Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Mei 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan Mei 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
Confirmed : 12 Mei utk kelas personal dengan Puan Farah - Kelas Tartlet dan Kelas Asas Deco Cupcakes
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


11 Mei 2013 - Kelas Kombo : Cheese Tart, Fruit Tart, Strawberi Choc Tart, Cream Puff dan Enclair - Yuran RM250

12 Mei 2013 - Kelas Deko Cupcakes dengan tema bunga-bungaan - Yuran RM250 - Kensel

18 Mei 2013 - Kelas Asas Deko Cupcakes dengan buttercream dan piping jelly - Yuran RM180

19 Mei 2013 - Kelas Asas Coklat Buatan Tangan - Yuran RM220

Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

Module yang anda boleh gabung dalam satu hari untuk kelas personal. Anda sendiri yang tetapkan tarikh yang sesuai.

Module 1
Kelas Kek Coklat Moist Versi Bakar(siap ganache dan hiasan) dan Kukus(dengan topping mudah) serta Brownies mudah - Yuran RM200


Module 2

Kelas Aneka Tartlets - Cheese Tart, Fruit Tart, Walnut Tart, Egg Tart - Yuran RM160

Module 3
Aneka Chaox Pastry - Cream Puff, Enclairs, Snowy Swan, Fruit/Tuna Basket
- Yuran RM160

Module 4
Kelas Puding dalam Loyang
- Yuran RM160

Module 5
Kelas Puding dalam Bekas Mini - Yuran RM160

Module 6
Kelas Bakul Pastri dan Tart Buah - Yuran RM250


Module 7
Kelas Asas Aneka Coklat - Yuran RM230

Module 8
Kelas Kek Red Velvet - Belajar 2 resepi berbeza - kek dan cuppies
Yuran - RM200

Module 9
Kelas Kuih Talam
Hands On 4 Resepi - Yuran RM160
Hands On 5 Resepi - Yuran RM180

Module 10
Kelas Aneka Kek Komersial - Kek Sponge, Kek Butter, Kek Coklat, Kek Lapis
Pandan , Kek Chiffon. Yuran - RM300

Module 11
Kelas Aneka Kek Keju Mudah - Kek Snowy Cheese, Kek Keju Bost(yg lain akan update)


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.

August 25, 2005

Salam Teruja dari Chetam

Assalamualaikum Pengunjung Teratak Chetam

Kenapa Salam Teruja? Sebab Chetam rasa a bit excited hari ni. Chetam listkan di sini :
  • Baca dalam Harian Metro, jualan album kompilasi Mawi melebihi 40,000 keping......Huiyo.........itu baru World. Oh Ya!!! Selamat Ulang Tahun yang ke 24 untuk Mawi World. Semoga kecemerlangan Mawi akan berterusan.
  • Tengok email dari ResepiNet.....rupa-rupanya Moderator Diana dok promosi Blog Teratak Chetam ni. Thanks a lot. Sekiranya anda meminati bidang masakan dan nak berkongsi ilmu, jadilah ahli Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com. Sekiranya anda tak tahu memasak, jangan risau. Ramai sifu-sifu yang sedia membantu anda.
  • Juga dapat personal email from Moderator Diana - terungkai satu permasalahan.....thanks a million. You are such a dear person.
  • Dan yang paling teruja...........dapat invitation dari Puan Ann untuk join Forum WanitaMelayu.com. Dulu Chetam ahli Melayu.com tapi sekarang langsung tak dapat masuk laman web MDC. Baru tahu cerita rupernya MDC kena virus dan sekarang dah ada WMDC. Banyak ilmu yang Chetam dapat dari MDC....antaranya masakan, jahitan dan kraftangan. Terima kasih tak terhingga Chetam ucapkan pada Puan Ann. Sekiranya anda seorang Wanita dan ingin berkongsi kemahiran, masalah atau apa saja.....kunjungilahlah Forum WMDC di http://www.wanitamelayu.com

Oh Ya.....Chetam berjaga sampai pukul 2 pagi kerana mencuba 2 resepi sumbangan SIFU SURIA dan Puan Norehan dari Resepi.Net. Chetam akan postkan resepi dan gambar di lain ketika. Chetam nak kasi komen pun tak boleh sebab belum rasa lagi Carrot Moist Cake dan Kacang Berempah. Malam ni baru nak buat topping untuk kek tu.

Akhir Kata.............SeLAMAT HARI WANITA untuk semua insan yang bergelar WANITA.

August 16, 2005

Kepada yang berminat nak menyertai ResepiNet...

Ok.....since ada pertanyaan macam mana nak join ResepiNet, Chetam letakkan di sini. ResepiNet ni ada YG tapi ada website juga. Sesiapa yang rajin mencuba resepi baru, memang elok join. Moderators utama adalah Puan Jeni dan Cik Diana.

Untuk menjadi ahli di Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com. Tapi kena tunggu approval dari moderators.

Chetam

Thousand Apologies!


Assalamualaikum pada semua pengunjung blog ni.

Maaf sebab dah lama tak update resepi di sini. Chetam sibuk dok tengok Akademi Fantasia 3.....hehehehe......since AF3 dah tamat, bolehlah Chetam tumpu perhatian pada Teratak Chetam.

Resepi yang Chetam nak kongsi ni amat mudah untuk dibuat. Chetam dah cuba, seronok betul dok mengunyah. Terima kasih pada Cikgu Suria yang tak lokek berkongsi resepi ni di YG ResepiNet.
Gambar di atas sumbangan Norhaslinda dari ResepiNet


Popia Pedas

Satu bungkus kulit popia yang besar (jenama KG Pastry atau SweetHome)
1 sudu bawang putih yang dah dikisar
3 sudu cili yang dah dikisar (untuk yg malas macam Chetam...hehehe....boleh guna cili boh yang siap paket. Ada yang dah ditambah garam, so tak payah tambah lagi)
6 sudu gula
Sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Pelekat (sama ada tepung gandum + air atau putih telur + air. Chetam dah guna kedua-dua cara)

Cara
Gulung kulit popia ni dan lekatkan ngan pelekat. Tutup dengan tuala lembab untuk elakkan kulit popia ni dari menjadi kering. Dah habis gulung, ambil gunting dan potong menyerong dalam jarak 1cm. Siapkan kuali ngan minyak yang banyak. Goreng ngan api perlahan hingga masak. Toskan betul-betul.

Masukkan cili, gula, bawang putih dan garam ke dalam kuali (masukkan serentak). Masak sehingga gula jadi melekit-lekit, masukkan kulit popia yang ditos kering. Padam api dan gaul sehingga rata. Dah sejuk, boleh la masuk dalam balang.

That's it.............senang banget. Boleh buat juadah untuk hari raya nanti.

Sebenarnya popia ni boleh juga digaul dengan gula ising. Tak payah perisa tambahan. Kalau nak lagi mengancam, boleh cuba cara dari Cik Angelia (orang Sarawak). Beliau mengaulkan popia yang dah digoreng dengan Horlicks atau Nestum. So anda boleh cuba popia berperisa gula ising atau horlicks atau nestum atau gabungan kesemuanya.

Untuk popia bersalut horlicks.

Popia yang dah digoreng. Mesti tos hingga kering betul-betul.
3/4 cawan horlicks
1/3 cawan gula ising.
Gaul kesemuanya.

Untuk popia bersalut nestum.

Popia yang dah digoreng. Mesti tos hingga kering betul-betul.
3/4 cawan nestum yang ada susu. Kalau nestum tu kasar, kisar dahulu.
1/3 cawan gula ising.
Gaul kesemuanya.

Untuk popia bersalut horlicks dan nestum.

Popia yang dah digoreng. Mesti tos hingga kering betul-betul.
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula ising.
1 cawan nestum
Gaul kesemuanya.

Nota : Sukatan horlicks dan nestum boleh disesuaikan mengikut citarasa anda sendiri.

August 04, 2005

Steambath Method - Khas untuk menjawap soalan Jenny

Gambar-gambar ni Chetam ambil dari ResepiNet sumbangan dari Diana.

Nak describe ngan lebih jelas apa Steambath Method ni, sila rujuk gambar kedua. Kita perlu menyediakan bekas besar untuk dimasukkan air di dalamnya dan loyang yang berisi adunan kek diletakkan pula di dalam bekas air tadi. Jika kita lihat gambar pertama, loyang dibalut dengan aluminium foil. Ini adalah kerana selalunya Kek Keju dibakar di dalam acuan springform.....iaitu acuan itu boleh dibuka di bahagian bawah. Bahagian bawah acuan itu dibalut dengan aluminium foil untuk mengelakkan dari air masuk dan merosakkan kek keju. Sekiranya anda menggunakan acuan biasa, tak payahlah balut.











Chetam