Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


July 21, 2005

Ada Apa Dengan Durian

Okay........resepi-resepi yang berkaitan dengan durian.

DURIAN DELIGHT CHEESECAKE dari Diana ResepiNet
Bahan-bahannya

150 gram mentega
1/4 cawan gula kaster
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan hirisan badam yang telah dipanggang

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur, tepung dan badam dan gaul rata. Sejukkan adunan di dalam peti sejuk selama sejam.
2. Tekan adunan doh ke dasar loyang springform ukuran 22cm. Letakkan atas doh aluminium foil dan isikan dengan beras/ kekacang supaya doh tidak mengelembung sewaktu dibakar. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit. Ketepikan untuk disejukkan. Aluminium foil dan kekacang yang digunakan boleh dibuang.

Bahan untuk Inti
900 gram keju krim (cream cheese)
1/2 cawan krim masam atau yoghurt
3/4 cawan madu1 sudu besar gula kaster
4 biji telur, diasingkan kuning dan putih
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan isi durian
1 sudu besar esen vanilla
serbuk gula untuk diayak

Cara-caranya
1. Menggunakan mesin pengadun, pukul krim keju dan krim masam sehingga sebati dan licin. Masukkan madu dan gula.
2. Masukkan kuning telur satu persatu, dipukul sehingga sebati. Gunakan spatula untuk adunan yang melekat ditepi bekas.
3. Masukkan susu segar, isi durian dan esen vanilla dan pukul hingga sebati.
4. Dalam bekas yang berasingan, pukul putih telur sehingga putih dan kaku dan tuangkan kedalam adunan krim keju dan gaul rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam doh yang telah disejukkan tadi dan bakar selama 45 minit pada suhu 175 darjah C. Apabila sudah masak, matikan panas ketuhar dan buka pintu ketuhar sedikit dan biarkan cheesecake sejuk didalam oven selama 1-2 jam. Ini untuk mengelakkan cheesecake dari merekah.
6. Bila cheesecake sudah sejuk betul, boleh ayak serbuk gula diatasnya sewaktu menghidang.
Nota: Adakala isi durian agak manis, jadi boleh kurangkan madu kepada 1/2 cawan.
REVIEW DARI DIANA - Cheesecake ini untuk anda yang meminati durian.... Cheesecake ini memang hit dikalangan ahli keluarga Diana... Beri rating 7 dari 10.. Pada pendapat saya rasa durian manis tapi ibu bapa dan adik saya kata sedap, manisnya sederhana... mungkin saya ni tak kuat manis... Texturenya ringan dan berkrim... sedap untuk dicuba...


DURIAN BUTTER CAKE dari Diana ResepiNet
Bahan-bahannya
(A)
120 gram isi durian
60 ml susu
40 gram tepung
(B)
250 gram mentega
220 gram gula
(C)
5 biji telur
(D)
200 gram tepung
50 gram serbuk kastard
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Cara-caranya
1. Masukkan isi durian dan susu ke dalam alat pengisar dan kisar sehingga licin. Tambah tepung dari (A) dan kisar hingga sebati.
2. Putar (B) sehingga lembut dan gebu.
3. Campur (C) ke dalam (B) yang sudah diputar. Putar lagi sehingga lembut dan tidak berbintil-bintil.
4. Tampah (A) dan gaul sebati.
5. Campur (D) dan adun sehingga sebati dan rata.
6. Tuang adunan ke dalam tin roti bantal atau acuan bulat berukuran 10"7. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 50 minit.

DURIAN MOUSSE CAKE dari Diana ResepiNet
Bahan-bahannya
Sediakan kek span vanilla bulat berukuran 9" (sila rujuk kepada resipi yang telah diberikan)

Pes Durian
(A)
200 gram durian puree
60 gram gula
120 ml air
(B)

3 sudu besar serbuk gelatin
6 sudu besar air
(C)

160 gram whipped cream (krim putar)

Perhiasan
150 gram whipped cream (krim putar)

Cara-caranya
1. Didihkan (A).
2. Campur (B) dan caikan dengan mereneh. Tambah (B) ke dalam (A) dan gaul hingga sebati. Biarkan ia sejuk.
3. Sediakan 60 gram adunan durian dan campur dengan (C) dan gaul rata-rata.
4. Potong kek span vanilla kepada 3 lapisan mendatar dan tangkup dengan adunan krim durian. Simpan dalam peti sejuk sehingga keras.
5. Sapukan kek dengan krim putar.
6. Baki adunan durian perlu dilembutkan dengan mereneh. Tuang ke atas kek dan ratakan. Biar ia menitis di bahagian tepi. Hiaskan sebagaimana yang ditunjuk di gambar dan siap untuk dihidang.

Kandi Durian dari Kak Chek MealTimeMenus
Koleksi Che Wan Fatimah

1 biji kelapa
1 tin susu pekat
400 gm gula pasir
10 ulas isi durian
sedikit mentega dan pewarna kuning.

Cara membuatnya:
Kelapa dibuang kulit arinya dan diparut memanjang. Masukkan gula, susu pekat, isi durian dan sedikit pewarna kuning ke dalam kuali dan dimasak di atas api yang sederhana, sambil dikacau terus menerus. Setelah gula hancur masukkan kelapa parut.Masaklah dan kacau tanpa henti agar tidak hangus. Apabila kelihatan kental dan tidak melekat di kuali bolehlah diangkat. Dalam keadaan yang masih panas-panas lagi masukkan masakan ini ke dalam dulang acuan yang telah disapu sedikit mentega.Tekan sampai rata. Kemudian dengan sepantan itu potongkan masakan tadi jadi kepingan persegi semasa ia masih hangat dan asingkan untuk dihidangkan apabila sudah sejuk.

Durian Goreng Rangup dari Norazie ResepiNet


1 biji durian diambil isi
2 sb tepung jagung
gula secukup rasa
- masak hingga agak likat - jgn terlalu pekat..

kulit popia size kecil
tepung tempura

Masak isi durian dan sejukkan. Masukkan inti durian ke dlm kulit popia. Bungkus 4 segi dan matikan dgn telur atau pes tepung. Setelah siap, panaskan minyak dlm kuali. Celupkan popia yg siap tadi ke dlm tepung tempura. Goreng hingga kuning & rangup. Hidang panas. Jaga2 inti durian boleh melepuhkan mulut bila tengah panas..hati2.
* tepung tempura bukan yg utk goreng udang..nanti lain lak rasa.

KEK DURIAN 1 dari Anisadlina ResepiNet

6 auns tepung naik sendiri
6 auns mentega
5 auns gula halus
4 auns isi durian - dilenyek4 kuning telur
4 putih telur - dipukul hingga kembang/keras (stiff froth)
1/2 sudu teh ovalette (yang ni saya modify - tahun 60an dulu rasanya takde kot benda ni)

Cara
1.Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2.Masukkan kuning telur satu persatu & pukul rata selepas setiapsatu.
3.Masukkan isi durian yang telah dilenyek halus. Pukul rata.
4.Kaup masuk telur putih dengan perlahan sehingga rata.
5.Kaup masuk tepung naik sendiri dengan perlahan sehingga rata.
6.Bakar pada suhu 350 Farenheit dalam acuan yang telah dilengser mentega selama 1 jam atau sehingga kek masak.
7.Sejukkan atas redai kek sebelum dihidang.

Durian Cake 2 dari Jaslin OnTheMenus

2 cwn tepung gandum diayak
1 cwn mentega pada suhu bilik
1 cwn gula halus
3 telur Gred A - asingkan kuning/putih
1 cawan isi durian yang dilenyek

Caranya:
1) Campur secubit garam halus pada putih telur dan pukul pada kadar tinggi hingga penuh berbuih. Ketepikan.
2) Pukul mentega & gula hingga kembang dan bertukar putih.
3) Masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul adunan.
4) Campurkan durian dan balikkan ke dalam adunan hingga sekata.
5) Masukkan tepung ke dalam adunan sikit demi sikit.
6) Kaupkan buih putih telur dan balikkan ke dalam adunan.
7) Lebihan putih telur boleh diputarkan hingga berbuih, kaup dan balikkan ke dalam adunan.
8) Sapukan sedikit mentega dan taburkan tepung pada acuan sebelum bakar adunan.
9) Bakar pada suhu 160 darjah Celcius selama 50 - 60 minit.
10) Cucuk kek dengan lidi sate jika nak tahu kek masak.
Petua penting:
1) Jangan selalu buka tutup pintu oven sebelum 40 minit kek dibakar. Nanti kek jadi terencat.
2) Acuan yang paling baik ialah yang berlubang di tengahnya.

KEK DURIAN 3 oleh Khariah ResepiNet

1 ½ Cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
125g mentega (250g mentega bahagi 2)
½ cawan isi durian (dilenyek)4 biji kuning telur
4 biji putih telur (dipukul hingga kembang)
½ sudu kecil baking powder

Cara membuatnya:
Pukul gula dan mentega hingga kembang.Masukkan kuning telur satu persatu.Masukkan isi durian yang telah dilenyek.Masukkan putih telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit.Masukkan tepung yang telah dicampur baking powder.Setelah digaul sebati bakar selama 1 jam.


Lempok Durian dari Wan Noraniah Restoren Pak Amir
Lempok durian nie mudah sangat-sangat.

Buah durian (ikut suka beberapa biji)
santan - kalau durian dalam 3@4 biji (besar) santannya hampir 1kilo
gula pasir - ikut citarasa


Asingkan isi dari bijinya tetapi tinggalkan 1 ulas yg tidak dibuang bijinya bertujuan untuk jadi panduan lempok kita tue dah masak ke belum kemudian masukkan kesemua bahan tadi dalam kuali seeloknya kuali tembaga lepas tu kacau sampai masak macam dodol.Nak tahu dah masak ke belom tengok pada biji yang dimasukkan sekali tadi kalau dah tak ada isi yang melekat dan nampak macam berminyak maksudnya dah masaklah tuuuuu.....
Ohya! api semasa memasak jangan besar sangat takut nanti hangit


Lempok Durian dari KhusnaAhmad Restoren Pak Amir

Resepi lempok durian yang selalu I buat. Lempok durian ni boleh disimpan lama. Kalau takde musim durian, kalau nak buat kuih serimuka durian ke, kuih-kuih lain, wajik ke, boleh la guna lempok ni untuk perasa durian. Senang je. Bahan-bahannya terpulang pada kita banyak mana sukatannya. Kalau nak lemak dan manis, lebihkan santan dan gulanya.

Isi durian
Santan
Gula
Daun pandan

Isi durian tu dihancurkan, campurkan santan, daun pandan dan gula. Masak dan kacau dalam kuali sampai isinya kental macam dodol tu, tak melekat di tangan (berminyak sikit). Siap.

Nasi Durian dari Sabrina Bakar Restoren Pak Amir

Sepinggan nasi
5-6 ulas durian
gula secukup rasa
air garam secukup rasa
air suam kuku / air biasa pun boleh


Ramaskan kesemua bahan di atas sekali gus. Kalau rasa terlalu likat atau kering tambahkan air secukupnya....
Memang sedap.....


Koleksi Kek Keju Bergambar Sumbangan Diana dari ResepiNet

Berikut adalah resepi-resepi Kek Keju sumbangan Diana(ResepiNet). Chetam memang tabik spring ngan Diana ni.....rajin bebetul mencuba resepi dan tak lokek berkongsi ilmu. Tanya apa saja dalam ResepiNet, InsyaAllah Diana akan cuba menjawap.

BAKED PEACH YOGHURT CHEESE CAKE
Bahan untuk Kek Span Vanilla
(A)
160 gram gula
15 gram ovalette
(B)
5 biji telur
125 gram tepung
1 sudu teh baking powder
(C)
40 ml air
(D)
75 gram mentega, dicairkan

Cara untuk Inti
(A)
500 gram krim keju
50 gram gula
50 gram mentega
(B)
50 gram tepung gandum
(C)
1 biji telur
3 biji kuning telur
(D)
150 gram yoghurt
(E)
3 biji putih telur
70 gram gula
secubit rasa garam(Jangan terlalu memutar Bahan E)
(F)
300 gram kepingan buah peach

Cara untuk Kek Span Vanilla
1. Masukkan (A) ke dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga sebati.
2. Campurkan (B) dan pukul sehingga pekat.
3. Masukkan (C) dan pukul adunan tadi sehingga lembut dan gebu.
4. Masukkan (D) dan gaul adunan sehingga sebati. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 9". Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. Setelah dibakar, keluarkan kek daripada acuan serta merta.

Cara untuk menyediakan kek
1. Putar (A) sehingga lembut dan gebu.
2. Campur (B) dan adun sehingga sebati.
3. Tambah (C) dan pukul hingga tidak berbintil-bintil.
4. Campur (D) dan gaul rata-rata.
5. Pukul (E) sehingga pekat. Campur adunan tadi dan gaul hingga sebati.
6. Letak selapis kek span vanilla ke dalam acuan bulat 9". Susun kepingan pic di permukaan.
7. Tuang adunan keju ke atas. Letakkannya di dalam dulang pembakar yang diisi dengan air. Bakar pada suhu 160 darjah C selaam 60 minit dalam air suam. Selepas dibakar boleh ayak gula aising diatas kek sebagai hiasan dan siap untuk dihidang.
Nota: Jika menggunakan loyang springform hendaklah dialaskan kertas aluminium foil bila hendak diletakkan dalam dulang pembakar yang berisi air kerana loyang springform akan meresap air jika tidak guna foil.

BAKED MARBLE CHEESECAKE

Bahan-bahannya
(A)
500 gram krim keju
50 gram gula
(B)
230 gram whipped topping cream
(C)
5 biji kuning telur
(D)
120 gram tepung gandum
(E)
parutan kulit 1 bji lemon
(F)
5 biji putih telur
120 gram gula
1 sudu jus limau
(G)
50 gram coklat
1 sudu besar susu

Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut dan gebu.
2. Campur (B) dan putar hingga tidak berbintil-bintil.
3. Tambah (C) dan putar hingga sebati.
4. Campur (D) dan (E). Kacau sehingga sebati dan ketepikan sebentar.
5. Pukul putih telur di (F) sehingga kembang. Tambah bahan-bahan ramuan lain dan terus memukul hingga kembang.
6. Adun adunan putih telur dengan keju dengan sempurna.
7. Cairkan coklat di (G). Campurkan susu ke dalam dan adun dengan 200 gram adunan keju sehingga sebati.
8. Sapukan minyak dan alaskan kertas minyak di acuan. Tuang 1/3 daripada inti keju biasa ke dalam acuan. Tuang inti coklat keju ke atas. Tuang lagi baki inti keju biasa di kedua-dua lapisan.
9. Masukkan baki coklat keju ke dalam beg paiping kertas dan paipkan garisan lurus di permukaan. Guna lidi untuk membuat garisan bengkang bengkok di permukaan.
10. Letakkan di dalam dulang pembakar yang diisi dengan air. Bakar pada suhu 150 darjah C selama 90 minit.
Nota: Jika adunan putih telur di (F) adalah terlalu pekat, ia kurang mengadun sebati dengan krim keju. Jika ketuhar terlalu panas atau terlalu lama membakar kek, ia boleh senang retak.

BLUEBERRY CHEESECAKE
Bahan-bahannya
Sediakan kek span vanilla bulat nipis berukuran 10"(sila rujuk kepada resipi yang telah diberikan)
(A)
500 gram krim keju
110 gram gula
(B)
40 gram tepung gandum
(C)
3 biji kuning telur
1 biji telur
(D)
400 ml tairu
(E)
3 biji putih telur
75 gram gula
(F)
30 gram tepung jagung
(G)
350 gram blueberry pie filling

Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut. Tambah ke dalam (B) dan adun hingga sebati.
2. Campur (C) dan putar sehingga lembut dan tidak berbintil-bintil.
3. Campur (D) dan adun hingga rata.
4. Pukul (E) sehingga pekat. Tambah (F) dan adunkan. Tambah ke atas adunan keju dan gaul hingga sebati.
5. Sapukan minyak dan alaskan dengan kertas minyak pada tin kek bulat berukuran 10". Letakkan lapisan nipis kek span vanilla ke bahagian dasar.
6. Tuangkan adunan keju. Campurkan blueberry pie filling ke ats dan tuang baki adunan keju ke atas. (*Blueberry pie filling adalah pilihan sahaja boleh digantikan ikut citarasa anda).
7. Letakkan di dalam dulang pembakar yang diisi dengan air. Bakar pada suhu 150 darjah C selama 90 minit.
8. Biarkan ia sejuk. Simpan dalam peti sejuk untuk semalaman.
9. Keluarkan kek daripada acuan. Hiasi dengan blueberry pie filling diatas dan ratakan. Siap untuk dihidang.
Nota: Bila mencampur tairu, jangan terlampau memukul. Begitu juga, jangan terlampau memutar adunan putih telur. Jika menggunakan loyang springform hendaklah dialaskan kertas aluminium foil bila hendak diletakkan dalam dulang pembakar yang berisi air kerana loyang springform akan meresap air jika tidak guna foil.

BOSTON CHEESE CAKE

Bahan-bahannya
Sediakan kek span vanilla berukuran 20 mm tebal(sila rujuk kepada resipi yang telah diberikan)
(A)
150 ml susu segar
20 gram gula
3 biji kuning telur
20 gram tepung jagung
(B)
250 gram krim keju
(C)
parutan 1/2 biji kulit lemon
130 ml krim putar
(D)
2 sudu besar tepung gandum
60 gram kismis
(E)
3 biji putih telur
60 gram gula
1 sudu teh jus perahan lemon

Cara-caranya
1. Didihkan 100 ml susu dengan gula dari (A). Campurkan kesemua baki bahan seperti susu, kuning telur dan tepung jagung dan adun. Terus memasak sehingga ia pekat. Biar ia sejuk. Ketepikan sebentar.
2. Pukul krim keju sehingga lembut dan tidak berbintil-bintil. Tambah ke (A) yang sudah sejuk. Adun sehingga sempurna.
3. Campur (C) dan gaul hingga sebati.
4. Campur (D) dan pukul hingga rata.
5. Putar putih telur di (E) hingga berbuih. Tambah gula dan jus lemon. Terus memukul hingga pekat. Kemudian tambah adunan keju dan adun.
6. Alas kertas minyak di dasar dan tepi acuan bulat 9".
7. Letakkan kek span di dasar dan tuang adunan keju ke dalamnya.
8. Letakkan di dalam dulang pembakar yang diisi dengan air. Bakar pada suhu 150 darjah C selama 2 jam atau bahagian tengah sudah masak dan permukaan bertukar menjadi kuning keemasan. Keluarkan kek daripada ketuhar dan keluarkan kek daripada acuan segera. Siap dihidang.
Nota: Jangan terlalu memutar adunan putih telur cukup sehingga ia berbuih.

Kek Kukus Rezeki dari fmr_69 (Restoren Pak Amir)

Hari ni Chetam nak berikan resepi Kek Kukus Rezeki yang Chetam perolehi melalui email sekitar tahun 2003. Chetam tak pasti sama ada fmr_69 dan fajar_razak adalah orang sama atau tidak. Kerana email susulan resepi ini datang dari Fajar.

Opps....Chetam dah belek email betul-betul.......confirm that fmr_69 dan fajar_razak adalah orang sama.

"Quote"
Kepada yang meminta resipi Kek Kukus, ini dia. Saya namakan kek ni kerana telah 'dirombak' 4 kali dan ianya pencetus rezeki bagi saya, (peniaga musiman). Cubalah kalau ada persoalan sila ajukan.

KEK KUKUS REZEKI

1 tin butter cap tong (16 oz)
600g tepung gandum - ayak
1 kotak fruit mix (Big Sister) - ayak dengan sedikit tepung
1 camca teh serbuk buah pala - ayak bersama tepung
2 camca teh rata bicarbonate of soda - ayak
2 camca teh rata cream of tartar - ayak
2 sudu teh baking powder - ayak
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh esen limau
5 telur besar
380g gula halus
190g gula kasar - buat gula hangus

Cara: Pukul telur & gula hingga kembang, masuk butter, pukul lagi.
Masuk baking, cream of tartar, bicarbonate soda, vanilla, esen limau, pukul rata. Masuk pula tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata-rata. Masuk fruit mix dan gaul lagi. Akhir sekali masuk gula hangus, kacau rata-rata. Tin 10x10 dialas kertas dan dilengser mentega. Tuang adunan kek, ratakan, tutup dengan aluminium foil. Kukus 4 jam, kalau nak lagi sedap dan tahan, kukus 5 jam. Air kukusan mesti mendidih sebelum masuk kek. Jangan dibuka 1 jam pertama, sesudah itu ditambah air panas setiap 1 atau 2 jam, sentiasa lap air ditudung kukusan.

Gula hangus : Masukkan gula kasar dalam periuk dan panaskan atas api perlahan hingga coklat, tuang 2 sudu besar air suam, kacau cepat-cepat dan hati-hati sebab gula akan terperecik. Tuang cepat ke dalam adunan tepung yg dah ada fruit mix. Gaul cepat dan ratakan gula hangus tu sebelum ia mengeras.

Selamat mencuba. Semuga kek ini pencetus rezeki pada saudara-saudaraku yg lain. TANPA IMAN, TIADA AMAN.

Tips dari Fajar :
Pertama :

Sebenarnya mix fruit tu diayak dengan sedikit tepung (2-3 sudu besar - jgn ambil tepung yg 600g tu, ambil yg lain). Ini untuk elakkan dari mix fruit tu berat dan mendak ke bawah adunan bila dikukus. Ada orang suka jemur, terpulanglah. Mix fruit tu kalau ada yg besar, potonglah kecil sedikit supaya nampak cantik sikit. Kalau ada masa lapang, cubalah.
Kedua :

Aluminium foil tu ditutup pada permukaan mulut tin. Jangan tuang adunan terlalu penuh, cukup sekadar setengan tin kerana kek akan naik dan bahagian atasnya akan melekat pada aluminium foil nanti. Ada orang suka menggunakan plastik, terpulanglah mana yg elok.
Ketiga :

Saya tak pasti masanya untuk memukul telur dan gula, selalu saya pukul sehingga adunan tu berbuih dan naik 2 x ganda dari asalnya. Mentega tak payah dikembangkan.
Keempat :

Kalau nak warnanya gelap sikit, waktu masak gula hangus tu, biarkan sedikit coklat tapi jangan gelap sangat nanti rasa hangit pulak. Kemudian barulah dituang sedikit air. Kena hati2 jangan terpercik tangan sudahlah.
Kelima :

Gula hangus tu memang cepat mengeras, jadi kena handle betul-betul. Ada orang kata kena buat 2 orang satu tuang, satu gaul cepat2. Tapi mana nak cari orang, anak semua kecil2, kenalah buat sorang-sorang.
Bila saya masak gula hangus tu, nampak gulanya dah bertukar coklat, letakkan 2 sudu besar air biasa, kacau rata cepat2, terus masuk dalam adunan sebelah tangan, sebelah tangan lagi siap pegang senduk dan gaul cepat-cepat. Penatlah sikit. Make sure kalau anda sedang dalam keadaan berdiri, dekatkan besin tu dekat dgn badan anda, supaya dapat menahan besin tu bila kita tengah kacau cepat2. Don't worry sangat kalau ada yg tak sempat tergaul rata. Nanti dia akan cair waktu dikukus.

Keenam : (Jawapan utk soalan ngapa buah jatuh ke bawah.)
Setahu saya 1) buah2an tu digaul dgn tepung atau dijemur supaya ianya tak basah, ini sebabnya ia berat dan mendak ke bawah. 2) Air kukusan mesti mendidih waktu nak masuk kek, 3) acuan jangan terhentak, ya. Kalau air kukusan tak cukup panas, buah2an akan mendak ke bawah. 'Steam' dari air panas tu menolak naik buah-buahan, ia tak can nak duk di bawah. Lagi satu perkara, 4) selalu masuk buah2an 2nd last kemudian gula hangus dan cepat2 gaul dan masuk dalam acuan, tutup aluminium foil, dan kukus. 5) Tambah air panas mendidih setiap 1 atau 2 jam.
Jangan putus asa, saya buat kek ni hingga 4 kali baru menjadi. Sebabnya orang yg beri resipi tu tak beri betul-betul, dia tak nak I lagi pandai dari dia. MasyaAllah, bukan boleh bawak ke kubur benda ni semua. I ubahsuai resipinya dengan minta komen dari emak saya apa yg kurang pada kek kukus saya tu. Alhamdulillah berkat tak putus asa menjadilah kek saya. Orang yg beri saya resipi tu ingat saya buat keknya menjadi, saya berterus terang padanya saya buat tak jadi, tapi saya telah ubah suai kannya 4 kali baru jadi. Tercengang dia kejap! .... Pada netters2 tu berilah resipi yg betul2, kesiankan lah orang yg belum pandai buat.
"UnQuote"

July 20, 2005

Nasi Ayam Hainam Original - lagi satu resepi maut dari Pak Amir

Chetam sertakan di sini resepi istimewa daripada pak Amir sendiri.

"Quote"
Assalamu'alaikum wr.wb.
Salam sejahtera buat seluruh netters,

Terima kasih kerana mengingatkan Pak Amir akan resipi Nasi Ayam Hainam, dah lama Pak Amir janjikan tetapi disebabkan kesibukan seharian, hampir Pak Amir lupa akan perkara itu.

Beginilah....resipi Nasi Ayam Hainam ( Hoi Lam Kai-Fan ) sebenarnya berasal dari China, daerah Hainam ( Hoi Lam in kantonis ) dan hanya nasi ayam daripada mereka sahaja yang diiktirah paling enak ( the best chicken rice ).

Bagaimanakah yang dimaksud dengan Nasi Ayam Hainam, Pak Amir pernah terangkan keenakkannya sebelum ini, iaitu hasil cara masakan ayam mereka adalah begitu lembut sehingga boleh ditelan begitu sahaja...tertamatlah licin sekali.

Pak Amir pernah beritahu bahawa Nasi Ayam Hainam yang paling penting adalah had AYAM dia. Justeru itu, netters boleh rujuk mana-mana resipi nasi ayam yang dirasakan sedap tetapi had menyediakan ayam ikut peraturan seperti yang Pak Amir terangkan ini. Sesungguhnya tidak ramai yang mengetahui cara sebenar menyediakan Nasi Ayam Hainam walaupun kebanyakkan kaum cina membuka kedai dan restoran berniaga Nasi Ayam Hainam, namun itu bukan Nasi Ayam Hanam yang original...

NASI AYAM HAINAM ORIGINAL
========================

Cara penyediaan ayam rebus :

1. Seekor ayam dibersihkan / basuk dengan air garam sekali lalu secara keseluruhan, jangan dipotong.

2. Masak air dalam periuk besar sehingga didih, sebaik sahaja air sudah masak dan mendidih, masukkan ayam seekor tadi ke dalam periuk dan tutup tudungnya dan padamkan api selama 5 minit.

3. Selepas itu, keluarkan ayam tadi dan masak air itu semula sampai didih, lepas itu masukkan ayam itu sekali lagi ke dalam periuk dan tutup tudungnya, padamkan api terus selama beberapa minit lagi...

4. Proses ini diulang banyak kali sehingga ayam masak. Cara mengetahui ayam itu masak atau tidak ialah dengan cara cucuk garpu atau benda tajam pada bahagian peha ayam, jika tiada darah keluar dan tidak melekat maka ayam itu BETUL-BETUL masak / Just nice....jangan masak lagi nanti over cook dah tidak lagi namanya Nasi Ayam Hainam.

Sememangnya sukar menyediakan juadah ini sebab banyak kerja...nak melayan rebus ayam itu dah lebih sejam mahunya...itu sebab para peniaga tidak mungkin menyediakan nasi ayam mereka dengan cara ini, tetapi hasilnya adalah sangat berlainan. Kulit ayamnya just nice dan sungguh lembuh dan licin....tambahan pula bila dihidang dengan sedikit minyak bijan dilapek dengan beberapa keping timun nipis serta daud salad, maka terduduk diamlah abang-abang perut buncit kat rumah tu selepas pekana dengannya !

Pak Amir teruskan sedikit penyediaan nasi dan hidangan ayam lagi....hasil rebusan air ayam ( dah jadi sup sekarang ) tadi akan digunakan untuk memasak nasi. As per rempahnya terpulang sebab ada yang menggunakan bawang putih dan halia pelbagai bahan lagi, itu ikut cita rasa masing-masing, yang pasti yang teralu banyak rempah sampai macam jadi nasi minya sudah. Yang paling simple ialah kuah sup dimasak nasi dan dicampurkan sedikit planta ke dalam nasi tersebut...sebab nak secucuk dengan ayam rebus tadi....masak nasi sampai masak. Kaum melayu masak nasi ayam amat berbeza jika dibandingkan dengan kaum cina masak nasi ayam ( maknanya nasi sahaja ), kaum melayu masak nasi ayam dengan banyak bahan hasilnya nasi itu enak dan kuah rasa, manakala nasi ayam cara kaun cina masak amat simple sebab dia nak pekana dengan ayam rebus tadi...asalkan nasinya gerpu sudah, yang paling penting ayam rebus itu sendiri.

Selepas nasi dah siap, kita pergi ke hidangan ayam rebus tadi. Ayam dipotong seperti kedai buat tapi seeloknya asingkan tulang, ianya amat mudah dilakukan. Pakai pisau dan potong tapi JANGAN katuk-katuk macam kedia buat, ingat sebab ayam cara kita sekarang amat lembut dan kalau dikatuk maka buruk kelihatannya nanti...malahan kulit pun tanggal dan tidak kelihatan menarik. Makan ayam rebus style Hainam perlu dimakan bersama kulit ayam itu sendiri....itu nikmat namanya !

Selepas ayam dipotong, ambil piring dan lapek dengan kepinang timun dulu. Timun dipotong senget memanjang dan bukan bulat. Cara potong timun menjejaskan mod " gigit " dan seterusnya tidak sedap dimakan...tidak terlalu nipis yer ! Selepas itu ayam dipotong tadi letak atas timun tadi, di bahagian atas ayam pula ada daun bawang dipotong pemanjang lebih kurang 2 inci, dan dari situ daun bawang itu hiris-hiris lagi seperti yang kat hotel buat tu...itu sangan penting, taborlah atas permukaan ayam rebus itu biar banyak tidak apa...akhir sekali siram sesudu dua soya sos ( kicap cair ) dan masukkan beberapa titik minat bijan ( jangan terlalu banyak nanti muak ).

Sup yang digunakan untuk masak nasi tadi jangan habiskan, simpan untuk buat sup bila masan bersama nasi, didihkannya dan masukkan sedikit ajinomoto dan daun sup dipotong halus ditaborkan ke atasnya....penggunakan ajinomoto pada hari ini sangat biasa dan terus terang Pak Amir katakan masakan tanpa ajinomoto maka masakan itu tidak akan jadi enak....sedikit pun memadai dan kita tidak perlu segan jika masak menggunakan ajinomoto...we need it actually !

Mengenai sos cili pula, Pak Amir pernah siarkannya dahulu...bahan-bahannya cili basah, dan banyak halia serta sedikit bawang putih, blander dengan sedikit air dan sebelum hidang masukkan jus limau lipis....powerrrrr....aaaa...cuba dulu tau jangan tengok simple saja yer !!! Bilangan cili basah sama dengan bilangan kandungan halia muda...hasilnya cili ini padat dan tidak cair.

Emmmmm...siap Nasi Ayam Hainam Original dari Restoran Pak Amir, apa tunggu lagi, mula ler hidangkan sahajalah, jangan malu-malu dengan Pak Amir yer...boleh juga potong cabai burung dengan soya sos dan makan bersama...selepas makan memang terangkat seluruh anggota tubuh badan...Abang-abang kat rumah tu lepas makan jangan cepat nak melepak, cuci pinggan dan mangkuk sup yang besaq tu dulu...haaaaa !!!

Dahhh...Pak Amir dah melilir air liuh dah nih !

Satu lagi resipi-maut di Restoran Pak-Amir.

Sekian, selamat menjamu selera dan selamat dihidangkan untuk berbuka puasa nanti.

Wassalam,
Pak Amir Pak Dollah.
"UnQuote"

July 15, 2005

Koleksi Resepi Makanan-Makanan Anak-Anak

Penyediaan makanan untuk anak kita memang amat penting. Sebagai panduan untuk ibu dan bakal ibu, berikut adalah beberapa resepi yang Chetam ambil dari Restoren Pak Amir.

Dari Puan MaliniDevi

Apabila baby mencecah 5-6 bulan, kamu boleh beri dia cereal atau bubur nasi...sekali-sekala anda boleh beri dia bottled strained fruits. This is baby's favourite food...

Sepertimana diketahui strained fruits amat mahal dan merupakan makanan kesukaan baby, 1 botol harganya sekurang-kurangnya RM2.30 hingga RM2.50...sekali anda buka botol mesti habiskan dalam 24 jam..dan kuantitinya amat sedikit...

Ok Sekarang I ada recipe untuk membuat strained fruits...hanya ambil masa selama 5-8 minit..Cepatkan dan paling penting senanggg...

Applesauce

1 buah apple merah manis.....buangkan kulit dan bijinya..potong ikut sesuka hati...

Masukkan ke dalam pot dan masukkan air...sekurang-kurang separuh drpd pot Biarkan ia mendidih and tutupkan api..Masukkan kedalam blender dengan sedikit air sahaje..dan kisarkan ia hingga
halus..jangan kisar dengan terlalu banyak air..Nanti ia jadi jus pulak...

So recipe ini sudah complete..boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 2 hari saje...Kalu nak beri pada hari yang kedua...panaskan betul-betul..


Cereal Carrots & Sweet potato

1 biji lobak merah & 100 grm ubi keledek yang warna oren yang rasa manis
sedikit susu baby
3 camca besar cereal

Kukuskan lobak merah dan lobak merak hingga lembek
Kisarkan sehingga halus (gunakan blender)
cereal mesti dicairkan dengan susu secara asing
kemudian masukkan cereal + susu kedalam kisaran lobak merah dan ubi keledek.

Gaulkan serata-ratanya
Pastikan ia bukan terlalu pekat..sekadar boleh dimakan oleh baby

Dari Madam Khim

When my son was 4 months old. I used to make chicken essence/beef essence to cook with porridge. He was a fussy-eater and does not like anything else in his porridge. To make the chicken/beef esence :-

1) Fill one big pot with some water and place a smaller pot or soup bowl inside (this bowl should be empty).

2) Roughly mince the chicken/beef.

3) Place a plate upside down on the inner pot/bowl. The plate should rest on the rim (or about 1-2 inches lower) of the inner pot so that the essence will drip into it.

4) Arrange the minced meat on top of the over-turn plate and start to boil for 2-3 hours. Use this essence to cook porridge as normal.

I usually make about 1 kg of meat and store the rest ot the essence in the freezer in ice cube trays.

Dari Puan Siti Salwa

Umur 5 Bulan- lapan bulan
As a start baik U jangan add terlampau banyak benda dalam makanan baby U. The best is bubur nasi plain or choices of mashed potatoes or mashed sweet potatoe or mashed peas etc. Ade stages of food type depending on the baby's age. Kalau U beli Gerber/Heinz baby food dalam jar ade tulis. Ade mashed carrot/sweet potatoe/peas/peach etc. Baik la kalau U buat sendiri je lagi berkhasiat & fresh. Cuci sayur-sayur tu and rebus lepas tu lenyek.Jangan add ape-ape garam @ gula. Tak sesuai untuk sistem penghadaman baby yang masih belum matang. Tapi bagi one type at a time. Bagi mashed carrot saje ke etc. Jangan campur adukkan banyak-banyak jenis.

Semakin baby besar bolehlah gradually add jenis-jenis makanan yang sesuai ngan baby. Tapi jangan campurkan garam, gula @ bahan perasa dalam makanan baby tu sampai at least umur dia setahun. Itupun sikit bukan terasa macam makanan orang dewasa.

Bila dia dah sembilan bulan antara menu:

1- Beli Rangka ayam, masukkan sekali beras, carrot, brokolli @ bayam rebus sampai masak. Boleh Buat asing atau campurkan semua sekali. I suka buat sekali rase lebih sedap.

2- Rebus ikan bilis then ambik stok dia buat sup sayur(carrot/brokolli/bayam).campur sikit isi-isi ayam atau fish ball(better buat sendiri).Goreng bawang then tabur dalam sup & add in daun sup daun bawang.

3-Buat sup ikan merah ,tumis sikit bawang2 then add ikan & sayur. Make sure segala makanan baby ade sayur so that dia kekal suka makan sayur sampai sebab most babies takmau makan sayur bila dah masuk umur 2 tahun sebab tak biasa dari awal-awal pemakanan

Dari Puan Suhaily Hasnan

Bubur kentang with kismis
3/4 cup of beras (beras direndam semalaman so tommorow morning boleh terus basuh and ramas bagi hancur sikit, so memang cepat masak)
1/2 biji kentang kecil
21 biji kismis (very good for brain)
air secukupnya

Bubur carrot with brocolli
3/4 cup of beras
15 ekor ikan bilis
1/4 carrot
sedikit brocolli (agak-agakle...)

Mashed potato with milk
Rebus potato sampai masak....lepas masak...basuh cepat-cepat ngan air sejuk sebab insyallah.. senang nak kupas....pastu grind (blend ngan blended) sampai halus....and campur ngan sedikit susu formula.. memang sangat sedap...

For bubur nasi....you can exchange the sayuran very often so that..adalah varity...contoh sayuran yang very good for baby is green sayuran (cos have a lot of iron) cth: sawi and bayam. And than bunga kobis...baby corn, sweet potato, lentils, etc.


Berikut pula resepi dari Melayu.com

Dari Kak Liza

mee/pasta sup
rebuskan mee atau pasta sehingga lembut dan buat sup ayam. Bila nak suapkan makan barulah dicampurkan so taklah mee tu kembang..pelbagaikan warna dalam sup tu..

sup ayam
ayam direnehkan dengan kentang dan carrot..taburkan daun bawang dan bawang goreng...

sup sayur
tumiskan sayuran saperti carrot, brokoli, tahu lembut/udang [ dibuangkan kulit]/ayam/daging sikit..masukkan bawang goreng..

mee hailam [jgn masuk cili lansung]
tumiskan mee, kuatiaw dengan sayuran hijau [potong kecil] dan kicap..

scrabble egg..
mcampurkan susu segar dan telur + garam..masakkan dalam kulai/non-stik pan dan hancurkan...pastu diced carrot/celery/kentang yg dah dikukus/rebus lembut...

kueh2 jenis kukus yg kurang manis
saperti kueh lapis/talam..puding roti /apa-apa pun...

yogurt
campurkan yogurt ngan buah2 lembut yg di potong dadu kecil

gorengkan ikan/hati ayam
goreng bawang besar dengan hati ayam, makan ngan plain bubur nasi ..bukan kata anak.. sure mak dia pun terlioq sama...


Puan Haryani Liana

Boleh cuba resipi yg disyorkan oleh doktor utk baby saya.
1. Kentang rebus yg sudah diblend (macam yg jual di KFC, tapi tanpa sos) + sedikit butter,
2. Bubur nasi + tauhu yg siap direbus + udang/daging/ayam/ikan bilis,
3. Sup ayam/daging + sebiji bawang besar (boleh beri dia minum) note : ayam boleh dicarik kecil2 + bubur nasi.
4. Telur merah + bubur nasi + lauk udang/ayam/daging/ikan bilis,
5. Pisang rebus (kemudian lenyek pisang tersebut).
6. Mushroom soup (buat sendiri seakan-akan Champbells soup).
7. Makanan lain yg biasa; bubur + sayur bayam / carrot / sawi + lauk
8. Untuk minuman, kita boleh bagi dia minum air kotak soya bean (most prefered Bonus). Kalau masa dia demam pulak, boleh buatkan dia air barley tanpa gula.
Nota : Semua makanan tak perlu letak garam. Kalau dia ada alahan pd seafood atau telur, boleh offer slowly, kalau tak boleh juga; hentikan dulu. Makanan & minuman ini semua dpt dari Paediatrician baby saya, so don't worry pasal ok ke tidak, sebab semua dah pernah buat utk baby saya. Selamat mencuba.


Petua dari Puan Puti Mazura

For your info. kentang tu makanan berangin is totally wrong. There is no such thing. Yang membuatkan angin tu is slow fermentation of certain types of food in your tummy e.g. kekacang. Untuk baby below age of 7 mths, nasihat saya, jangan bagi any food apart from breast milk and formula. Ini untuk jaga perut dia yang tender tu. Lepas 7 months boleh lah mula, but mix with lots of milk/water. Plant based is best. Jangan bagi complex protein (meat based food)until baby is 10 mths. Sebenarnya solid food ni differ from baby to baby. But it is best to stick
to milk until dia dah tumbuh at least 6 batang gigi.


Petua dari Suhaily Hasnan

so for babies under 6 months old tu dinasihatkan janganlah kasi makan kentang dulu okay...carrot (a lot of Vit. A which is good for eyes) and sawi are the permulaan untuk dicampurkan dengan bubur nasi diorang...satu lagi...telur tidak dinasihatkan utk diberi pada babies under 1 year old esp. the yolk (eventhough telur is very high in protein)...bukan apa...takut allergy pulak...and one more thing...jangan sesekali letak garam, gula and serbuk perasa (cth: Ajinamoto)...becos the serbuk perasa is very bad for their brain development...cepat jadi pelupa nanti.... (for your info. memang ada mothers yang letak serbuk perasa ni dalam food babies...kesian sangat kat baby tu...). Gives honey sekali sekala pada anak you...cos honey banyak vitamins dalam tu...Rasullulah pun kata honey tu penawar segala penyakitkan....Hmmmm...for your info. since I pregnant for my first baby lagi...saya memang suka sangat investigate pasal babies development ni..tak kira lah through net, books or magazines...I find it so fun....Hope we can exchange ideas (especially recipe for babies food) okay... Bye!

July 13, 2005

Beberapa resepi yang mendapat feedback yang bagus dalam ResepiNet dan MealTimeMenus

Malam tadi Chetam cuba satu resepi CHOCOLATE OIL CAKE yang diberi oleh Diana dari ResepiNet. Satu resepi yang amat mudah. Tak sampai setengah jam, dah sedia untuk dibakar. Tapi tempoh membakar tu memang lama. Kalau ikut resepi cuma 40 minit. Chetam juga nak kongsikan beberapa resepi yang mendapat sambutan ramai di dalam ResepiNet dan MealTimeMenus :

CHOCOLATE OIL CAKE
Bahan-bahannya
2 cawan gula
3 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan air
1 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
Panaskan oven pada 175 darjah C. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk koko. Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla. Pukul menggunakan tangan sehingga sebati. Tuang dalam acuan 9 x 13 inci dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak.

Note dari Chetam : Opps.......tengok balik resepi baru perasan yang serbuk koko cuma 1/2 cawan........hehehehe..... chetam hentam sampai 1 cawan. Nasib menjadi jugak.

BINGKA KAROT (LOBAK MERAH) dari: anisadlina
Bahan-bahan
1 kilogram karot
3 butir telur
1/2 tin susu pekat (saya guna tin saiz sedang - 505 gram)
1 cawan susu (saya guna susu UHT biasa)
2 cawan tepung gandum
100 gram mentega
1 cawan gula
secubit garam
sedikit mentega/margerin untuk lengser acuan

Cara-cara
1.karot direbus hingga empuk kemudian toskan airnya.
2.kisar mentega & gula hingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatudiikuti karot, susu pekat, susu & garam. kisar hingga sebati.
3.masukkan tepung gandum & kisar lagi hingga sebati.
4.tuang dalam acuan yang telah dilengser dengan sedikit mentega/margerin.
5.bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 45 minit atau sehingga masak.
6.biarkan sejuk dalam acuan sebelum dipotong mengikut citarasa.

KEK BUTTER SUSAN dari Diana

Bahan-bahannya
3 cawan tepung kek
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
1 cawan mentega, dilembutkan
1 ½ cawan gula
½ cawan gula perang (brown sugar)
4 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan sour cream

Caranya
Panaskan ketuhar pada 165 darjah C. Sapukan mentega dan tepung pada loyang 10 inci. Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam. Ketepikan. Dalam acuan pukul 1 cawan butter, 1 ½ cawan gula dan ½ cawan gula perang sambai kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang. Masukkan juga vanilla. Masukkan tepung dan juga sour cream gaul hingga sebati. Tuangkan adunan dalam loyang dan baker selama 75 minit atau sehingga masak.

July 12, 2005

Aneka Mee, Bihun dan Kuay Teow

Assalamualaikum Sumer
Sori lama tak post resepi. Sibuk giler......Kali ni Chetam nak kongsi resepi-resepi Mee, Bihun dan Kuay Teow yang Chetam simpan dalam pc Chetam.

Mee Bandung dr twilightpurplue(OnTheMenus)

500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)

Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.

MEE/ BIHUN/ KWAY TEOW SUP TULANG dr Aida(ResepiNet)
(hidangan 4 -5 org) - Sumber : Alaf 21

1.5 kg tulang lembu
2.5 liter air
3 camB. minyak
5 cm lengkuas (ditumbuk kasar)
2 batang serai (diketuk)
2 kuntum bunga lawang (2 kelopak ditumbuk)
6 kuntum bunga cengkih
15 ulas bawang merah} dihiris & digoreng berasingan
5 ulas bawang putih } sampai perang
1 camt. serbuk lada hitam
gula & garam secukupnya

BAHAN SAMPINGAN
4 keping mee telur (dicelur lembut)/mm/bihun/kway teow
500 g perut lembu (direbus & dihiris)
300 g. tauge (dibuang ekor & dicelur)
6 tangkai daun bawang} dihiris
6 tangkai daun sup }
2 biji telur (direbus)

BAHAN SOS CILI PADI
8-10 biji cili padi } dikisar
2 biji cili hijau }
3 camB. kicap manis
garam & gula secukupnya

1. Jerang tulang dengan air hingga hampir mendidih.
2. Panaskan minyak, tumis lengkuas, serai, bunga lawang dan bunga cengkih selama 1 minit.
3. Masukkan ke dalam air tadi. Bubuh pula garam dan gula. Biar hingga menggelegak dan renihkan hingga tinggal 1.5 liter.
4. Bubuh 1/3 bawang merah goreng dan serbuk lada hitam ke dalam sup. Biar merenih selama 5 minit lagi. Tambah garam jika perlu.
5. Untuk membuat sos cili padi, campurkan cili kisar dengan kicap, sedikit garam dan gula.
6. Untuk menghidangkannya, bubuh mee ke dalam mangkuk. Letak perut, taugeh, daun bawang, daun sup dan telur.
7. Curahkan sup kemudian taburkan bawang merah dan bawang putih goreng.

MEE GORENG MAMAK dr Diana(ResepiNet)

500 g mee kuning
200 g daging kambing, dihiris nipis }
1 camt kicap manis } diperap 1 jam
1 camt kicap pekat }
1/4 camt serbuk lada hitam }
60 ml minyak
10 ulas bawang merah, dihiris nipis
1 labu bawang besar, dihiris nipis
8 batang sawi, dipotong 3 cm
300 g taugeh, dibuang ekor
2 biji telur
2 tangkai cili hijau, dihiris menyerong
6 camb sos tomato
2 biji kentang, dikupas, direbus dan hiris 1/2 cm
5 tangkai daun bawang, dicincang
garam secukupnya

bahan perisa
2 camb kicap pekat
1-2 camt serbuk cili
2-3 camb air

Goreng bawang merah dalam minyak panas hingga keperangan, angkat dan sejatkan minyaknya. Goreng bawang besar hingga wangi, masukkan kambing dan kacau separuh masak. Bubuh sawi, bahan perisa dan air (utk mengempukkan kambing). Bubuh pula mee, taugeh dan telur. Kacau dan tambah garam. Akhir sekali, masukkan cili, sos tomato, buah tomato dan kentang. Sajikan dengan bawang goreng dan daun bawang.

MEE HAILAM dr Asfar(OnTheMenus)

1 kg mee kuning
300 gm daging - potong dadu
3 ekor sotong - potong nipis
300 gm udang
300 gm sawi
4 ulas bawang puting - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 sudu besar lada sulah - tumbuk
air rebusan daging
garam secukup rasa

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan air rebusan daging. Apabila mendidih sedikit, masukkan daging,sotong dan udang.Biar sebentar. Masukkan mee kuning tadi. Kacau sebati.
Masukkan sawi yang telah dipotong. Biar kuah agak pekat.

MEE HONGKONG dr Asfar(OnTheMenus)

600 gm mee kuning
100 gm daging - potong dadu
100 gm sotong - potong nipis
100 gm udang - buang kulit
100 gm hati ayam
100 gm isi ikan
2 ulas bawang putih - mayang
1.2 cm halia - hiris halus
sedikit sawi
1 biji tomato
4 cawan air
garam secukup rasa

Tumis bawang putih dan halia. Masukkan air. Apabila mendidih sedikit, masukkan daging,sotong, udang, hati ayam dan isi ikan.
Biar sebentar. Masukkan mee kuning tadi. Kacau sebati. Masukkan sawi dan tomato yang telah dipotong. Biar kuah agak pekat sedikit.

Mee Kari dr Shajeni(ResepiNet)

Minyak untuk menumis
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 bungkus kecil rempah kari
2 sudu besar cili boh
1 ekor ayam
8 cawan santan dari sebiji kelapa
Garam secukup rasa
Mee kuning dicelur
Tauge dicelur
Isi ayam disiat-siat
Tauhu digoreng dan dipotong kecil
Tauhu kering
Bebola ayam
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Telur rebus
Cili hijau
Cili merah

1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis bahan-bahan kisar, rempah kari dan cili hingga wangi.
3. Masukkan ayam, santan dan garam. Masak hingga daging ayam empuk. Apabila ayam empuk keluarkan dan siat-siat isi ayam.
4. Bubuh mee ke dalam mangkuk. Letakkan tauge, isi ayam, tauhu goreng, daun sup, daun bawang, bawang goreng, telur rebus, cili hijau dan cili merah.

MEE KURMA dr Lanee Abdul(OnTheMenus)

200 gm mee kuning - celur
50 gm rempah kurma
15 gm bawang merah - tumbuk
10 gm bawang putih - tumbuk
10 gm halia
5 gm buah pelaga
5 gm kulit kayu manis
250 gm santan
15 gm jus limau nipis
10 gm taugeh - untuk hiasan
20 gm daging - rebus dan hiris untuk hiasan
15 gm daun ketumbar - dihiris untuk hiasan
garam secukup rasa

Tumis bahan tumbuk bersama halia, buah pelaga dan kayu manis.
Masukkan rempah kurma dan biarkan hingga naik minyak.
Masukkan santan dan biarkan mendidih dengan api perlahan. Rasa
garam. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis. Kemudian buat seperti biasa masukkan mee dalam mangkok dan seterusnya.........

MEE PALEMBANG dr Diana(ResepiNet)
Sumber: Adidah Anang

1 kg mee kuning yang lebar
300 g sawi
150 g daging cincang
150 g udang hidup, dibuang kulitnya
150 g sotong, dihiris
8 biji bawang merah, dihiris
4 sudu makan lada kisar
4 sudu makan sos tomato
secukup air rebusan daging
secukup minyak
garam secukup rasa

*bahan dibawah ini dikisar
2 cm halia
5 biji bawang merah
1 sudu teh lada putih

Untuk hiasan
lada jeruk
hirisan telur dadar/ daun sup/ daun bawang
bawang goreng

Caranya
Tumis bawang hiris sehingga wangi. Masukkan rempah kisar dan biarkan sehingga rempahnya garing sedikit. Masukkan sotong dan daging. Biarkan sebentar. Apabila lembut, masukkan pula udang. Gaul rata dan bila udangnya masak, baru masukkan sos tomato, mee, sawi dan garam. Balik-balikkan sehingga rata dan masak. Jika kekeringan, masukkan sedikit air rebusan. Hidangkan dengan lada jeruk, telur dadar, bawang goreng dan hirisan daun sup/ daun bawang.

MEE PEDAS dr Diana(ResepiNet)
Sumber: Faridah Begum Abdul Shukoor

1 kg mee kuning, dibilas dan toskan
1/2 kg daging rusuk (kambing/lembu)
1/4 kg udang hidup, kupas kulitnya dan tinggalkan ekornya
1/4 kg sotong, dihiris
2 biji tomato, dibelah 4
1/4 cawan sos tomato, kalau suka
1/2 cawan kicap manis
garam secukup rasa

daun sawi, kalau suka dipotong-potong
bawang goreng
hirisan daun sup dan daun bawang
minyak

*bahan dibawah ini dikisar
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1/2 jari halia
10 biji lada merah
10 biji lada padi
2 sudu makan lada hitam biji

Caranya

Daging direbus untuk mendapatkan stoknya. Airnya bergantung kepada cita rasa masing-masing. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan kisar sehingga wangi sahaja. Jika tumis terlalu garing rasa pedasnya akan berkurangan. Masukkan secukup air rebusan dengan dagingnya sekali. Masukkan juga udang, sotong, sos tomato, kicap dan garam. Biarkan mendidih sehingga sotongnya lembut. Kemudian masukkan sawi, tomato dan mee. Gaul rata. Hidangkan panas-panas dengan bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang.

Mee Pekan dr Diana(ResepiNet)

2 kilo Mee kuning
2 kilo Taugeh
1 kilo Mee hoon
1 kilo Daging cincang
½ kilo Sotong basah
½ kilo Sawi
½ kilo Udang
½ cawan Minyak
Sedikit Garam
6 biji Buah keras )
3 biji Bawang putih )
3 biji Bawang besar ) dikisar
1 sdt Lada putih )
30 tangkai Lada kering )

Bahan hiasan
2 biji Kentang goreng
2 keping Tahu digoreng dan didadu
1 biji Timun Potong memanjang
5 batang Lada merah Dihiris
5 biji Limau kasturi Dibelah dua
Telur dadar
Daun salad
Bawang goreng

Cara Cara
1 Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
2 Masukkan daging, sotong, udang, sawi, taugeh dan mee. Goreng hingga sebati.
3 Setelah masak, angkat dan taburkan bahan hiasan diatasnya.

Mee Rebus atau Mee kuah dr Ariza Yusof(OnTheMenus)
(untuk 4 orang makan)

Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil)
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak. Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala. Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa. Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur. Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung. Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak

Mee Rebus dr Rosyanti Mahram(Rest PakAmir)

Bahan2 A
Keledek putih 1/2 kilo direbus dan dikisar halus - anggaran utk 1 family
Udang kering 300 grm
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 3 ulas
Serbuk Ketumbar 4 sudu besar
Serbuk Jintan Manis 2 sudu besar
Serbuk Jintan Putih 2 sudu besar
Serbuk kunyit 1 sudu kecil
Cili blender agak2 dlm 2 senduk
Kulit kayu manis/bunga lawang/cengkih
Gula/garam secukup rasa

Bahan2 B
Mee kuning dicelur-jgn sampai lembik
Cili hijau dihiris bulat2
Daun bawang & daun sup dihiris utk ditabur
Taugeh dicelur- jgn sampai layu
Bawang goreng - buat sendiri lagi sodap..
Tauhu digoreng dan dihiris nipis
Telur Rebus

Cara2 membuat kuahnya.
1. Kisar halus keledek + air
2. Kisar halus udang kering + B. Merah + B. putih
3. Tumis kulit kayu manis/cengkih/b.lawang,masukkan udang kering yg dikisar tadi sampai garing
4. Masukkan semua serbuk jintan, kunyit & ketumbar sampai garing & wangi
5. Masukkan cili blender, sampai garing
6. Masukkan keledek tadi, kacau sampai sebati
7. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa

Cara2 nak hidang:
Ambil mee yg dicelur tadi, masukkan kuah, taburkan d. sup,d.bwg,cili hijau,b.goreng,taugeh,tauhu & telur..pastu..apalagi masuk mulut ler...sodap...cuberler...

MEE SIAM dr Deltra(OnTheMenus)

Minyak untuk menumis
600 gm udang, dibuang kulit(kulit udang direbus bersama sedikit air
dan ditapis, ambil air rebusannya)
500 gm. mihun - direndam hingga lembut
300 gm tauge
150 gm daun kucai, dipotong sepanjang 2 cm
garam secukupnya
6 keping tauhu, digoreng dan dipotong dadu
Telur rebus - hiasan
Limau kesturi - hiasan

Bahan-Bahan kisar :
15 biji bawang merah
2 camca besar cili kering, dimesin halus
6 ulas bawang putih

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing dan wangi. Masukkan udang, garam dan serbuk perasa dan kacau rata. Masukkan mihun dan goreng sebentar hingga semua bahan sebati. Masukkan tauge dan daun kucai. Goreng sebentar. Angkat mihun tadi dan taburkan tauhu goreng di atas mihun. Hiaskan dengan telur rebus dan limau kesturi.

Bahan-bahan kuah :
Minyak untuk menumis
8 biji bawang merah, dikisar
2 camca sedang cili kisar
150 gm udang kering, direndam & ditumbuk
1/2 cawan taucu
Sedikit air asam jawa

Untuk membuat kuahnya:
(a)Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah kisar, cili kisar, udang kering dan taucu hingga wangi.
(b)Masukkan air rebusan udang dan air asam jawa. Biarkan menidih
seketika. Hidangkan bersama mihun tadi.

Mee Hoon Putih dr Hasniza Yahya(Rest PakAmir)

Mee hoon yang telah lembut (direndam)
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Ayam
Sotong
udang
Fish ball & fish cake (goreng dan potong-potong)
Sayur campur - carrot, corn & peas (yang selalu letak dalam tempat beku tu)
Daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Tumbuk bawang putih, halia dan lada hitam (jangan sampai hancur). Tumis bahan-bahan tersebut. Masukkan ayam, sotong, udang dan biar seketika. Kalau kering, masukkan sedikit air. Masuk garam. Kemudian masukkan sayur campur, mee hoon, fish ball & fish cake, daun sup, daun bawang. Biar seketika. Angkat.
Hidang dengan sambal kicap. uummppppphhhhhh........... sodappp.. insya allah...

July 07, 2005

Aneka Resepi Bergedil/Pergedil

Assalamualaikum

Di sini Chetam paparkan bermacam-macam resepi bergedil/pergedil yang telah Chetam kumpul semenjak tahun 2001.

Begedil ayam & hati oleh Juliana (RPA)

Kentang lebih kurang 5 atau 6 biji
Sedikit isi ayam (nak sedap banyak pun boleh)goreng dan potong kecil2
Sedikit hati ayam (sedikit saje takut kalau banyak jadi pahit pulak)goreng and potong kecil2
Daun sup(potong halus )
Serbuk lada putih
Telur (utk mencelup)
1 Biji telur untuk die gaul sekali
Bawang putih(sebiji)ditumbuk
Bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng

Step (1)
Goreng kentang atau rebus sampai empuk kemudian tumbuk bagi hancur atau sampai lembut kentang tu. Lepas tu masukkan isi ayam, hati ayam tadi gaul rata masukkan pula daun sup lada putih,bawang putih, bawang goreng dan garam gaul lagi sekali sampai sebati
kemudian baru masukkan sebiji telur yang dipukul tadi kedalam kentang
tersebut gaul lagi sekali.

Step (2)
Kentang tadi kita bulat2kan nak lonjong pun boleh,nak petak pun boleh ikut suke awaklah asalkan boleh di goreng sudah dan akhir sekali kita panaskan minyak dan celup kentang tadi dalam telur yg sudah dipukul tadi dan goreng sehingga nampak kekuning-kuningan dan sedia untuk
makan.

Pegedil/Bergedil dari Puti Mazura (RPA)

1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk (boleh juga direbus), tumbuk.
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula,
secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telah ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan
leperkan.
6. Masukkan kedalam peti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.
9. Toskan minyak atas kitchen towel, dan hidangkan.

Bergedil oleh Hanie Comel Lote (RPA)

2 keping daging burger (terpulang laa sama ada nak guna ayam atau daging dan dibiarkan pd suhu bilik)
3 biji ubi kentang (digoreng dan ditumbuk lumat)
1 labu bawang besar (didadukan)
1 biji cili merah (didadu kecil)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Sedikit daun sup (ketumbar)& daun bawang (dihiris)
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara-cara

1) Gaulkan kesemua bahan tersebut kecuali putih telur (kuning telur dicampurkan dlm adunan).
2) Setelah sebati, bulat2 kan dan dicelup ke dlm telur putih. Kemudian goreng.

Pegedil oleh Noorzuliana Zolhamli (RPA)

Ubi kentang - potong seperti wedges dan goreng dahulu kemudian lenyek
hingga hancur
Lada hitam - dimesin atau ditumbuk hingga halus, kalau nak pedas
taruklah banyak skit
Daging lembu atau ayam - (yg dah dicincang halus) kalau nak power
selalunya pakai daging lembu sebab isinya tak hancur dlm adunan.
Daun sup dan daun bawang - potong kecil2
Garam - sesedap rasa
Telur sebiji - di campur dalam adunan supaya semasa adunan di goreng ia
tidak mudah pecah
Bawang besar - potong dadu
Telur untuk menggoreng

Setelah ubi kentang dilenyek, campurkan kesemua bahan2 tadi. Gaulkan dengan tangan sebab ianya akan lebih mesra..kemudian bentukkan ia bulat2 atau lonjong (ikut suka)...untuk pengetahuan semua, lagi kecil begedil tu lagi sedap..(kira2 segenggam tapak tangan je) sebab bila di bentukkan besar2 kita hanya akan rasa ubi kentangnya sahaja. kemudian celupkan dalam telur yg telah diletak sedikit sahaja garam...kemudian goreng. semasa menggoreng jangan letakkan terlalu banyak begedil tersebut ke dlm kuali kerana ia mudah pecah dan minyak mudah menjadi berbuih..selamat mencuba.

BERGEDIL DAGING oleh Anisadlina (RPA)

250 gm daging cincang (ditoskan airnya, jika ada)
2 biji ubi kentang saiz besar (sebaik-baiknya jenis USA russet potato -
boleh dapat di Carrefour/Makro)
8 ulas bawang merah (3 ulas daripadanya dibuat bawang goreng)
1 ulas bawang putih
1/2 sudu teh serbuk lada
1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
1/4 sudu teh gula atau secukup rasa
1 putih telur (dipukul sedikit)
Minyak masak secukupnya untuk goreng terendam

1.Rebus kentang sehingga empuk (JANGAN SAMPAI LEMBIK - nanti kandungan airnya terlalu banyak)
2.Buang kulit kentang, lenyek halus dan ketepikan.
3.Cincang / mesin kasar 8 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih.
4.Gaul rata ubi kentang lenyek, daging cincang, bawang mesin, bawang
goreng, serbuk lada, garam dan gula.
5.Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bola. Tekan perlahan supaya sedikit leper (lebih-kurang macam rupa cucur kacang/kuih kasturi tu). Ulangi sehingga habis adunan.
6.Panaskan minyak.
7.Apabila minyak cukup panas (kalau tak cukup panas, bergedil mudah pecah waktu digoreng), celup bergedil satu persatu dalam putih telur dan goreng hingga keperangan.
8.Angkat dan toskan minyaknya sebelum dihidang.

Pergedil oleh Norlina Mohd Nor (RPA)

Kentang di hiris, di goreng dan tumbuk hingga lumat
Ikan bilis yg digoreng, ditumbuk hingga halus
Satu sudu teh jintan manis
Lada sulah secukup rasa (agak2 aje)
Garam secukup rasa
Daun sup di hiris halus
Bawang goreng (lagi sedap kalau buat sendiri)
Telur (guna uk mencelup bergedil)

Campur semua bahan2 tadi dan bentuk ikut pilihan anda (samada bulat kecil ataupun besar). Pastikan padat dan bentuknya cantik. Lepas itu, celup dgn telur dan masukkan dlm minyak panas dgn api yg kecil. Masak sehingga berwarna kuning dan angkat utk di hidangkan...

Kalau tak suka ikan bilis, ganti dgn daging lembu (guna daging burger aje)
atau isi ikan....Selamat mencuba!!!

Pergedil oleh Izatul (RPA)

Kentang dihiris2, digoreng dan ditumbuk lumat
Sedikit udang kering ditumbuk
Mincemeat
Bawang goreng
Lada sulah & garam
Telur dipukul

Gaulkan kesemua bahan dan bulat2kan. Lepas tu celup dlm telur dan goreng.

Nota dari Chetam
Selalunya Chetam buat pergedil dengan apa saja bahan yang ada di dapur. Kalau ada ikan goreng, Chetam tumbuk halus dan gaul ngan kentang. Kebanyakan resepi di atas menggunakan ubi kentang yang digoreng terlebih dahulu da bukan direbus. Ini adalah untuk mengelakkan pergedil menjadi lembik. Seeloknya masukkan pergedil ke dalam peti sejuk untuk beberapa waktu sebelum digoreng. InsyaAllah kalau Chetam jumpa lain2 resepi bergedil/pergedil, Chetam akan tambah di Teratak Chetam.

Babai.....
Pis Pis Kacang Pis.............hehehehehehe............

July 01, 2005

Kek Pandan Jalur


Lagi satu resepi dari Selera Online.

Bahan-bahannya
5 biji telur
2 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung kek
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
2 sudu makan hirisan badam
1 sudu teh perasa dan pewarna pandan
1 cawan minyak kelapa
1 sudu makan serbuk penaik
1 sudu teh pewarna hijau

Cara menyediakannya
1. Pukul telur dengan gula hingga gebu.
2. Masukkan minyak santan dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung, serbuk penaik, hirisan badam, perasa dan pewarna pandan. Kacau rata.
4. Tuang adunan ke dalam acuan yang disapu sedikit mentega.
5. Akhir sekali corakkan jalur pada atas adunan tadi.
6. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180�C.
Posted by Picasa

Kek Oren Suji


Resepi ni dah lama Chetam simpan. Dulu Chetam rajin surf website Karangkraf. Ini adalah salah satu resepi yang terdapat dapat Selera Online. Posted by Picasa

Bahan-bahannya
130 gm mentega
3 biji telur
1 sudu teh perisa oren
1 cawan tepung suji
1 cawan kacang badam
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 cawan gula

Cara menyediakannya
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan perisa oren. Pukul lagi.
3. Masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata.
4. Bakar pada suhu sehingga masak pada suhu 160ÂșC.