apa pun chetam, nadam nak ucapkan jutaan terima kasih. Sejak nadam joint dan jenguk blog chetam, selain bertambah rajin mempraktikkan resepi2 tu, nadam dapat juga ilmu2.Setakat buat tak menjadi tu, rasa2nya ada sekali. Buat kek.Tapi terang jugak. Insyaallah lagi dua minggu birthday anak bujang nadam yang ke 3 tahun, nadam akan cuba carrot moist tu.

Rupa2nya nadam ni ada bakat terpendam sebagai tukang masak.Agaknya sebelum ni tak perasan, tu yang dok masak benda yang sama. La ni, sampai cik abang dok pening sebab asik suruh dia makan. Terima kasih chetam, walaupun kita tak kenal secara dekat, tapi bila cuba resepi chetam, rasa macam kita ni dah rapat sebab dapat kongsi bersama.

Kata cik abang chetam nak ke Mekah. Alhamdulillah. Tapi jagalah bebaik anak dara kenit tu ye.

Bye.
Nadam

Koleksi resepi dari Puan Halimah Anang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam nak kongsi resepi yang disumbangkan oleh Puan Halimah Anang dari ResepiNet. Kalau tengok gambar-gambar yang beliau berikan, memang boleh kecur air liur. Puan Halimah berasal dari Kota Singapura dan memang mahir memasak semenjak dari anak dara. Beliau telah banyak berkongsi resepi kek, biskut, kuih muih yang diambil dari peti besi beliau sendiri dengan ahli-ahli ResepiNet. Chetam dah cuba salah satu Kek Kukus beliau iaitu Kek Kukus Buah-Buahan.


CREAM PUFF

8 ozs mentega
8 ozs tepong gandum
2 tsp baking powder
16 ozs air sejuk
7 biji telor ayam
sedikit vanilla essence

Intinya:
8 ½ sudu makan penuh custard (Bird's Custard)
200 gm gula pasir
1 biji telor ayam (optional)
8 sudu sudu pekat
1 tin susu cair
2 tin susu air sejuk
sedikit essence vanilla
(Masukkan semua di dalam periuk dan kacau jangan sampai bergentel, dimasak diatas api perlahan supaya tidak hangus, sentiasa dikacau hingga pekat)

Peraturannya:
Air dimasak hingga mendidih, kemudian masukkan mentega biarkan hingga cair dan mendidih sekali lagi, baru masukkan tepung gandum dan dikacau kuat-kuat. Kemudian diangkat dan disejukkan. Setelah sejuk sedikit masukkan telor yang sudah dipukul kembang dan dikacau lagi hingga berkilat. Kemudian dimasukkan dalam piping bag dan dipicit diloyang dan bakar. Potong puff masukkan intinya.




KEK BUAH-BUAHAN
(Sumber : Puan Hajah Zainab Khamis)

8 biji telur ayam - asingkan putihnya
340 g mentega
340 gm gula halus
425 g self raising flour
340 gm kismis kuning
340 gm kismis hitam yang kasar
170 gm ceri merah - belah dua
170 gm kulit limau
2 sudu teh esen oren

Peraturannya:
1. Cuci buah-buahan yang disenaraikan di atas dan tuskan selama 10 jam.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan kuning telur sebiji-biji hingga habis, pukul sehingga pekat.
4. Masukkan tepung, kacau rata.
5. Masukkan buah-buahan, gaul hingga rata ketepikan.
6. Pukul putih telur hingga kembang dan pekat.
7. Masukkan putih telur yang tlah dipukul tadi ke dalam adunan buah-buahan dan masukkan esen oren dan kacau rata.
8. Masukkan ke dalam acuan 10" x 10" yang telah disapu dengan mentega dan bakar di dalam oven yang dengan kepanasan 160c.


Nota kaki Puan Halimah : Kalau buat kek ni Kak limah selalu gunakan 500 gm butter kerana kak limah sukakan kek buah yang moist dan untuk mengelakkan buah-buahan daripada tenggelam kak limah campurkan semua buah-buahan dan semua tepung dan gaul rata sebelum dimasukkan ke dalam adunan, kerana kak limah kerap juga mengalami buahan mendak ke bawah walaupun telah digaul dengan sedikit tepung. Nampaknya cara ni berjaya untuk menyebarkan buah-buahan keseluruh kek.


KEK BUTTER MELLA
(Sumber : Puan Hajah Zainab Khamis)

250 gm mentega
180 gm gula halus
100 gm tepung mella sand biscuit
100 gm tepung hongkong
75 gm tepung jagung
8 biji telur ayam
1 sudu teh warna kuning
1/2 sudu teh vanilla

Peraturannya
1. Mentega dipukul hingga putih. Ketepikan.
2. Satukan gula, tepung mella, tepung hongkong, tepung jagung dan telur, lalu dipukul hingga rata.
3. Masukkan vanilla dan warna kuning, pukul lagi hingga pekat.
4. Masukkan mentega yang telah dipukul tadi, kacau rata.
5. Masukkan dalam acuan 9' X 9" yang telah disapu dengan mentega lalu dibakar dioven 180C. Sejukkan sebelum dipotong.


Nota kaki Puan Halimah : Kek ni belum pernah dicuba, kalau ada sesiapa yang dah cuba tolong bagi feedback.
Nota kaki Chetam : Ada dari ResepiNet yang bertanya tentang tepung mella sand biscuit. Puan Halimah bagitahu yg biskut mella ni boleh didapati di pasaraya tapi sekiranya tak jumpa boleh digantikan dengan biskut MARIE yang ditumbuk halus.


KEK BUTTER TEPUNG OPTIMA

Bahan-bahan A
300 gm mentega
2 sudu makan susu pekat
2 sudu teh kulit limau sunkist - diparut
1 sudu teh air esen oren
1 sudu teh garam

Peraturannya
Semua bahan-bahan A dipukul sehingga putih.

Bahan-bahan B
7 biji telur
500 gm tepung optima
150 cc air
1 sudu makan ovalette
30 gm tepung hongkong )campurkan menjadi
30 gm tepung susu )satu
Sedikit warna kuning dan badam yang dihiris untuk ditaburkan di atas kek.

Peraturannya:
1. Pukul telur, ovalette, tepung optima dan air sehingga pekat.
2. Masukkan tepung hongkong, tepung susu dan warna kuning dan pukul selama satu minit.
3. Masukkan adunan (A) dan kacau rata.
4. Tuangkan adunan ini ke dalam acuan roti dan taburkan badam yang telah dihiris di atasnya rata-rata.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 160c.



KEK LAPIS AISKRIM ANIKA RASA
(Sumber : Cikgu Zainab Khamis)

30 biji kuning telur (8 biji putihnya)
600 gm mentega
410 gm gula halus
330 gm tepung self-raising
4 sudu makan susu pekat

peraturannya
1. Pukul mentega dan susu hingga putih. Ketepikan
2. Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula seidkit-sedikit hingga habis.
3. masukkan kuning telur dan pukul hingga pekat.
4. Masukkan mentega, kacau hingga rata
5. Akhir sekali masukkan tepung, kacau rata.
6. Bahagikan adunan ini kepada 5 bahagian.

Campuran adalah seperti di bawah:
(a) Campurkan:
100 gm aiskrim vanila
40 gm tepung asikrim vanilla

(b) Campurkan:
100 gm aiskrim vanilla
40 gm tepung aiskrim
1/2 sudu teh esen oren
1 sudu teh pewarna oren

(c) Campurkan:
100 gm aiskrim vanilla
40 gm tepung aiskrim
1/2 sudu teh esen pisang
1 sudu teh warna hijau

(d) campurkan:
100 gm aiskrim strawberry
40 gm tepung aiskrim
1/2 sudu teh esen strawberry
1/2 sudu teh pewarna merah jambu

(e) Campurkan:
100 gm aiskrim chocolat
40 gm tepung aiskrim
1 sudu teh pewarna choklat

1. Gunakan acuan 10" x 10" x 3" yang telah disapu dengan mentega.
2. Bakar selapis-selapais (satu lapis dua senduk) di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu 160C grill sehingga habis.


Nota kaki Puan Halimah : Kek ini leceh sedikit dan banyak belanjanya tapi rasanya emmmmm sedap. Kek ni berbeza dengan kek ice cream yang lain kerana disamping menggunakan tepong ice cream ia juga menggunakan ice berbagai flavour, itu yang membuat rasanya sangat enak. Masa mengadun harus hati-hati tak boleh banyak sangat kacau kerana adunan mudah menjadi cair dan akan menyebabkan kek bantat.

Percubaan pertama kek kak limah bantat, percubaan kedua alhamdulillah berjaya.



KEK LAPIS BUAH SAMOLINA
(Sumber : Puan Zainab Khamis)

20 biji kuning telur (6 putihnya)
500 gm butter
260 gm gula halus - dibahagi 2 bahagian
160 gm top flour atau plain flour
50 gm tepung susu
250 gm samolina
200 gm ceri mrah dan hijau - dihris halus
200 gm kismis kuning - dihiris halus
1 sudu makan ovalette
3 sudu makan susu pekat
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh baking powder.

Peraturannya1. Pukul mentega dan satu bahagian gula hingga kembang.
2. Masukkan samolina, pukul sebentar, lalu diperap selama 3 jam.
3. Pukul kuning dan putih telur bersama sebahagian lagi daripada gula hingga kembang.
4. Masukkan ovalette, pukul hingga rata.
5. Masukkan top flour, tepong susu dan baking powder, kacau rata.
6. Masukkan mentega dan susu pekat, kacau rata.
7. Gunakan loyang 9" x 9" yang telah disapu dengan mentega
8. Bakar selepas-selapis pada tiap tiap lapis taburkan buah-buahan hiris.
9. Gunakan api atas 160C.


Nota kaki Puan Halimah : Kek ni kak limah try pada hari raya haji yang lalu, kek ni sedap dan rasa lemak tapi harus disapu lebih sedikit butter disetiap lapisan jika tidak ia kering dan kurang enak. Oleh kerana anak-anak tak berapa menggemari mixed fruits, kak limah gantikan dengan badam hiris.

Untuk mencepatkan proses pembuatannya kak limah pukul mentega dan gula untuk diperapkan bersama samolina disebelah malam dan pada esok paginya samolina telah sebati dan cukup kembang untuk diproses selanjutnya.

Masih kak limah ingat lagi mak cik berbisik minta dipotongkan sedikit untuk dibawa pulang kemudian keesokan harinya telepon minta tolong buatkan pulak.




KEK LAPIS EVERGREEN
(Sumber : Puan Zainab Khamis)

(Bahan-bahan A)
20 biji kuning telur (2 putihnya)
225 gm gula halus
110 gm tepong hongkong
10 gm tepong jagung
175 gm mentega - dicairkan
1 sudu makan pati air pandan (daun pandan diblend dengan sedikit air)
1 sudu makan ovalette
sedikit chocolat emulco

Peraturannya
1. Pukul kesemua bahan-bahan di atas (melainkan mentega) hingga pekat.
2. Masukkan mentega, kacau rata.
3. Asingkan satu senduk daripada adunan ini dan campurkan dengan chocolat emulco.
4. Bahagikan adunan yang selebihnya kepada 3 bahagian.
5. Masukkan adunan yang telah dicampur dengan chocolat emulco tadi ke dalam kelongsong kertas dan corakkan diatas salah satu daripada loyang.
6. Bakar di dalam tiga loyang 10" x 10" x 1/2" yang telah disapu dengan mentega dan bakar dioven yang telah dipanaskan 180C hingga masak.

(Bahan-bahan B)
1 biji kuning telur
1 sudu teh air pandan
400 cc air
50 cc susu cair
50 gm gula pasir
20 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung

Peraturannya:
1. Satukan kesemua bahan-bahan di atas, masak hingga pekat.
2. Sapukan di atas kek yang telah disejukkan.
3. Lapiskan kek tersebut supaya menjadi tiga lapis.




KEK LAPIS PANDAN WANGI
(Sumber : Cikgu Zainab Khamis)

20 biji kuning telur (8 putihnya)
250 gm mentega
80 gm majerin
370 gm gula halus
100 gm tepong hongkong
20 gm tepung susu
4 sudu makan air pandan (4 helai daun padan blend dengan sedikit air)
2 sudu makan coconut pandan (esen)
2 sudu makan susu pekat
1 sudu makan TBM
Sedikit pewarna hijau dan kuning

Peraturannya:
1. Pukul mentega, majerin dan susu pekat hingga putih. Ketepikan
2. Pukul kuning telur, putih telur dan gula hingga kembang. Masukkan TBM, pukul lagi hingga pekat.
3. Masukkan mentega yang telah dipukul tadi bersama air pandan dan kacau rata.
4. Masukkan tepung hongkong dan tepung susu, kacau rata.
5. Bahagikan adunan ini kepada dua bahagian. campurkan satu bahagian dengan pewarna kuning dan coconut pandan esen dan sebahgian lagi dengan pewarna hijau dan air pandan.
6. Gunakan loyang 9" x 9" x 3" yang telah disapu dengan mentega dan bakar selapis demi selapis berselang-selang hingga habis. Gunakan oven 160C grill.

Nota Kaki Puan Halimah : Kalau tak ada TBM boleh gantikan dengan pemantap kueh yang lain seperti ovalette, jilk, atau quick 75


KEK ZEBRA
(Sumber : Puan Hajah Zainab Khamis)

750 c putih telur
310 gm mentega
450 gm gula halus
340 gm tepong hongkong
4 sudu makan susu pekat
1 sudu makan rempah kueh
1 sudu makan koko
1 sudu teh cream of tartar

Peraturannya:
1. Pukul mentega bersama susu hingga putih. Ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama cream of tartar hingga kembang.
3. Masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis dan pukul hingga pekat.
4. Masukkan mentega yang telah dipukul tadi kacau hingga sebati.
5. Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga habis dan kacau rata.
6. Adunan ni dibahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan koko dan rempah kueh dan satu bahagian lagi dibiarkan begitu sahaja.
7. Susunkan kedua-dua adunan ini berselang-selang hingga habis.
8. Bakar di dalam loyang bulat 10" yang telah dilengser dengan kepanasan 180c.




KEK LAPIS NONA GELATIK
(Sumber : Puan Zainab Khamis)

Bahan-bahannya
25 biji telur (3 putihnya)
250 gm gula halus
100 gm tepong hongkong
50 gm tepung pulut
300 gm mentega
4 sudu makan susu pekat
1 sudu teh vanilla
Sedikit warna oren, hijau dan kuning

Peraturannya:
1. Pukul mentega, susu dan vanilla hingga putih. Ketepikan.
2. Pukul kuning telur, putih telur dan gula hingga pekat.
3. Masukkan mentega yang telah dipukul tadi, kacau rata-rata.
4. Masukkan tepung pulut dan tepung hongkong, kacau rata.
5. Bahagikan adunan ni kepada 3 bahagian, warnakan oren, hijau dan kuning. 6. Gunakan acuan 10" x 7 " yang telah disapu dengan mentega untuk membakar.
7. Bakar selaplis-lapis (satu warna lima lapis dan bakar hingga habis dengan kepanasan 160C.

Nota Kaki Puan Halimah : Walaupun kek ni menggunakan tepong pulut tapi dari segi rasa tak banyak bezanya dengan kek-kek yang lain. Seperti biasanya kak limah jarang menyimpan tepong hongkong jadi digantikan dengan plain flour dan dicampurkan dengan 2 sudu teh baking powder. Pada masa nak buat tu telur pulak tinggal 20 biji (jadi kak limah gunakan 20 kuning telur dan 3 putihnya).

November 14, 2005

Memasak menggunakan Microwave

Kepada pengunjung yang menpunyai microwave di rumah, Chetam postkan beberapa resepi yang anda boleh cuba. Chetam tak ada microwave so tak leh nak kasi feedback atau nota kaki. Maaf sekiranya resepi berkenaan menggunakan bahasa orang susah(omputih). Kalau Chetam jumpa lagi resepi yang guna microwave.....Chetam akan tambah.

Kway Teow Mikro sumbangan Diana ResepiNet

1 paket kway teow
250g isi ayam
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 batang cili dihiris
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak
½ batang lobak merah dihiris panjang
1 batang cili merah dihiris sebagai hiasan

Cara Cara
Letakkan minyak di bekas khas dan letakkan juga bawang putih dan isi ayam. Gaul hingga rata lalu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 6-9 minit pada suhu sederhana panas.

Selepas itu, masukkan kway teow, sos tiram, kicap cair, garam, kicap manis, lada putih dan hitam dan lobak. Gaul lagi sehingga semuanya rata.

Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 90-120 saat pada suhu sederhana panas.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ayam Gajus Mikro

500 g isi ayam (tanpa kulit)
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada hitam
100 g kacang gajus goreng
1 biji lada jepun hijau dipotong dadu
1 biji cili merah dihiris
2 sudu besar minyak
5 sudu besar jus lemon
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
air secukupnya

Cara untuk Memasak Ayam:
Ratakan minyak di mangkuk mikro. Masukkan isi ayam dan gaul dengan 2 sudu besar jus lemon. Taburkan serbuk lada hitam dan bawang besar. Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 9 – 12 minit pada panas sederhana.

Cara untuk membuat Sos:
Campurkan secawan air dengan tepung tepung jagung, mentega, serbuk perasa ayam dan 3 sudu besar jus lemon. Kacau hingga sebati. Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 90 – 120 saat pada panas sederhana.

Cara untuk menyediakan Ayam Gajus Mikro:
Tuangkan sos dan ratakan di atas ayam. Taburkan kacang gajus. Hidangkan dengan hiasan lada jepun dan cili.

Langkah kanan Chetam hari ini(16/11/2005). Buka email tengok Diana ada kirimkan banyak resepi buat kek menggunakan microwave dalam ResepiNet. So sama-sama kita kongsi.

KEK MENTEGA SENANG
Sumbangan: Arfi Binstead

Bahan-bahannya
1 cawan tepung gandum
2/3 cawan gula
1 ½ sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
60 gram mentega, dicairkan
½ cawan susu segar
1 biji telur
½ sudu the esen vanilla

Cara-caranya
Di dalam mangkuk, campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Tuangkan adunan kedalam loyang 20cm berlubang tengah yang telah dialas dengan kertas kuih. Bakar selama 6 minit sehingga tepi kek tidak lagi melekat.

Panduan
Dengan cepat bancuh dan adunan tepung boleh dibuat asas kek terbalik (upside down kek) boleh letak nenas atau buah pic dalam loyang sebelum tuang adunan tepung ataupun dihidangkan begitu sahaja suam suam panas. Jika membuat kek terbalik jangan gunakan kertas kuih untuk mengalas loyang. Letakkan bulatan nenas yang telah ditoskan, dan tuangkan adunan gula perang yang telah dicampur dengan serbuk kayu manis. Cara membuat adunan gula perang bersama kayu manis adalah seperti berikut:-

1/3 cawan gula perang
3 sudu besar mentega
½ sudu the serbuk kayu manis
1/3 cawan kacang yang telah dicincang

Gaul semua bahan hingga rata dan masak dalam microwave selama 1 minit.

KEK COKLAT JO’S
Sumbangan: Arfi Binstead

¾ cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
¾ sudu teh serbuk penaik
¾ cawan gula
½ cawan susu segar sejuk
75 gram mentega, dicairkan
1 biji telur
½ sudu the esen vanilla

Cara-caranya
Ayak tepung, serbuk koko dan serbuk penaik kedalam mangkuk. Masukkan bahan yang lain dan gaul rata. Tuangkan kedalam loyang bulat berukuran 20 cm (lebih baik menggunakan loyang yang berlubang tengah). Alaskan dasar loyang dengan kertas kuih, terutama sekali jika menggunakan perkakas kaca atau pyrek. Masak selama 7 minit dalam microwave. Panduan:
Resipi yang cepat dan mudah dibuat dan mendapat kek coklat yang ringan. Bila memasak kek haruslah perkakas diletakkan diatas rak kek atau atas alat microwave yang berpusing, supaya kek masak serata.

Nota kaki Chetam : Puan Arfi Binstead merupakan salah seorang ahli ResepiNet yang berasal dari Indonesia tetapi telah berkahwin dan bermastautin di New Zealand. Beliau mempunyai blog beliau sendiri - http://mypantry.blog.co.uk. Cuba lawati blog beliau dan tengok posting tentang cupcakes.....comel giler cupcakes tu.


CHEESECAKE

Bahan-bahannya
225 gram biskut digestive atau plain
125 gram mentega
250 gram krim keju
250 gram keju cottage
2 biji telur
½ cawan gula kaster
2 sudu besar tepung jagung
¼ cawan susu segar
2 biji lemon, diparut kulitnya
1 sudu teh jus lemon

Cara-caranyaUntuk membuat biskutnya, hancurkan biskut hingga halus dan campurkan dengan mentega yang telah dicairkan. (Cairkan mentega yang telah dipotong kecil-kecil dalam microwave selama 1 minit. Tekan biskut pada dasar mangkuk casserole 20 cm. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga ia set. Untuk filling, pukul cheese sehingga licin. Masukkan telur, pukul hingga ia serata. Masukkan bahan-lain dan gaul sebati. Tuangkan keatas biskut. Masak selama 12 minit menggunakan ½ power, sehingga ia set. Sejukkan kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk. Letakkan kekacang ataupun buah-buahan atasnya waktu menghidang.


MICROWAVE CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahannya
1/4 cawan serbuk koko
2/3 cawan air panas, dibahagikan dua
3/4 cawan + 2 sudu besar tepung serbaguna
1 cawan gula
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan + 2 sudu besar minyak sayuran
1 biji telur
2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
Griskan bekas micro proof yang berukuran 7 1/4 x 2 1/4 inci atau 8 x 1 1/2 inci. Dialas dasarnya dengan plastic wrap.

Dalam mangkuk campurkan serbuk koko bersama 1/3 air panas, microwave high selama 40 - 50 saat atau sehingga ia memekat sedikit.

Dalam bekas yang berasingan, campurkan tepung, gula, baking soda, baking powder dan garam. Sebaik-baiknya ayak supaya bahan rata. Masukkan minyak, lebihan 1/3 cawan air panas, telur, esen vanilla dan campuran serbuk koko tadi dan pukul sehingga adunan tepung menjadi licin dan sebati. Tuangkan adunan kedalam bekas yang telah disediakan. Microwave pada HIGH selama 5 - 6 minit (600 - 700 watt) tak payah memusingkan kek. Jangan risau jika nampak kek macam belum masak kerana ia akan sambung memasak pada waktu STANDING. Biarkan ia standing selama 5 minit, kemudian boleh dikeluarkan dari bekas dan buang plastic wrap. Biarkan sejuk baru diletak frosting.

Cara untuk membuat Frosting
Dalam mangkuk campurkan 3 sudu besar mentega, yang telah dilembutkan, 1/4 cawan serbuk koko, 1 1/3 cawan gula aising, 2 - 3 sudu besar susu segar dan 1/3 sudu teh esen vanilla. Pukul semua hingga sebati. Boleh dapat 1 cawan frosting. Sapukan diatas kek dan hias dengan manik2 atau smarties jika suka untuk anak-anak.


VANILLA CAKE

Bahan-bahannya
2/3 cawan mentega
1 1/3 cawan gula
1 cawan susu segar
3 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung serbaguna
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 resipi chocolate frosting (seperti diatas)

Cara-caranya
Alas dasar loyang bulat 9 inci dengan kertas kuih. Ketepikan. Letakkan mentega dalam mangkuk. Microwave HIGH selama 15 - 30 saat atau sehingga mentaga lembut. Masukkan gula dan pukul dengan mesin pemutar. Masukkan susu, telur dan esen vannilla. Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak. Pukul pada kelajuan perlahan sehingga ia sebati. Tuangkan adunan kedalam bekas yang telah disediakan. Microwave at Power Level selama 5 - 6 minit dan perlu dipusingkan loyang sekali. Kemudian Microwave HIGH selaam 3 - 5 minit atau sehingga permukaan timbul kembali bila ditekan. Biarkan ia stand selama 5 - 10 minit. Keluarkan ke atas wire rack dan sejukkan. Adunan boleh dibakar dua kali untuk mendapatkan dua lapis kek yang diletakkan frosting ditengah.


~~~~~~~~~~~~~
Chetam tengah dalam proses nak dapatkan resepi dari Forum CARI.com tapi pc ni lembab pulak dah. InsyaAllah Chetam akan sambung lagi. Kebetulan hari ni sibuk ngan keje.

Okay...berikut resepi yang Chetam ambil dari CARI.com. Resepi ini telah dikompilasikan oleh Puan Noor Masri dan juga Kak Liza.

Singgang Ikan dari Kak Liza

Bahan
1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas.............]dihiris nipis
2 cm kunyit hidup........]
5 keping asam keping/gelugor
garam
ciliapi..ikut suka

Cara....
1. masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.
2. Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.
3. Keluarkan dan masukkan ciliapi

Tanak pulut dalam micro wave dari Kak Liza

1. beras pulut [ikut suka banyak mana nak masak] dibasuhkan dan masukkan dalam mangkuk bertudung...
2. Masukkan air anggran tinggi sedikit dari beras pulut tu..
3. Masakkan dalam m/wave oven pada MEDIUM selama 30 minit.
4. Bila dah masak..keluarkan dari oven microwave dan kacau rata..
5. Hidangkan dengan ikan masin goreng...atau kuah pengat durian...

Black Pepper Chicken dari Lin (sebijik rasa cam yg kat secret recipe tu)

ayam ( dada atau whole peha-buang tulang)
black pepper - dalam dua sudu besar, tumbuk
oyster sauce - dua sudu
bawang putih - seulas - tumbuk
bawang merah - dua biji - tumbuk
halia - 1/2 inci - tumbuk
fish sauce - ikut rasa ( guna garam pun ok)
kicap sikit

campur semua bahan, perap ayam dalam 10-15 mins
masukkan dalam pinggan, cover dengan cling filmmasukkan dalam microwave, masak for about 5-10 high ( masa selalu ikut kuasa microwave).

Steam fish ....style org cina dari DARSITA

Dalam mangkuk (special utk microwave) letakkan ikan yg dah di cuci bersih, letakkan garam, lada sulah (putih), minyak bijan, sedikit ajinomoto (kalau tak makan ajinomoto ..letakkan sedikit gula), hirisan halia dan hirisan, kicap soya (cair) sekadar mewanakan (dua tiga titik), sesudu besar minyak goreng.

Peram selama 15 minit.

Cover mangkuk dengan plastik wrap (ada dijual di supermarket) patikan plastik ini satu inci dari bahan bahan atau isi ikan.

Masukkan dalam microwave .. untuk 9 minit.

Dalam kuali kecil masukkan dua sudu besar minyak dan goreng hirisan bawang putih. Hiriskan daun bawang (spring inion) bukan daun kucai ya ...

Bila microwave sudah berbunyi ..tit tit tit ... keluarkan mangkuk tadi, curahkan bawang putih goreng yg di goreng bersama minyaknya dan last taburkan hirisan daun bawang tadi. Tutup balik dengan plastik wrap.

Siaplah sudah stim/steam fish ini. Untuk menentukan isi ikan dah masak, cucuk daging ikan dengan toothpick ..kalau tak ada isi ikan yang melekat itu tandanya isi ikan dah masak.

KEK LAPIS AISKRIM MOCCA sumbangan Diana ResepiNet



Bahan-bahannya
450 gram mentega
350 gram gula kaster
80 gram tepung softasilk
50 gram tepung aiskrim vanilla
28 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 sudu besar pes mocca
1 sudu besar rata ovalette
1 sudu teh coffee oil
pewarna coklat dan merah secukupnya

Cara-caranya
1. Mentega dan pes mocca dikacau rata.
2. Pukul telur bersama gula sampai kembang, masukkan ovalette dan terus pukul sehingga pekat.
3. Masukkan tepung sambil dikacau perlahan-lahan.
4. Akhir sekali campurkan ke dalam adunan mentega.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian campurkan coklat dan coffee oil. Satu lagi bahagian diwarnakan merah.
6. Dengan menggunakan grill bakar adunan coklat 2 lapis dan bakar adunan berwarna merah 2 lapis dan buat begitu sehingga habis.
Posted by Picasa

KEK LAPIS AISKRIM PISANG sumbangan Diana ResepiNet



Bahan-bahannya
400 gram mentega
250 gram gula kaster
200 gram pisang berangan, dilecek
110 gram tepung gandum
20 gram tepung aiskrim vanilla
20 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen pisang
sedikit pewarna hijau

Cara-caranya
1. Pukul mentega sampai putih dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain pukul telur dan gula sebentar, masukkan ovalette dan pukul lagi sampai naik masukkan tepung gandum dan tepung aiskrim dan gaul rata.
3. Masukkan pula mentega, pisang dan esen pisang, terus dikacau sehingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu diwarnakan hijau dan satu lagi dibiarkan plain.
5. Dengan menggunakan grill bakar aduanan bewarna hijau sebanyak 2 lapis diikuti dengan selapis adunan plain ulangi proses ini sampai habis.
Posted by Picasa

KEK LAPIS AISKRIM JEJALUR MOCCA



Bahan-bahannya
31 biji kuning telur
8 biji putih telur
12 oz mentega
5 oz tepung Hong Kong
1 sudu the ovalette
1 sudu teh pes coklat
1 sudu teh esen mocca/ coffee
7 oz gula kaster
2 oz tepung aiskrim
4 sudu besar susu manis
1 sudu teh esen strawberi
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna, merah, hijau, biru dan oren

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan esen vanilla sampai kembang dan ketepikan.
2. Dalam bekas berasingan pukul gula, telur dan ovalette sampai kembang.
3. Masukkan tepung Hong Kong dan tepung aiskrim diikuti dengan mentega pukul lagi sampai bercampur rata.
4. Ambil 8 senduk warnakan setiap dua senduk dengan merah, hijau, oren dan biru.
5. Adunan yang masih tinggal bahagikan kepada dua bahagian dengan esen strawberi dan satu lagi dengan esen coklat serta mocca.
6. Dengan menggunakan gril bakar sebanyak 5 lapis berselang seli adunan plain dan coklat.
7. Diikuti dengan selapis adunan oren, selapis hijau, selapis biru dan selapis merah.
8. Seterusnya lapis lagi dengan adunan plain dan coklat sebanyak 5 lapisan.

NOTA: Sekiranya tidak ada timbang sukatan oz. Ini dia conversion kepada gram. 1 oz = 28.3 gram dan kalikan mengikut resipi yang telah diberikan.
Posted by Picasa

KEK LAPIS AISKRIM KRETEN sumbangan Diana ResepiNet



Bahan-bahannya
30 biji kuning telur
2 biji putih telur
350 gram gula halus
50 gram tepung aiskrim vanilla
1 sudu besar pes mocca
200 gram kismis
1 sudu the esen vanilla
sedikit pewarna hijau
90 gram tepung softasilk
1 sudu teh esen buah-buahan (sebarang jenis buah-buahan)
1 sudu besar ovalette
500 gram mentega

Cara-caranya
1. Mentega, esen vanilla, esen buah-buahan dikacau sampai sebati.
2. Pukul telur bersama gula sehingga pekat, masukkan ovalette dan terus pukul hingga pekat.
3. Masukkan mentega dan kacau rata. Kemudian masukkan tepung aiskrim dan tepung softasilk. Kacau rata.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian diwarnakan hijau dan satu lagi dibiarkan plain.
5. Dengan menggunakan grill bakar 2 lapis adunan plain dan 3 lapis adunan hijau setiap lapisan ditaburkan kismis. Buat begitu hingga habis.
Posted by Picasa

KEK LAPIS AISKRIM COKLAT KELAPA sumbangan Diana ResepiNet



Bahan-bahannya
32 biji kuning telur
300 gram gula kaster
40 gram tepung aiskrim vanilla
150 gram kelapa tin
1 sudu besar ovalette
4 biji putih telur
500 gram mentega
150 gram chocolate rice
100 gram tepung softasilk
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning dan coklat
Cara-caranya
1. Telur dan gula dipukul hingga kembang dan masukkan ovalette.
2. Didalam bekas lain pukul mentega sampai kembang.
3. Masukkan tepung serta esen vanilla kedalam adunan telur dan kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan mentega kacau sampai sebati kemudian bahagikan kepada 2 bahagian satu bahagian masukkan pewarna kuning dan satu lagi coklat.
5. Dengan menggunakan grill bakar 1 senduk adunan bewarna kuning, taburkan chocolate rice apabila masak ratakan pula adunan berwarna coklat taburkan kelapa seterusnya buat lapisan sehingga habis.
Posted by Picasa

November 11, 2005

Chetam nak berkongsi gambar-gambar CHENUL

Minta maaf tapi Chetam nak lupakan resepi buat seminit dua. Chetam nak tampal gambar Chenul untuk dikongsi bersama. Gambar-gambar berikut telah diambil oleh anak saudara Chetam, AYU dengan menggunakan kamera phone.......mesti mahal handphone tu sebab kualiti gambar memang bagus...hehehehe.......


Chenul bergaya di pagi Hari Raya Pertama. Posted by Picasa

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

November 10, 2005

Nak kongsi citer pasal CHENUL


Sinyum!!! Posted by Picasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam nak citer sikit pasal anak dara Chetam ni. Kisah terjadi semasa raya ketiga di kampung Chetam. Rumah parents Chetam betul-betul di tepi jalan besar so pintu pagar memang sentiasa tertutup. Chetam dan Chenul dah siap nak pi jalan-jalan ke Kuala Kangsar naik bas jer.....alah..bas berhenti depan rumah jer. Sementara menunggu suami Chetam, Chenul main bola ngan sepupu-sepupu dia. Nama jer anak dara tapi pantang nampak BALL......hehehehe....Chetam dok sembang ngan mak, kak ipar kat kerusi batu depan rumah. Chenul dok mengejar bola di tengah panas. Datang abang ipar Chetam yang dok bangi tu nak pi buang sampah. So dia bawa plastik hitam naik motor dan buka pintu pagar. Chetam suruh anak sedara yang 6 tahun pi tutup pagar semula. Lepas beberapa ketika....abang ipar Chetam pun balik. Dia buka pintu pagar tapi tak tutup semula. Lagi sekali Chetam jerit kat anak sedara suruh tutup pintu pagar.

Masa dok sembang, mak Chetam cakap yang Chenul ni cekap. Bahaya biar pintu pagar terbuka sebab dia laju. Kalau dis selinap keluar memang tak dapat tangkap. Kereta banyak pulak tu. Jarak pintu pagar ngan jalan utama cuma dalam 2 atau 3 meter. Dekat sesangat. Masa ni lah abang ipar Chetam dok sibuk nak buang sampah yang kedua. Dia buka pintu pagar dan dok tenggek atas motor. Masa tu jugalah apa yang emak Chetam cakap jadi kenyataan. Chenul menyelinap keluar antara pintu pagar, terus meluru keluar. Chetam terus bangun berlari nak tangkap Chenul. Jarak antara tempat Chetam duduk ngan pintu pagar tu jauh juga. Dengan badan montel Chetam berlari juga sampai rasa nak tersembam tapi Chetam tahan sebab telinga dok dengar emak Chetam ngan kakak ipar dok menjerit tangkap Chenul. Lagi semeter nak sampai jalan raya, Chetam dapat tangkap Chenul itupun selepas buat aksi STUNT dengan merebahkan badan melayang peluk Chenul. Terus Chetam tersungkur jatuh dan timpa Chenul maka Chenul pun mulalah melalak ngan kuatnya. Chetam takut muka dia cedera sebab keadaan tanah yang berbatu-batu. Alhamdullilah, Chenul tak cedera langsung. Mungkin melalak sebab terkejut tetapi seluar Chetam koyak di bahagian lutut. Baru perasaan yang Chetam luka di kepala lutut......sakit giler.....

Chenul diambil oleh sorang anak sedara yang dah umur 18 tahun dari tangan Chetam dan Chetam masuk terduduk kat tanah. Sakit nak bangun. Anak sedara Chetam passkan Chenul pada suami Chetam dan macam biasa....suami Chetam salahkan Chetam sebab biarkan Chenul main tengah panas sampai boleh terlepas keluar pagar....hehehehe ....suami Chetam tak fikir kalau Chetam tak buat aksi STUNT tadi, mungkin Chenul dah sampai ke jalan raya. Chetam tak boleh nak bayang kalau ditakdirkan Chetam jatuh dahulu sebelum dapat tangkap Chenul. nak tahu kat mana abang ipar Chetam masa tu? MASIH DUDUK ATAS MOTOR...........hehehehe......Chetam pelik sangat sebab dia langsung tak bergerak sedangkan dia yang paling dekat ngan Chenul. Lepas dia balik dari buang sampah kali kedua, abang ipar minta maaf ngan Chetam. Ruper-rupernya dia tergamam. Langsung tak leh bergerak. Emak Chetam pucat muka dan sesak dada sampai ke petang. Dia masih tak boleh lupa kejadian tu.

Pesan Chetam pada semua pengunjung yang ada anak yang sedang lasak..........berjaga-jagalah.......perhatikan anak kita sebab MALANG TAK BERBAU.

Nota Kaki Chetam : Gambar di atas di ambil oleh suami Chetam sebelum kejadian tersebut. Dengan berpakaian maxi labuh itulah Chenul berlari keluar. ALHAMDULLILAH....SYUKUR PADA ALLAH yang telah memberikan kekuatan pada Chetam untuk membuat adegan STUNT.

Posted by Picasa

November 09, 2005

Lagi satu resepi yang Chetam rekomen untuk dicuba - Bingka Daging Bercheese

Chetam dah cuba 2 kali resepi ni. Kali pertama sebagai bahan eksperimen semasa berbuka puasa di rumah Chetam tapi mendapat sambutan hangat dari kakak, abang, kakak ipar dan anak2 sedara. Kali kedua Chetam buat semasa berbuka puasa di kampung(Tepeng). Itupun selepas anak2 sedara buat permintaan. Lagi sekali dapat sambutan hebat sampaikan ada permintaan untuk buat sekali lagi.....tapi Chetam tak sanggup.........hehehehe

Resepi ni disumbangkan oleh Kak Rashidah dari ResepiNet. Kak Rashidah telah mengeluarkan RM200 untuk membeli resepinya tetapi memberikan resepi tersebut kepada ResepiNet secara percuma. Semoga Allah membalas jasa baik Kak Rashidah. Resepi ini telah dicuba oleh ramai ahli ResepiNet dan Diana juga sudah mencuba dan telah mengolah resepi tersebut supaya senang diikut.

Chetam rekomen 100% agar anda mencuba resepi ini. Gerenti anda akan berasa puas hati.

Image hosted by Photobucket.com
BINGKA DAGING BERCHEESE

Bahan A
300 gram daging cincang
3 sudu teh jintan putih
4 sudu teh lada putih
1 sudu teh minyak sayuran
1 sudu teh garam

Bahan B
250 gram tepung gandum
600 ml santan dari 1/2 biji kelapa (perah untuk mendapatkan 750 ml - 150 ml untuk digunakan untuk Bahan C)
100 gram mentega, dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh garam

Bahan C
150 ml santan (dari lebihan perahan 1/2 biji kelapa tadi)
75 gram cheddar cheese, diparut
1 sudu besar tepung gandum

Bahan Hiasan
1 batang lada merah, dihiris halus
1/2 cawan bawang goreng
daun sup dan daun bawang, dihiris

Cara untuk Bahan A
Panaskan minyak masukkan daging dan taburkan jintan, lada putih dan garam dan masak sehingga ia bertukar warna dan airnya kering. Sedia untuk digunakan.

Cara untuk Bahan B
Gunakan food processor ataupun blender. Mesti bersihkan dari segala bau-bauan seperti sambal, belacan dll. Cuci dengan sabun dan isi air dan kemudian blender kasi blender itu betul2 bersih dan tidak berbau.

Masukkan santan, garam dan telur, blender rata. Kemudian masukkan tepung, blender hingga sebati. Last masukkan mentega cair yang telah disejukkan dan blender rata. Gunakan periuk non-stick dan juga senduk kayu ataupun whisk. Masak adunan tepung diatas api yang kecil dan hendaklah adunan dikacau selalu tidak boleh ditinggalkan. Ini penting kerana jika tidak adunan akan bergentel.

Masak adunan tepung sehingga sedikit pekat (pekatnya sama macam Macaroni and Cheese - cheese tu pekat macam gitu rupanya). Kemudian angkat dari atas api dan campurkan dengan 100 gram daging cincang yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Gunakan loyang springform 9 inci tak payah lapik dengan aluminium foil. Lenser loyang dengan 2 sudu besar mentega, ini perlu untuk mendapatkan tepi bingka yang berwarna kuning emas lagi garing nampak menarik. Kenapa Diana gunakan loyang springform (loyang itu sahaja yang ada dirumah my friend hehe) sebab ia non-stick dan juga bila dah masak senang untuk membukanya dan kuih akan keluar cantik dan senang untuk letak atas pinggan dan sajukan. Tuang adunan tepung kedalam loyang dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 40 - 45 minit. Kemudian sediakan Bahan C.

Cara untuk Bahan C
Campur tepung bersama santan dan gaul rata supaya tidak bergentel. Kemudian masukkan cheddar cheese dan masak atas api yang sederhana sehingga ia pekat sedikit. Sedia untuk digunakan.

Bila bingka telah masak, tuang Bahan C dan ratakan. Tabur lebihan daging, bawang goreng, daun sup/ daun bawang dan terakhir cili merah. Tekan sikit kasi daging tu melekat kat Bahan C. Dan sambung bakar selama 10 minit. Bila keluarkan dari oven, biarkan ia sejuk selama 10 minit, baru buka loyang springform, sedia untuk dihidang. Sedap makan panas-panas bersama cili sos.

November 08, 2005

Chetam rekomen resepi ni - Nasi Ayam Keluarga Diana

Assalamualaikum

Bertemu kembali di Teratak Chetam. Lama jugak Chetam bercuti........hehehehe.

Chetam nak berkongsi satu resepi yang diberikan oleh Diana dari ResepiNet. Chetam dah cuba sebagai juadah berbuka puasa semasa di kampung. Seumur hidup Chetam tak pernah masak nasi ayam dan Alhamdullilah, percubaan pertama menjadi dengan jayanya. Chetam dapat sokongan padu dari kakak yang tinggal di Bangi dan dari bapak Chetam sendiri bila suarakan hasrat nak cuba buat Nasi Ayam. Bapak terus ke kedai belikan halia dan bawang putih sebab nasi ayam ni gunakan banyak bahan tersebut. Tapi terpaksa tangguhkan dulu memasak nasi ayam sebab abang Chetam dari Serdang, Kedah belum balik bawa ayam. Setiap tahun apabila hari raya atau ada kenduri kendara, abang Chetam yang dari Serdang ni akan sponsor ayam walaupun dia bukan tokeh ayam....hehehehe.....So hari terakhir puasa, abang Chetam pun sampai dan bapak serahkan seekor ayam pada Chetam.

Paling kelakar sebab nama masakan ayam ni ni AYAM MASAK MADU tetapi disebabkan Chetam goreng lama sangat..............warna ayam pun dah jadi hitam...........cuma hitam di luar tapi di dalam masih lagi elok. Kakak dan Kakak Ipar Chetam kata........ini bukan AYAM MASAK MADU tapi ayam masak NEGRO............hehehehe. Tak kisah apa nama yang diberi..................tapi Chetam rekomen 100% agar anda semua dapat mencuba resepi yang amat mudah ini. End result..........habis nasi ayam yang Chetam buat dan ayam NEGRO tu pun licin. Sambal cilinya pun sedap..........siap cicah ngan keropok lekor lagi.

Terima Kasih tak terhingga Chetam ucapkan pada Diana yang tak lokek memberikan resepi keluarga beliau. Sila semak resepi di bawah.


Gambar di atas Chetam cilok dari ResepiNet - Hasil Tangan Jeni

NASI AYAM KELUARGA DIANA

Bahan-bahannya
1 kilo beras
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu makan garam
serbuk perasa
air paras sukatan beras
minyak untuk menumis

Cara-caranya
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehinnga naik bau, masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Keluarga Diana kalau buat nasi ayam tidak mengunakan air rebusan ayam ataupun serbuk sup. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan.

SOS NASI AYAM

Bahan-bahannya
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Cara-caranya
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.

AYAM GORENG MADU (untuk Nasi Ayam)

Bahan-bahannya
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan (Chetam tak ada minyak minyak bijan tapi Chetam gantikan ngan minyak jagung....hehehehe)
air untuk rebus secukupnya
minyak untuk menumis

Untuk dikisar
1 ibu jari hali
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara-caranyaBersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.

AYAM REBUS STYLE HAINAN/ HAKKA

Bahan-bahannya
1 ekor ayam
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus ayam

Cara-caranya
Bersihkan ayam dan dibasuh dengan air garam, jangan dipotong biarkan ia seekor. Kemudian gantung ayam untuk dikeringkan seketika. Masak air dalam periuk besar (air mesti cukup untuk tenggelamkan ayam) sehingga ia mendidih. Masukkan ayam dan kecilkan api dan rebus ayam untuk 40 minit. Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap so pandai-pandai untuk agak. Jika tidak berdarah lagi boleh angkat ayam dan gantung untuk toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur. Potong ayam macam jual kat kedai. Tuangkan sedikit kicap cair dan minyak bijan atas ayam dan hidangkan bersama nasi ayam.

SUP (untuk Nasi Ayam)

Cara-caranya
Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu ataupun Ayam Rebus Style Hainan. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Fuhhh terantuk. Itulah supnya.

Nota dari Diana:

Kepada yang suka, air rebusan ayam boleh juga digunakan untuk masak nasi. Ini terpulang pada individu. Sup Nasi Ayam juga sedap kalau letakkan kaki ayam dan leher ayam, kepada yang suka. Boleh juga menyediakan Sayur Chap Chai untuk dimakan bersama Nasi Ayam.

Nota dari Chetam:
Chetam cuma cuba Ayam Madu........sesiapa yang rajin, bolehlah cuba Ayam Rebus Hainan/Hakka. Sori tak ada gambar.........tak sempat..........hehehehe

Chetam masih dalam mood RAYA...hehehehe