Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


February 15, 2005

Bubur Kacang Hijau yang Simple

Assalamualaikum

Masih lagi dalam mood bercuti ni.....Sebenarnya dah lama tak masak bubur kacang ni. Tapi since dah beli slow cooker, teringin pulak nak mencuba. So malam sebelumnya, Chetam masukkan 3/4 cawan kacang hijau bersama air ke dalam slow cooker. Pasang suis dan tetapkan pada low sahaja. Esoknya tengok kacang hijau dah elok lembiknya.

Alamak santan pulak tak ada. Nak ke kedai bawah, tutup pulak. So tangguh dulu. Pukul 6 baru beli kelapa. Blender kejap sebab kelapa tu kasar la pulak. Chetam beli 1/2 biji kelapa, dapatla santan yang tak seberapa banyaknya. Sebelum tu dah masukkan daun pandan dan gula kabung ke dalam slow cooker tu.

Ok........continue masak bubur kacang.....masuk gula dalam satu senduk kecil, masuk garam sikit, masuk santan. Kacau jer sampai mendidih sikit. Terus tutup api. Since suami Chetam belum balik dari KL, Chetam biar je bubur tu dulu.

Takut pulak tak habis, Chetam bagi kat jiran sebelah semangkuk penuh. Lepas tu bubuh dalam pinggan sikit, Chetam cicah ngan roti Gardenia. Alamak....sedapla pulak. Nak ulang makan pun tak leh sebab yang dalam periuk tu pun cuma cukup untuk suami Chetam. Chetam rasa suami chetam pun tak puas makan sepinggan bubur kacang malam tadi.

Lesson learnt.......lain kali masak lebih...kalau tak habis boleh buat cucur kasturi....hehehehe

February 02, 2005

Kek Marble - Permintaan dari Mai

Chetam belum penah buat kek marble tapi penah buat puding marble. Since Mai dah mintak, chetam sertakan 2 resepi kek marble di sini. Mungkin bila Mai dah cuba, boleh kasi feedback.

Nama pengirim resepi ni tidak ada dalam simpanan Chetam.

Kek Marble 1
315 gm Gula castor
380 gm Butter (biasanya saya guna brand Bonlac boleh dibeli kat Makro)
170 gm Tepung gandum
100 gm Tepung cake/superfine
6 biji Telur Grade A
1 sudu kecil Baking powder
1 sudu kecil Vanilla
3 sudu besar susu pekat
Pewarna - pink, hijau & coklat paste

1. Masukkan butter, gula , baking powder & vanilla putar hingga putih/ kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Diikuti dgn susu pekat.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Bahagikan kepada 4 bahagian i.e. pink, hijau, coklat & asli(vanilla)5. Masukkan dalam acuan berukuran 9" bulat atau empat segi . Bermula dgn coklat, hijau, pink dan warna asli vanilla)berselang seli, gunakan sudu dan corakkan separti marble.
5. Bakar pada suhu 175 C selama 45 - 1 jam .

Kek Marble 2
Bahan A
2 buku mentega
4 sdm susu manis
1 sdm vanilla essence

Bahan B
10 biji telur ( putih dan kuning asingkan )
16 oz gula
1 sdm ovalette
16 oz tepung naik sendiri
4 sdm koko powder

Pukul semua bahan A hingga kembang dan putih. Masukkan susu dan vanilla dan pukul dgn high speed hingga kembang. Asingkan. Pukul putih telur sebentar lalu masukkan gula sikit-sikit hingga kembang. Masukkan kuning telur sikit-sikit dan ovalette sehingga kembang dan warnanya putih. Slowkan speed mesin. Campurkan bahagian A. Masukkan tepung sikit-sikit sehingga rata. Asingkan menjadi 2 bahagian yg mana satu tu untuk ditambah dgn koko. Bakar pada suhu 150OC dgn menggunakan loyang 10"x10"x3"

Kek Gula Hangus - Permintaan dari Anis

Assalamualaikum
Demi untuk tidak menghampakan permintaan Anis, berikut ialah resepi kek gula hangus. Resepi ini dikirim oleh Puan Roshayati kepada Restoren Pak Amir pada 28/7/2004.

Chetam quote

"Dulu saya ada bagi resepi kek gula hangus di ruangan ni. Saya dapat banyak feedback dan pertanyaan. Saya juga ada mendapat satu tip dari seseorang yang saya tak ingat namanya. Katanya adunan kek gula hangus tu kena perap dulu selama 3-4 jam sebelum bakar untuk mewujudkan sarang pada kek tu nanti. Saya dah cuba tip tu hari ni dan hasilnya cukup baik. Terima kasih sekali lagi pada yang memberi tip tersebut.

Di sini saya sertakan resepi dan cara membuatnya dengan detail sekali lagi dan pada yang belum cuba, silalah cuba, insyallah, hasilnya memuaskan.

Kek gula hangus

1 cwn gula
1 cwn air panas
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

1) Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2) Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3) Masukkan mentega. Sejukkan.
4) Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5) Masukkan susu pekat, kacau sebati.
6) Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
7) Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk
8) Perap adunan selama lebih kurang 3 – 4 jam.
9) Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

Unquote