Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 26, 2004

Trifle yang memang best



Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita. Hari ni Chetam nak beri satu lagi resepi puding yang sememangnya best. Dah banyak kali cuba. Resepi Trifle ni ada 3 lapisan. Pertama kek, kedua kastad dan ketiganya agar-agar.

Sekiranya anda pernah pegi Mydin(kedai borong tu), depa ada jual kek gulung pandan. Chetam selalu guna kek gulung ni......keknya memang sedap dan amat murah. Harganya baru RM2.95 sahaja. Amat sesuai digunakan sebagai lapisan pertama.

Trifle

1 gulung swiss roll / kek coklat / kek buah
1 tin fruit coktail
1 gelas susu cair
2 gelas air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastad
2 – 3 sudu makan gula
1 kotal serbuk jeli berperisa strawberry

Caranya
1. Potong ke 1” dan susun dalam mangkuk besar
2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas kek.
3. Lepas iru taburkan pula ½ tin buah-buahan ke atas kek tadi.

Cara membuat kastard :-
1. Campurkan tepung kastard, bula, susu cair, air, esen vanilla. Kacau di atas api yang kecil hingga bahan ini cukup masak dan berkilat.
2. Kemudian curahkan adunan kastard tadi ke dalam mangkuk kek dan taburkan pula ½ tin lagi baki buah dalam tin tadi ke atas kastard dan biarkan ia beku sedikit.

Cara membuat Jeli (Yang paling elok, Jelly Crystall Lady's Choice) :-
Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul. Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan………

October 22, 2004

Puding Karamel - mudah tapi enak

Memang sedap puding ni tapi nak membuat gula hangus tu, punyalah siksa.....Jari Chetam pernah melecur....KENAPA? Chetam celup jari dalam gula yang sedang mengelegak tu. Ingatkan nak rasa la konon, rupa-rupanya .......PANAS!!!

Puding Karamel

1 tin susu cair
1 tin air
5 biji telor
3/4 cawan gula halus
1 t/s esen vanilla

Utk Karamel :
1/2 cawan gula
*Sedikit air

*Cara
Masak gula dalam kuali sehingga cair dan bertukar ke warna coklat (jgn.bagi hangus) kemudian masukkan air dan kacau sehingga gula cair semula. Tuang ke dalam bekas kaca yang hendak digunakan. Panaskan kukusan dan masukkan bekas yang telah diisikan dengan gula hangus. Pukulkan telor + gula + esen vanilla (supaya gula hancur). Jangan pukul dengan kuat atau sehingga telor berbuih sebab nanti puding akan berlubang lubang. Lastly tuangkan susu dan air dan kacau bagi sebati. Tuang dalam bekas kaca yang ada dalam kukusan. Kukus dalam 20 - 30min. Sejukkan dan kalau suka tuangkan mix fruit cocktail diatasnya. Sesiapa yang ada diabetic @ tak suka manis, boleh kurangkan gula dalam adunan sebab bila dah tuang fruit cocktail, air gula yang ada akan menambah rasa manisnya.

Tips : Ada tips yang chetam dapat dari Restoren Pak Amir....seeloknya bila nak masak gula hangus ni, kita guna dua dapur. Satu dapur untuk masak gula, dan satu lagi untuk masak air. Bila gula dah cair, masukkan air yang dah mendidih tu. Tapi hati-hati...........jangan main campak jer...nanti terpercik kena muka, langsung tak dapat raya.....

Juadah Berbuka - Puding Laici

PudingResepi ni dah banyak kali chetam cuba. Pernah buat sebagai jualan semasa bulan puasa tahun 2002. Boleh tahan juga sedapnya.

Puding Laici

Bahan-Bahan
30g agar-agar
7 gelas air
1 1/4 cawan gula
1 gelas air laici
1 tin susu cair
3 sudu kastard/tepung jagung
3 biji telur
sedikit gula batu
1 tin laici

Cara-Cara
Masakkan agar-agar bersama air, bila mendidih masukkan gula dan gula batuSusu, telur dan kastard dipukul.Laici diblender bersama satu gelas airnya.Masukkan susu yang dipukul tadi.Akhir masukkan laici, bila mendidih sejukkan.Bila dah membeku, pastilah boleh dirasa....menjilat jari.

October 21, 2004

Sate Goreng dari Puan Puti Mazura

Satu lagi resepi dari Puan Puti Mazura. Chetam dah cuba resepi ni. kalau rasa sukar nak buat sate yang kena kipas tu, cuba buat sate goreng. Hasilnya tidak mengecewakan.

Sukatan bahan-bahannya hendaklah diubahsuai mengikut daging yang digunakan.

Sate Goreng
1 kg daging lembu/kambing/ayam(buang urat daging,cuci dan tos. Potong daging tipis & memanjang). Kalau guna ayam, potong macam masak rendang/kari.
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan gula merah/tebu/melaka/kabung
2 sudu makan madu
1 sudu makan kunyit serbuk
2 sudu teh garam

Bahan kisar:
2 camca jintan halus
1 sudu makan lada putih
3 sudu makan ketumbar biji
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 batang serai
6 ulas bawang putih

1. Kisar bahan yang disebutkan tetapi jangan terlalu halus.
2. Gaulkan bahan-bahan kisar pada daging bersama gula, madu, kunyit, garam dan perap selama 2 jam atau simpan dalam petisejuk semalaman.
3. Masak daging tanpa minyak dalam kuali sehingga hampir kering airnya.
4. Kemudian masukkan satu senduk minyak dan goreng sebentar.

KUAH SATE
300g kacang tanah disangrai,kisar jangan sampai halus
3 sudu makan gula pasir
3 sudu makan gula merah/melaka/kabung
3 sudu makan asam jawa, bancuh dengan 2-3 cawan air
1 camca garam
1 camca kunyit serbuk

Bahan Dikisar:
2 biji buah keras
1 camca jintan halus
1 camca jintan kasar
1 sudu makan ketumbar biji
1 inci lengkuas
1 inci halia muda
20 batang cili kering
1 sudu makan udang kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 batang serai

Cara
1. Dalam satu mangkuk besar, ramas asam jawa dengan air. Tapis.
2. Bancuhkan gula merah dan kacang kedalam air asam. Ketepikan.
3. Panaskan satu cawan minyak dan tumis bahan kisar.
4. Masukkan garam dan kunyit.
5. Masukkan bancuhan kacang, air asam dan gula merah.
6. Masak hingga keluar minyaknya.
7. Masukkan gula pasir dan masak sehingga kehitaman. Tutup api dan sedia utk dihidangkan.

Dessert yang memang best - Water Chestnut

Anda rajin makan di Restoren Thai? Pencuci mulut yang memang popular di sana ialah Water Chestnut. Resepi ni Chetam dapat dari Majalah Wanita 2 tahun yang lepas dan Chetam kongsi dalam Restoren Pak Amir. Chetam pernah buat sekali tapi ada kesilapan teknikal sikit. Tapi seorang ahli dalam Restoren Pak Amir telah mencuba resepi ni dan memberi feedback yang bagus.

Water ChestNut

1 kg sengkuang cina
½ botol pewarna merah
1 biji kelapa (ambil santannya) garam
300 gm air gula

Cara:
Sengkuang cina dibelah empat (potong dadu) kemudian direndam di dalam pewarna merah yang dicampur air selama satu jam. Kemudian sejat dan gaul bersama tepung. Kemudian diayak dan diambil sengkuang cina dan rebus di dalam air mendidih hingga timbul. Angkat sengkuang dan masak didalam air gula yang telah disediakan. Semasa hendak makan, masukkan santan dan ais.

Feedback dari Lyne:
"Sebaik-baiknya tepung ubi .Tak perlu sukatan... asalkan dapat seliputi buah water chessnat tu dan berkeadaan kering, ok lah tu... I pernah tanya org yg jual dessert ni kat Foodcourt kat office I. Tapi dia tak bagitahu detail ler.. rahsia perniagaan. Dia kata pakai tepung ubi, sebab tu bila kita makan terasa licin je disaluti tepung... lagi satukan, nak sedapkan lagi, sepertimana yg i pernah makan kat foodcourt tu, dia tambah nangka, hiris
kecil kecil. Ais tu pulak, bukan ais batu, tapi ais parut macam ais ABC tu... tapi kalau tak ade mesin nak buat ais parut, guna air batu pun boleh... ada tak para netters yg tahu macammana nak buat ais parut sendiri (kalau tak ada machine ABC)... harap sedia berkongsi...Thanks pada Noriza Shaharom kerana beri resepi kegemaran saya ni..."

Resepi Soto Yang Lengkap dari Puan Puti Mazura

Hari ni Chetam nak beri satu resepi soto yang memang best. Chetam dah buat 2 kali untuk rumah terbuka. Yang paling best, sambalnya.....huiyo.....kecur lidah Chetam....hehehehe. Resepi ni Chetam dapat dari Restoren Pak Amir dan disumbangkan oleh Puan Puti Mazura. Puan Puti ni orang Johor, so banyak resepi-resepi asli dari Johor dikongsikan dalam Restoren Pak Amir.

A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam

Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

B. Pegedil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)

P/S....Jangan tak cuba.....

October 20, 2004

Resepi Dadih Sumbangan Kak Gie

Chetam pernah cuba resepi ni. Memang sedap tapi susu tepung yang chetam gunakan tak larut sepenuhnya. So next time kalau nak buat, kena pastikan guna "Instant Milk" baru cepat larut. Kak Gie ni meniaga dadih untuk budak-budak sekolah, jadi kuantiti yang akan kita dapat nanti adalah banyak. Kalau nak kurangkan, boleh ajer.

DADIH (Kak Gie)

Bahan-nya .
35gm agar-agar powder
6 liter air - anggaran 4 jag ( kalau u ada pitcher tupperware gunakan yg kecil - 1.5 liter)
500 gm susu tepung ( dibancuh dgn 1 cawan air - tidak termasuk air yang 6 liter tadi)
700 gm gula castor ( ikut rasa , tapi mesti manis kalau tidak , tak sedap)
20 gm esen vanilla
Perisa emulco - strawberry, jagung & chocolate

Cara-cara nya.
1. Masak agar agar dgn air hingga larut.
2. Masukkan gula , masak hingga mendidih. Sejukkan 15 minit (suam suam kuku)
3. Masukkan susu kedalam agar agar tadi,kacau rata, masak hingga mendidih dan tapiskan.
4. Akhir sekali masukkan perisa yg anda suka ,kalau boleh biarlah lebih sedikit barulah 'kaw' , kacau rata rata dn masukkan kedlm acuan kecil yg ada penutup. Sejukkan dlm peti sejuk. Sedap di makan bila sejuk dan
kegemaran anak anak saya ialah perisa jagung & strawberry.


Tips dari Kak Gie
Kalau buat dalam kuantiti yang sedikit, boleh gantikan air dan susu tepung dengan susu UHT dalam kotak yang berperisa coklat, strawbery dan lain-lain.
Bila dah masak dadih ni dan dah masukkan dalam bekas plastik kecil, pastikan jangan dibiarkan terbuka lama terutama di tempat yang ada kipas angin. Nanti permukaan dadih ni tak cantik......beralun gitu.....
Oh Ya....pesan chetam...nak beli emulco tu, make sure dari kedai borong...........murah.....kat Giant, sebotol kecil macam esen vanila tu harganya melebihi RM4.00.

Lagi sumbangan dari KZ GMD - Mee Kari

Resepi ni kegemaran suami KZ. Jom kita cuba.

Mee kari

Bahan2 untuk kuah:
2 labu bawang putih
8 ulas bawang merah
4 tangkai serai
1 ½ paket serbuk rempah (campur rempah daging & rempah ketam- dibancuh dengan sedikit air)
3 batang fish cake
300 gms tulang ayam
300 gms kerang dikopek
1 ekor ketam
5 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
sedikit minyak masak
tahu kering

Cara membuatnya:
1.Tumiskan bawang putih,bawang merah & serai yang telah digiling halus. Setelah kekuningan masukkan serbuk rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air
2.Kemudian masukkan ayam, fish cake & kerang. Biarkan sehingga kering airnya.
3.Masukkan santan cair & ketam. Setelah mendidih masukkan santan pekat, garam dan tahu kering.

Bahan2 untuk sambal:
10 ulas bawang putih (digiling)
3 susu besar cili giling
¾ cawan udang kering (rendam dan tumbuk)
sedikit minyak masak

Cara membuatnya:
1.Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan cili
2.Setelah cili garing masukkan udang kering yang telah ditumbuk halus & biarkan seketika & masukkan dua tiga sudu air. Setelah masak diangkat.

Hidangan ini elok di makan dengan mee kuning yang dicelur, taugeh celur, telur rebus,bawang goreng serta daun bawang. Untuk menambah keenakan boleh ditambah dengan bahan2 segar yong tau fu (dicelur dulu) .

October 19, 2004

Mee Bandung Tulang - Sumbangan dari KZ

KZ kasi sumbangan lagi......bukan dalam bentuk wang ringgit tapi resepi.........hehehehe......jom kita cuba....

Bahan2 kuah:
1 kg. tulang lembu (direbus & simpan airnya)
300 gms ayam
1 labu bawang putih
10 ulas bawang merah
3 sudu makan cili boh
1 tin tomato soup
5 biji kentang (direbus & dilenyek)
2 sudu makan bijan
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.Tumis bawang putih & bawang merah yang telah dikisar halus. Setelah kekuningan masukkan cili boh
2.Masukkan isi ayam & setelah kekuningan masukkan bijan.
3.Masukkan tulang & airnya sekali (jadikan 8 cawan air rebusan)
4.Setelah menggelegak masukkan tomato soup & kentang.
5.Masukkan garam.

Elok dihidangkan bersama mee kuning yang telah di celur, sawi celur,telur rebus, tahu goreng, bawang goreng ,daun sup & cili potong.

Nak resepi Kuah Kacang???

Boleh............boleh.............no problemo....Ni resepi turun temurun.......Emak Chetam jugak yang ajar.....

Kuah Kacang

Kacang tanah di sangrai, buang kulit dan dimesin sedikit.....jangan halus sangat, nanti tak umph!!
Bawang Merah, Cabai Kering dan Belacan (digoreng ikut giliran)
Cili Sos
Tomato Sos
Air Suam
Garam
Gula

Cara
Bawang merah, cabai kering dan belacan dimesin hingga halus dengan air suam. Masukkan gula secukupnya. Mesin sedikit lagi. Lepas tu masukkan dalam bekas. Masukkan kacang yang dah dimesin, garam, sos cili dan sos tomato. Kacau rata.

Tips : Jangan bubuh air banyak sangat......seeloknya kuah ni likat. Kalau nak beri anak2 makan, kurangkan cabai kering dan sos cilinya. Sos yang paling chetam suka pakai ialah Sos Kimball.

Lagi satu resepi dari Emak Chetam - Cucur Jagung

Cucur Jagung ni sedap kalau dicicah dengan kuah kacang. Kalau tak ada kuah kacang, sos keropok lekor pun boleh....tak hal punya. Tapi minta maafla sebab sukatan main belasah ajer.......ikut gerak hati...hehehehe

Bahan-Bahan

Jagung Tongkol
Udang Basah
Cabai Merah dan Bawang merah dikisar halus. Boleh juga tambah udang kering kalau suka.
Tepung Gandum
1 Telur Ayam
Air
Garam

Cara
Biji Jagung diasingkan dari tongkolnya. Chetam guna pisau jer untuk hiris. Terpulang kepada kreativiti masing-masing. Masukkan biji jagung ni dalam bekas, masukkan udang, cabai dan bawang yang dah dikisar, garam dan telur ayam. Gaul sekadar untuk mencampurkan bahan tadi. Masukkan tepung gandum, dan air secukupnya. Bancuh sehingga rata. Lepas tu boleh digoreng. Jangan guna api besar, nanti bahagian luarnya gelap tapi bahagian dalam tak masak.

Resepi sumbangan KZ GMD - Kerabu Kerang dan Pucuk Paku

Bahan-bahan

1 kg. kerang (direbus & dikopek kulitnya)
50 sen taugeh dicelur
2 ikat pucuk paku dicelur (pilih dulu)
5 ulas dawang merah di mayang halus
2 cili merah dipotong halus
2 cili hijau dipotong halus
4 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk halus)
Sedikit kerisik
Sedikit air limau nipis
garam secukup rasa
Dua/tiga sudu besar santan

Gaul semua bahan2 di atas & masukkan santan sejurus hendak di makan.

Resepi Istimewa Buttered Egg Prawn

Chetam pernah beberapa kali buat resepi ni. Memang best giler. Resepi ni chetam dapat dari Restoren Pak Amir tetapi dah diupdated oleh seorang ahli.

BUTTERED EGG PRAWNS
=================

Bahan A :
600 gm udang besar
1 camt. gula
1 camt. garam
1/2 camt. lada hitam
1 camt. minyak bijan

Bahan B :
3 camB tepung jagung
1 camB serbuk kari ikan

Bahan C :
3 biji kuning telur
1 camB susu cair
1/2 camt. garam
1/4 camt. serbuk lada hitam
2 camB butter

1 camB bawang putih - dicincang
2 camB cili padi - dicincang
1 camB daun kari - dicincang
2 camB butter

Bahan perisa :
1 camB sos tiram
1/2 camB gula
1/4 camB serbuk lada hitam

Cara-cara
=========

1.Bersihkan udang, buangkan kakinya dan keringkan dengan menggunakan kitchen towel.
2.Perap udang dengan bahan A selama 20 minit.
3.Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap. Gaul rata.
4.Goreng terendam udang tadi sehingga masak dan tuskan minyaknya.
5.Gaul rata bahan C. Ketepikan.
6.Panaskan kuali, masukkan butter. Kemudian, masukkan bahan C. Kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali.
7.Panaskan kuali dengan 2 camB butter. Goreng bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang dan bahan perisa. Gaul rata sebelum dimasukkan telur goreng tadi.
8.Gaul rata dan hidangkan semasa panas.

Updated Info dari sorang ahli : "After suryeving a few restaurant in Seberang Jaya and Kulim there are a few Chinese restaurants yang mencampurkan telur goreng yang halus tu dengan nestum, masa goreng last sekali. Butter kena lebih sikit sebab nestume serap butter.

Kinda weird but Nestume when combined with butter taste very
differently. Rasa sekali memang bukan macam Nestume. Furthermore, telur goreng halus akan nampak banyak."

Kerabu Tomato

Resepi paling simple yang selalu mak chetam buat sebagai juadah berbuka puasa di zaman dulu-dulu. Amatlah sesuai untuk di makan dengan bubur lambur atau kanji.

Kerabu Tomato

Bahan
Tomato
Kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
Bawang Besar
Cili Merah/Hijau - hiris nipis
Garam secukup rasa

Cara
Potong tomato dan bawang besar - bentuk bulat
Masukkan semua bahan yang lain dan gaul rata. Ikut rasa masing2 sama ada nak tambah gula atau tidak.

Resepi Mudah Untuk Juadah Berbuka

Resepi ni paling mudah tapi hasilnya............sehingga menjilat jari........hehehehe....

Puding Roti

Bahan-bahan
1 buku roti yang di buang bahagian tepinya
Sedikit butter atau mentega
Kismis
Susu Segar
Sedikit Gula

Cara
Roti dipotong 2 atau tiga. Paling senang guna gunting jer......untuk potong tepi-tepi tu.
Kemudian sapuan roti ni dengan butter/mentega di bahagian atas dah bawah sehingga habis.
Masukkan susu segar ke dalam periuk. Tambahkan sedikit gula. Panaskan di atas api sehingga gula larut. Jangan tunggu sampai susu mendidih. Sediakan loyang. Letak roti sebagai lapisan pertama. Taburkan kismis. Tuang satu senduk susu. Letakkan roti sebagai lapisan seterusnya dan ulang sehingga roti, kismis dan susu habis.

Bahagian tepi roti hendaklah dicarik-carik halus dan di tabur sebagai lapisan di atas sekali. Bakar dalam oven, lebih kurang 150 - 180 darjah.

Tips: Susu yang banyak akan menjadikan Puding Roti ni lembik tetapi sedap. Susu yang kurang menjadikan puding ni macam bingka....mudah dipotong. Biasanya chetam guna 1 liter susu segar yang dalam botol tu.....Lagi satu, pastikan kismis tidak ditaburkan di lapisan atas sekali. Kismis akan hangit.

Cubalah.......

Selamat Berpuasa!!!!

Sempena bulan puasa ni, Chetam ada resepi yang amat sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Chetam dah buat pada hari ahad, minggu pertama kita berpuasa. Memang best!!



Puding Koktail Berkuah

Bahan untuk Kastad
1 cawan tepung kastad
6 cawan air
1 cawan susu tepung atau 1/2 cawan susu pekat
5 camca besar gula sekiranya mengunakan susu tepung
Sedikit Kismis hitam

Cara
Campurkan kesemua bahan kecuali kismis. Masak atas api sederhana sehingga likat dan berkilat baru perlahankan api. Bila kastad dah meletup-letup, boleh padamkan api. Untuk memudahkan dikeluarkan nanti, basahkan loyang dengan air dan taburkan kismis hitam. Tuangkan kastad ke dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais.

Bahan untuk kuah
1 tin susu cair
2 tin air
3 camca besar tepung kastad
kismis
Gula secukupnya

Cara
Campur semua bahan dan masak atas api hingga mendidih. Seeloknya kuah ini disejukkan dahulu.

Cara menghias.
Potong kastad dan letak bahagian berkismis ke atas. Taburkan buah-buahan koktail. Kemudian di tuang kuah tadi. Boleh juga dihias dengan ceri merah. Seeloknya di makan ketika sejuk dan boleh di tambah ketulan ais.