Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Mei 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan June 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Confirmed : 12 Mei utk kelas personal dengan Puan Farah - Kelas Tartlet dan Kelas Asas Deco Cupcakes - DONE

Confirmed : 8 Jun kelas personal utk Homemade Chocolates dengan Amira
DONE

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

Module yang anda boleh gabung dalam satu hari untuk kelas personal. Anda sendiri yang tetapkan tarikh yang sesuai.

Module 1
Kelas Kek Coklat Moist Versi Bakar(siap ganache dan hiasan) dan Kukus(dengan topping mudah) serta Brownies mudah - Yuran RM200


Module 2

Kelas Aneka Tartlets - Cheese Tart, Fruit Tart, Walnut Tart, Egg Tart - Yuran RM160

Module 3
Aneka Chaox Pastry - Cream Puff, Enclairs, Snowy Swan, Fruit/Tuna Basket
- Yuran RM160

Module 4
Kelas Puding dalam Loyang
- Yuran RM160

Module 5
Kelas Puding dalam Bekas Mini - Yuran RM160

Module 6
Kelas Bakul Pastri dan Tart Buah - Yuran RM250


Module 7
Kelas Asas Aneka Coklat - Yuran RM230

Module 8
Kelas Kek Red Velvet - Belajar 2 resepi berbeza - kek dan cuppies
Yuran - RM200

Module 9
Kelas Kuih Talam
Hands On 4 Resepi - Yuran RM160
Hands On 5 Resepi - Yuran RM180

Module 10
Kelas Aneka Kek Komersial - Kek Sponge, Kek Butter, Kek Coklat, Kek Lapis
Pandan , Kek Chiffon. Yuran - RM300

Module 11
Kelas Aneka Kek Keju Mudah - Kek Snowy Cheese, Kek Keju Bost(yg lain akan update)


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.

December 16, 2004

Karipap Versi Bakar dalam Oven

Dah lama tak posting resepi, so pagi ni Chetam nak bagitahu resepi karipap yang amat mudah. Mudah pada diri Chetam la......Sebenarnya Chetam langsung tak pandai kelim karipap so bila dapat resepi ni..............alahai.......mudahnya dan memang terangkat rasanya.

Bahan untuk Pastri
100gm plain flour
50gm wholemeal flour (kalau tak de, guna aje plain flour)
40gm butter
40gm shortening (kalau tak de, guna butter)
1 beaten egg mixed with 1 tablespoon water
1/4 tsp salt

Cara-cara :
1. Masukkan garam ke dalam campuran tepung.
2. Masukkan butter dan shortening ke dalam campuran tepung, gaulkan hingga menjadi bread crumbs. Maknanya jgn uli, guna hujung jari gaul kan butter & tepung sampai dia jadi berderai2 macam serbuk roti.
3. Tambakan telur yang telah dipukul sedikit sehingga menjadi doh. Lebihan telur disimpan untuk disapu atas karipap masa nak bakar nanti. Jangan diuli doh tu, kerana terlalu kerap dipegang akan menjadikan doh ni keras dan tak sedap.
4. Balutkan doh dalam cling wrap dan biarkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Dah cukup 30 minit, keluarkan doh dan bentukkan doh menjadi bebola sebesar limau purut atau ikut suka hati.
Tips : Bentukkan bebola ini menggunakan cling wrap supaya tak melekat pada penggelek atau meja.
6. Masukkan inti (ikut suka hati la, nak letak sardine ke, ayam atau daging) di tengah-tengah dan bungkus elok-elok. Pas tu buat la kelim kat tepi dia macam karipap tu atau kalau anda suka, tekan tepi karipap ni dengan garpu so ada macam pattern sikit...ala yg macam kat bakery. Last sekali sapu lebihan telur tadi kat atas the puffs. Kalau nak goreng, tak payah le buat ni.
7. Masukkan kat dlm oven and bakar pada 150 C for 20 minit.

Karipap ni memang sedap. Bila makan, pastrinya berderai jer macam yang kat bakeri. Chetam tak pernah goreng cuma bakar so karipap ni tak berminyak langsung.

Cuba.........jangan tak cuba.

P/S Resepi ni Chetam dapat dari Restoren Pak Amir. Lupa pulak nama penyumbangnya.

December 13, 2004

Assalamualaikum Sumer

Harap maaf kerana Chetam tak sempat nak updatekan blog ni. Selain sibuk ngan keje, Chetam juga tak berkesempatan nak mencuba resepi2 yang Chetam kumpul selama ini. InsyaAllah, Chetam akan lapangkan masa untuk updatekan blog ini dalam sedikit masa lagi.

Oh Ya....rajin-rajinlah jengok blog Chetam yang satu lagi, tentang produk2 Revell. Blog ni siap dengan keterangan produk dan ada testimoninya sekali. Ada produk yang memang Chetam syorkan. Jemputla melawat http://chetam.blogspot.com

Sampai sini dulu.....salam ceria dari Chetam